Thursday, February 19, 2015

Friday @ Fickles

Assalamualaikum...

Jumaat minggu lepas aku dan kakak-kakak satu unit pergi lunch di Fickles, TTDI. Sebenarnya kakak-kakak unit yang teringin nak pergi makan kat situ. Aku? Haa....tukang tunjuk jalanlah apa lagi. Maka dengan itu aku pun join la skali.

Hmm...tanggapan pertama aku tentang fickles ni ialah restoran yang santai..dan memang agak santai la juga decoration dia. Owner pun baik serta peramah. Cuma kawasan shoplot fickles ni je yang lemah sikit buat aku sebab jem dan parking susah nak cari. Kitorang haritu parking dalam kawasan pasar basah.

So, kat bawah ni menu yang kami order.

Ni namanya Moroccan lamb apa tah...ala, rasa dia macam nasi kenduri tu. Ni menu untuk lunch set. Harga RM12.90 sekali dengan desert. Ni kak ida yang order. 
Ni Aglio Olio. Hmm..yang ni aku recommend korang order kalau datang fickles. Rasa dia ada pedas pedas sikit..udang pun besar. Memang best la. Kak Ida yang order tapi kami makan bertiga sementara tunggu kak Alin dan kak Ija sampai. Harga aku tak sure la pulak
Ni namanya Deep Fried Pollock and chips. Sauce dia tomato creamy. Hmm..ni pun set lunch juga berserta desert RM12.90. Sauce tu sedap tau.
Ni Herbs Crusted Lamb...opps, nama penuh tak ingat. Harga RM35.90 tak silap aku. Kak Ina yang order ni. Sekali dengan potato mashed dan sauce dia black pepper kot. Korang boleh pilih nak masak well done ke atau tidak. 
Ni carbonara pasta. Sorry..aku memang tak sure nama sebab yang order kengkawan aku. Tak rasa pun. Tapi kak Alin kata sedap. 
Ni namanya Mushroom Junkie. Ni kak Ija yang order. Tapi kak Ija tak habis makan sebab banyak giler mushroom dia plus kak Ija makan takde la banyak mana. Harga RM12.50 rasanya.

Apa yang aku perasan, setiap hidangan pasta mesti akan ada roti baguette sekeping dia letak. Haa...menarik sebenarnya pada aku sebab korang boleh rasa nikmat sauce tu. Heheheh...

Kalau korang nak try makan kat situ, korang ingat alamat ni ya.

Fickles, 
11, Jalan Wan Kadir 2, 
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur,
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Selamat mencuba.,..

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. sedap tak sedap tak....terliur pulak tgk huhu :o

    ReplyDelete
  2. PG datang nak jemput join GA ni.
    menang iphone 5s dengan mudah!
    jemput join ya :)

    ReplyDelete
  3. rasanya tau tempat ni, nak cuba la nanti :)

    ReplyDelete
  4. fae jrg order menu mcm ne if go to such restaurant hehe

    ReplyDelete
  5. Saya tag awak. Heee :)
    http://farishaadnan.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html

    ReplyDelete
  6. lapar lak bila tangok entry2 bab makanan ni...
    oh my diet!!!

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. nampak macam mahal neh...muahahahaha...malu la kita nak makan situ :P

    ReplyDelete
  8. sedappnya... hancus melecuss la diet kalo cengini.. tekak bersabar laaa.. ehhehehe

    ReplyDelete
  9. DAMAI SPA

    Selamat datang. Kami sedang mengadakan promosi & nikmati diskaun hebat sehingga 70%! Hubungi kami segera utk maklumat lanjut/apoinment!

    Jom ke Damai Spa 👍👍

    Hello! We are now having a great promotion & you can enjoy discount up to 70%! You can call us now for further information/ make an appointment!

    Welcome to Damai Spa 👍👍

    Contact: 0146382632
    http://www.facebook.com/damaispa4

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads