Saturday, September 10, 2016

Authentic Korean BBQ - Restoran Bangi Dong 방이동

Assalamualaikum,

Selamat bercuti panjang semua. Balik kampung ke cuti panjang ni? Aku? Bercuti jauh membawa diri..hahaha.

Oh ya, sebenarnya aku nak share lagi pasal jenjalan cari makan aku dan cik kembar. Memandangkan kitorang ni adalah penggemar makanan Korea, so, kitorang pun menerjah satu lagi restoran makanan Korea yang baru dibuka di Plaza Paragoint, Bangi. Bersebelahan dengan Bangi Sentral. 

Nama restoran tu ialah Restoran Bangi Dong 방이동 . Restoran ini menghidangkan makanan korea yang berasaskan BBQ dan ada juga hidangan authentic Korea yang lain. Harga nak kata murah tu takdelah murah pun. Standard harga mana-mana korean restaurant kat Malaysia ni la. Cumanya harga menu untuk BBQ agak pricey jugalah. So, standby je la duit lebih sikit kalau nak try bbq kat sini ya.

Jom tengok apa yang aku dan kembar serta kawan kita order kat restoran ini. Macam-macam yang kitorang order sampai terlupa nama pun ya. Telur goreng bentuk love tu sedap betul. Japchae tu memang favourite cik kembar, kalau pegi mana-mana restoran dia mesti nak order. Yukgaejang tu pun sedap tapi pedas tau.




Jom usha sikit video kitorang start bbq kat situ. Kitorang pilih daging dan baby octopus. Ya ampun, sedap betul. Wangi gila bila dah masak. Rasa tak cukup.



 

Oh ya, nama restoran ni sebenarnya adalah nama satu kawasan kejiranan di Songpa-gu, Seoul, Korea Selatan. Cantik pula kebetulan kita kat Selangor ni daerah Bangi. Hmm..kebetulan betul kan?

So, kalau berminat nak cuba atau nak usha pasal restoran ni, boleh klik SINI dulu ya.

Okay, till we meet again

7 comments:

  1. hebatnya ...terbaik seronok tengok makanan tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...seronok tengok seronok juga time nak makan

      Delete
  2. ter pernah lagi cuba mana2 makanan korea. apa2pun nampak tempting sangat makanan2 nya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la..sedap makanan korea ni sebenarnya

      Delete
  3. menarik tapi makanan kurang sikit.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau BBQ tu la kuantiti kurang skit

      Delete
  4. Sekarang makan dah tak ingat kita...kita bgtau mak korang pulaukan kitaaaa... -_-

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads