Monday, August 29, 2016

Makan Berselera Di Jombali ~ Kegemaran Malaysia

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Dah makan malam ke? Kalau belum, jangan lupa makan tau. Lapik sikit perut tu, jangan sampai kelaparan sebelum tido..hehehe

Oh ya, pada hari Khamis hari gaji yang lepas, aku dan family dinner di Jombali, Putrajaya. Terletak di Presint 2, Putrajaya. Dekat je dengan Masjid Tuanku Mizan or Masjid Besi tu. Sesaja je bawa mak makan luar. Maklumlah, sejak mak start dialysis ni, mak memang takde makan kat luar. Semua makan rumah je.

Memandangkan haritu gaji, saja je la kitorang bawa mak. Bagi mak happy sikit dapat makan kat luar. Kebetulan petang tu kitorang pergi IOI Mall cari kipas. Sebelum tu kitorang pusing Cyberjaya dulu untuk cari restoran, tapi takde yang berkenan kat hati kami. Makanya, kakak aku ajak kitorang ke Jombali.

Dipintu masuk restoran, waiter dah siap pintu untuk alukan kedatangan kami. Wahhhh....macam VIP je. Layanan pun bagus, dan menu yang ditawarkan pun menarik. Siap ada recommended dan signature menu lagi. Air pun tak kurang menarik juga.

Aku ni, memang penggemar western food. So, bila nampak je western menu, confirm aku nak cuba dulu. Ya la, nak masak western tak berapa pandai, masak Melayu je reti. Jadi, dah tentu-tentu pilih western menu. Family aku as usual, malay food la. Jom layan gambar-gambar kat bawah ni
 Cheesy fried chicken
 Pisang goreng cheese
 Fried mee hoon
 Mee hailam
 Baked spaghetti salmon
Char kuey teow goreng basah
Berbaloi makan disini, big portion. Siap boleh share makanan tu tapi kalau memang dah terlalu lapar, jangan harap nak share dengan orang lain..hahaha. Price range..hmm, agak pricy tapi berbaloi la dengan portion dan keenakan makanannya. 

So, korang yang bekerja atau tinggal di Putrajaya, jangan lupa singgah di Jombali~Kegemaran Malaysia, Putrajaya ya. Kalau nak info lanjut boleh ke Facebook dan Instagram mereka ya. 

Okay..till we meet again

6 comments:

  1. Amboi..tgk gmbr pn dh terliur😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...saya tengok gambar pun dah lapar

      Delete
  2. kita pun terliur jugak tengok gambar makanan ni...huwaaa

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~ JomBali mmg makanan dia sedap..selalu g yg kat branch Wangsa Maju je..eheee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab skang dh ada kat putrajaya, senanglah nak pegi

      Delete

My friend say:

Nuff Ads