Friday, December 23, 2016

G.T.C.M. Back To Nature FRIM 2.0 [Part 3]

Assalamualaikum...

Ni last part...Part 3. Part 1 & Part 2 ada kat SINI dan SINI
Selepas selesai meredah Denai Keruing..tibalah masanya untuk kami memulakan aktiviti Canopy Walk yang sememangnya tujuan utama program ini. Semua dah teruja tau nak naik Canopy Walk tappppiiii...kami kena meredah + mendaki setinggi lebih kurang 500 meter untuk sampai ke tapak permulaan Canopy Walk.

Haa....bab ni aku sedikit gementar sebab menurut Uncle, kita akan mendaki sedikit sebelum sampai ke puncak. Gitu..bukan apa, aku kan pernah ada sejarah jatuh bukit. Itu yang buat aku nervous tu. Doa banyak supaya tak jatuh.
Memulakan pendakian ini, kami diminta untuk bergerak dengan peserta yang kecil naik dahulu dan disusuli dengan yang berbadan besar. Uncle ikut dari belakang. Rupanya payah juga nak hiking ke atas tu..menggigil kepala lutut hakak nak daki. Cumanya takde la tough macam daki gunung tu.  

Setibanya kami di tapak permulaan Canopy Walkway tu, kami diberi taklimat ringkas berkaitan peraturan yang perlu kami patuhi sebelum memulakan perjalanan kami untuk meniti Canopy Walkway tu. 



Kami bergilir secara berkumpulan untuk berjalan di atas Canopy Walkway tu. Tiba turn aku, Ya Allah...tinggi rupanya dan bila pandang ke bawah, memang sayup je pandangan tu. Gigil jugalah mulanya kaki nak melangkah terutama bila titi tu mula bergoyang sebab orang belakang dah start jalan. 

Ada 2 pit stop di Canopy Walkway tu. Disalah satu titian tu, kami difahamkan ketinggiannya mencecah 1000km di atas paras laut. Tinggi tu tau. Kalau korang jenis gayat, better jangan naik Canopy Walkway ini unless korang berani cabar diri korang.

Alhamdulillah, kami semua berjaya melalui Titian Canopy ni dan setelah itu kami mula menuruni bukit bagi melengkapkan program pada hari itu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan banyak ilmu yang berguna kami perolehi hari itu. Selain daripada mengeratkan hubungan di antara kengkawan yang join hari itu, kami dapat menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan.



Harapnya dapatlah join lagi aktiviti macam ni nanti...

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, December 14, 2016

G.T.C.M. Back To Nature FRIM 2.0 [Part 2]

Assalamualaikum...

Bersambung ke part 2. Part 1 ada kat SINI.

Perjalanan kami masuk ke dalam hutan FRIM tu dimulai dengan melalui Denai Keruing. Okay..disini kami mula menerokai hutan ladang yang telah wujud sejak sekian lama. Menurut Uncle, ada satu part dalam hutan ni yang menyerupai lanskap dalam filem Avatar. WOW....aku dah excited. Walaupun sebenarnya aku tak pernah pun tonton filem Avatar tu. Hahaha
So, dari satu pokok ke satu pokok kami diberi penerangan.Permulaan kami masuk ke Denai Keruing tu, terus ditunjuk dengan lanskap yang menyerupai filem Avatar tu. Subhanallah....memang cantik korang. Terasa dalam filem zaman dulu-dulu pun ya. Tak terkata bila tengok pemandangan yang indah sebegini.
Menyelusuri hutan ini, sempat juga diperkenalkan dengan pokok kacip fatimah. Haa..ni tinggal dalam 2 pokok je sebab menurut Uncle, ada pengunjung yang datang sebelum ini yang menyeludup pokok ini keluar daripada hutan ini. So, itulah sebabnya kami diingatkan untuk tidak  membawa pulang sebarang tumbuhan yang hidup dihutan ini. INGAT YA
Korang nampak tak gambar kat bawah ni? Cantuman pokok ni dah jadi puzzle kan? Satu lagi keindahan ciptaan Tuhan. Ya Allah, memang unik betul. Sempat juga kitorang suwafoto dengan kengkawan berlatar belakang puzzle tree ni.
Haa..yang ni pun unik sangat untuk aku. First time tengok pokok ini. Menurut Uncle, nama pokok ini ialah Ghost Finger Print. Kenapa dinamakan sebegini? Tak berapa ingat sangat explanation Uncle tapi kalau tengok bentuk daun tu pun dah macam tapak kaki hantu. hahahaha
Ini namanya pokok Ara. Pokok Ara ni antara pokok yang besar tau dalam Denai Keruing ni. Uniknya adalah pada bentuk pokok ini. Uncle siap bergurau dengan kitorang, kalau terdesak bolehlah jadikan ini washroom..hahaha. Kalau korang ketuk pokok ni, macam ada bunyi kosong dalam tu.
Ini aku tak ingat pokok apa tapi unikkan pokok ni? Banyak yang Uncle kongsikan dengan kitorang. Ada sejenis pokok ini yang buahnya mempunyai bau yang hampir sama dengan bau bawang putih. Selain tu kitorang diperkenalkan dengan daun senduduk bulu. Menurut Uncle, senduduk bulu ni boleh berfungsi sebagai sabun dan juga mampu menghentikan pendarahan luka. Hanya ramas daun senduduk bulu dengan air dan sapukan ke tempat luka. Ada satu pokok ni yang menyerupai bulu burung merak. Warnanya pun sangat cantik.
Setelah selesai menerokai Denai Keruing, maka sampailah kami ke jalan masuk Tititan Kanopi atau Canopy Walkway...matlamat utama dalam program hari itu. Sambungang kat Part 3 nanti ya.
Read more ...

Monday, December 12, 2016

G.T.C.M. Back To Nature FRIM 2.0 [Part 1]

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera semua. Kembali lagi dengan entri baru. Kali ini dengan tema back to nature. Well, sesekali kita kena juga menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Barulah hidup ini lebih bermakna.
Pada hari Sabtu, 10 Disember 2016, aku dan kengkawan join trip Gang Travel Club Malaysia (GTCM) dalam program G.T.C.M Back To Nature FRIM 2.0. Kisahnya, kembar aku la ni yang daftarkan nama aku sekali. Well, aku pun suka aktiviti macam ni. Janji dapat keluarkan peluh. YES, I love sweat.

So, aku, kembar dan kawan kitorang Kak Bavani (Bava) gerak dari Putrajaya menuju ke FRIM, Kepong dalam pukul 7.30am. Perjalanan sebenarnya tak lama pun sebab hujung minggu, jalan kurang jem. Tiba saja di pintu masuk FRIM, kami dinasihatkan oleh pengawal keselamatan untuk parking kereta di area D6, yang berdekatan dengan tempat permulaan kami nanti.
Program bermula dengan sesi pendaftaran setiap peserta dan kami diberi button badge sebagai pengenalan kami. Sementara menunggu kesemua peserta tiba, kitorang sempat juga bergambar bersama...ada juga yang pergi breakfast. Ramai betul orang kat FRIM, mungkin kerana cuti sekolah dan hujung minggu kan.
Setelah semua peserta berkumpul, program bermula dan kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diiringi pegawai pengiring bertauliah. Pegawai pengiring kami yang kami panggil Uncle, merupakan seorang pegawai perhutanan dan tugasan beliau sebagai pegawai pengiring ni adalah part time katanya...tetapi setiap penerangan beliau cukup untuk menggambarkan betapa luasnya pengalaman beliau.
Okay...memandangkan ini adalah part 1, aku cerita dulu kisah sebelum kitorang melalui Titian Kanopi atau Canopy Walkway. 

Sebelum kami mula menerokai FRIM, kami diberi penerangan oleh Uncle berkenaan dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Setiap peserta diingatkan untuk tidak membawa pulang sebarang jenis tumbuhan yang hidup dalam hutan tu, kecuali bawa balik sampah..kira khidmat masyarakat la ni.
Selesai penerangan, perjalanan kami bermula dengan dibawa melihat ikan arapaima, spesies ikan air tawar yang besar. Bayangkan masa Uncle panggil ikan tu, tergamam tengok memang betul-betul besar. Ikan arapaima ni spesis ikan yang makan ikan juga tau. Kami diingatkan untuk tidak memberi makan kepada ikan tersebut. Cuma nasib tak berapa baik sebab air kolam tak cantik time tu. Kalau tak, lagi jelas nampak bentuk ikan tu.

Selesai tengok ikan, kitorang mula berjalan menuju ke hutan. Permulaan kami adalah diberi penerangan mengenai pokok pukul 5. Kenapa ia diberi nama pokok pukul 5? Haa..menurut Uncle, pokok ini mempunyai sejenis bunga yang akan menguncup pada pukul 5 petang. Menarikkan? Pokok ini besar dan dapat menampung CO2 dalam jumlah yang besar.
Korang pernah dengar Ant tree? Haa..ni kali pertama aku dengar dan lihat sendiri. Menurut Uncle, Ant tree ini memang tempat semut berkumpul. Uncle siap patahkan sikit dahan pokok tu dan tunjukkan kepada kami dalam dahan tu penuh dengan semut. No wonder la namanya Ant tree.
Haa...kali ni pohon buloh pulak. Ala, buluh burma. Gila besar pohon buluh ni. Kalau nak buat lemang memang takleh la. Kalau buat pelita buluh okay la tu..Hahaha..tapi banyak kegunaan buluh burma ni menurut Uncle terutama zaman dulu-dulu..


Sebelum sampai ke jalan masuk Canopy Walkway tu, kami perlu masuk ke Denai Keruing dulu. Haa...yang ni kita sambung part 2 ya....nanti letih korang nak baca..hahaha
Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, December 09, 2016

Be Strong My Dear Sally

Assalamualaikum...

Good morning.....dedicated post to my dear Sally Samsaiman.


Be strong sayang. Remember what Allah has said in surah Al-Insyirah, setiap kesukaran disertai dengan kemudahan. Banyakkan berdoa dan jangan sesekali putus asa.

I love you...
Read more ...

Thursday, December 08, 2016

Cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana? Explore Kuala Lumpur Ala Amazing Race

Assalamualaikum semua..

Ya Rabbi, punyalah berabad tak update blog. Baru perasan ada entri tak publish lagi...tapi. abaikan entri tu, kita update entri baru.

Pada 26 November 2016 yang lalu, aku mendapat jemputan daripada pihak Nescafe untuk menyertai Cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana. Bertempat di Kasturi Walk, Pasar Seni, kami para blogger berkumpul seawal pagi untuk memulakan cabaran ala Amazing Race tu.First time tau join event macam gini. Selalunya hakak lari aje, tapi kali ni sambil berlari sambil menyelesaikan task yang diberi.

Event Cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana ini dianjurkan dengan tujuan untuk memperkenal dan mempromosikan produk minuman terbaru NESCAFÉ®, iaitu NESCAFÉ® Tarik. Lepas ni korang tak perlulah menunggu nak ke kedai mamak baru dapat minum NESCAFÉ® Tarik. Nak minum NESCAFÉ® Tarik? Dimana-mana pun dah boleh, even dirumah pun boleh...lebih mudah, dan pastinya sedap sekali.

Sebelum acara dimulakan, ucapan aluan diberikan oleh Vanessa Lim, Senior Brand Manager of NESCAFÉ® RTD. Selain daripada itu, taklimat berkaitan keselamatan turut diberikan dan kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan mengikut warna topi iaitu, hitam, putih, merah, biru dan kuning. Hakak team Putih uolls.

Sebanyak 5 task diberikan untuk setiap kumpulan selesaikan. Rasanya tak perlu bebel banyak kot, jom layan gambar-gambar kat bawah.

1. Theme Photo
Ini first task untuk group kami. Kena bergambar dengan props yang telah disediakan. Gigih jugalah kitorang nak posing dengan props yang diberikan. So, inilah hasilnya.



2. Mannequin Challenge
Haa..bab yang ni aku pun first time buat. Mulanya takleh nak tangkap mannequin challenge ni macam mana, tapi bila dah diberi idea, okay..takde la susah mana pun. Cumanya ada la sedikit kesilapan yang group kami lakukan.


3. Share Your Nescafe Tarik
Task yang ni pula, kami kena minta stranger untuk minum Nescafe dan upload gambar mereka minum Nescafe Tarik tu dalam Instagram / Facebook mereka. Alhamdulillah, task ni sekejap je buat sebab orang ramai yang kami jumpa tu, baik hati membantu. 


4. Lion Dance Challenge
Huh...yang ni memang mencabar betul. Kitorang kena menari dan bergambar dengan patung singa tu. Kena menari tarian singa kot. Tak pernah buat tapi kena cuba juga buat. Paling payah bila nak kena tunjukkan NESCAFÉ® Tarik tu, padahal tangan tengah memegang patung singa tu. Haa...bayangkan

5. Tarik Like A King
Okay...yang ni tak susah sangat tapi bab nak meniru aksi menarik sebijik macam dalam gambar tu payah. Sudahnya mimik muka masing-masing dah macam hape je...hahaha. 


Finish Line : Merchant's Lane
Selesai je semua tugasan yang diberikan, kami bergegas ke Merchant's Lane dimana disitulah kami berkumpul. Kumpulan kami yang ketiga menamatkan Cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana diantara 5 kumpulan yang bertanding.

Walaupun kumpulan kami tidak menang dalam Cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana ini, tapi yang penting adalah kerjasama diantara setiap ahli kumpulan dan juga Mr Marshal kami, Jason sememangnya perlu diberi pujian. Disamping menyelesaikan setiap tugasan, dapat juga explore bandaraya Kuala Lumpur dan mempromosikan produk terbaru, NESCAFÉ® Tarik kepada orang awam. Kira sambil menyelam sambil minum air la ni.



Terima kasih juga kepada pihak Nescafe kerana menjemput aku. Dapat berkenalan juga dengan kawan-kawan baru. Rasanya untuk next event, boleh jemput lagi..memang enjoy betul.

Oh ya, dah dapatkan NESCAFÉ® Tarik korang hari ni? 
Gambar bonus hakak dengan kesayangan hakak, Cik SallySamsaiman

Okay....till we meet again
Read more ...

Sunday, October 23, 2016

Shokutbutsu Be My Reason Shower Run 2016 ; Who Will Be Your Reason To RUN?

Assalamualaikum...

Lama betul tak update blog ni. Busy sangat lepas balik dari Sarawak last month. Hmm...maklumlah bulan Oktober ni pulak busy dengan aktiviti larian. Hampir setiap minggu ada running event, so memang tak dapat nak menjengah blog ni.

Oh ya, bulan Oktober sememangnya diiktiraf sebagai bulan bagi kesedaran mengenai kanser payudara. Makanya boleh dikatakan setiap minggu mesti ada acara larian yang dianjurkan bagi menyokong kesedaran mengenai kanser payudara and one of that adalah Be My Reason Shower Run 2016 yang dianjurkan oleh Southern Lion Sdn Bhd, pengeluar barangan penjagaan diri seperti Shokubutsu.
Aku berpeluang untuk menyertai acara larian yang dianjurkan oleh Shokubutsu sebagai sokongan bagi kempen kesedaran mengenai kanser payudara. Diadakan pada 9 Oktober 2016 yang lepas iaitu sehari selepas Hari Sukan Negara bertempat di The Arc by Rimbayu, Shah Alam. Tempat lariannya memang best sebab ibarat berlari dalam taman walaupun sebenarnya kawasan perumahan. Hahaha.

Aku dan kawan aku, Kak Fiza keluar rumah seawal pukul 6:05am untuk ke tempat larian. Sampai je sana, para peserta ada yang dah start berzumba tau. Well, dah nama pun Shower Run kan, kami para peserta larian dihujani dengan bubbles seawal pelepasan larian lagi. Wah, dah macam dalam cite fantasy tu, ada bubbles. Track larian adalah sepanjang 5km. Okay la tu, sebab fun run. Biasalah time lari, macam-macam gelagat peserta kau boleh tengok dengan sesetengah peserta yang sangat kreatif dalam berpakaian. Ada hadiah untuk best dress tau.
Di akhir larian, kami dihujani pulak dengan pancuran air serta bubbles. Wow, ini part yang paling aku suka sebab dah penat berlari pastu ada pancuran air, ibarat macam mandilah kiranya selaras dengan objektif utama Kempen yang memfokuskan tentang pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Selain daripada goodies bag yang menarik disediakan, ada juga acara lain yang seperti zumba, sesi perkongsian ilmu bersama mengenai pentingnya pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi dan juga acara lucky draw.

Menariknya mengenai Shower Run ni, ia turut disokong oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu dan aktor popular Malaysia, Beto Kusyairy  dan isterinya Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini. Selain daripada cek bernilai RM25,000 juga turut disampaikan kepada NCSM sebagai menyokong usaha murni mereka dalam meningkatkan tahap kesedaran dikalangan masyarakat mengenai kanser payudara ini.

Program selesai dalam pukul 10 - 11 pagi macam tu. Sempat jugalah bergambar kenangan dengan finisher medal. Heee....bukan dapat medal je tau, dapat ilmu juga haritu. Maklumlah, kita orang perempuan ni sememangnya kena sentiasa peka dengan kesihatan kita apatah lagi dalam kehidupan seharian ni, macam-macam faktor boleh menyumbang kepada punca kanser payudara. 

 Hmmm..sudahkah kalian lakukan pemeriksaan sendiri payudara anda? Ewah..dah macam iklan.

Okay...till we meet again  
Read more ...

Nuff Ads