Wednesday, February 04, 2015

Alahai Into The Woods

Assalamualaikum...
Korang dah tengok ke Into The Woods? Aku ni punyalah excited nak tengok Into The Woods. Maklumlah, konon-konon sebab ada gabungan fairy tale kekdahnya. Ada aku cerita kat entri INI.

Jumaat beberapa hari selepas ditayangkan di pawagam seluruh negara, aku dan kembar serta seorang lagi rakan pergi tengok. Masuk hall tu dah excited dan diawal cerita tu memang seronok sangat rasanya filem ni. TAPI..lama kelamaan cerita ni aku rasa makin hambar.

Kenapa? Sebab too much musical. Okay..untuk orang macam aku yang tak minat sangat musical ni, memang akan rasa filem ni boring sikit. Boleh kata segalanya kena menyanyi. Ala, bukan takde filem musikal yang aku pernah tonton, banyak je tapi cerita ni makin lama makin bosan bila tengok tau. 

Tolak bab too much musical, plot cerita pun ada yang nampak macam tergantung. Tetibe je wife Mr. Baker tu boleh curang dengan putera raja yang supposed jadi suami Cinderella. Eh....dah kenapa? Ada beberapa lagi babak yang aku sendiri tak yakin mana ending ceritanya. Brother kepada putera raja yang jadi buta tu apa endingnya. Haih...senang cakap, aku tertanya-tanya la sampai habis cerita.

Filem ni senang cakap, tak menarik pun untuk aku. Rasanya, jauh mana best Maleficent lagi walaupun kisah dia ada lawan-lawan dan agak serius sikit. Hmm...begitulah perasaan aku terhadap Into The Woods. So, kalau korang suka musical, filem sesuai untuk korang. Macam aku...NO. heheheh

Oh ya...nanti aku nak share satu lagi filem yang aku tonton baru-baru sebab temankan kawan haritu.

Okay...till we meet again

*Eh..rasanya tahun ni akan catat rekod sebab tonton filem lebih 2 kali dalam setahun..hahahaha

9 comments:

  1. actually saya suka cerita macam ni.. hehehe.. lamanya tak tgok wayang

    ReplyDelete
  2. Dah tengok dahciter nih . Tapi ending dia x best sgt . Alahai

    ReplyDelete
  3. cn tgk smlm cerita ni, encik suami siap tanya byk kali, bila cerita ni nak habis ! hehe

    P/S : Jom meriahkan Segmen Bloglist Mac-April CN : http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  4. Cite ni mmg boring. Asyik nyanyi and then macam tungganglanggang plotnya. Cite the boy next door best. tp utk >18

    ReplyDelete
  5. yeke?? nasib baik tak tengok. sebab macam boring jek kalau ada byk cite dlm 1 movie. Saya nk tunggu Cinderella ni on march !! =) xsbr

    ReplyDelete
  6. rasanya pun sbb fairytale...tu yg dorang senang nak tukar plot..kekeke

    ReplyDelete
  7. samalah.. memula macam truja tp tngk preview hahak.. no kenot. xleh go citer banyak nyanyi2 ni.. kalo nk tngk sngt nnt tnggu dload ajelah..

    ReplyDelete
  8. lom tgk...
    lgpun da lama giler x gi tgk wayang :)

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads