Wednesday, January 14, 2015

Ephyra Skin Bar - Membantu Atasi Masalah Kulit Muka

Assalamualaikum...

Masih ingat pada entri Ephyra Skin Bar yang aku menang tahun lepas? Alhamdulillah, dapat mencuba skin bar yang menjadi sebutan ramai tu. Walaupun belum dijual secara rasmi, dah ramai juga yang menjadi testimoni. Aku pun terpilih juga.
Aku mula gunakan Ephyra Skin Bar ini pada 24 Disember 2014 yang lepas. Buat pengetahuan, aku terlambat mencuba Ephyra Skin Bar ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka, Ephyra Skin Bar aku masih lagi ada. Oh ya, aku belah tiga skin bar tu sebab senang nak guna. Bahagian yang masih belum guna aku simpan dalam peti ais.

Aku ini hadapi masalah;
-Jerawat yang agak teruk sebenarnya cuma tak jelas sebab jerawat bukan jenis yang nampak nanah. Jerawat aku jenis yang timbul tapi kemerahan. Susah juga sebenarnya sebab kemerahan tu agak susah nak sembunyikan. 

-Kulit muka berminyak. Selain daripada jerawat, muka aku juga agak berminyak. Pencuci muka yang aku gunakan sebelum ni mungkin juga tak berapa sesuai dengan aku agaknya. 

-Pori besar. Masalah paling besar aku ialah pori yang sangat besar, kesan jerawat yang zaman remaja dulu. Maklumlah, gatal tangan..nampak jerawat, tak sempat tunggu jerawat tu masak aku dah picit. Haa..kan dah jadi besar liang roma tu. 

Ada juga masalah-masalah lain yang susah nak describe.

Nak tahu apa kelebihan Ephyra Skin Bar ni tak? Ni adalah apa yang seperti diwar-warkan oleh Pihak Ephyra. Sama ada ia berkesan pada aku atau tidak, jom baca kat bawah ni.

First time aku guna Ephyra Skin Bar ni, yang paling aku suka ialah baunya yang tidak terlalu wangi dan bau dia just nice. Aku ni kan alah dengan wangian. Jadi, selesa untuk aku. Warna sabun ni cantik, warna kegemaran aku, biru. Hahaha.

Walaupun aku telah potong skin bar ini kepada 3 bahagian kecil, tak jadi masalah bila nak guna kerana jumlah buih yang dihasilkan cukup untuk membersihkan bahagian muka. Take note, aku hanya guna untuk muka sahaja ya. Walau bagaimanapun, Ephyra Skin Bar ini sesuai untuk kegunaan seluruh badan juga. Aku cuci muka selamat 3 minit untuk membenarkan khasiat Ephyra menjalankan tugasnya. Gitu. Setelah dibilas, percaya tak kalau aku cakap muka terasa sangat lembut. 

Perubahan yang serta merta aku rasakan ialah dari segi kelembapan kulit muka. Tak terlalu berminyak, bermaksud, kekal segar dan menyebabkan kulit tak nampak berminyak untuk jangka masa yang panjang. Kalau pegang kulit muka pun tak risau terasa seperti berminyak. Memang kekal segar je rasanya.

Bagi masalah jerawat aku ni, ianya mungkin ambil masa yang agak lama sedikit untuk pulih. Ye la, setiap orang tu kan berbeza jenis kulit dan juga masalah. Lagipun, aku sendiri mencuba Ephyra tidak sampai sebulan, malah terpaksa skip seminggu dalam tempoh percubaan tu juga atas sebab yang memang tidak dapat dielakkan. Jadi, mungkin sebab itu masalah jerawat masih belum nampak kesan yang seperti aku inginkan. Bukanlah takde kesan langsung ya, cuma progress masih berjalan kot. Apa yang pasti, jerawat yang besar dah terasa mengecil. 

Apa yang paaaalinnnggg paling aku suka tentang Ephyra Skin Bar ini ialah, ia membantu mengecilkan sedikit pori aku yang besar macam kawah ni. Ya ampun, itu yang paling tak dapat nak sembunyi even pakai foundation what so ever bagai. Pakai yang mahal sekalipun, pori tetap nampak. Paling ketara adalah tang pipi dan juga hidung. Adeh, kalau ambil gambar tu jelas sangatlah.

Alhamdulillah, walaupun aku hanya menggunakan Ephyra Skin Bar ini dalam tempoh 2 minggu, aku puas hati sebab tetap berjaya nampak kesannya. Walaupun mungkin tak sehebat mereka yang lain, tapi aku masih puas hati. Ya la, nak compare 2 minggu dengan sebulan, mana bolehkan? Masalah lain seperti lebam bawah mata pun nampak ada sikit kuranglah. Hehehe

Apa pun, terima kasih kepada pihak Ephyra yang memberi peluang kepada aku untuk mencuba Ephyra Skin Bar melalui giveaway yang kak Mia Liana anjurkan. Alhamdulillah..inilah namanya rezeki.
 


Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

11 comments:

  1. Ada peeubahan, kesan jerawat kelihatan hilang sedikit.ephyra memg trbaik kan ainim

    ReplyDelete
  2. Hi hi hi☺!! Goodluck hehe. Menjadi kan Ephyra?
    Alhamdulillah kan hiks.
    Qila pun singgah dari GA sama jugak weeee! GOODLUCK to both of us~

    ReplyDelete
  3. nampak perubahan :-)
    singgah sini, dari GA yang sama, good luck!
    http://www.haneeza.com/2015/01/ephyra-skin-bar-rahsia-jelita.html

    ReplyDelete
  4. Salam... Terima kasih sudi hantar entri review ini sebelum 11.59 malam 14 Januari 2015 di

    http://www.mialiana.com/2014/12/giveaway-ephyra-skin-bar-review-ephyra.html.

    Keputusan akan diumumkan pada 20 Januari 2015.

    Gud luck (^_^)

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  5. Ramai juga yang pakai ni sekarang ni

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ainim...semakin berseri n gud luck...;)

    ReplyDelete
  7. WAHHHHHHHHH !!! 😱😱😱

    makin cantik lah lepas nie,😆😆😆

    http://www.azneyshamsuddin.com/2015/01/official-facebook-httpswww.html

    ReplyDelete
  8. senyum sampai ke telinga lepas pakai ephyra..
    hehhe.
    nmpk yakin :)

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads