Wednesday, December 14, 2016

G.T.C.M. Back To Nature FRIM 2.0 [Part 2]

Assalamualaikum...

Bersambung ke part 2. Part 1 ada kat SINI.

Perjalanan kami masuk ke dalam hutan FRIM tu dimulai dengan melalui Denai Keruing. Okay..disini kami mula menerokai hutan ladang yang telah wujud sejak sekian lama. Menurut Uncle, ada satu part dalam hutan ni yang menyerupai lanskap dalam filem Avatar. WOW....aku dah excited. Walaupun sebenarnya aku tak pernah pun tonton filem Avatar tu. Hahaha
So, dari satu pokok ke satu pokok kami diberi penerangan.Permulaan kami masuk ke Denai Keruing tu, terus ditunjuk dengan lanskap yang menyerupai filem Avatar tu. Subhanallah....memang cantik korang. Terasa dalam filem zaman dulu-dulu pun ya. Tak terkata bila tengok pemandangan yang indah sebegini.
Menyelusuri hutan ini, sempat juga diperkenalkan dengan pokok kacip fatimah. Haa..ni tinggal dalam 2 pokok je sebab menurut Uncle, ada pengunjung yang datang sebelum ini yang menyeludup pokok ini keluar daripada hutan ini. So, itulah sebabnya kami diingatkan untuk tidak  membawa pulang sebarang tumbuhan yang hidup dihutan ini. INGAT YA
Korang nampak tak gambar kat bawah ni? Cantuman pokok ni dah jadi puzzle kan? Satu lagi keindahan ciptaan Tuhan. Ya Allah, memang unik betul. Sempat juga kitorang suwafoto dengan kengkawan berlatar belakang puzzle tree ni.
Haa..yang ni pun unik sangat untuk aku. First time tengok pokok ini. Menurut Uncle, nama pokok ini ialah Ghost Finger Print. Kenapa dinamakan sebegini? Tak berapa ingat sangat explanation Uncle tapi kalau tengok bentuk daun tu pun dah macam tapak kaki hantu. hahahaha
Ini namanya pokok Ara. Pokok Ara ni antara pokok yang besar tau dalam Denai Keruing ni. Uniknya adalah pada bentuk pokok ini. Uncle siap bergurau dengan kitorang, kalau terdesak bolehlah jadikan ini washroom..hahaha. Kalau korang ketuk pokok ni, macam ada bunyi kosong dalam tu.
Ini aku tak ingat pokok apa tapi unikkan pokok ni? Banyak yang Uncle kongsikan dengan kitorang. Ada sejenis pokok ini yang buahnya mempunyai bau yang hampir sama dengan bau bawang putih. Selain tu kitorang diperkenalkan dengan daun senduduk bulu. Menurut Uncle, senduduk bulu ni boleh berfungsi sebagai sabun dan juga mampu menghentikan pendarahan luka. Hanya ramas daun senduduk bulu dengan air dan sapukan ke tempat luka. Ada satu pokok ni yang menyerupai bulu burung merak. Warnanya pun sangat cantik.
Setelah selesai menerokai Denai Keruing, maka sampailah kami ke jalan masuk Tititan Kanopi atau Canopy Walkway...matlamat utama dalam program hari itu. Sambungang kat Part 3 nanti ya.

4 comments:

  1. wahh bestnya join aktiviti macam ni

    ReplyDelete
  2. Belum berkesempatan nak datang sini..teringin nak pergi

    ReplyDelete
  3. Lama betul dah tak ke FRIM ni haaaa...aisehh!

    ReplyDelete
  4. Belum pernah masuk meneroka ke FRIM ini lagi...

    ReplyDelete

My friend say: