Tuesday, March 17, 2015

Bila Jisung Transform Jadi Perempuan

Assalamualaikum...

Off topic..ini kelainan daripada kebiasaan. First, bagi aku gelak dulu. Second, korang jangan rasa geli pula tengok gambar-gambar yang aku nak share ni. Third, aku share sekadar buat hiburan dan bukan nak aibkan sesiapa ya.

Okay..kalau peminat drama Korea tu, rasanya tahu kot siapa Jisung ni. Aku? Harus tahu sebab aku memang suka lakonan dia. Dari dulu memang suka cuma aku bukan kaki drama, so takdelah kerjanya nak tonton drama je kan. TAPI..kalau drama yang Jisung berlakon ni, aku cubalah juga tonton..hmm..sebab lakonan dia sentiasa berbeza dan image dia akan berubah ikut drama tu. 

Dalam drama terbaru lakonan Jisung yang baru je berakhir minggu lepas, iaitu Kill Me Heal Me, Jisung melakonkan watak sebagai pesakit DID, Dissociative Identity Disorder atau lebih dikenali sebagai Multiple Personality Disorder. Banyak punca boleh sebabkan sakit DID ni. Cuma dalam drama ni, Jisung (Cha Do Hyeon) mempunyai kisah silam yang menyedihkan yang menyebabkan dia mendapat sakit ni.

Cha Do Hyeon ni mempunyai 6 personaliti lain dalam dirinya iaitu Shin Segi, Perry Park, Ahn Yosub, Ahn Yona, Nana & Mr. X. Dimana setiap daripada personaliti ini terbina melalui pengalaman, ingatan dan situasi yang terpaksa dihadapi oleh Cha Dohyeon ni. Paling menyerlah antaranya watak Ahn Yona, iaitu gadis berumur 17 tahun yang kerjanya jadi sasaeng (stalk idol), pastu sangatlah gedik dan sukakan lelaki handsome. 

Pada aku, untuk melihat Jisung transform into a girl bukan perkara senang tambahan dia berlakon selalu watak serious tak pun lawan-lawan. Tambahan dengan status dia sebagai suami, bakal bapa yang berusia 38 tahun tu, aku takleh nak imagine pada awalnya. TAPI..bila dia dah transform menjadi Ahn Yona, kagum juga aku. Nak tengok rupa dia? Jom layan sikit gambar-gambar kat bawah ni..








Oppss...jangan geli ya. Ini bukan dia yang sebenar pun. Sekadar lakonan je. Nama pun pelakonkan? Bila harus bawa karakter begitu, dia kenalah bawa dengan sebaik yang mungkin. Jujur aku tak rasa geli tengok dia jadi perempuan tapi aku rasa sangatlah kelakar sebab watak Ahn Yona ni memang menceriakan lagi drama ni.
Okay..ini gambar sebenar Jisung. Haa...takdelah jambu mana pun muka dia. Cuma teknik makeup tu berjaya merubah sedikit muka dia jadi perempuan. Gitu teknik makeup orang korea ya. Macam aku cakap kat atas tadi, aku sekadar nak share je. Takde niat lain..so, meh aku belanja sekeping lagi gambar daddy-to-be ni..hehehe. Agak2 berapa markah nak bagi kat Jisung sebagai Ahn Yona? Hahahahaha
Okay...till we meet again.

3 comments:

  1. Mekap tu dpt mgubah wajah seseorg kan

    ReplyDelete
  2. hahah..cantik pe...akak start suka dia belakon masa tengok drama tajuk apa entah.yang kat pulau jeju tu..tajuk tak ingat..tapi depa ada belakon kat last vegas jugak

    ReplyDelete

My friend say: