Saturday, January 17, 2015

Pelayaran Islamik 3.0

Assalamualaikum…
cruise islamic
Pernah tak korang impikan naik cruise lepas tu belayar dilautan sambil menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah SWT? Melihat matahari terbit dan terbenam, subhanallah. Tapi lagi indah dan bermakna jika sambil belayar tu kita mendalami sekali ilmu agama. Nah..menarik bukan?

Pernah tak korang dengar belayar sambil mendalami ilmu agama? Mungkin ada yang pernah tapi majority tak pernahkan? Tapi jangan ingat tak ada langsung tau. Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada tau.

Program Pelayaran Islamik 3.0 yang akan diadakan pada 1 – 4 Februari 2015 ini akan membawa anda belayar dilautan dari Penang terus ke Phuket dan Krabi. Bertemakan Syukur, Tenang dan Damai ini, program pelayaran ini akan memberikan anda satu pengalaman baru yang pastinya tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Ianya dianjurkan oleh INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD.(ITCT) yang merupakan sebuah syarikat perunding majlis yang menyokong dan memberikan Perkhidmatan profesional kepada klien korporat dan juga individu. Syarikat ini juga merupakan pelopor kepada program pelayaran Islamik melalui penganjuran program terdahulu.
Sepanjang sesi pelayaran ini, peserta akan mendalami ilmu agama yang akan disampaikan oleh para ustaz yang turut serta dalam program ini nanti. Ustaz yang turut serta pun bukan calang-calang orangnya ya. Menariknya, bukan setakat, solat berjemaah je, tapi kita akan diajar untuk mengetahui kedudukan kiblat, mempelajari Solat Jama' & Qasar, Ceramah & Kuliah, Qiyamulail, Zikir & Selawat, Soal Jawab Bersama Ustaz dan Program Ziarah serta Makan Malam Kesyukuran pun ada. Senang cakaplah, setiap aktiviti yang dianjurkan itu semuanya punya perincian ilmiah yang menarik.
islamic travel

phuket
Kalau dah namanya pelayaran Islamik, pastinya kita naik kapalkan. Kapal yang bakal dinaiki oleh para peserta nanti ialah SuperStar Libra yang direka untuk memenuhi perubahan keperluan penumpang hari ini, mencabar model konvensional dengan menyediakan pelayaran , pelayaran gaya - resort yang lebih santai, lengkap dengan fleksibiliti dan perkhidmatan bukan mengganggu perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
Program Pelayaran Islamik 3.0 ini juga bukan sekadar untuk diri sendiri je, tapi boleh juga dijadikan sebagai hadiah buat kedua Ibu Bapa, Hadiah Cabutan Bertuah, Hadiah Korporat / Ulang Tahun Perkahwinan dan juga sesuau bagi Mereka Yang Ingin Berhijrah. Selain daripada itu, ada juga penampilan khas daripada para finalis Pencetus Ummah.
penang

krabi
Ada 9 pakej yang ditawarkan dan mengikut kepada kemampuan peserta dan bermula dari RM1677 seorang. 3 pakej telah pun habis dijual dan ada beberapa pakej lain nampak gayanya terjual laris. Bertuahnya kalau dapat join pelayaran sebegini. Bak kata orang, melancong sambil beribadah. Raih pahala sekaligus, Insha Allah. Sejumlah wang pakej yang terjual ini juga akan disumbangkan kepada rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan jufa fakir miskin.

Kalau ada yang berminat nak sertai pelayaran ini, boleh klik link di bawah untuk melihat pakej yang ada dan seterusnya mendaftar.  

26 comments:

  1. Assalammualaikum... ainim,

    mselim3 dah tgk harga pekej daripada pautan yang hanim bagi tu.. harga boleh tahan gak naik cruize bersama2 ustad2 terkemuka... berminat gak. Pasal harga nie kena bincang dengan isteri...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam en mselim. Saya pun teringin sangat nak join.. memang menarik

      Delete
  2. Alhamdulillah...semoga lebih banyak lagi program macam ni...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah Mama...semoga program ini akan diadakan dengan lebih banyak lagi

      Delete
  3. wah.. menarik.. jrg ada program cmni...

    ReplyDelete
  4. Terbaik! Kalau ada pakej yg paling murah tu dan kena pada masa kan best...

    ReplyDelete
  5. Alamak.. X mampu la nak join.. X pe.. Kita dgr kat surau pun ok. Dah... Hehe

    ReplyDelete
  6. Wah, bagus ni, sambil bercuti sambil mendalami ilmu agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..saya pun teringin nak join

      Delete
  7. It would be an honour to join this ish best! Dah lah belaajar agama. Islamic pulak tu. Inshaallah terjamin kan wiwiwi

    ReplyDelete
  8. menariknye naik cruise..smbil beribadah..tp xmpu lg..hee

    ReplyDelete
  9. menarik.. yang duduk Penang ni pun belum pernah naik hehehe

    ReplyDelete
  10. Memang menarik nampak pelayaran islamik ni ..

    ReplyDelete
  11. Bagus kan ada program hebat begini. Alangkah baiknya kalau kita berpeluang turut serta :)

    Maaf Ainim, baru sempat balas kunjungan dan follow balik.
    From FAMF Tower

    ReplyDelete
  12. bagus ada program seperti ni diadakan selalu kan

    ReplyDelete
  13. program yg bagus sebenarnya . harap ramai yg berminat untuk join .;;

    ReplyDelete
  14. 1st time dgr program bercuti camni. mmg terbaik!

    ReplyDelete
  15. interesting ni. percutian berbaloi

    2nd GA telah bermula. Jemput join
    http://fuzamusa.blogspot.com/2015/01/2nd-giveaway-sulaman-lace-heaven-happy.html

    ReplyDelete
  16. best kan kalau dpt pergi. huhu

    ReplyDelete
  17. inilah kot yg ayah mertua dok sebut2 nak jin hari tue..hehe. kami memang tak tahu langsung ada cruise sebegini..

    ReplyDelete
  18. sangat2 menarik.....lagi2 kalau dapat pergi satu family....

    ReplyDelete
  19. Menarik.. tak pernah lagi naik cruise ni..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads