Thursday, August 25, 2016

EID - 이드 Halal Korean Food

Assalamualaikum...

Aku rasa aku ni agak ketinggalan sekarang kalau bab-bab tempat makan baru. Maklumlah, sekarang ni dah jarang jalan-jalan cari makan dengan cik kembar. Selalu beliau busy dengan kerja makmalnya. Aku pulak busy dengan kerja pejabat aku. Kadang tu kitorang memang tak jumpa pun. Bila aku balik dia dah tido, kadang time aku balik dia dah kat hospital, keje.

Nak dijadikan cerita, adalah satu hari tu aku teringin sesangat nak makan korean food. Ini semua gara-gara drama Let's Eat Season 2 kat TvN tu la. Makanya, hari sabtu lepas hantar mak ke pusat dialysis, kitorang gerak mencari makanan.

Asalnya nak tapau McD je, tapi terus je tukar plan cari korean food. So, ke EID - 이드  Halal Korean Food kat Bangin Sentral. Gigih la juga kitorang search guna Waze mencari restoran ni. Ya Allah, perut time tu dah la lapar gila. Rasa macam tak menyempat je nak sampai situ.

Sampai je restoran, terus cari tempat duduk. Layanan kat restoran tu bagus, ramah je. Lepas diberi menu, makanya terus je kitorang pilih apa yang kami nak makan. Menu kat restoran ni mungkin tak sebanyak atau semeriah kat restoran makanan korea yang lain, tapi sudah cukup bagi korang yang nak lepas cravings kepada korean food. Harga pun berpatutan.

So, kat bawah ni la menu yang aku dan kembar order....antaranya, Kimchi Jjigae (김치 찌개), Seafood Kimchi Pancake (해물 김치전), Japchae (잡채), Dakganjeong (닭강정),  dan Kimchi Boggeumbap (김치 볶음밥). Air pulak kitorang pilih Citron tea (유자 차) & Black raspberry tea (복분자 차).




Semua menu yang kami order ni Alhamdulillah memang sedap dan berbaloi.. Saiz yang just nice, tak sampai muak nak makan, dihidang panas-panas, air yang sedap, environment yang best, selesa la. Puas hati la makan kat sini. 

Kalau korang nak try makan kat sini, boleh je tengok alamat kat bawah ni then chap chus ke sana okay?
No 8-23-01, Ground Flr Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi central 43650, Selangor, Malaysia

Kalau rasa nak usha-usha dulu pun boleh. Klik je Instagram dan Facebook mereka 

Okay...till we meet again

4 comments:

  1. sdpnyaa. napela kat ipoh takde cmni.

    ReplyDelete
  2. Klau kita la dibawak tmpt mkn gini, x thu la pndai mkn ke x. Haha..
    Tp air dia tu.. Nmpk best je..

    ReplyDelete
  3. Eid kat KL dgn kat Korea ada beza rasa sikit..hehehe

    ReplyDelete
  4. Ooo... macam-macam kimchi ada ya...

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads