Tuesday, February 24, 2015

Syndrom Tersenyum Sendiri Mula Menyerang

Assalamualaikum,

Kalau korang nak tahu, sampai sekarang ni aku masih tersenyum seorang dan kadang-kadang gelak seorang diri. Hmm...dah macam orang gila pun ada kalau orang tak kenal tengok aku. Dimana-mana pun aku boleh tersenyum dan ketawa kecil. Semua ini ibarat macam release stress yang ada dalam badan aku.

TAPI...apa yang tersenyum dan ketawa seorang diri ni? Apa ke benda yang buat aku senyum sendiri walaupun sekadar duduk tanpa menghadap apa-apa? Haa..sebenarnya segalanya ada dalam fikiran aku. Hmm...tapi ada sebabnya. Cuba scroll ke bawah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|






Pic source: As credited
Song Triplets dan juga Kill Me Heal Me. Satu drama dan satu variety show. Dua-dua korean entertainment program. Aku kan memang minat juga drama sikit-sikit. Walaupun bukan kaki drama, sesekali melayan okay juga tambahan pelakon kegemaran berlakonkan. Harus tu aku usaha untuk tengok. Drama Kill Me Heal Me ni pula kelakar dan memang aku terhibur dengan watak-watak yang ada dalam drama ni. Lakonan pelakon utama Ji Sung ni pulak memang sangat menjadi dan berkesan. 7 karakter dalam 1 drama dia jayakan dengan baik sekali. Kagum pulak aku dengan bakat lakonan dia. Malah karakter lain pun cukup bersahaja lakonan mereka sampaikan aku dan kembar memang gelak besar bila tonton drama bersiri ni.

Variety show The Return of Superman ni memang kegemaran keluarga aku. Penyebab utama adalah anak kembar tiga actor Song Ilkook ni la. Mak aku kemain suka dengan budak bertiga ni, Daehan, Minguk dan Manse. Keletah budak bertiga ni memang sentiasa buat orang gelak. Ye la, budakkan...dia bukan faham pun orang tengah rakam gerak geri dorang. Jadi, setiap keletah dorang tu bila aku fikir je mesti tersengih-sengih dibuatnya. Alahai...memang menceriakan hati sungguh. Mulut bising takyah cakaplah, senyap hanya bila nak mula makan. Itu pun boleh menyanyi lagi ketika sedang makan..hahahah..mana tak pecah perut dengan lagu yang dorang create sendiri lirik. Lagu Twinkle Twinkle Little Star pun boleh ada lirik baru budak-budak ni buat. Hahahaha....

Aku ni sesekali melayan memang betul-betul aku layan. Rasanya lepas drama Hotel King tahun lepas, ni la drama yang aku follow betul-betul dari episod 1. Drama Punch yang tayang kat S One HD tu pun aku tengok Ep1-Ep5 lepas tu aku skip terus ke Ep15-Ep19. Asal tahun mula dan akhir sudah..hahaha..baik, sekian diari online aku hari ini...err...diari?

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, February 23, 2015

Larangan Berpakaian Seksi Di Terengganu

Assalamualaikum...
Terbaca mengenai berita seperti tajuk di atas sebentar tadi. Terfikir sejenak. Maaf ya, isu ini pada pandangan aku agak sensitif dan rumit. 
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu minta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengisi segera kekosongan jawatan pegawai dan anggota penguatkuasa wanita.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kekosongan jawatan penguatkuasa wanita perlu diisi segera bagi membolehkan rondaan dan tindakan secara menyeluruh terhadap umat Islam yang ponteng solat Jumaat.

Katanya, pegawai dan anggota penguatkuasa wanita juga boleh melakukan pemeriksaan dan soal siasat ke atas remaja wanita yang berpakaian seksi dan mencolok mata sehingga boleh mendatangkan keghairahan orang ramai.  berita selanjutnya kat SINI
Jujur cakap, kita perlu faham makna pemakaian seksi itu sendiri. Bukan sekadar dengan pakaian yang tak cukup kain tapi jenis dan cara pemakaian juga boleh menjadikan ia seksi. Hmm..macam mana nak cakap ya. Lebih baik tafsiran seksi itu difahami secara meluas.

Sebagai seorang wanita, aku memang sangat sokong cadangan mengenai larangan ini. Islam sendiri mewajibkan setiap penganutnya menutup aurat dengan sempurna bukan sahaja perempuan malah kaum lelaki juga sama. Memanglah ada yang akan berkata, kalau tak pakai seksi pun boleh terjadi kes-kes seperti rogol etc, cuma kalau kita sebagai wanita peka dengan pemakaian kita, kita boleh elak daripada pemerhatian kaum lelaki. 

Cadangan ini pastinya ada pro and cons. Apa pun, diharap penguatkuasaan ini dapat dijalankan dengan bijak dan saksama kepada semua. Apa pandangan anda?

Okay...till we meet again
Read more ...

Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com

Assalamualaikum...


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Thursday, February 19, 2015

Friday @ Fickles

Assalamualaikum...

Jumaat minggu lepas aku dan kakak-kakak satu unit pergi lunch di Fickles, TTDI. Sebenarnya kakak-kakak unit yang teringin nak pergi makan kat situ. Aku? Haa....tukang tunjuk jalanlah apa lagi. Maka dengan itu aku pun join la skali.

Hmm...tanggapan pertama aku tentang fickles ni ialah restoran yang santai..dan memang agak santai la juga decoration dia. Owner pun baik serta peramah. Cuma kawasan shoplot fickles ni je yang lemah sikit buat aku sebab jem dan parking susah nak cari. Kitorang haritu parking dalam kawasan pasar basah.

So, kat bawah ni menu yang kami order.

Ni namanya Moroccan lamb apa tah...ala, rasa dia macam nasi kenduri tu. Ni menu untuk lunch set. Harga RM12.90 sekali dengan desert. Ni kak ida yang order. 
Ni Aglio Olio. Hmm..yang ni aku recommend korang order kalau datang fickles. Rasa dia ada pedas pedas sikit..udang pun besar. Memang best la. Kak Ida yang order tapi kami makan bertiga sementara tunggu kak Alin dan kak Ija sampai. Harga aku tak sure la pulak
Ni namanya Deep Fried Pollock and chips. Sauce dia tomato creamy. Hmm..ni pun set lunch juga berserta desert RM12.90. Sauce tu sedap tau.
Ni Herbs Crusted Lamb...opps, nama penuh tak ingat. Harga RM35.90 tak silap aku. Kak Ina yang order ni. Sekali dengan potato mashed dan sauce dia black pepper kot. Korang boleh pilih nak masak well done ke atau tidak. 
Ni carbonara pasta. Sorry..aku memang tak sure nama sebab yang order kengkawan aku. Tak rasa pun. Tapi kak Alin kata sedap. 
Ni namanya Mushroom Junkie. Ni kak Ija yang order. Tapi kak Ija tak habis makan sebab banyak giler mushroom dia plus kak Ija makan takde la banyak mana. Harga RM12.50 rasanya.

Apa yang aku perasan, setiap hidangan pasta mesti akan ada roti baguette sekeping dia letak. Haa...menarik sebenarnya pada aku sebab korang boleh rasa nikmat sauce tu. Heheheh...

Kalau korang nak try makan kat situ, korang ingat alamat ni ya.

Fickles, 
11, Jalan Wan Kadir 2, 
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur,
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Selamat mencuba.,..

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, February 18, 2015

CPUV Februari 2015

Assalamualaikum...

Lamanya tak hapdet pasal CPUV kan? Lately ni aku jarang buka Nuffnang. Buka blog pun tak tentu..apatah lagi akaun Nuffnang..sampaikan dapat reminder 8Share supaya login akaun. Kalau tidak nanti duit yang terkumpul tu burn gitu saje.

Alhamdulillah...masih lagi dapat 3 CPUV Nuffnang walaupun tak aktif. Since awal Februari haritu tapi aku je baru terperasan nak share. Syukur..earning pun Alhamdulillah. Bertambah lagi. Cuma masih belum ada keinginan nak cash out. Tunggu dah capai target baru aku cash out. Hehehe...

Apa pun, terima kasih Nuffnang. Sudi-sudilah beri lagi CPUV ya..hahaha

Okay...till we meet again

Read more ...

Friday, February 13, 2015

Takziah buat Mereka

Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian bersama. Semoga ada manfaat buat kita semua.

video
Takziah buat keluarga arwah Datuk Hj Hasbullah Awang dan arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah pulang ke rahmatullah semalam 12 Februari 2015. 

Juga mari kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka dan juga ibu bapa serta kaum keluarga dan umat Islam yang telah dijemput pulang terlebih dahulu daripada kita. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Wallahualam...
Read more ...

Thursday, February 12, 2015

Menanti Terbitnya Matahari

Assalamualaikum...

Ni cerita berapa minggu sudah tapi hari ni baru aku terfikir nak share dengan korang semua. Aku rasa, kalau korang dah biasa jenjalan dalam blog ni, mesti tahu yang aku ni kaki amik gambar terutama gambar awan dan langit. Itu memang kegemaran aku nombor satu sebenarnya. Dalam handphone ni bersepah gambar pemandangan sampai terpaksa delete sebab banyak sangat.

So, hendak dijadikan cerita, pada pagi sabtu 2 minggu lepas, aku pergi ke taman tasik kat putrajaya ni berdekatan dengan PICC. Hajat sebenarnya nak jogging tapi terpaksa cancel sebab kasut sukan tak jumpa dalam kereta. Oleh kerana tidak mahu pulang dengan 'tangan kosong', maka aku duduk menghadap ke arah tasik sebab nak tengok matahari terbit. Waktu tu baru dalam pukul 720am, dan matahari belum terbit lagi. Angin pula sepoi2 bahasa gitu. Nyaman je...

Maka, penantian beberapa puluh minit tu berhasil dengan gambar-gambar di bawah. Ni baru guna handphone, kalau DSLR, confirm lagi cantik gambar. Enjoy the photos!





Okay...till we meet again
Read more ...

Teaser Entri Baru

Assalamualaikum...
Ada entri baru menanti untuk dipublish. Entri review ni namanya. Dah siap semua cerita, aku publish bagi korang baca ya.

Okay...till we meet again

Read more ...

Tuesday, February 10, 2015

Dragon Blade Promotion Tour in Malaysia

Assalamualaikum...

Eh..kerap pulak aku update pasal movie lately kan? Aku perasan sebenarnya. Padahal bukanlah kaki wayang pun. Sekadar sesekali je pun menonton wayang. 

Oooo..hari ini aku nak share pasal filem baru lakonan Jackie Chan, Dragon Blade. Dengar kata filem ni best. Kalau tengok dia punya promotion dan trailer pun nampak macam gah je filem ni. Tambah pula barisan pelakon pun boleh tahan juga. (Kata orang la, aku tak tahu). Itu kalau orang yang memang arif bab filem cakap. TAPI, kalau peminat Super Junior, dia akan cakap macam ni... 'Yeay!!!!... Siwon pun adalah". Hahahahaha



Akulah tu, aku ngaku je walaupun aku sebenarnya takde keinginan nak tengok movie ni sebenarnya. Tapi, mungkin juga akan tengok sebab cik kembar nak tengok. Diakan, mana boleh takde aku...kamikan kembar. Mesti pergi sama-sama...hahaha.

Eh, jap..sebenarnya aku nak share info pasal promotion tour filem Dragon Blade di Malaysia. Bila? Esok, 11 Februari 2015 bertempat di IOI City Mall, Putrajaya dan juga Pavillion KL. Wah..Jackie Chan, Super Junior Choi Siwon, John Cusack, dan Adrien Brody akan menyertai sesi promosi ini. Sebenarnya ada 3 tempat dorang akan datang tapi hanya 2 tempat ini sahaja untuk public. Satu lagi disebuah hotel untuk private session. Haa..yang ni pelanggan Astro yang aktif berpeluang rasanya.

Private Meet & Greet Session
Date: 11 February 2015 (Wednesday)
Time: 2pm to 3pm
Venue: The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur

Public Meet & Greet Session #1
Date: 11 February 2015 (Wednesday)
Time: 6.30PM
Venue: IOI City Mall

Public Meet & Greet Session #2
Date: 11 February 2015 (Thursday)
Time: 8pm
Venue: Pavilion Kuala Lumpur
Info: SINI

Kalau ada peminat-peminat Jackie Chan ke, Siwon ke..bolehlah pergi esok ya. Tapi jangan ponteng kuliah ke, ponteng sekolah ke, ponteng kerja ke semata-mata nak pergi tengok dorang ni. Hahahaha..aku? Tak sure lagi nak pergi ke tidak walaupun esok aku cuti untuk urusan mak. Malas nak bersesak dalam keadaan orang ramai esok..gitu.

Okay...till we meet again
Read more ...

GSC IOI City Mall Free Screening

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Ni ada berita best nak bagitahu kepada kaki wayang terutama yang suka dengan Golden Screen Cinema (GSC). Outlet terbaru GSC di IOI City Mall Putrajaya bakal dibuka secara rasmi pada 12 Februari 2015 ini. Lagi berapa hari je ni. 

Menariknya, GSC sekarang ni sedang mengadakan 'free screening' selama 5 hari bermula 7 - 11 Februari 2015. Ada banyak filem-filem menarik yang ditayangkan. Antara Maze Runner, Maleficent, Intestellar dan banyak lagi. Tak perlu bayar, hanya bawa coupon yang disediakan atau boleh print di website GSC.
Semalam, sempatlah juga pergi tengok Maze Runner. Sesekali nak merasa tengokkan. Punyalah ramai orang, nasib dapat juga tiket. Hehehe..kalau korang berminat dan ada kesempatan, bolehlah pergi ke GSC IOI City Mall Putrajaya ya. Mana tau ada filem yang korang terlepas tonton sebelum ni.

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, February 06, 2015

Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)

Assalamualaikum...

Minggu lepas terima email daripada seorang pegawai berkenaan pembukaan tawaran Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) bagi penjawat awam. Apa lagi, terus tengok iklan. Sebelum ni memang dah ada tawaran PPA1M ini tapi diberi keutamaan kepada yang bekerja di Putrajaya kerana projek tu pun di Putrajaya. Alhamdulillah, cik kembar dah dapat juga.

Aku ni kan kerja di KL. Maka teringin pula nak apply. Ye la, nak harap tunggu kahwin baru beli rumah, rasanya belum tentu la. Fikir-fikir balik, ada baiknya kalau aku buat persediaan hari tua aku. At least aku takdelah nak kena menyewa bila dah tua nanti kan....

Ada 3 jenis rumah yang ditawarkan dengan harga yang berbeza mengikut keluasan kaki persegi rumah. Bermula daripada RM150,000 hingga RM300,000 mengikut kelayakan pendapatan isi rumah ya. Apartment la senang cakap. Projek kali ini di Bukit Jalil. Keluasan rumah pula bermula daripada 1000kaki persegi. 


Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai PPA1M ini, korang boleh klik pautan INI. Kalau dah tahu dan berminat nak apply (penjawat awam sahaja), bolehlah klik pautan dibawah ini.
BORANG PERMOHONAN PPA1M

Borang tu kena download tau.

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, February 05, 2015

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN"
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana.

Read more ...

Lunchdate @ Damine21 Cafe

Assalamualaikum...

Kisah ni lanjutan daripada entri INI. Hari cuti umum yang lepas, aku dan blogger Sally Samsaiman ambil kesempatan untuk luangkan masa bersama. Haa...dating berdua gitu.... Kami pilih Damine21 Cafe yang terletak di Taman Dagang Avenue, Ampang. Aku yang suggest tempat tu sebab tengok macam best je. Kalau nak tahu, banyak lagi list cafe dan restaurant yang aku nak terjah nanti. Hehehe. Tak nak cerita banyak, jom layan gambar.

 Ni menu yang ada...page sebelah lagi terlupa ambil. Range harga kat sini boleh tahan jugalah. Jadi, siapkan duit lebih sikit ya.
 Kami pesan teh je. Sally peach tea, aku pula ice lemon tea. Rasa cantik pulak gambar teh tu..eh..hahahah
 Ni starter yang Sally pesan, Mushroom soup. Sedap dan terasa sangat mushroom dia. RM10 sekali dengan garlic bread tu. Kami makan share je.
 Ni namanya Chilli Spaghetti. RM20 satu hidangan. Ada seafood seperti udang dan sotong serta shitake mushroom yang begitu meriah sekali dalam pinggan ni. Saiz pun besar, boleh makan dua orang tau. Puas hati walaupun harga semput sikit..untuk aku la. hahaha
Ni pula meatball. RM10 satu set. Special sauce katanya. Sedap juga tapi apasal aku rasa macam black pepper sauce je..ke tekak aku yang memang kata black pepper, tak pasti. Ada 10 biji dalam pinggan tu. Meatball ni rangup. Dimakan panas-panas, sedap.
 Sebelum order desert, kitorang selfie / wefie dulu. Eh, perkara biasa tu..hehehe.
Pavlova. Recommended kot kalau datang ke Damine21 cafe ni sebab rasanya tak terlalu manis. Saiz sederhana. RM15 sebiji. Kalau suka, rasanya boleh juga kalau nak take away. Tapi Sally makan sorang sebab aku tak minat pavlova. Hahaha

Overall, makan kat Damine21 Cafe ni puas hati. Satu sebab saiz hidangan boleh tahan. Environment cafe ni sangat menarik hati. Latar warna putih yang digunakan cukup bagi impak bersihnya cafe ni. Sweet je dengan hiasan yang sederhana tapi cukup menarik. Kalau suka tema ala-ala English, Europe tu, sini memang sesuai tau. Masa menunggu untuk hidangan tiba pun takde la lama sangat, or maybe sebab aku dan Sally customer pertama hari tu? 

Waktu operasi Damine21 Cafe ni bermula pukul 12pm. Sesuai kalau nak datang lunch. Kalau yang dekat area Ampang, tu singgah la ya sana nanti. 

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, February 04, 2015

Alahai Into The Woods

Assalamualaikum...
Korang dah tengok ke Into The Woods? Aku ni punyalah excited nak tengok Into The Woods. Maklumlah, konon-konon sebab ada gabungan fairy tale kekdahnya. Ada aku cerita kat entri INI.

Jumaat beberapa hari selepas ditayangkan di pawagam seluruh negara, aku dan kembar serta seorang lagi rakan pergi tengok. Masuk hall tu dah excited dan diawal cerita tu memang seronok sangat rasanya filem ni. TAPI..lama kelamaan cerita ni aku rasa makin hambar.

Kenapa? Sebab too much musical. Okay..untuk orang macam aku yang tak minat sangat musical ni, memang akan rasa filem ni boring sikit. Boleh kata segalanya kena menyanyi. Ala, bukan takde filem musikal yang aku pernah tonton, banyak je tapi cerita ni makin lama makin bosan bila tengok tau. 

Tolak bab too much musical, plot cerita pun ada yang nampak macam tergantung. Tetibe je wife Mr. Baker tu boleh curang dengan putera raja yang supposed jadi suami Cinderella. Eh....dah kenapa? Ada beberapa lagi babak yang aku sendiri tak yakin mana ending ceritanya. Brother kepada putera raja yang jadi buta tu apa endingnya. Haih...senang cakap, aku tertanya-tanya la sampai habis cerita.

Filem ni senang cakap, tak menarik pun untuk aku. Rasanya, jauh mana best Maleficent lagi walaupun kisah dia ada lawan-lawan dan agak serius sikit. Hmm...begitulah perasaan aku terhadap Into The Woods. So, kalau korang suka musical, filem sesuai untuk korang. Macam aku...NO. heheheh

Oh ya...nanti aku nak share satu lagi filem yang aku tonton baru-baru sebab temankan kawan haritu.

Okay...till we meet again

*Eh..rasanya tahun ni akan catat rekod sebab tonton filem lebih 2 kali dalam setahun..hahahaha
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [04.02.2015]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini....
Cuba teka kitorang kat mana?

Okay...till we meet again

Read more ...