Monday, August 29, 2016

Makan Berselera Di Jombali ~ Kegemaran Malaysia

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Dah makan malam ke? Kalau belum, jangan lupa makan tau. Lapik sikit perut tu, jangan sampai kelaparan sebelum tido..hehehe

Oh ya, pada hari Khamis hari gaji yang lepas, aku dan family dinner di Jombali, Putrajaya. Terletak di Presint 2, Putrajaya. Dekat je dengan Masjid Tuanku Mizan or Masjid Besi tu. Sesaja je bawa mak makan luar. Maklumlah, sejak mak start dialysis ni, mak memang takde makan kat luar. Semua makan rumah je.

Memandangkan haritu gaji, saja je la kitorang bawa mak. Bagi mak happy sikit dapat makan kat luar. Kebetulan petang tu kitorang pergi IOI Mall cari kipas. Sebelum tu kitorang pusing Cyberjaya dulu untuk cari restoran, tapi takde yang berkenan kat hati kami. Makanya, kakak aku ajak kitorang ke Jombali.

Dipintu masuk restoran, waiter dah siap pintu untuk alukan kedatangan kami. Wahhhh....macam VIP je. Layanan pun bagus, dan menu yang ditawarkan pun menarik. Siap ada recommended dan signature menu lagi. Air pun tak kurang menarik juga.

Aku ni, memang penggemar western food. So, bila nampak je western menu, confirm aku nak cuba dulu. Ya la, nak masak western tak berapa pandai, masak Melayu je reti. Jadi, dah tentu-tentu pilih western menu. Family aku as usual, malay food la. Jom layan gambar-gambar kat bawah ni
 Cheesy fried chicken
 Pisang goreng cheese
 Fried mee hoon
 Mee hailam
 Baked spaghetti salmon
Char kuey teow goreng basah
Berbaloi makan disini, big portion. Siap boleh share makanan tu tapi kalau memang dah terlalu lapar, jangan harap nak share dengan orang lain..hahaha. Price range..hmm, agak pricy tapi berbaloi la dengan portion dan keenakan makanannya. 

So, korang yang bekerja atau tinggal di Putrajaya, jangan lupa singgah di Jombali~Kegemaran Malaysia, Putrajaya ya. Kalau nak info lanjut boleh ke Facebook dan Instagram mereka ya. 

Okay..till we meet again
Read more ...

Friday, August 26, 2016

Counting The Days

Assalamualaikum...

Sihat ke? Salam Jumaat semua. Sekejap je kan, dah hari Jumaat terakhir bulan Ogos dan paling tak sangka, dah menuju ke hujung tahun. OH....cepatnya masa berlalu.

Hmmm....next week dah masuk bulan September. Sebenarnya, ada sesuatu yang menarik untuk aku dibulan September ini. Apakah itu? Ehem ehem...uhuk uhuk...batuk kejap. Takleh nak cerita kat blog lagi. Selagi tak jadi kenyataan, so i cannot tell everything...gitu.

Counting the days la kiranya ni...counting for what? Just wait and see. Hahahah.

Dah..nak pergi breakfast..perut dah lapar. 

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, August 25, 2016

OH SOUL

Assalamualaikum...

Oh Soul....


Okay....till we meet again
Read more ...

EID - 이드 Halal Korean Food

Assalamualaikum...

Aku rasa aku ni agak ketinggalan sekarang kalau bab-bab tempat makan baru. Maklumlah, sekarang ni dah jarang jalan-jalan cari makan dengan cik kembar. Selalu beliau busy dengan kerja makmalnya. Aku pulak busy dengan kerja pejabat aku. Kadang tu kitorang memang tak jumpa pun. Bila aku balik dia dah tido, kadang time aku balik dia dah kat hospital, keje.

Nak dijadikan cerita, adalah satu hari tu aku teringin sesangat nak makan korean food. Ini semua gara-gara drama Let's Eat Season 2 kat TvN tu la. Makanya, hari sabtu lepas hantar mak ke pusat dialysis, kitorang gerak mencari makanan.

Asalnya nak tapau McD je, tapi terus je tukar plan cari korean food. So, ke EID - 이드  Halal Korean Food kat Bangin Sentral. Gigih la juga kitorang search guna Waze mencari restoran ni. Ya Allah, perut time tu dah la lapar gila. Rasa macam tak menyempat je nak sampai situ.

Sampai je restoran, terus cari tempat duduk. Layanan kat restoran tu bagus, ramah je. Lepas diberi menu, makanya terus je kitorang pilih apa yang kami nak makan. Menu kat restoran ni mungkin tak sebanyak atau semeriah kat restoran makanan korea yang lain, tapi sudah cukup bagi korang yang nak lepas cravings kepada korean food. Harga pun berpatutan.

So, kat bawah ni la menu yang aku dan kembar order....antaranya, Kimchi Jjigae (김치 찌개), Seafood Kimchi Pancake (해물 김치전), Japchae (잡채), Dakganjeong (닭강정),  dan Kimchi Boggeumbap (김치 볶음밥). Air pulak kitorang pilih Citron tea (유자 차) & Black raspberry tea (복분자 차).




Semua menu yang kami order ni Alhamdulillah memang sedap dan berbaloi.. Saiz yang just nice, tak sampai muak nak makan, dihidang panas-panas, air yang sedap, environment yang best, selesa la. Puas hati la makan kat sini. 

Kalau korang nak try makan kat sini, boleh je tengok alamat kat bawah ni then chap chus ke sana okay?
No 8-23-01, Ground Flr Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi central 43650, Selangor, Malaysia

Kalau rasa nak usha-usha dulu pun boleh. Klik je Instagram dan Facebook mereka 

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, August 23, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Ogos 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Hari Sukan Negara 2016

Assalamualaikum...

Tahukah anda bahawa setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Sukan Negara? Bagi tahun 2016 ini, 08.10.2016 adalah tarikh sambutan Hari Sukan Negara....ewah..main teka teki kita ya.

Kenapa dan mengapa aku tetibe mention pasal Hari Sukan Negara? Alaaa...takde apa pun. Sebenarnya dua minggu lepas, setelah selesai larian NBOS Run & Ride 2016 tu, aku dan kawan-kawan saja-saja singgah booth KBS yang ada kat PICC tu. Dah alang-alang, kitorang singgah situ kejap. Saje test main golf, fefeeling jadi golf player daa...booth KBS tu berada disitu untuk tujuan mempromosi Hari Sukan Negara ni la.

Mengapa Hari Sukan Negara ini diwujudkan ya? ianya sebagai satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Maka ianya dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Pelbagai aktiviti sukan yang bakal dijalankan semasa Hari Sukan Negara berlangsung dan serentak di seluruh negara. Tahun lepas aku join larian anjuran MITI. 5km fun run...tapi semput nak habiskan larian sebab jalan berbukit-bukit area ofis aku ni....

Tahun ni apa pulak ye acara yang aku nak join? Haaa...macam-macam sebenarnya tapi kalau korang nak join larian Hari Sukan Negara kat Dataran Merdeka tu, boleh je klik pautan ini ya HSN21KM. Kalau korang nak info lanjut mengenai Hari Sukan Negara ni, boleh klik SINI.

Sekian, sharing pepagi buta ni ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, August 22, 2016

NBOS Run & Ride 2016

Assalamualaikum...

Sekadar nak update aktiviti larian aku. Kalau korang pernah menjadi pembaca setia blog ni, mungkin masih ingat yang aku ni suka sangat join running event. Dalam setahun tu mesti ada je larian yang aku akan join dengan kengkawan.

Walaupun busy dengan kerja, aku cuba juga join memana running event yang bersesuaian dengan kelapangan masa. Tahun ni sepatutnya ada 3 larian yang aku join tapi 2 event tu terpaksa batal, sekadar register dan ambil baju je. Buat koleksi je la jawabnya.

Alhamdulillah, NBOS Run & Ride 2016 baru-baru ni, berjaya juga aku join. Berjaya juga akak sudahkan larian 5km tu. Gila betul rasa...lama tak join larian, sekali dapat lari...dah macam apa je aku time tu. Lari sensorang, memang takde nak menunggu sesapa. So, nak lari laju ke, slow ke, suka hati mak nenek aku je la kan.

Apa pun, memang best walaupun sekadar fun run je. Ikut kemampuan kaki dan duit untuk register..hahaha. Ada lagi beberapa running and walking event yang aku dah register. Looking forward sangat....tak sabar..

Kalau korang pun join larian dan terserempak dengan aku masa lari tu, sudi-sudi la tegur ya...hakak ni rabun, lari tak pakai spek...so, tak nampak muka orang..hahaha

Okay....till we meet again 

*nak tengok gambar lain boleh tengok kat Instagram akak ya... @ainimsuju

Read more ...

Rindu

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua......

Lamanya tak membebel kat blog ni. Dah berbulan lamanya. Haritu konon nak cuba aktif balik dengan blog tapi nan hado....tak kesampaian hajat di hati. Busy mengalahkan menteri kekdahnya. 

Korang sihat ke? #EH...ada ke yang baca blog ni lagi? Hahahaha

Nak cakap, aku rindu kat korang semua. Rindu nak membebel dalam blog. Rindu nak buat review, nak share macam-macam cerita dengan korang. RINDU segala-galanya......

Hmmm..bilalah dapat kembali menulis macam dulu ya.....
Image : GOOGLE




Read more ...