Tuesday, January 13, 2015

Jawapan Teka Teki Jumaat

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Ini adalah kesinambungan daripada entri Teka Teki Jumaat. Haa..sengaja tunggu sehingga ada yang berjaya jawab dengan betul.

Alhamdulillah...akhirnya ada juga blogger yang berjaya menjawab soala aku dengan tepat sekali. Sebenarnya bukanlah jawapan yang lain itu salah ya, tapi untuk lebih tepat sahaja. Soalannya ialah, Apakah ia, Ringan Disebut, Berat Ditimbang. Jawapannya:
DAN...blogger yang berjaya jawab dengan betul ialah; Cikx Bummbum gemox.
Mengapa zikir?
Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda:'Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu; Maha Suci Allah dan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar.
Untuk huraian hadis ini, boleh klik SINI ya.

Tahniah adik yang berjaya jawab dengan betul tu ya. Rasa-rasa korang nak kena bagi token ke tak kat adik ni? Any idea? Insha Allah, dalam masa terdekat, aku akan buat perubahan pada blog list. Kengkawan yang dah komen kat entri teka teki tu nanti akan aku masukkan dalam blog list terbaru ya.

Okay...till we meet again

6 comments:

My friend say:

Nuff Ads