Tuesday, June 30, 2015

Vendeur Festival 5.0 Kembali Lagi!!!

Assalamualaikum...

Vendeur Festival 5.0 kembali lagi oiiii!!
Kalau korang pembaca tegar blog ini, korang mesti tahu yang aku ni memang peminat Vendeur Festival. Bermula daripada siri pertama di Stadium Melawati Shah Alam, sehinggalah dorang buat kat Menara MATRADE dan dah nak masuk siri kelima dah, aku tak pernah missed kecuali masa dorang buat kat Johor. Haruslah tak pergi kan, jauh benor.

Wah wah wah...mentang-mentang dekat nak raya dah, makanya pihak VF kembali nak menggegarkan Kuala Lumpur dengan kemeriahan hari raya yang bakal menjelang. Wei, siapa tak suka, brand ternama dan banyak diskaun menarik kot. 
Ada ke tidak yang plan nak pergi nanti? Aku? Insha Allah, sebab kan dah kata memang peminat Vendeur Festival, harus juga aku pergi. Gitu, gigih sangat bila masuk bab shopping. Eh, sekali sekala je kita shopping tau. Lagipun, venue dia memang tempat kerja aku. Lagilah senang nak pergi. Hahahaha

Sebenarnya persiapan raya aku dah 90% siap. Ala, simple je tahun ni, asalkan ada sehelai baju kurung baru cukuplah. Dah dewasa ni, takdenya aku nak beria sangat sampai baju berpasang-pasang. Cumanya, keterujaan nak ke VF sebabnya bolehlah mencari apa-apa keperluan yang masih belum lengkap. Lagipun, elok buat persiapan awal. Nanti dah nak dekat raya, takdelah kelam kabut. Maklumlah, lagi dekat nak raya, lagi ramailah manusia yang keluar shopping. I say NO untuk ke tempat yang terlalu sesak dengan orang ramai. 
Macam VF, tempatnya selesa, parking pun senang, tempat nak solat pun ada, nak berbuka pun senang. Dengar kata, ada 5 food truck yang bakal disediakan. Maybe cafe kat menara ni pun akan buka juga nanti untuk jual makanan berbuka. Oh ya, Coop MATRADE pun akan dibuka. So, memang senanglah kata orang. Dari segi pengangkutan pun senang juga kalau yang takde transport sendiri tu. Naik je bas RapidKL U618. Tak pun, naik teksi dari KTM Putra ke, LRT PWTC ke.
Tips yang aku nak bagi, make sure korang dah withdraw duit siap2 kat luar ya. Bawa cash money yang mencukupi sebab mungkin line internet akan crash bila dah ramai sangat orang. Kot-kot para vendor tak sediakan kemudahan pembayaran menggunakan kad kredit atau online transfer. Haa..kang nak beli belah tak dapat sebab tak cukup duit. Kalau boleh, parents janganlah bawa stroller yang besar gedabak tu, kesian para pengunjung lain terpaksa bersaing untuk lalu. Kalau ada anak kecil, better pastikan keselamatan anak ya. Jangan lepaskan tangan dorang. Maklumlah dah ramai sangat orang, sibuk sangat shopping, boleh menyebabkan kejadian yang tak diingini berlaku. Pastikan barangan peribadi korang sentiasa terjaga ya.

Dah dah..banyak benor aku borak kat sini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh je pergi ke Instagram rasmi Vendeur Festival .

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, June 24, 2015

Lagi CPUV Daripada Nuffnang

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, bulan Jun ni meriah dengan CPUV Nuffnang. Nampaknya ada 4 iklan masuk lagi untuk 3 hari berturut-turut. Syukur. Adalah boleh tambah earnings.

Ada yang dapat sama macam aku? Tahniah korang.

Okay...till we meet again

Read more ...

Belum Gaji Dah Shopping?

Assalamualaikum...
Apakah maksud tajuk di atas? Beria benor rupanya. Perempuan dan shopping memang  berpisah tiada tapi jangan tak tahu, lelaki pun tak kurang hebat tau. 

Kisahnya, Lazada sekarang ni sedang buat sale Riang Ria Raya 2015. Aku check emel tadi, dan klik link untuk tengok promosi yang menarik katanya tu. Memang menarik kekdahnya. Maklumlah, promosi rayalah katakan. Haruslah menarik. Bukan aku sorang je yang menjengah ke Lazada tapi ofismate aku si Ridzu pun sama juga. 

Aku dah siap usha beberapa home appliance yang menarik dihati dan aku memang nak beli sebagai persediaan untuk buat kuih raya. Maka, aku pun siap masukkan dalam wishlist. Setel, aku pergi tempat Ridzu, haa..rupanya beliau pun sama juga macam aku. Apa lagi, dah ada geng ni. Panggil pula Kak Ida, Kak Ina dan Abang Azham. Wah...memasing pakat dok tengok apa yang boleh dibeli.Al-maklumlah barang yang nak dibeli pun murah juga sebenarnya lepas promosi.

Masalahnya, hari ni kan baru 24 hari bulan. Gaji esok ya kengkawan sekalian (penjawat awam). Haa..macam mana tu? Haa..takde la risau sangat sebab Lazada kan boleh cash on delivery. Jadi, takde la pening. So, dah siap order cuma tunggu barang sampai dan bayar. Gitu.

Barang yang kitorang beli tu takdelah mahal mana pun, cukup untuk keperluan masing-masing je. Paling penting beli barang yang memang hendak guna. Jadi, takde la pembaziran bila barang dah sampai nanti. Tak gitu...makanya, kalau korang nak beli barang dengan harga yang berpatutan, bolehlah ke Riang Raya Raya 2015 Lazada ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, June 23, 2015

Misi: Say No To Bazar Ramadan

Assalamualaikum...
source: Google
Bersiar dilewat petang hari ini. Pagi tadi dah macam apa je aku. Memang dah panas-panas badan macam nak demam tu. Cukup dengan selesema, sakit kepala bagai. Now, Alhamdulillah dah okay sikit.

Alhamdulillah, sekarang sudah 6 hari kita berpuasa. Insha Allah, semoga dapat menyempurnakan puasa dengan baik. OH ya...lama juga aku tak membebel dalam blog ini kan. Rindu wei..dengan keadaan laptop kat rumah yang memang tak mengizinkan aku untuk blogging, maka aku terpaksalah gunakan sedikit masa terluang yang ada dipejabat. Kalau adalah..selalunya takde..hahahah

Tahun ini dah jadi tahun ke berapa sebenarnya untuk meneruskan misi untuk tidak ke Bazar Ramadan. Kenapa? Eleh..bukan aku masak sangat pun sebenarnya. Bukan nak kata makanan kat bazar tu tak sedap ke, mahal ke, tak berkhasiat ke apa...tetapi sebagai langkah untuk berjimat je kekdahnya. Ye la, kita ni kan manusia biasa, ada nafsu rakus. Kalau dah bazar tu, memang takde maknanyalah nak beli sedikitkan. 

Confirm kalau ke bazar mesti ada je yang nampak best kat mata. Syukur Alhamdulillah, aku ni spesies manusia yang memang tak suka pergi pasar malam ke, bazar ramadan ke atau yang sewaktu dengannya. Aku ni jenis kalau pergi bazar pun belum tentu ada yang menarik dimata aku dan selalunya aku boleh balik dengan satu jenis makanan je. Kadang tu tangan kosong je sebab semua aku nampak tak menarik kat mata aku. Punyalah cerewet punya manusia aku ni. Tambah aku alah sikit dengan asap bagai, senang lemas. Lagilah aku elak pergi.

Makanya, terjadilah misi "Say No To Bazaar Ramadan". Sebenarnya bagus juga bila tak pergi bazar ramadan ni. Paling best jimat duit. Kategori macam aku yang tinggal dengan keluarga ini, makanya aku makan masakan dirumah je. Lagipun bulan Ramadan ni takdelah nafsu makan tu membuak-buak. Cukuplah sekadar tak lapar sangat dan ada tenaga nak lakukan ibadah dimalam hari kan.

Oh ya..jangan cakap aku nak hasut korang jangan pergi bazaar ramadan tau. Aku cuma cerita misi aku je...tapi kalau korang pun sama macam aku, target nak berjimat dibulan ramadan, kiranya kita ni sekapallah...hahaha..okay..take 5 dah selesai. Mari tengok balik apa kerja yang tak siap lagi..kot2 ada.

Okay...till we meet again

Read more ...

Monday, June 22, 2015

CPUV Nuffnang...Thank you

Assalamualaikum....

Rupanya Nuffnang masih lagi baik hati dengan aku. Dalam aku ni tak aktif blogging lately, tetap rajin Nuffnang bagi CPUV untuk blog ini. Tak pernah jemu pulak tu. Bila tengok list CPUV, banyak juga tapi yang aku nak ini yang masih On Going statusnya.

Terima kasih bebanyak Nuffnang sebab sudi pandang blog kecil ini. Nanti kita aktif balik ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-5 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Syukur Alhamdulillah...semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk berpuasa pada Ramadan kali ini, Insha Allah.

Haaa..dah tau kan yang kawan baik kita, Cik Sally Samsaiman buat giveaway Raya. Dah join ke tidak ini? Kalau belum join, meh join meh. Aku salah seorang yang menaja hadiah. Apakah ia? Haaaa..ada duit raya dan juga kad raya. Manalah tahu kalau ada penambahan hadiah, lagi banyaklah peluang untuk menang. 

Kalau sesiapa yang belum join tu, silalah join ya...klik je banner di bawah ini ya.

Cepat-cepat...jangan lepaskan peluang baik ini..

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, June 16, 2015

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog ini. Semenjak dah tak active dengan Facebook, blogging pun kelaut. Lately ni banyak spend masa untuk diri sendiri je. Hehehe..maaf ya kengkawan.

Sempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini. Dah ready nak berpuasa ke? Puasa dah habis ganti? Make sure habis ye. 

Semoga dengan kedatangan bulan Ramadan ini memberi satu lagi sinar baru dalam kehidupan kita dan terus istiqomah dalam menjalan ibadah puasa. Ada apa-apa plan untuk bulan puasa ni ke? Harapnya semua berjalan dengan lancar ya. Insha Allah..

Wallahualam...a
Read more ...

Monday, June 01, 2015

Hello June!! My Favourite Month!!

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Sihatkah? Wah...pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan tahun 2015. Hari ini 1 Jun 2015. Tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi kita semua akan menyambut dan berpuasa di bulan Ramadhan. Dah ready? Dah selesai ganti puasa? Kalau belum, sempat lagi ni nak habiskan ganti puasa.

Oh ya, kenapa beria sangat aku dengan bulan Jun ni ek? Hmm..sebenarnya bulan Jun ni sentiasa jadi bulan kegemaran aku dan family. Know why? Hahahaha..adalah...

Aku harap bulan akan berjalan dengan lancar atas izin Allah. Semoga sempat dan dapatlah melaksanakan ibadah puasa tak lama lagi. weee..excited dan tak sabar. Semoga Allah panjangkan umur aku untuk bertemu sekali lagi bulan Ramadhan.

Korang macam mana? Bulan kegemaran korang bulan berapa?
Read more ...

Nuff Ads