Wednesday, April 27, 2016

Worldess Wednesday

Assalamualaikum....
Comel tak saya? heheheheh


Okay...till we meet again.. Wassalam
Read more ...

Monday, April 25, 2016

Lagu Lama Mengusik Jiwa

Assalamualaikum...

Sihat ke semua? Hari Isnin hari gaji...hahahah. Okay...jom mula cerita.

Pagi tadi masa drive nak ke ofis, as usual memang dengar IKIM.FM. Nak dijadikan cerita, masa iklan tu, ada klip lagu-lagu nasyid lama...ada lagu Kasih Kekasih (Inteam), Teman Sejati (Brothers), Andalusia (Far East), Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC) dan beberapa lagu lagi.

Alahai...memang terasa kenangan mengusik jiwa betul. Maklumlah, time tu aku budak sekolah lagi. Sekolah rendah time tu lagu Brothers, then naik sekolah menengah lagu-lagu Inteam, UNIC, Far East dan lain-lain lagi. Time tu genre nasyid memang kata orang sangat 'in' la. Kumpulan nasyid tempatan pun tumbuh ibarat cendawan. Memang aku antara yang amat menggemari nasyid sebab banyak kumpulan nasyid remaja time itu.

Sampai je ofis, terus rasa nak #throwback dengan lagu-lagu lama ini. 
Ada juga selit lagu Farid Sanullah tu walaupun tak berapa nak lama sebab ada lagu tu tadi kat radio. Heeeeeee..

Rindu pulak zaman remaja iolls.

Okay...till we meet again. Wassalam.

Read more ...

Friday, April 22, 2016

Earth Day 2016

Assalamualaikum...

Hari ni rupanya ada sesuatu yang menarik perhatian aku masa buka Google. Banyak pula image cantik-cantik. Bila klik kat image tu rupanya hari ini merupakan Eart Day 2016.
Nak explain macam mana bermulanya sambutan Earth Day ni macam panjang je. Nak tahu lebih lanjut, korang klik kat SINI.

Jom tengok image google yang sempat aku download




Image paling aku suka yang dalam laut tu. Cantik pula warna biru tu...hehehe

Okay...till we meet again. Wassalam.
Read more ...

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Genap seminggu tak update blog. Ada hal keluarga dalam minggu ni yang perlu diberi perhatian. Wah gitu, ayat skema sangat. Sihat ke korang? Alhamdulillah, aku pun sihat.
Image : Google
Sekejap je kan, dah masuk hari Jumaat. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah SWT. Esok dah masuk weekend....weeeeeee. Happy sebab letih badan ni tak hilang lagi. Ingat nak berehat puas-puas weekend ni.

Pepagi yang tak berapa nak buta sangat ni, aku just nak ucap salam Jumaat to everyone yang baca blog ini. Semoga ada keberkatan untuk kita dalam hari ni dan hari-hari seterusnya. Buat yang lelaki, selamat menunaikan Solat Jumaat tengah hari nanti ya.

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : Sebaik-baik hari jumaat yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari inilah Nabi Adam AS dicipta dan pada hari ini juga ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini juga ia dikeluarkan daripada syurga. Sumber : Jakim 
Jangan lupa baca Al-Kahfi, even 10 ayat pertama sekali pun.

Okay...till we meet again. Wassalam
Read more ...

Friday, April 15, 2016

Milo Breakfast Day 2016

Assalamualaikum...
Milo run
Image: Google
Malaysia Breakfast Day
Image : Google

Good morning lovelies. Sihat ke? Alhamdulillah. Pepagi lagi nak update pasal event Milo Breakfast Day 2016. Ada beberapa lokasi yang terpilih dan salah satunya ialah Putrajaya, iaitu pada 29 Mei 2016. Biasa dengarkan pasal Breakfast Run ni? Milo yang buat...memang havoc la.

Aku dah register last week. Maklumlah dah lama tak join event larian. Ini bakal menjadi acara larian pertama untuk aku tahun ini. Ada beberapa running event yang aku target nak join tapi tengok keadaan juga. Kalau kena kerja, aku takde la join. 

Ada sesiapa yang dah register untuk larian ini? Terbahagi kepada kategori individu dan keluarga. Seronok kalau ada family yang nak join sekali. Mesti lagi meriah lari bersama keluarga. Macam aku ni, geng bujang je la. Hehehe. By the way, registration dah closed due to sambutan yang sangat menggalakkan. Semoga event ni dapat bagi manfaat kat peserta yang join nanti.

Okay...till we meet again, wassalam.
Read more ...

Thursday, April 14, 2016

Trip Ke Santuari Ikan Sungai Chiling

Assalamualaikum...

Sihat ke semua? Cuaca panas sekarang ni, kena sentiasa jaga kesihatan ya. Elakkan terdedah kepada cuaca panas secara direct. Bahaya, nanti boleh kena strok haba. Okay....mari mulakan cerita.
Santuari Ikan Sungai Chiling

Hujung minggu lepas, aku dan rakan-rakan sepejabat ke Kuala Kubu Baru, Selangor. Tujuan kami untuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling. Actually, kami dah plan nak ke sana lama la juga cuma tetibe Isnin haritu dapat idea nak ke sana. Aku, Azrin dan Azwa la mulakan plan jenjalan kitorang. Mulalah kitorang ajak Mizi, Am, Aya dan beberapa orang rakan lain cumanya, siapa yang datang ahad tu, kira orang tu je la yang confirm. 

So, after set the date and time, siap plan nak bawa makanan dan minuman...maka, Ahad tu, kami berkumpul di ofis. Memandangkan setiap daripada kami adalah dari arah yang berlainan, I mean tempat tinggal masing-masing tak searah, so kitorang plan gather kat ofis je senang. Dalam pukul 8am kami gerak ke Kuala Kubu Baru.

Aku, Azrin, Aya, Azwa, Am dan Mizi bertolak dari ofis manakala Zahir bertolak dari rumah dia je. Kitorang singgah breakfast kejap kat area KKB tu then bila Zahir sampai je, terus gerak ke destinasi tujuan. Wahhh...seriously, first time aku sampai kat KKB tu, jalan nak ke Santuari Ikan tu memang saujana mata memandang jugalah. Dapat tengok empangan selangor (walaupun air empangan surut mendadak), hutan hijau yang sejuk mata memandang.
Sungai Chiling

Alhamdulillah, dalam pkl 10am ke 1030am macam tu kitorang sampai ke Santuari Ikan tu. Berderet kereta beratur cari parking. Nah...amik, dekat 1km kitorang menapak nak pintu gerbang santuari tu daripada parkir kereta. Ramai betul orang...maybe sebab musim panas dan weekend kot. Ye la, tempat tu memang sekarang ni tumpuan...air terjun la katakan.

Sampai je, kami mendaftar dahulu dan bayar deposit untuk plastik dan kertas yang kami bawa. Oh ya, kat situ, kena bayar ye kalau bawa botol, plastik yang boleh dibuang. Disebabkan ia adalah santuari ikan, maka kebersihan disitu amat dijaga rapi bagi memastikan sungai tidak tercemar dan ikan-ikan pun terpelihara. Ya la, takkan nak bagi ikan makan sampah sarap kan???? 

Dalam 20 minit (atau lebih) kami meredah hutan yang ada dalam 7 lintasan untuk sampai ke air terjun Sungai Chiling tu. Ya ampun, terasa macam nak pergi masuk hutan mendaki bukit..gitulah lebih kurang. Aku pulak dah berapa minggu tak pergi jogging..seronok juga, keluar peluh. Fefeeling panjat bukit walaupun adakala semput je rasa..hahaha


Nasiblah dalam group aku ni, kawan-kawan sangat membantu dan bagi kerjasama yang baik time nak meredah hutan tu. Alhamdulillah, everything went well. Sampai je kat air terjun tu, memang rasa nak menjerit sebab tengok air terjun tu cantik tapi cover sikit la sebab kang orang kat situ terkejut pulak tengok aku jerit histeria kat situ. Hehehe

Apa lagi, snap 1 2 keping gambar, terus cari spot nak letak beg & makanan dan minuman yang kami bawa. Dah selesai letak barang, apa lagi kita mandi la...tapi haritu aku takdelah menyelap sangat mandi sebab kaki dah mula sakit melecet. Ceh..lagipun tak bawa getah rambut extra. Kang basah rambut, dengan getah2 tu basah skali. Tapi badan memang menggigil la berendam. Bagi ikan makan dalam sungai tu antara part paling best sebab ikan-ikan tu comel gila masa berebut nak amik makanan.

Apa pun, trip kali ni memang best. Ibarat kata orang, back to nature. Hayati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Bersyukurlah Allah ciptakan mata air seperti air terjun untuk kita nikmati dan hayati kekuasaan Allah. Oleh itu, sememangnya wajar untuk kita jaga dan pelihara serta pulihara supaya eko sistem bumi sentiasa terjaga.

Dalam kepala dah ada next plan tapi kena tunggu masa sesuai pulak...

Okay...till we meet again. Wassalam
Read more ...

Wednesday, April 13, 2016

Assalamualaikum....I'm Back !!!

Assalamualaikum...
Image : Google

Masih ada yang ingat kat kita ke? Rasanya kalau yang rapat, ada juga la yang ingat kot...kot kot la. Hehehe..... Nama kita Ainim.

Ya Allah, lama gila tak menulis kat blog ni. Berhabuk jangan cakaplah. Naik sawang sampai tak larat nak cuci. Kita guna vacum je nak bagi bersih sikit blog ini. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menulis kembali setelah bercuti panjang. Cuti blogging je la..

Jujur cakap, rindu nak menulis macam dulu-dulu, pergi event sana sini, tapi apakan daya, tuntutan kerja di unit baru memang memerlukan aku fokus kat kerja dan get along dengan rakan seunit. Kerja di unit baru ni agak tough juga sebenarnya, tapi Alhamdulillah, rakan sekerja serta pegawai sangatlah membantu. Suasana kat unit baru pun okay, rasa macam keluarga.

Ada ke yang rindu kat blog ni? Ada ke yang rindu kat penulisan merapu si Ainim ni? Hahaha...tak kisah la kalau dah tak ingat sebab memang lama gila tak menuliskan. Kita redhaaaaa. Apa pun, doakan semoga aku tetap akan dapat terus menulis dan berkongsi dengan kalian semua info menarik di blog kesayangan ini ya.
Image : Google

Okay...till we meet again, wassalam.
Read more ...

Nuff Ads