Tuesday, June 23, 2015

Misi: Say No To Bazar Ramadan

Assalamualaikum...
source: Google
Bersiar dilewat petang hari ini. Pagi tadi dah macam apa je aku. Memang dah panas-panas badan macam nak demam tu. Cukup dengan selesema, sakit kepala bagai. Now, Alhamdulillah dah okay sikit.

Alhamdulillah, sekarang sudah 6 hari kita berpuasa. Insha Allah, semoga dapat menyempurnakan puasa dengan baik. OH ya...lama juga aku tak membebel dalam blog ini kan. Rindu wei..dengan keadaan laptop kat rumah yang memang tak mengizinkan aku untuk blogging, maka aku terpaksalah gunakan sedikit masa terluang yang ada dipejabat. Kalau adalah..selalunya takde..hahahah

Tahun ini dah jadi tahun ke berapa sebenarnya untuk meneruskan misi untuk tidak ke Bazar Ramadan. Kenapa? Eleh..bukan aku masak sangat pun sebenarnya. Bukan nak kata makanan kat bazar tu tak sedap ke, mahal ke, tak berkhasiat ke apa...tetapi sebagai langkah untuk berjimat je kekdahnya. Ye la, kita ni kan manusia biasa, ada nafsu rakus. Kalau dah bazar tu, memang takde maknanyalah nak beli sedikitkan. 

Confirm kalau ke bazar mesti ada je yang nampak best kat mata. Syukur Alhamdulillah, aku ni spesies manusia yang memang tak suka pergi pasar malam ke, bazar ramadan ke atau yang sewaktu dengannya. Aku ni jenis kalau pergi bazar pun belum tentu ada yang menarik dimata aku dan selalunya aku boleh balik dengan satu jenis makanan je. Kadang tu tangan kosong je sebab semua aku nampak tak menarik kat mata aku. Punyalah cerewet punya manusia aku ni. Tambah aku alah sikit dengan asap bagai, senang lemas. Lagilah aku elak pergi.

Makanya, terjadilah misi "Say No To Bazaar Ramadan". Sebenarnya bagus juga bila tak pergi bazar ramadan ni. Paling best jimat duit. Kategori macam aku yang tinggal dengan keluarga ini, makanya aku makan masakan dirumah je. Lagipun bulan Ramadan ni takdelah nafsu makan tu membuak-buak. Cukuplah sekadar tak lapar sangat dan ada tenaga nak lakukan ibadah dimalam hari kan.

Oh ya..jangan cakap aku nak hasut korang jangan pergi bazaar ramadan tau. Aku cuma cerita misi aku je...tapi kalau korang pun sama macam aku, target nak berjimat dibulan ramadan, kiranya kita ni sekapallah...hahaha..okay..take 5 dah selesai. Mari tengok balik apa kerja yang tak siap lagi..kot2 ada.

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. setakat ni masih berjaya untuk tak pergi lagi... he he he...

    ReplyDelete
  2. Sy pergi... Tapi suami yg beli... Just beli taufu fah je... Sbb yg tu tak reti nak buat sendiri..

    ReplyDelete
  3. Lya baru pegi sekali ja, memg kna thn nafsu mmbli tu..lbh elok msk kat umah

    ReplyDelete
  4. misi sy pun berjaya juga.xpergi pasar ramadhan..mahal giler harga makanan skrg HUH :(

    ReplyDelete
  5. kita serupa..semoga berjaya ye.....hehe

    ReplyDelete
  6. sama la saya pon tak pergi param lagi.
    cik suami j pergi
    mls nk bsesak dgm org ramai.dgn kita anak kecik.tak sanggup

    ReplyDelete
  7. hehhe... x smpat nk memasak.. tp mmg control dri beli berlebihan.. alhamdullah apa dibeli dimakan habis

    ReplyDelete
  8. Sally pun tak g...sbb dalam seminggu dah mmg 2 kali bos bagi nasi, lepas tu mmg dapat invitation makan luar...lagi laaa...hahaha

    ReplyDelete
  9. Lagi elok masak sendiri. Bazaar ni bila sekali sekala nak tukar angin tupun kalau bersesak, mmang taknaklah... lagilah timbul isu yg tebu tak basuh. memang selalu nampak depan mata pun..

    btw, jumpa blog dr GA tp tak tahu macamana nak follow. tak jumpa button T___T

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads