Wednesday, January 28, 2015

Wordless Wednesday #2 [28.01.2015]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini. #BlackandWhiteChallenge @ Instagram


Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [28.01.2015]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini...

HAKUNA MATATA
Okay...till we meet again

Read more ...

Monday, January 26, 2015

2 Entri Hidup... Terima Kasih

Assalamualaikum...


Lamanya tak buka blog. Minta maaf...yes, again and again..memang akan sentiasa minta maaf kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. Mungkin ada yang pelik dan hairan sebab tuan blog kerap sangat on and off. Ada sebab tertentu yang tak dapat dikongsikan dalam blog ini. Biarlah...tunggu masa yang betul-betul sesuai ya.

Oh ye..apa pun, aku nak berterima kasih sebab masih sudi baca dan search macam-macam benda dalam blog ini. Mungkin ada keyword yang mengena, mungkin juga ada yang tidak. Apa pun...kunjungan korang dah menambah baik trafik blog ini walaupun tanpa sebarang update since a week ago.

Ada 2 entri yang aku nampak benar-benar hidup. Setiap hari pasti either one akan dapat view tertinggi. Yes, everyday dan aku sendiri pun tak sangka 2 entri ni hidup tanpa dijangka. Apa ya entri tu? Kata-Kata Mutiara Sebagai Pendorong Semangat  dan  Boat Noodle @ Publika . Alhamdulillah...pageview untuk kedua-dua trafik ini sangat tinggi dan boleh dibanggakan untuk blog picisan lagi tidak terkenal macam blog aku ini. Hahaha...

Alhamdulillah, dua entri ini memang bermakna untuk aku sebab entri kata-kata mutiara tu, Kak Mia Liana pernah review. Maka, aku memang sayang dengan entri tu walaupun penulisan yang sangat simple. Pasal Boat Noodle tu pula, kerana itulah yang aku dan kembar serta kawan kami Dila idamkan nak makan. Haa..maklumlah, tengah famous pasal boat noodle. Hehehe. 

Terima kasih semua..terima kasih sebab sudi jengah ke blog Ainim Rashihah ni. Insha Allah, ada masa aku akan cuba menulis lagi entri-entri yang boleh dijadikan perkongsian buat semua ya.

Okay...till we meet again


Read more ...

Saturday, January 17, 2015

Pelayaran Islamik 3.0

Assalamualaikum…
cruise islamic
Pernah tak korang impikan naik cruise lepas tu belayar dilautan sambil menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah SWT? Melihat matahari terbit dan terbenam, subhanallah. Tapi lagi indah dan bermakna jika sambil belayar tu kita mendalami sekali ilmu agama. Nah..menarik bukan?

Pernah tak korang dengar belayar sambil mendalami ilmu agama? Mungkin ada yang pernah tapi majority tak pernahkan? Tapi jangan ingat tak ada langsung tau. Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada tau.

Program Pelayaran Islamik 3.0 yang akan diadakan pada 1 – 4 Februari 2015 ini akan membawa anda belayar dilautan dari Penang terus ke Phuket dan Krabi. Bertemakan Syukur, Tenang dan Damai ini, program pelayaran ini akan memberikan anda satu pengalaman baru yang pastinya tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Ianya dianjurkan oleh INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD.(ITCT) yang merupakan sebuah syarikat perunding majlis yang menyokong dan memberikan Perkhidmatan profesional kepada klien korporat dan juga individu. Syarikat ini juga merupakan pelopor kepada program pelayaran Islamik melalui penganjuran program terdahulu.
Sepanjang sesi pelayaran ini, peserta akan mendalami ilmu agama yang akan disampaikan oleh para ustaz yang turut serta dalam program ini nanti. Ustaz yang turut serta pun bukan calang-calang orangnya ya. Menariknya, bukan setakat, solat berjemaah je, tapi kita akan diajar untuk mengetahui kedudukan kiblat, mempelajari Solat Jama' & Qasar, Ceramah & Kuliah, Qiyamulail, Zikir & Selawat, Soal Jawab Bersama Ustaz dan Program Ziarah serta Makan Malam Kesyukuran pun ada. Senang cakaplah, setiap aktiviti yang dianjurkan itu semuanya punya perincian ilmiah yang menarik.
islamic travel

phuket
Kalau dah namanya pelayaran Islamik, pastinya kita naik kapalkan. Kapal yang bakal dinaiki oleh para peserta nanti ialah SuperStar Libra yang direka untuk memenuhi perubahan keperluan penumpang hari ini, mencabar model konvensional dengan menyediakan pelayaran , pelayaran gaya - resort yang lebih santai, lengkap dengan fleksibiliti dan perkhidmatan bukan mengganggu perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
Program Pelayaran Islamik 3.0 ini juga bukan sekadar untuk diri sendiri je, tapi boleh juga dijadikan sebagai hadiah buat kedua Ibu Bapa, Hadiah Cabutan Bertuah, Hadiah Korporat / Ulang Tahun Perkahwinan dan juga sesuau bagi Mereka Yang Ingin Berhijrah. Selain daripada itu, ada juga penampilan khas daripada para finalis Pencetus Ummah.
penang

krabi
Ada 9 pakej yang ditawarkan dan mengikut kepada kemampuan peserta dan bermula dari RM1677 seorang. 3 pakej telah pun habis dijual dan ada beberapa pakej lain nampak gayanya terjual laris. Bertuahnya kalau dapat join pelayaran sebegini. Bak kata orang, melancong sambil beribadah. Raih pahala sekaligus, Insha Allah. Sejumlah wang pakej yang terjual ini juga akan disumbangkan kepada rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan jufa fakir miskin.

Kalau ada yang berminat nak sertai pelayaran ini, boleh klik link di bawah untuk melihat pakej yang ada dan seterusnya mendaftar.  
Read more ...

Friday, January 16, 2015

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday

Assalamualaikum...

Kak Fuza buat Giveaway sempena bulan kelahiran beliau. Menarikkan, anjurkan giveaway sempena birthday. Rajinnya. Maka, dengan ini aku nak join juga giveaway ni. Ahaks...marilah kita ramai-ramai meriahkan giveaway ni ya...ayuh

Klik banner kat atas untuk join ya.

Buat kak Fuza, selamat menyambut hari kelahiran yang bakal tiba. Semoga diulang tahun kelahiran akak nanti akan dipenuhi dengan keindahan dan keceriaan. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah SWT.

Okay...till we meet again

Read more ...

Tunaikan Keinginan

Assalamualaikum...

Dah makan tengah hari. Aku baru je pulang dari rehat. Ada lagi beberapa minit sebelum kena kembali bertugas. Ada Friday Exchange hari ini. 

Aku tak tahulah kenapa lately ni suka sangat dan tekak ni asyik-asyik teringin nak makan pasta. Pastu nak pasta yang ada cream sauce tu je pulak tu. Gedikkan tekak. Kalah perempuan berkahwin yang tengah pregnant. Hahaha..

So, demi kerana teringin dan kerana aku pun jarang dah sebenarnya berbelanja diluar waktu tengah hari. Maklumlah, sekarang ni memang bawa bekal ke pejabat setiap hari. Cuma hari ini aku hanya bawa bekal untuk makan pagi je. 

Tadi aku keluar pergi mencari restoran yang menjual pasta. Mulanya nak ke Secret Recipe. Sekali masa sampai kat AEON AU2 tu, rupanya takde Secret Recipe kat situ daa...Nasib ada Pizza Hut. Maka, keinginan nak makan pasta tu terlaksanalah juga.
Nah..dua menu simple yang aku dan kawan order. Janji kenyangkan. Lagipu kami sebenarnya memang nak makan je. Setel makan terus balik sebab takut lambat sampai ofis. Hehehe..korang makan apa?

Okay...till we meet again

Read more ...

Bahaya Lidah Atau Jari?

Assalamualaikum...
Selamat pagi. Hari ini baru dapat update blog. Semalam tuan blog kurang sihat sikit. Oh ya....ada yang bercuti hari ni kan? Selamat berhujung minggu ya.

Perkongsian menarik kali ini berkaitan bahaya lidah. Teringat pepatah, 'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Begitulah perumpamaan yang menggambarkan betapa bahayanya lidah manusia. Ada satu lagi kata-kata yang menyebut, lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Kerana setiap apa  yang kita ucapkan mampu memberi kesan samada baik atau buruk. Tak perlu kot nak bebel panjang. Di dalam gambar di atas dah explain secara ringkas dan padat.

Cuma zaman sekarang, jari kita ni pun sudah ibarat seperti lidah. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dizaman serba moden dan canggih, kita sering menjadi alat komunikasi seperti 'smartphone' sebagai medium untuk berhubungan dengan kenalan terdekat kita. Hanya perlu guna jari untuk taip dan tekan button di telefon atau pun di komputer. Masyarakat zaman sekarang ni (lebih baik secara general), banyak berbual menerusi applikasi seperti Whatsapp, Wechat dan juga menjadikan laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk menyampaikan sesuatu.

Bukanlah hendak bersangka buruk ya kengkawan. Cumanya macam yang aku cakap kat atas tadi, jari kita juga boleh jadi punca kepada fitnah dan umpat keji. Percaya atau tidak, semua itu sebenarnya sudah pun terjadi. Lihat sahaja fitnah yang disebarkan melalui media massa. Mereka yang sebarkan berita buruk ini tidak perlukan lidah untuk bercerita sebaliknya cukup dengan menjadikan laman sosial dan aplikasi seperti yang aku mentioned kat atas tu sebagai medan penyebar. Astaghfirullahalazim.

Walau apa pun, aku berharap kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran ini, mampu untuk membezakan antara baik dan buruk. Baik diselidiki setiap sesuatu info yang kita perolehi. Bukan apa, takut-takut apa yang kita baca itu hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata. Moga-moga kita semua terhindar daripada fitnah dan umpat keji manusia ya. 

Wallahualam...
Read more ...

Wednesday, January 14, 2015

Ephyra Skin Bar - Membantu Atasi Masalah Kulit Muka

Assalamualaikum...

Masih ingat pada entri Ephyra Skin Bar yang aku menang tahun lepas? Alhamdulillah, dapat mencuba skin bar yang menjadi sebutan ramai tu. Walaupun belum dijual secara rasmi, dah ramai juga yang menjadi testimoni. Aku pun terpilih juga.
Aku mula gunakan Ephyra Skin Bar ini pada 24 Disember 2014 yang lepas. Buat pengetahuan, aku terlambat mencuba Ephyra Skin Bar ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka, Ephyra Skin Bar aku masih lagi ada. Oh ya, aku belah tiga skin bar tu sebab senang nak guna. Bahagian yang masih belum guna aku simpan dalam peti ais.

Aku ini hadapi masalah;
-Jerawat yang agak teruk sebenarnya cuma tak jelas sebab jerawat bukan jenis yang nampak nanah. Jerawat aku jenis yang timbul tapi kemerahan. Susah juga sebenarnya sebab kemerahan tu agak susah nak sembunyikan. 

-Kulit muka berminyak. Selain daripada jerawat, muka aku juga agak berminyak. Pencuci muka yang aku gunakan sebelum ni mungkin juga tak berapa sesuai dengan aku agaknya. 

-Pori besar. Masalah paling besar aku ialah pori yang sangat besar, kesan jerawat yang zaman remaja dulu. Maklumlah, gatal tangan..nampak jerawat, tak sempat tunggu jerawat tu masak aku dah picit. Haa..kan dah jadi besar liang roma tu. 

Ada juga masalah-masalah lain yang susah nak describe.

Nak tahu apa kelebihan Ephyra Skin Bar ni tak? Ni adalah apa yang seperti diwar-warkan oleh Pihak Ephyra. Sama ada ia berkesan pada aku atau tidak, jom baca kat bawah ni.

First time aku guna Ephyra Skin Bar ni, yang paling aku suka ialah baunya yang tidak terlalu wangi dan bau dia just nice. Aku ni kan alah dengan wangian. Jadi, selesa untuk aku. Warna sabun ni cantik, warna kegemaran aku, biru. Hahaha.

Walaupun aku telah potong skin bar ini kepada 3 bahagian kecil, tak jadi masalah bila nak guna kerana jumlah buih yang dihasilkan cukup untuk membersihkan bahagian muka. Take note, aku hanya guna untuk muka sahaja ya. Walau bagaimanapun, Ephyra Skin Bar ini sesuai untuk kegunaan seluruh badan juga. Aku cuci muka selamat 3 minit untuk membenarkan khasiat Ephyra menjalankan tugasnya. Gitu. Setelah dibilas, percaya tak kalau aku cakap muka terasa sangat lembut. 

Perubahan yang serta merta aku rasakan ialah dari segi kelembapan kulit muka. Tak terlalu berminyak, bermaksud, kekal segar dan menyebabkan kulit tak nampak berminyak untuk jangka masa yang panjang. Kalau pegang kulit muka pun tak risau terasa seperti berminyak. Memang kekal segar je rasanya.

Bagi masalah jerawat aku ni, ianya mungkin ambil masa yang agak lama sedikit untuk pulih. Ye la, setiap orang tu kan berbeza jenis kulit dan juga masalah. Lagipun, aku sendiri mencuba Ephyra tidak sampai sebulan, malah terpaksa skip seminggu dalam tempoh percubaan tu juga atas sebab yang memang tidak dapat dielakkan. Jadi, mungkin sebab itu masalah jerawat masih belum nampak kesan yang seperti aku inginkan. Bukanlah takde kesan langsung ya, cuma progress masih berjalan kot. Apa yang pasti, jerawat yang besar dah terasa mengecil. 

Apa yang paaaalinnnggg paling aku suka tentang Ephyra Skin Bar ini ialah, ia membantu mengecilkan sedikit pori aku yang besar macam kawah ni. Ya ampun, itu yang paling tak dapat nak sembunyi even pakai foundation what so ever bagai. Pakai yang mahal sekalipun, pori tetap nampak. Paling ketara adalah tang pipi dan juga hidung. Adeh, kalau ambil gambar tu jelas sangatlah.

Alhamdulillah, walaupun aku hanya menggunakan Ephyra Skin Bar ini dalam tempoh 2 minggu, aku puas hati sebab tetap berjaya nampak kesannya. Walaupun mungkin tak sehebat mereka yang lain, tapi aku masih puas hati. Ya la, nak compare 2 minggu dengan sebulan, mana bolehkan? Masalah lain seperti lebam bawah mata pun nampak ada sikit kuranglah. Hehehe

Apa pun, terima kasih kepada pihak Ephyra yang memberi peluang kepada aku untuk mencuba Ephyra Skin Bar melalui giveaway yang kak Mia Liana anjurkan. Alhamdulillah..inilah namanya rezeki.
 


Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [14.01.2015]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.
Masalah....masalah..Siapa boleh tolong selesaikan masalah ni? Hrmmm

Okay...till we meet again

Read more ...

Tuesday, January 13, 2015

Senarai Blog List Terbaru Ainim Rashihah

Assalamualaikum...

Berikut adalah blog-blog yang tersenarai blog list terbaru Ainim Rashihah.

Ada beberapa blog yang masih dikekalkan dengan pertambahan blog-blog yang aku dah mention dalam entri terdahulu. Juga ada beberapa blog yang aku listkan sebagai penghargaan aku terhadap mereka yang letak blog aku dalam blog list mereka. 

Okay...till we meet again
Read more ...

Jawapan Teka Teki Jumaat

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Ini adalah kesinambungan daripada entri Teka Teki Jumaat. Haa..sengaja tunggu sehingga ada yang berjaya jawab dengan betul.

Alhamdulillah...akhirnya ada juga blogger yang berjaya menjawab soala aku dengan tepat sekali. Sebenarnya bukanlah jawapan yang lain itu salah ya, tapi untuk lebih tepat sahaja. Soalannya ialah, Apakah ia, Ringan Disebut, Berat Ditimbang. Jawapannya:
DAN...blogger yang berjaya jawab dengan betul ialah; Cikx Bummbum gemox.
Mengapa zikir?
Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda:'Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu; Maha Suci Allah dan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar.
Untuk huraian hadis ini, boleh klik SINI ya.

Tahniah adik yang berjaya jawab dengan betul tu ya. Rasa-rasa korang nak kena bagi token ke tak kat adik ni? Any idea? Insha Allah, dalam masa terdekat, aku akan buat perubahan pada blog list. Kengkawan yang dah komen kat entri teka teki tu nanti akan aku masukkan dalam blog list terbaru ya.

Okay...till we meet again

Read more ...

Menanti 'Into The Woods'

Assalamualaikum...
Selamat pagi.

Korang biasa tengok movie? Aku ni jarang tengok movie. Sesekali je..adalah dalam setahun sekali macam tu..paling tinggi pun 2 kali setahun. Biasanya aku suka movie yang ala-ala fairy tale ada magic magic gitu. Rasanya last tengok Maleficent je. Lepas tu takde tengok pun.

TAPI...aku sekarang ni sangat menantikan movie terbaru Walt Disney Studios iaitu Into The Woods. Haa...kenapa aku suka filem ni dan teringin nak tonton? Alasan tu dah ada kat atas tu. Menariknya, filem ini gabungan kisah-kisah fairy tale yang ada seperti Rapunzel, Cinderella, Little Red Riding Hood, Jack dan macam-macam lagi.

Movie ini akan ditayangkan di Malaysia bermula 15 Januari 2015. Sukanya....aku plan nak ajak Cik Kembar aku pergi tengok. Harap sempatlah tengok. Korang suka movie macam ni tak? Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Into The Woods ni, boleh klik SINI ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, January 12, 2015

Perubahan Senarai Blog List

Assalamualaikum...

Selamat malam. Fuh..tarik nafas lega. Baru dapat update blog..tapi blog walking tak sempat buat banyak tadi. Itu pun ada sedikit masa terluang di ofis, adalah beberapa blog yang sempat aku terjah. 


Memandangkan sekarang ni dah masuk tahun baru, aku berhajat nak buat bloglist baru. Eh... bukan.. sebenarnya nak buat perubahan pada senarai bloglist yang sedia ada je sebenarnya. Rasanya dah setahun kot bloglist tu masih belum berubah. Maklumlah, tuan blog ini agak kesuntukan masa nak godek blog. 


Maka, dengan ada sedikit masa terluang berserta dengan keazaman bajet nak aktif blogging as usual, so..kita mulakan dengan perubahan bloglist. Sebelum tu, aku bagitahu awal-awal, 5 pengkomen tegar yang ada dalam senarai terkini diblog akan aku jadikan keutamaan untuk dimasukkan ke dalam bloglist selain adik beradik protege Mia Liana. Sorry..takde bias tapi sebagai penghargaan buat sesama kami. 

DAN....masih ingat dengan entri Teka Teki Jumaat yang aku published last week? Disitu aku ada mention, mereka yang dapat jawab dengan betul, akan aku masukkan dalam blog list terbaru tetapi ada sedikit kelonggaran kerana masih belum ada yang dapat jawab dengan betul. Maka, khas buat mereka yang menjawab yakni komen kat entri tersebut, akan aku masukkan di dalam bloglist itu nanti. Gitu...

Apa? Nak masuk bloglist kita? Haa...jawab dulu teka teki tu ya. Ini bukan segmen tau, sekadar untuk berseronok dan menguji minda sesama kita...jadi, apa lagi...pergi entri tu ya. 

Okay...till we meet again
Read more ...

Isu K-Pop : Iktibar & Pengajaran

Assalamualaikum...

Sekadar dialog rekaan. Aku yakin korang faham apa yang aku nak sampaikan. Sebelum tu, kita sama-sama lapang dada dan sama-sama ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. Maaf, agak panjang apa yang nak aku kongsikan kali ini.

*************
Abu : Bakar, Ali...korang dengar kisah budak perempuan Melayu peluk cium dengan artis kpop?
Bakar : Ala...apa de hal. Artis kpop tu bukan Islam.
Abu : Tapi perempuan tu kan Melayu Islam...?
Bakar : Ala..lelaki dan perempuan Islam pun rilek je pegang2, peluk2, cium2 dikhalayak. Lagilah yang takde ikatan sah.  Kalau yang retis tu siap tunjuk dalam majalah....tu bukan artis kpop pun.
Ali : Apa de hal bro...itu baru lelaki sejati. Tall, dark & hensem... Artis kpop tak sejati, pale, skinny, sepet.
Abu : Deep sigh*
**************************
Tiada salah pada agama, bangsa dan warna kulit mahupun fizikal seseorang. Pokok pangkalnya ialah individu itu sendiri. Kalau kita sedar jati diri kita, kita sedar siapa diri kita, agama apa yang kita anuti, dimana bumi kita berpijak..semua perkara ini dapat dielakkan.

Tidak mahu nak menuding jari kepada mana-mana pihak. Yang salah tetap salah. Artis tersebut dah tanya terlebih dahulu, kerana mereka juga peka dimana mereka berada. Ini bukanlah kunjungan pertama artis berkenaan ke negara ini. Cuma silapnya adik-adik berkenaan terlalu excited sehingga mereka terlupa diri. Merelakan diri untuk menjadi punca bahan fitnah dan umpat keji masyarakat.

Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Disebabkan tindak tanduk adik berempat, habis kesemua kami perempuan yang bertudung menjadi mangsa keadaan terutama yang meminati kpop. Harus diingat, tidak semua bersikap sedemikian, malah kalau nak dikatakan soal keterlaluan, apa yang diperkatakan oleh Bakar tadi, lebih merisaukan sebenarnya bila sesama Melayu dan Islam, walaupun tanpa ikatan yang sah, tidak segan silu untuk berkelakuan seperti mereka yang sudah berkahwin dikhalayak.

Namun, disebabkan sentimen anti-kpop yang sangat kuat di Malaysia, kita terlalu mudah menuding jari menjadikan ini sebagai punca kepada masalah sosial dikalangan remaja. Sememangnya tindakan adik berempat itu salah. Berdosa. Namun, bukan genre kpop itu yang mendatangkan masalah sosial. Ia hanyalah genre muzik yang punya skop yang sangat luas. Kalau nak diikutkan, sebelum industri kpop menerjah masuk ke negara kita pun, dah banyak isu tentang masalah sosial dinegara kita. Sebagai contoh, kes buang bayi yang aku dah dengar since sekolah rendah lagi. Sekarang ni umur pun dah nak masuk 29 tahun sedangkan genre kpop ini baru je popular di Malaysia pada awal 2000-an.

Dihargai sangat nasihat yang diberikan oleh masyarakat untuk adik-adik berkenaan namun tindakan sesetengah pihak yang mencaci menghina, itu bukanlah jalan penyelesaian. Kita nak bagi adik-adik itu sedar bukanlah dengan cara memarahi, memaki hamun dengan perkataan yang tidak enak didengar mahupun diucap. Malah, menyebarkan dan menjadikan viral video dan gambar berkenaan bukanlah juga tindakan bijak. Jangan mengambil kesempatan untuk meraih populariti bagi blog-blog tertentu. Berlumba-lumba untuk raih pageview yang tinggi. Ibarat menangguk di air yang keruh. Cukuplah mereka mengaibkan diri mereka sendiri. Janganlah pula kalian yang menambah aib mereka kerana mereka punya ibu bapa yang saya yakin pasti sangat malu dengan tindak tanduk anak-anak mereka, yang menjadi mangsa keadaan.

Menasihati bukan dengan cacian. Nasihatlah dengan hikmah. Gunakan ayat-ayat yang dapat menarik dan memujuk mereka untuk sedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Berpesanlah dengan kebaikan. Kalau kamu mencaci dan menghina, bukankah kamu itu sama saja seperti mereka. Bahasa melambang peribadi. Apa yang kita tulis, apa yang kita ucap itulah menunjukkan peribadi kita macam mana. Bagaimana kita hendak sedarkan orang andai kita sendiri tak mampu nak sedarkan diri yang juga banyak cacat celanya.

Jangan ada yang salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Tidak langsung menyokong dengan tindakan gadis2 tersebut malah amat kecewa kerana mereka masih terlalu muda saya percaya mereka masih lagi belajar samaada di kolej atau pun universiti. Cuma berharap masyarakat kita berhenti daripada menuding jari dan menyalahkan kesemua yang meminati kpop. Ini soal attitude. Soal pegangan diri kepada norma-norma hidup masyarakat melayu.

Kita doakan agar adik-adik ini sedar akan kesalahan diri mereka. Kalau nak menghukum, adalah elok jika ibu bapa mereka yang ambil tindakan tersebut. Dalam setiap dosa yang mereka lakukan, barangkali ada tersilap dalam ibu bapa mendidik. Kita yang mengetahui kisah ini, jadikan iktibar dan pengajaran terutama buat adik-adik remaja yang sangat menggilai muzik.

Buat penganjur program, mohon supaya elakkan sebarang permainan yang mempunyai banyak skinship. Ada banyak lagi game yang boleh dibuat. Tidak semestinya kena beri pelukan dan ciuman. Jangan semudahnya membiarkan gadis-gadis ini waima yang tidak bertudung sekalipun menjual maruah dengan mudahnya. Jangan terlalu mengikut budaya masyarakat barat yang memang tidak punya tatasusila. Jadikan ini sebagai pengajaran berguna untuk program yang akan datang. Bukan sahaja kpop event malah event apa sekali pun. Pekalah dengan sensitiviti masyarakat di Malaysia kalau pun matlamat penganjuran adalah mengaut keuntungan.

Kebiasaanya event organizer pasti akan ada beri garis panduan dan mengikut pengalaman saya yang dah beberapa kali menonton konsert Super Junior, mereka (SJ) sendiri peka dan faham dengan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia. Justeru, dalam setiap konsert, tidak akan ada adegan buka baju, peluk-peluk peminat terutama yang bertudung, malah tidak pernah peminat bertudung dipanggil naik ke pentas dalam fanmeeting Super Junior M.

Kepada adik-adik yang terlibat, sedarlah, berubahlah. Masih belum terlambat untuk bangkit dari mimpi kamu. Minat macam mana sekalipun, jangan sampai gadaikan maruah. Jaga kehormatan diri kamu yang masih muda. Diri kamu sangat berharga dan bukan sewenang-wenangnya untuk menjadi sentuhan lelaki yang bukan muhrim kamu. Ingatlah kepada ibu bapa, guru-guru yang telah berikan didikan ilmu agama yang sempurna untukmu. Minat biarlah berpada dan bertempat. Perbaiki kesilapan yang telah kamu lakukan. Moga ini menjadi pengajaran paling berharga buat diri kamu. Paling penting, ingat kita ini hidup bertuhan bukan hidup tiada pedoman.

Maafkan saya andai ada yang tersinggung dengan penulisan ini. Sekadar berkongsi pendapat dari akal yang masih cetek. Saya juga salah seorang yang meminati muzik kpop ini walaupun sekadar sebuah kumpulan saja. Kita sama-sama ambil iktibar dan jadikan kejadian ini sebagai pengajaran dan peringatan bersama.

Wallahualam...

*Agak keberatan nak publish sebenarnya. Jujur cakap, ini hanyalah pandangan peribadi saya sendiri.
Read more ...

Sunday, January 11, 2015

Senarai Pemenang Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 #ANI2014

Assalamualaikum...
Sumber: Munsyeed.com
Sebentar tadi baru selesai Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 #ANI2014 yang berlangsung di PICC, Putrajaya.

Berikut adalah senarai pemenang yang telah berjaya merangkul anugerah yang disediakan malam ini.

KATEGORI UTAMA
Lagu Terbaik 
Tempat Pertama:
Daqmie - Tangis Sebatang Tamar

Tempat Kedua:
Seiring Sehaluan - UNIC

Tempat Ketiga:
Kasih Padamu - Hafiz Hamidun

Lirik Terbaik
Ito Lara (Tangis Sebatang Tamar)

Persembahan Terbaik
Al-Haq Yang Satu - Mawi & Dato AC Mizal

Vokal Terbaik
Daqmie (Tangis Sebatang Tamar)

Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta IKIM  
Tangis Sebatang Tamar - Daqmie

Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta IKIM
Kasih Padamu - Hafiz Hamidun

Artis Baru Terbaik
Du’a  

KATEGORI PILIHAN PENDENGAR 
Artis Solo Pilihan Pendengar
Hafiz Hamidun

Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar
NOWSEEHEART

Lagu Pilihan Pendengar 
Kasih Padamu - Hafiz Hamidun

Sumber : SINI

Tahniah kepada semua pemenang.

Walaupun sedikit kecewa sebab Inteam tak menang tapi tetap gembira bila dapat lihat Akhi Syah berada di pentas malam ini. Nampak dah mampu untuk berdiri walaupun bertongkat. Syukur Alhamdulillah. Buat pengetahuan, aku pernah update mengenai Akhi Syah yang dikhabarkan kurang sihat di entri INI. Semoga Allah mempermudahkan Akhi Syah untuk sembuh sepenuhnya. Amin

Sumber foto : Facebook Inteam

Tahniah kepada semua pemenang dan juga semua penasyid yang menjayakan program malam ini. Anda semua adalah juara. Semoga usaha untuk dakwah anda dipermudahkan Allah SWT dan terus mekar selamanya. Insha Allah

Wallahualam...
Read more ...

Saturday, January 10, 2015

Tonton Anugerah Nasyid IKIM.FM #ANI2014

Assalamualaikum...

Selamat malam. Baru ada peluang update blog. Tengah buat apa sekarang? 

Sekarang ni aku sedangn menonton siaran langsung Anugerah Nasyid IKIM.FM (ANI2014). Plan asal nak ke PICC untuk menonton secara live tapi terpaksa batalkan hasrat sebab tak berapa sihat. Tak dapat tengok 'live', tonton di televisyen pun jadilah ya. Sambil tu merujuk keputusan terkini di Munsyeed.com. 

Kalau nak tonton, boleh tonton di TV Al-Hijrah tak pun dengarkan live di Ikim.FM ya. 
Read more ...

Friday, January 09, 2015

CPUV Bulan Januari 2015

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Lamanya tak bercakap perihal Nuffnang kat blog ni. Sejak kurang aktif beberapa ketika, sampai tak berkesempatan nak bercerita.
Sebagai permulaan tahun 2015, ada 3 CPUV yang masuk dalam akaun Nuffnang aku. Alhamdulillah. Ada rezeki lagi bersama Nuffnang. Walaupun jumlah earning nak bertambah mungkin tak sebanyak jumlah CPUV yang masuk, namun setiap ringgit dan sen itu turut menyumbang kepada jumlah keseluruhan earning yang terkumpul.

Memang sengaja aku tak cash out walaupun dah boleh. Plan asalnya nak kumpul sehingga mencapai jumlah yang aku inginkan. Harapnya akan berkekalan lama sikitlah CPUV ni ya..hihihi. Terima kasih Nuffnang.

Okay...till we meet again

p/s: Jangan lupa jawab Teka Teki Jumaat ya. Siapa jawab tepat akan masuk dlm blog list terbaru aku.
Read more ...

Teka Teki Jumaat

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Alhamdulillah, dapat menikmati Jumaat kedua di tahun 2015 ini. Syukur Alhamdulillah. Jumaat itu cinta, Jumaat itu bahagia, Jumaat itu penghulu segala hari, Jumaat itu penuh hikmah.
Sekadar nak memanaskan lagi fikiran kita semua. Aku ada teka teki nak bertanya kepada korang ni. Aku namakan teka teki Jumaat. Simple je soalan dia.

Apakah Ia, Ringan Disebut, Berat Ditimbang? 

Siapa  boleh teka dengan betul? Korang akan aku dahulukan untuk masuk sebagai bloglist terbaru blog aku ni nanti. Maka, silalah jawab teka teki ini ya. Jawapan akan aku share dalam entri lain bersekali dengan blogger yang dapat teka dengan betul dan tepat.

Wallahualam...
Read more ...

Thursday, January 08, 2015

GiveAway Pertama Blog 'Cinta Itu Indah'

Assalamualaikum...
Blogger Syamimie anjurkan giveaway pertama 2015. Ini juga adalah giveaway pertama yang aku join untuk tahun 2015. Haa..sebagai tanda sokongan kepada Mimie, apa kata kita ramai-ramai join nak?

Manalah tahu rezeki korang untuk menang ke? Klik banner untuk join ye.

Okay...till we meet again
Read more ...

Bukukah Ini?

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Alhamdulillah, baru je selesai breakfast. Korang dah ke? 

Pepagi ni, aku saja nak uji minda korang yang bijak cerdik tu. Aci tak? Ala..teka teki santai je. Buat pemanas jari sebelum update entri lain. Gitu sekali...
Cuba teka, ini buku atau apa sebenarnya? Boleh cari hint pada gambar tu sendiri ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, January 07, 2015

Bersangka Baiklah

Assalamualaikum...
Selamat tengah hari. Dah makan tengah hari ke? Makan apa tu? Banyak soalan ye... Jom sembang sikit.

Tajuk tu sebenarnya menarik perhatian aku. Aku rasa aku pernah cakap pasal bersangka baiklah. Tapi kali ini aku nak cakap juga lagi sekali. Bukanlah luahan hati pun, tetapi sekadar berkongsi pendapat.

Pernah atau tidak, apabila korang cuba memberi pendapat atau berkongsi sesuatu yang bermanfaat, tetapi akhirnya dipertikaikan oleh orang lain? Atau korang lakukan sesuatu perkara yang sebenarnya untuk kebaikan tetapi dipandang serong oleh orang lain. Atau mungkin korang sendiri pernah melakukan perkara yang sama. Jujur cakap, aku sendiri pernah begitu..Alhamdulillah, sekarang masih dalam usaha untuk sentiasa bersangka baik...

Cuma apa yang aku ingin pesan disini, sekiranya kita nampak effort seseorang untuk melakukan kebaikan, seeloknya janganlah dipandang serong. Sekiranya kita nampak akan kelemahan atau kekurangan seseorang, seeloknya janganlah dipandang hina. Sekiranya kita tidak selesa dengan sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh orang lain, seeloknya janganlah kita terlalu cepat menghakimi. 

Bersangka baiklah dengan setiap sesuatu perkara. Kita sendiri diajar untuk sentiasa berfikiran positif. Berfikiran positif samalah juga dengan bersangka baik. Sebagai contoh, musibah banjir yang berlaku baru-baru ini, anggaplah ini sebagai ujian Tuhan kerana menyayangi kita. Tuhan takkan menguji andai Dia tidak menyayangi. Sesungguhnya, dalam setiap kesulitan pasti ada jalan kesenangan. Pasti ada hikmah yang Allah hendak beri kepada kita. Ya, bercakap memang mudah bagi yang tidak merasai ujian itu. Tetapi aku amat percaya, kalau kita benar-benar percaya kepada Qada dan Qadar Allah, kita pasti dapat harungi ujian getir ini.

Apabila kita melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandangan positif, Insha Allah perkara yang baik juga akan kita dapat. Kalau kita memandang hanya daripada sudut negatif, susah sebenarnya untuk kita melihat kebaikan yang ada. Bila hanya nampak yang negatif, secara tidak langsung kita mendidik diri menjadi seorang yang negatif. Itu sebenarnya tidak elok untuk diri kita.

Kalau kita tidak mampu untuk melihat kebaikan dalam sesuatu perkara, kita tanya semula pada diri kita. Apakah yang sebenarnya ada dalam kotak fikiran kita. Janganlah terlalu cepat menilai kebaikan yang orang lain lakukan. Paling tepat, jangan menilai dengan keburukan. Setiap orang pasti ada cara dan gaya yang tersendiri. Sedang kita juga belum tentu sempurna bukan? Setiap manusia itu pasti ada kelemahan bukan? Paling penting, janganlah sehingga mendatangkan aib kepada seseorang. Takut-takut, aib kita juga terbuka nanti...kelak kita juga yang rugi.

Maaflah di atas penulisan yang sangat kurang ini. Tiada niat untuk mempersenda mahupun mencela sesiapa. Sekadar berkongsi pendapat daripada pemikiran yang masih cetek ini.
Kalau tidak mampu untuk melihat kebaikan dalam sesuatu perkara, seeloknya berdiamlah. Seandainya ingin menasihati, gunakanlah ayat-ayat hikmah. Andai masih tidak mampu, maka bersangka baiklah.
 Wallahualam...
Read more ...

The Song's Triplet

Assalamualaikum...

Selamat pagi...saja je pepagi ni nak ceriakan mood dengan melihat gambar budak-budak comel. 

Korang pernah tengok The Return Of Superman kat Channel 392 KBS World HD? Aku memang setia menonton rancangan ni. Kalau tak sempat tonton di tv, aku akan download video ni. Kisahnya sebab aku suka sangat dengan anak-anak kembar tiga pelakon Song Ilkook. 

The Song's Triplet. Haa..famous tau budak-budak ni. Alahai..comel semuanya. Seluruh family memang suka sangat dengan kembar tiga ni. Daehan, Minguk dan Manse...cantik nama tu. Nama negara Korea. Suka dengan telatah budak bertiga ni yang punya karakter yang berbeza. 


Daehan ni memang gaya anak sulong, Minguk pula jenis yang manja comel, manakala Manse free spirit...nakal. Geram tengok keletah budak bertiga ni. Hehehe. Kalau tonton je video budak bertiga ni, pasti ketawa berdekah-dekah. Penampilan kemas, tertib bila makan. 

Sebenarnya nak cerita itu je..nak cerita panjang-panjang pun tak best. Hahaha..kalau korang nak tahu pasal kembar ni, korang boleh cari di Youtube KBS World.

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, January 06, 2015

Mungkinkah Akan Sejuk Kembali?

Assalamualaikum...

Masih ingat akan kejadian yang agak luar biasa pada awal tahun lepas? Beberapa negara mengalami penerimaan salji yang tidak dijangka? Dimana negara kita juga terkena tempias cuaca yang sejuk seperti berada di musim sejuk?

Waktu itu, ramai blogger dan pengamal media mula membuat spekulasi akan beberapa kejadian salji yang terjadi. Memang menakjubkan apabila negara yang tidak pernah atau jarang kita dengar turunnya salji secara tiba-tiba boleh turun salji. Aku pun tak terlepas daripada mencari berita-berita mengenai salji tu.

Macam-macam berita yang keluar sehingga ada juga fake news yang menular terutama kisah salji di Indonesia. Setelah diselidiki, ianya hanya berita palsu...tetapi sebenarnya ada sebuah pergunungan di Indonesia yang bernama Pergunungan Jayawijaya. Terletak di bahagian Papua Barat dan Papua (Indonesia) hingga ke Papua Newguinea di Pulau Irian. Sebelum penyatuan Papua Barat ke Indonesia pergunungan ini dikenali sebagai Pergunungan Orange.

Menariknya mengenai pergunungan ini ialah ia mempunyai beberapa puncak yang diseliputi oleh salji. Namun, disebabkan oleh perubahan suhu global, 2 daripada 5 glesier tersebut telah mencair dan baki 3 lagi glasier yang masih ada kini semakin mencair dan dijangkakan dalam tempoh 20 tahun, ia akan semakin menghilang.

Berbalik kepada topik asal, adakah kita akan sekali lagi mengalami suhu sejuk seperti tahun lepas? Kalau dilihat pada keadaan semasa, tiada tanda-tanda akan sejuk seperti dahulu. Aku berharap takkan ada cuaca sejuk sebegitu. Risau sebab manusia yang tak tahan sejuk. Kalau dilihat pada keadaan cuaca sekarang, dan pada ramalan kaji cuaca di MET Malaysia, nampaknya tiada tanda-tanda akan berlaku situasi seperti tahun lepas.

Apa pun, aku berharap cuaca akan kekal cerah dan baik untuk beberapa ketika ini bagi mempercepatkan proses surut banjir dan juga memudahkan kerja-kerja pembersihan pasca banjir terutama dinegeri-negeri yang mengalami musibah banjir yang luar biasa tahun lepas. Diharap mangsa yang terlibat dapat bangkit semula daripada ujian hebat ini dan membina semula kehidupan baru. Oh ya, bagi masih ingin menghulurkan bantuan daripada segi kewangan, boleh tengok entri INI ya.

Okay...till we meet again
p/s: tiada spekulasi yang direka di dalam entri ini. Harap maklum

********************************************************************************
Edited:
Kita dijangka akan mengalami suhu sejuk luar biasa seperti tahun lepas bermula penghujung bulan Januari 2015.  Ini disebabkan oleh pengaruh Monsun Timur Laut yang bertiup antara bulan November dan Februari. Untuk info lanjut, klik SINI dan SINI
Read more ...

Monday, January 05, 2015

Bonus Kakitangan Awam Dibayar 15 Januari 2015

Assalamualaikum...

Baru pagi tadi update pasal bayaran bonus akan dibayar pada suatu tarikh yang akan diumum kelak, tengah hari ni dah dapat berita tarikh baru bayaran bonus untuk penjawat awam. Alhamdulillah.

Seminggu sebelum gaji nanti iaitu 15 Januari 2015 bonus akan dibayar kepada penjawat awam. Syukur. Walaupun tak dapat hari ini, tapi masih lagi awal daripada gaji. Untuk berita lanjut, boleh klik SINI
Bersyukur, walaupun bonus setengah bulan gaji, tapi tetap rezeki kan. Alhamdulillah.

Okay...till we meet again
Read more ...

Semoga Segala Urusan Dipermudahkan

Assalamualaikum...
image: Google
I'm back! Ewah...hari Isnin ni kenalah ceriakan sikit mood tu. Jangan bermuram ye terutama penjawat awam macam aku yang dapat khabar tak berapa best semalam. Bonus akan diberikan pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Haa..ada kemungkinan dapat cepat tapi kebarangkalian untuk dapat lewat tu lagi tinggi nampaknya. Mula-mula dengar tu memang tersentak juga tambahan dengan cadangan CEUPACS supaya kerajaan potong gaji penjawat awam untuk disumbangkan kepada mangsa banjir..erk?! Perlukah sampai potong gaji? (no comment).

Apa pun...sekarang ni, dikawasan yang terlibat banjir telah mula memasuki fasa pasca banjir. Kalau tengok keadaan disana terutama di Kelantan, memang amat menyedihkan. Semoga manga terlibat kekal kuat dan tabah untuk membina semula kehidupan baru. Ingatlah bahawa Allah menguji bukan tanda membenci sebaliknya tanda DIA amat menyayangi. Fikirlah yang positif dan kuatkan azam untuk bangkit daripada hal sedih ini.

Apa pun, aku tabik dengan setiap agensi, NGO dan orang perseorangan yang tidak lokek untuk membantu untuk meringankan beban mangsa banjir. Pelbagai jenis bantuan dan sumbangan yang diberikan selain daripada apa yang pihak kerajaan dah hulurkan. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan Allah SWT.

Buat kita semua yang dah back to daily routine (bekerja), selamat bekerja semua. Ingat ya, sekarang ni dah 2015 bukan 2014 lagi. Jangan silap tulisa tarikh...hehehe. Apa pun, doa aku semoga urusan kalian semua dipermudahkan ALLAH SWT. Jom sama-sama niatkan kerja ini sebagai ibadah kerana ALLAH. 

Wallahualam...


Read more ...