Monday, March 16, 2015

Cinderella...My Favourite Fairytale

Assalamualaikum...

Image: Google
Malam Sabtu lepas aku, cik kembar dan dua orang kawan pergi tonton filem terbaru Disney, Cinderella. Serious, ramai gila orang walaupun masa tayangan pukul 1120pm. Sebenarnya itu pengalaman pertama aku tonton filem lewat malam di pawagam. Tak pernah aku buat kerja gila pergi tonton filem jauh malam macam tu. Selalunya paling lewat pukul 9pm ke...sebab aku tak suka balik rumah lewat.

TAPI, disebabkan kembar dan kakak-kakak tu nak tonton lewat, aku ikut je la. So, my first impression bila tonton Cinderella ialah, WOW...memang rasa kembali ke zaman kanak-kanak aku dulu. Teringat akan buku cerita pertama yang mak beli untuk aku bila aku dah pandai baca bahasa Inggeris. Masa tu rasanya umur aku dalam 6 atau 7 tahun kot. Buku cerita Cinderella. 

Filem Cinderella ini dimulai dengan Frozen Fever. Haa..combo la kiranya ni. Memang best la dapat tonton Frozen Fever tu walaupun sekejap je. Gelagat Anna, Elsa, Olaf dan Christoph..haha..paling best bila Elsa bersin je keluar la snowman kecil-kecil tu. Alahai comel.
Image: Google
Bila mula je cerita Cinderella ni, aku memang rasa teruja sebab plot cerita ni tak diubah dan memang sama dengan kisah dongeng yang selalu kita dengar. Costume dress yang warna biru tu. Glass shoes tu paling menarik hati aku. Cantik gila. Kebodohan kakak-kakak tiri Cinderellah tu, semuanya sebiji macam yang aku biasa baca. Alaa...bukan tak pernah tengok cerita Cinderella, tetapi banyak yang tak begitu sama dengan plot cerita yang kebiasaan aku baca dan dengar. Ala..Into The Woods tu pun Cinderella pun macam merapu je. Baju je dah macam Aurora Beauty & The Beast. 

Aku boleh bagi 9 bintang untuk filem ni sebab jalan cerita yang menarik. Latar cerita pun cantik. Suasana ballroom istana tu meriahnya dan suka sangat bila Cinderella melangkah masuk je, semua mata terpaku pada kecantikan semula jadi dia dan dress kembang yang dia pakai tu. 

Oh..tak nak cerita lebih-lebih. Kang kalau yang belum tengok, nanti tak surprise pulak. Filem ni memang sesuai untuk tontonan semua lapisan termasuk kanak-kanak. Haih..kalaulah Snow White pun ada cerita begini kan best. Hehehe...

Okay...till we meet again

4 comments:

  1. wah...tak sabar nak pergi tengok dengan member2 ofis hari rabu ni..

    ReplyDelete
  2. shad tunggu bluray je nanti.. ta penah g wayang.. hehe..
    ramai ckp best.. :D

    ReplyDelete
  3. rasa tak sabar pulak nak tengok..anak akak suka nih..:)

    ReplyDelete
  4. kenapa tak rasa nak tgk...hahahaha...nnt kalau ada boleh tgk..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads