Thursday, March 19, 2015

Craving for Ayam Goreng!!!

Assalamualaikum...

Semalam aku tertengok satu gambar kat website mana tah. DAN dengan itulah aku tetibe teringin nak makan ayam goreng tapi bukan ayam goreng KFC ke. Aku cuma nak makan ayam goreng salut tepung biasa tu je. 
image: Google
Aku tak faham kenapa tetibe selera nak makan ayam goreng padahal aku sendiri dah kurang selera makan hendak masuk minggu yang ketiga. Bab hilang selera makan pun aku takde jawapan lagi kenapa. Apa yang pasti aku turun berat beberapa kilo sebab tak ada selera nak makan. Aku sekarang ni makan untuk pastikan perut aku tak lapar sangat. Itu je...janji ada something boleh alas perut. 

Mak pun pelik tengok aku takde rasa nak makan. Cuma, bila aku tengok gambar ayam goreng dan aku tengok dalam drama Kill Me Heal Me, satu personaliti Cha Dohyeon makan ayam goreng, aku jadi lagi teringin nak makan ayam goreng. Uhuk uhuk..mana nak cari ayam goreng sedap tu? 

Dalam kepala aku dah terfikir Kyochon Chicken sebab ayam goreng dia memang sedap. Lagipun dah lama gila aku tak makan ayam Kyochon. Rasanya, itu kot ayam goreng paling sesuai untuk tekak aku terima sekarang ni. TAPI...bila nak perginya? Nak drive ke One Utama, Pavillion tu macam harapan je la...tak rajin dah menempah jem. Uhuk uhuk....

8 comments:

  1. alang-alang dah ada selera tu, cari jelah..nape Ainim takde selera?nanti kena gastrik..bahaya

    ReplyDelete
  2. Sometime makan ayam goreng gini nikmat dia lagi best dr makan ayam goreng KFC or else..kiki..Slmt mnjamu selera...huhu

    ReplyDelete
  3. yeay! KyoChon! hahahaha...call jela delivery...kat foodpanda takde ke kyochon?

    ReplyDelete
  4. cari tempat yang paling terdekat la anim...nanti dah tak selera makan payah lak.

    ReplyDelete
  5. beli kt pasar malam pun okay :)

    ReplyDelete
  6. best nya kalau hilang selera makan..kalau akak ni asyik nak makan je..ahahha

    ReplyDelete
  7. alamak akak ni. sy pun dah teringin nak ayam goreng jugak dah ni. ahaha!

    ReplyDelete

My friend say: