Tuesday, January 06, 2015

Mungkinkah Akan Sejuk Kembali?

Assalamualaikum...

Masih ingat akan kejadian yang agak luar biasa pada awal tahun lepas? Beberapa negara mengalami penerimaan salji yang tidak dijangka? Dimana negara kita juga terkena tempias cuaca yang sejuk seperti berada di musim sejuk?

Waktu itu, ramai blogger dan pengamal media mula membuat spekulasi akan beberapa kejadian salji yang terjadi. Memang menakjubkan apabila negara yang tidak pernah atau jarang kita dengar turunnya salji secara tiba-tiba boleh turun salji. Aku pun tak terlepas daripada mencari berita-berita mengenai salji tu.

Macam-macam berita yang keluar sehingga ada juga fake news yang menular terutama kisah salji di Indonesia. Setelah diselidiki, ianya hanya berita palsu...tetapi sebenarnya ada sebuah pergunungan di Indonesia yang bernama Pergunungan Jayawijaya. Terletak di bahagian Papua Barat dan Papua (Indonesia) hingga ke Papua Newguinea di Pulau Irian. Sebelum penyatuan Papua Barat ke Indonesia pergunungan ini dikenali sebagai Pergunungan Orange.

Menariknya mengenai pergunungan ini ialah ia mempunyai beberapa puncak yang diseliputi oleh salji. Namun, disebabkan oleh perubahan suhu global, 2 daripada 5 glesier tersebut telah mencair dan baki 3 lagi glasier yang masih ada kini semakin mencair dan dijangkakan dalam tempoh 20 tahun, ia akan semakin menghilang.

Berbalik kepada topik asal, adakah kita akan sekali lagi mengalami suhu sejuk seperti tahun lepas? Kalau dilihat pada keadaan semasa, tiada tanda-tanda akan sejuk seperti dahulu. Aku berharap takkan ada cuaca sejuk sebegitu. Risau sebab manusia yang tak tahan sejuk. Kalau dilihat pada keadaan cuaca sekarang, dan pada ramalan kaji cuaca di MET Malaysia, nampaknya tiada tanda-tanda akan berlaku situasi seperti tahun lepas.

Apa pun, aku berharap cuaca akan kekal cerah dan baik untuk beberapa ketika ini bagi mempercepatkan proses surut banjir dan juga memudahkan kerja-kerja pembersihan pasca banjir terutama dinegeri-negeri yang mengalami musibah banjir yang luar biasa tahun lepas. Diharap mangsa yang terlibat dapat bangkit semula daripada ujian hebat ini dan membina semula kehidupan baru. Oh ya, bagi masih ingin menghulurkan bantuan daripada segi kewangan, boleh tengok entri INI ya.

Okay...till we meet again
p/s: tiada spekulasi yang direka di dalam entri ini. Harap maklum

********************************************************************************
Edited:
Kita dijangka akan mengalami suhu sejuk luar biasa seperti tahun lepas bermula penghujung bulan Januari 2015.  Ini disebabkan oleh pengaruh Monsun Timur Laut yang bertiup antara bulan November dan Februari. Untuk info lanjut, klik SINI dan SINI

18 comments:

  1. Memang ingat sangat musim sejuk tu, akak pun ada buat entry. Tapi takkan terwujudnya salji di Malaysia, bagi yang belajar georafi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, takkan wujud salji di Malaysia

      Delete
  2. betul tu sekarang dah terasa sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far, dah rasa cuaca panas sikit

      Delete
  3. ya, semoga mentari menyinar.. hari cerah dan cuaca baik..
    banjir pun baru nak pulih kan..
    Blogwalking sini. Jemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad

    ReplyDelete
  4. Kalau turun salji kat Malaysia agak goyang juga hati ni..harap di jauhi perkara pelik-pelik..

    ReplyDelete
  5. Sejuk macam tahun lepas?saya suka..sejuk nyaman saja..nak jalan2 pun tak risau..heheh..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. kena pergi luar negara la jawabnya

      Delete
  7. Ala takkaan eh kak ainim. Hehe.
    Kita gi icity jelaah kalu cemtu hihuhi

    ReplyDelete
  8. dunia dan tarikh luputnya yang kian hampir..

    ReplyDelete
  9. Yakan heboh thn lps di katakan sajli turun kan

    ReplyDelete
  10. Angin dari kawasan tekanan tinggi di Siberia akan lalu menuju kawasan tekanan rendah di Utara Australia.....

    ReplyDelete
  11. Perubahan iklim adalah jawapannya jika trend ini berterusan....
    10 tahun kebelakangan ini... tempat yg jarang turun salji. dah tiap tahun dapat.. awal January kat Baitul Muqaddis, Lebanon, Syria, Tunisia, Algeria... Kathmandu Nepal last 2007 turun salji. Hawaii kat Puncak gunung Mauna Kea kena ribut salji...,
    Madinah al Munawaarah boleh cecah 3 darjah c

    http://www.arabnews.com/featured/news/685266

    ReplyDelete
  12. akak mesti ingat cuaca sejuk sbb kena tempias gak masa tu.... semoga apa aini tulis diatas dimakburkan la....

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads