Tuesday, February 24, 2015

Syndrom Tersenyum Sendiri Mula Menyerang

Assalamualaikum,

Kalau korang nak tahu, sampai sekarang ni aku masih tersenyum seorang dan kadang-kadang gelak seorang diri. Hmm...dah macam orang gila pun ada kalau orang tak kenal tengok aku. Dimana-mana pun aku boleh tersenyum dan ketawa kecil. Semua ini ibarat macam release stress yang ada dalam badan aku.

TAPI...apa yang tersenyum dan ketawa seorang diri ni? Apa ke benda yang buat aku senyum sendiri walaupun sekadar duduk tanpa menghadap apa-apa? Haa..sebenarnya segalanya ada dalam fikiran aku. Hmm...tapi ada sebabnya. Cuba scroll ke bawah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|






Pic source: As credited
Song Triplets dan juga Kill Me Heal Me. Satu drama dan satu variety show. Dua-dua korean entertainment program. Aku kan memang minat juga drama sikit-sikit. Walaupun bukan kaki drama, sesekali melayan okay juga tambahan pelakon kegemaran berlakonkan. Harus tu aku usaha untuk tengok. Drama Kill Me Heal Me ni pula kelakar dan memang aku terhibur dengan watak-watak yang ada dalam drama ni. Lakonan pelakon utama Ji Sung ni pulak memang sangat menjadi dan berkesan. 7 karakter dalam 1 drama dia jayakan dengan baik sekali. Kagum pulak aku dengan bakat lakonan dia. Malah karakter lain pun cukup bersahaja lakonan mereka sampaikan aku dan kembar memang gelak besar bila tonton drama bersiri ni.

Variety show The Return of Superman ni memang kegemaran keluarga aku. Penyebab utama adalah anak kembar tiga actor Song Ilkook ni la. Mak aku kemain suka dengan budak bertiga ni, Daehan, Minguk dan Manse. Keletah budak bertiga ni memang sentiasa buat orang gelak. Ye la, budakkan...dia bukan faham pun orang tengah rakam gerak geri dorang. Jadi, setiap keletah dorang tu bila aku fikir je mesti tersengih-sengih dibuatnya. Alahai...memang menceriakan hati sungguh. Mulut bising takyah cakaplah, senyap hanya bila nak mula makan. Itu pun boleh menyanyi lagi ketika sedang makan..hahahah..mana tak pecah perut dengan lagu yang dorang create sendiri lirik. Lagu Twinkle Twinkle Little Star pun boleh ada lirik baru budak-budak ni buat. Hahahaha....

Aku ni sesekali melayan memang betul-betul aku layan. Rasanya lepas drama Hotel King tahun lepas, ni la drama yang aku follow betul-betul dari episod 1. Drama Punch yang tayang kat S One HD tu pun aku tengok Ep1-Ep5 lepas tu aku skip terus ke Ep15-Ep19. Asal tahun mula dan akhir sudah..hahaha..baik, sekian diari online aku hari ini...err...diari?

Okay...till we meet again

9 comments:

  1. keletah kembar 3 tu memang lucu...hihi ^_^

    ReplyDelete
  2. Ada ji sung kena tengok nih..buat jamu2 mata..ekekekk...

    ReplyDelete
  3. Assalam
    singgah sini.



    azneys,
    http://www.azneyshamsuddin.com/

    ReplyDelete
  4. alamak! dedua tak follow...Return of Superman tu bila keluar kat TV je tgk...

    ReplyDelete
  5. Alahai... Mmg tgk gmbr pun dh rasa nk snyum ni..

    ReplyDelete
  6. cutenya triplet tu.AA plak tengah follow Hyde Jekyll Me.Punch tu tak bole ikot la.banyak sangat konspirasi.pening

    ReplyDelete
  7. patutlah tgk kwn selalu post gambar triplet tu..cerita eh? haha maaf taktahu..;p

    ReplyDelete

My friend say: