Monday, January 12, 2015

Isu K-Pop : Iktibar & Pengajaran

Assalamualaikum...

Sekadar dialog rekaan. Aku yakin korang faham apa yang aku nak sampaikan. Sebelum tu, kita sama-sama lapang dada dan sama-sama ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. Maaf, agak panjang apa yang nak aku kongsikan kali ini.

*************
Abu : Bakar, Ali...korang dengar kisah budak perempuan Melayu peluk cium dengan artis kpop?
Bakar : Ala...apa de hal. Artis kpop tu bukan Islam.
Abu : Tapi perempuan tu kan Melayu Islam...?
Bakar : Ala..lelaki dan perempuan Islam pun rilek je pegang2, peluk2, cium2 dikhalayak. Lagilah yang takde ikatan sah.  Kalau yang retis tu siap tunjuk dalam majalah....tu bukan artis kpop pun.
Ali : Apa de hal bro...itu baru lelaki sejati. Tall, dark & hensem... Artis kpop tak sejati, pale, skinny, sepet.
Abu : Deep sigh*
**************************
Tiada salah pada agama, bangsa dan warna kulit mahupun fizikal seseorang. Pokok pangkalnya ialah individu itu sendiri. Kalau kita sedar jati diri kita, kita sedar siapa diri kita, agama apa yang kita anuti, dimana bumi kita berpijak..semua perkara ini dapat dielakkan.

Tidak mahu nak menuding jari kepada mana-mana pihak. Yang salah tetap salah. Artis tersebut dah tanya terlebih dahulu, kerana mereka juga peka dimana mereka berada. Ini bukanlah kunjungan pertama artis berkenaan ke negara ini. Cuma silapnya adik-adik berkenaan terlalu excited sehingga mereka terlupa diri. Merelakan diri untuk menjadi punca bahan fitnah dan umpat keji masyarakat.

Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Disebabkan tindak tanduk adik berempat, habis kesemua kami perempuan yang bertudung menjadi mangsa keadaan terutama yang meminati kpop. Harus diingat, tidak semua bersikap sedemikian, malah kalau nak dikatakan soal keterlaluan, apa yang diperkatakan oleh Bakar tadi, lebih merisaukan sebenarnya bila sesama Melayu dan Islam, walaupun tanpa ikatan yang sah, tidak segan silu untuk berkelakuan seperti mereka yang sudah berkahwin dikhalayak.

Namun, disebabkan sentimen anti-kpop yang sangat kuat di Malaysia, kita terlalu mudah menuding jari menjadikan ini sebagai punca kepada masalah sosial dikalangan remaja. Sememangnya tindakan adik berempat itu salah. Berdosa. Namun, bukan genre kpop itu yang mendatangkan masalah sosial. Ia hanyalah genre muzik yang punya skop yang sangat luas. Kalau nak diikutkan, sebelum industri kpop menerjah masuk ke negara kita pun, dah banyak isu tentang masalah sosial dinegara kita. Sebagai contoh, kes buang bayi yang aku dah dengar since sekolah rendah lagi. Sekarang ni umur pun dah nak masuk 29 tahun sedangkan genre kpop ini baru je popular di Malaysia pada awal 2000-an.

Dihargai sangat nasihat yang diberikan oleh masyarakat untuk adik-adik berkenaan namun tindakan sesetengah pihak yang mencaci menghina, itu bukanlah jalan penyelesaian. Kita nak bagi adik-adik itu sedar bukanlah dengan cara memarahi, memaki hamun dengan perkataan yang tidak enak didengar mahupun diucap. Malah, menyebarkan dan menjadikan viral video dan gambar berkenaan bukanlah juga tindakan bijak. Jangan mengambil kesempatan untuk meraih populariti bagi blog-blog tertentu. Berlumba-lumba untuk raih pageview yang tinggi. Ibarat menangguk di air yang keruh. Cukuplah mereka mengaibkan diri mereka sendiri. Janganlah pula kalian yang menambah aib mereka kerana mereka punya ibu bapa yang saya yakin pasti sangat malu dengan tindak tanduk anak-anak mereka, yang menjadi mangsa keadaan.

Menasihati bukan dengan cacian. Nasihatlah dengan hikmah. Gunakan ayat-ayat yang dapat menarik dan memujuk mereka untuk sedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Berpesanlah dengan kebaikan. Kalau kamu mencaci dan menghina, bukankah kamu itu sama saja seperti mereka. Bahasa melambang peribadi. Apa yang kita tulis, apa yang kita ucap itulah menunjukkan peribadi kita macam mana. Bagaimana kita hendak sedarkan orang andai kita sendiri tak mampu nak sedarkan diri yang juga banyak cacat celanya.

Jangan ada yang salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Tidak langsung menyokong dengan tindakan gadis2 tersebut malah amat kecewa kerana mereka masih terlalu muda saya percaya mereka masih lagi belajar samaada di kolej atau pun universiti. Cuma berharap masyarakat kita berhenti daripada menuding jari dan menyalahkan kesemua yang meminati kpop. Ini soal attitude. Soal pegangan diri kepada norma-norma hidup masyarakat melayu.

Kita doakan agar adik-adik ini sedar akan kesalahan diri mereka. Kalau nak menghukum, adalah elok jika ibu bapa mereka yang ambil tindakan tersebut. Dalam setiap dosa yang mereka lakukan, barangkali ada tersilap dalam ibu bapa mendidik. Kita yang mengetahui kisah ini, jadikan iktibar dan pengajaran terutama buat adik-adik remaja yang sangat menggilai muzik.

Buat penganjur program, mohon supaya elakkan sebarang permainan yang mempunyai banyak skinship. Ada banyak lagi game yang boleh dibuat. Tidak semestinya kena beri pelukan dan ciuman. Jangan semudahnya membiarkan gadis-gadis ini waima yang tidak bertudung sekalipun menjual maruah dengan mudahnya. Jangan terlalu mengikut budaya masyarakat barat yang memang tidak punya tatasusila. Jadikan ini sebagai pengajaran berguna untuk program yang akan datang. Bukan sahaja kpop event malah event apa sekali pun. Pekalah dengan sensitiviti masyarakat di Malaysia kalau pun matlamat penganjuran adalah mengaut keuntungan.

Kebiasaanya event organizer pasti akan ada beri garis panduan dan mengikut pengalaman saya yang dah beberapa kali menonton konsert Super Junior, mereka (SJ) sendiri peka dan faham dengan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia. Justeru, dalam setiap konsert, tidak akan ada adegan buka baju, peluk-peluk peminat terutama yang bertudung, malah tidak pernah peminat bertudung dipanggil naik ke pentas dalam fanmeeting Super Junior M.

Kepada adik-adik yang terlibat, sedarlah, berubahlah. Masih belum terlambat untuk bangkit dari mimpi kamu. Minat macam mana sekalipun, jangan sampai gadaikan maruah. Jaga kehormatan diri kamu yang masih muda. Diri kamu sangat berharga dan bukan sewenang-wenangnya untuk menjadi sentuhan lelaki yang bukan muhrim kamu. Ingatlah kepada ibu bapa, guru-guru yang telah berikan didikan ilmu agama yang sempurna untukmu. Minat biarlah berpada dan bertempat. Perbaiki kesilapan yang telah kamu lakukan. Moga ini menjadi pengajaran paling berharga buat diri kamu. Paling penting, ingat kita ini hidup bertuhan bukan hidup tiada pedoman.

Maafkan saya andai ada yang tersinggung dengan penulisan ini. Sekadar berkongsi pendapat dari akal yang masih cetek. Saya juga salah seorang yang meminati muzik kpop ini walaupun sekadar sebuah kumpulan saja. Kita sama-sama ambil iktibar dan jadikan kejadian ini sebagai pengajaran dan peringatan bersama.

Wallahualam...

*Agak keberatan nak publish sebenarnya. Jujur cakap, ini hanyalah pandangan peribadi saya sendiri.

10 comments:

  1. mmm tulah, sesak nafas jugak menengoknya Ainim, semoga kita semua memainkan peranan sebagai ibu bapa dan juga ahli masyarakat...

    ReplyDelete
  2. tu lah,, sepatut nya drama melayu tu tak yah nak berpelok sangat la kan.. seksi pakai kalah org putih tu pakat tengok ja xkata apa . bila timbul benda macam ni semua pakat memaki hamun... macam anim kata la mmg kita tak sokong tindakan budak2 tu kan tapi masalah nya bnda macam ni kat Malaysia bukan nya sesuatu yg asing sgt pon ... tapi bila melibatkan perempuan bertudung memang isu jadi besar la sedangkan perempuan bertudung dengan tak bertudung kedua-dua nya agama islam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macam mana..itulah hakikatnya masyarakat melayu kita

      Delete
  3. betul..baca kat facebbok sampai tak de langsung kata2 yang elok.banyak yang menhina dan memandang rendah pada orang je..sedih betul..rasa kecewa sanagt dengan komen2 yang menghina tu...nasihat baik2 tak boleh ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak nak baca pun komen2 kat facebook sebab dah tahu pastinya hanya caci hamun je

      Delete
  4. Biasalah dik..manusia pelbagai cara untuk meraih publisti muraham sebegitu..cik.m akak ada gak up entri..tapi tak de.lah nak mengutuk.bagai..sebab cik akak tahu..mereka terleka sebab obses dan terlampau minat..

    ReplyDelete
  5. kita mendoakan yang baik-baik saja untuk mereka...

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads