Monday, February 23, 2015

Larangan Berpakaian Seksi Di Terengganu

Assalamualaikum...
Terbaca mengenai berita seperti tajuk di atas sebentar tadi. Terfikir sejenak. Maaf ya, isu ini pada pandangan aku agak sensitif dan rumit. 
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu minta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengisi segera kekosongan jawatan pegawai dan anggota penguatkuasa wanita.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kekosongan jawatan penguatkuasa wanita perlu diisi segera bagi membolehkan rondaan dan tindakan secara menyeluruh terhadap umat Islam yang ponteng solat Jumaat.

Katanya, pegawai dan anggota penguatkuasa wanita juga boleh melakukan pemeriksaan dan soal siasat ke atas remaja wanita yang berpakaian seksi dan mencolok mata sehingga boleh mendatangkan keghairahan orang ramai.  berita selanjutnya kat SINI
Jujur cakap, kita perlu faham makna pemakaian seksi itu sendiri. Bukan sekadar dengan pakaian yang tak cukup kain tapi jenis dan cara pemakaian juga boleh menjadikan ia seksi. Hmm..macam mana nak cakap ya. Lebih baik tafsiran seksi itu difahami secara meluas.

Sebagai seorang wanita, aku memang sangat sokong cadangan mengenai larangan ini. Islam sendiri mewajibkan setiap penganutnya menutup aurat dengan sempurna bukan sahaja perempuan malah kaum lelaki juga sama. Memanglah ada yang akan berkata, kalau tak pakai seksi pun boleh terjadi kes-kes seperti rogol etc, cuma kalau kita sebagai wanita peka dengan pemakaian kita, kita boleh elak daripada pemerhatian kaum lelaki. 

Cadangan ini pastinya ada pro and cons. Apa pun, diharap penguatkuasaan ini dapat dijalankan dengan bijak dan saksama kepada semua. Apa pandangan anda?

Okay...till we meet again

6 comments:

  1. yup betul.. berbaju kurung tapi kain jarang.. pon dikira seksi jugak..

    ReplyDelete
  2. Bila dah dilaksanakan mungkin boleh diperbaiki lagi mana yang sepatutnya..bab2 seksi ni memang tak semua orang paham seksi tu apa..ada yang pakai ketat2 tapi dia kata tak seksi..apa pun kena bagi paham dulu rakyat ni seksi yang macam mana yang tak boleh dan tak boleh...rasanya kalau buat macam kelantan tu lagi bagus kot..Orang islam wajib tutup aurat.tak timbul isu seksi ke tidak.

    ReplyDelete
  3. saya setuju sangat2...
    isu ni sangat penting & perlu di titik beratkan...
    islam itu mudah tapi jangan di permudahkan...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Patut dikuat kuasa kat semua negeri ni.

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads