Monday, January 05, 2015

Semoga Segala Urusan Dipermudahkan

Assalamualaikum...
image: Google
I'm back! Ewah...hari Isnin ni kenalah ceriakan sikit mood tu. Jangan bermuram ye terutama penjawat awam macam aku yang dapat khabar tak berapa best semalam. Bonus akan diberikan pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Haa..ada kemungkinan dapat cepat tapi kebarangkalian untuk dapat lewat tu lagi tinggi nampaknya. Mula-mula dengar tu memang tersentak juga tambahan dengan cadangan CEUPACS supaya kerajaan potong gaji penjawat awam untuk disumbangkan kepada mangsa banjir..erk?! Perlukah sampai potong gaji? (no comment).

Apa pun...sekarang ni, dikawasan yang terlibat banjir telah mula memasuki fasa pasca banjir. Kalau tengok keadaan disana terutama di Kelantan, memang amat menyedihkan. Semoga manga terlibat kekal kuat dan tabah untuk membina semula kehidupan baru. Ingatlah bahawa Allah menguji bukan tanda membenci sebaliknya tanda DIA amat menyayangi. Fikirlah yang positif dan kuatkan azam untuk bangkit daripada hal sedih ini.

Apa pun, aku tabik dengan setiap agensi, NGO dan orang perseorangan yang tidak lokek untuk membantu untuk meringankan beban mangsa banjir. Pelbagai jenis bantuan dan sumbangan yang diberikan selain daripada apa yang pihak kerajaan dah hulurkan. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan Allah SWT.

Buat kita semua yang dah back to daily routine (bekerja), selamat bekerja semua. Ingat ya, sekarang ni dah 2015 bukan 2014 lagi. Jangan silap tulisa tarikh...hehehe. Apa pun, doa aku semoga urusan kalian semua dipermudahkan ALLAH SWT. Jom sama-sama niatkan kerja ini sebagai ibadah kerana ALLAH. 

Wallahualam...


6 comments:

  1. selamat bekerja ainim..sabar jelah ye penjawat awam..huhu

    ReplyDelete
  2. selamat bekerja Ainim...^_^
    saya harini dah 2-3 kali tersalah tulis tarikh...hihi

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan kita semua...

    ReplyDelete
  4. Biasanya bila awal² tahun mesti salah tulis tarikh..kalau tulis cek tu yg payah.. Dah nak kena cancel, buat cek baru..

    ReplyDelete
  5. Betul. Salute everyone lah yg hulurkan bantuan hehe alhamdulillah!

    ReplyDelete
  6. bersusah hari ini untuk senang esoknya hehe..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads