Tuesday, August 23, 2016

Hari Sukan Negara 2016

Assalamualaikum...

Tahukah anda bahawa setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Sukan Negara? Bagi tahun 2016 ini, 08.10.2016 adalah tarikh sambutan Hari Sukan Negara....ewah..main teka teki kita ya.

Kenapa dan mengapa aku tetibe mention pasal Hari Sukan Negara? Alaaa...takde apa pun. Sebenarnya dua minggu lepas, setelah selesai larian NBOS Run & Ride 2016 tu, aku dan kawan-kawan saja-saja singgah booth KBS yang ada kat PICC tu. Dah alang-alang, kitorang singgah situ kejap. Saje test main golf, fefeeling jadi golf player daa...booth KBS tu berada disitu untuk tujuan mempromosi Hari Sukan Negara ni la.

Mengapa Hari Sukan Negara ini diwujudkan ya? ianya sebagai satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Maka ianya dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Pelbagai aktiviti sukan yang bakal dijalankan semasa Hari Sukan Negara berlangsung dan serentak di seluruh negara. Tahun lepas aku join larian anjuran MITI. 5km fun run...tapi semput nak habiskan larian sebab jalan berbukit-bukit area ofis aku ni....

Tahun ni apa pulak ye acara yang aku nak join? Haaa...macam-macam sebenarnya tapi kalau korang nak join larian Hari Sukan Negara kat Dataran Merdeka tu, boleh je klik pautan ini ya HSN21KM. Kalau korang nak info lanjut mengenai Hari Sukan Negara ni, boleh klik SINI.

Sekian, sharing pepagi buta ni ya.

Okay...till we meet again

7 comments:

  1. yes, inshaAllah akan join jugak tapi tak tau lagi event yang mana :)

    ReplyDelete
  2. fae tak berapa minat bersukan like lumba lari and all. habis2 fae prefer hiking and camping hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiking and camping pun okay fae...

      Delete
  3. Thanks for sharing.
    Mrs. A dah lupa dah tapi baca post ni ingat balik, tahun lepas ada dapat T-shirt HSN ni.

    ReplyDelete

My friend say: