Tuesday, March 17, 2015

Beli Kain Cotton Dengan Cotton Candy

Assalamualaikum...

Ada sesiapa disini yang merupakan peminat kain cotton? Haa...kembar aku peminat kain cotton. Banyak betul baju kurung dia daripada material cotton. Maklumlah katanya selesa. Ye la, kain cotton ni, kalau kena pada kualiti dan jenisnya memang selesa betul dipakaikan? 

Cotton Candy? Apakah itu? Haa...jangan salah faham. Cotton Candy bukan sejenis gula-gula waima ais kerim juga jauh sekali. Cotton Candy ini sebenarnya kedai online di Facebook. Menjual kain English Cotton gred AAA dan juga heavy premium dull satin. Haa..kain satin memang favourite aku.

Cotton Candy menjual secara borong dan juga runcit. Harga pun berpatutan. Sempat juga usha page mereka ni. Mak aii..comel-comel belaka kain tu. Haih..ini kalau tak kuat iman, confirm aku order. Eh? hahahah. 

Sekarang ni Cotton Candy sedang buka pre-order untuk belian kain. Harga yang ditawarkan pun berpatutan dan istimewa.

Buat korang yang berminat sangat nak order, korang bolehlah membuat pre-order yang telah bermula 13 Mac sehingga 25 Mac 2015 ni. Segala pertanyaan berkaitan kain ke, pembayaran ke boleh je hubungi nombor yang tertera seperti di dalam gambar tu. 

Manalah tahu kalau ada yang nak beli kain buat persediaan untuk kenduri kahwin ke, hari raya ke..dah boleh dah beli ni. Nanti senang, terus tempah kat tailor. Oh ya..kat bawah ni aku share serba sedikit gambar-gambar kain yang dijual. Kalau nak lebih clear dan banyak lagi gambar, boleh je terus ke page Cotton Candy ya.





SO..jangan lupa singgah ke COTTON CANDY ya
 
Okay...till we meet again

4 comments:

My friend say: