Monday, March 30, 2015

Mencari Informasi Program Inisiatif Kerajaan

Assalamualaikum...
Image: Google
Jumpa lagi..memandangkan aku bakal hadapi exam online JPA tak lama lagi, makanya haruslah persiapkan diri dengan segala mak nenek info yang ada. Aku tengok sukatan exam...mak aiii...pening woo. Banyaknya kena tahu. Haa..daripada hasil pembacaan aku, exam online ni bertujuan untuk melihat keupayaan dan kelayakan calon yang bakal dipilih untuk menghadiri temuduga.

Oh ye..ada tiga kategori ujian tau iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Penaksiran Personaliti. Daripada ujian inilah pihak SPA akan dapat menapis dengan telus calon yang benar-benar layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Setiap daripada kategori tu, soalan bukan calang-calang. Kau bayangkan tetibe dia tanya soalan, pasal sukan SEA, angkasawan ke...kalau tak tahu, jenuh juga nak tembak jawapan..HAHAHAHA

Aku selalu dengar orang kata senang nak masuk kerja kerajaan. Kalau aku, jawapannya ialah 'NO'. Siapa kata senang nak masuk kerajaan? Bab ada kabel tu, korang letak tepi..itu mana2 pun sebenarnya berlaku dan aku sendiri memang tak pernah nafikan perkara tu. TAPI, sejak masuk era baru ni, memang susah woo nak masuk kerja kerajaan. Kawan aku yang apply punya lama sampai sekarang tak dapat-dapat. Padahal degree kot. Oleh itu, yang kerja full gov termasuk macam aku yang semi-gov ni, bersyukurlah dan bekerja la elok-elok ya.

Oh ye..back to the exam. Sekarang ni aku masih lagi gigih mencari informasi pasal program-program inisiatif yang kerajaan adakan macam BR1M, 1AZAM, GTP, Produk 1Malaysia tu dan banyak lagilah. Hmm..kalau nak hafal tu, memang takdelah aku nak menghafal...kan. Cukup sekadar cari info untuk dapatkan overview mengenai program-program tu. 

Hmm..sebenarnya daripada hari Sabtu lagi aku dah start mencari info ni. Sampai aku bertapa dalam rumah depan laptop mencari info. Dah macam penulis novel, dok menaip info2 untuk bacaan aku. Harapnya dapatlah cari info tu semua dalam hari ni juga. Aku dah nak start balik asah skill math aku ni...10 tahun kot tinggal sekolah. Entah ingat entah tidak nak mengira ni..hahahaha...

Okay...till we meet again
*Doakan aku dipermudahkan jawab exam yang sahabat-sahabat sekalian.. terima kasih

3 comments:

  1. kenapa exam jpa anim? ko apply keje baru eh...

    anyway, gud luck ye n all the best tau!

    ReplyDelete
  2. upgrade lagi ke? ttbe je amik JPA..?

    anyway, best of luck sista!

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads