Thursday, February 05, 2015

Lunchdate @ Damine21 Cafe

Assalamualaikum...

Kisah ni lanjutan daripada entri INI. Hari cuti umum yang lepas, aku dan blogger Sally Samsaiman ambil kesempatan untuk luangkan masa bersama. Haa...dating berdua gitu.... Kami pilih Damine21 Cafe yang terletak di Taman Dagang Avenue, Ampang. Aku yang suggest tempat tu sebab tengok macam best je. Kalau nak tahu, banyak lagi list cafe dan restaurant yang aku nak terjah nanti. Hehehe. Tak nak cerita banyak, jom layan gambar.

 Ni menu yang ada...page sebelah lagi terlupa ambil. Range harga kat sini boleh tahan jugalah. Jadi, siapkan duit lebih sikit ya.
 Kami pesan teh je. Sally peach tea, aku pula ice lemon tea. Rasa cantik pulak gambar teh tu..eh..hahahah
 Ni starter yang Sally pesan, Mushroom soup. Sedap dan terasa sangat mushroom dia. RM10 sekali dengan garlic bread tu. Kami makan share je.
 Ni namanya Chilli Spaghetti. RM20 satu hidangan. Ada seafood seperti udang dan sotong serta shitake mushroom yang begitu meriah sekali dalam pinggan ni. Saiz pun besar, boleh makan dua orang tau. Puas hati walaupun harga semput sikit..untuk aku la. hahaha
Ni pula meatball. RM10 satu set. Special sauce katanya. Sedap juga tapi apasal aku rasa macam black pepper sauce je..ke tekak aku yang memang kata black pepper, tak pasti. Ada 10 biji dalam pinggan tu. Meatball ni rangup. Dimakan panas-panas, sedap.
 Sebelum order desert, kitorang selfie / wefie dulu. Eh, perkara biasa tu..hehehe.
Pavlova. Recommended kot kalau datang ke Damine21 cafe ni sebab rasanya tak terlalu manis. Saiz sederhana. RM15 sebiji. Kalau suka, rasanya boleh juga kalau nak take away. Tapi Sally makan sorang sebab aku tak minat pavlova. Hahaha

Overall, makan kat Damine21 Cafe ni puas hati. Satu sebab saiz hidangan boleh tahan. Environment cafe ni sangat menarik hati. Latar warna putih yang digunakan cukup bagi impak bersihnya cafe ni. Sweet je dengan hiasan yang sederhana tapi cukup menarik. Kalau suka tema ala-ala English, Europe tu, sini memang sesuai tau. Masa menunggu untuk hidangan tiba pun takde la lama sangat, or maybe sebab aku dan Sally customer pertama hari tu? 

Waktu operasi Damine21 Cafe ni bermula pukul 12pm. Sesuai kalau nak datang lunch. Kalau yang dekat area Ampang, tu singgah la ya sana nanti. 

Okay...till we meet again

3 comments:

  1. oooo..kat damine21 cafe rupanya..hehehehe..kelassss diorg punya susun atur kan..rasa cam tanak balik je..haha..bole gitewww

    ReplyDelete
  2. meatball tu ada 8 jela anim -_-

    hahahaha....

    thanks sebab sudi melayan ahkak Sally! :D

    ReplyDelete
  3. hehehe.. baru lepas singgah kat blog Sally..
    next time dating ajakla CT skali.. nak itot hahaha..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete

My friend say: