Wednesday, January 07, 2015

Bersangka Baiklah

Assalamualaikum...
Selamat tengah hari. Dah makan tengah hari ke? Makan apa tu? Banyak soalan ye... Jom sembang sikit.

Tajuk tu sebenarnya menarik perhatian aku. Aku rasa aku pernah cakap pasal bersangka baiklah. Tapi kali ini aku nak cakap juga lagi sekali. Bukanlah luahan hati pun, tetapi sekadar berkongsi pendapat.

Pernah atau tidak, apabila korang cuba memberi pendapat atau berkongsi sesuatu yang bermanfaat, tetapi akhirnya dipertikaikan oleh orang lain? Atau korang lakukan sesuatu perkara yang sebenarnya untuk kebaikan tetapi dipandang serong oleh orang lain. Atau mungkin korang sendiri pernah melakukan perkara yang sama. Jujur cakap, aku sendiri pernah begitu..Alhamdulillah, sekarang masih dalam usaha untuk sentiasa bersangka baik...

Cuma apa yang aku ingin pesan disini, sekiranya kita nampak effort seseorang untuk melakukan kebaikan, seeloknya janganlah dipandang serong. Sekiranya kita nampak akan kelemahan atau kekurangan seseorang, seeloknya janganlah dipandang hina. Sekiranya kita tidak selesa dengan sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh orang lain, seeloknya janganlah kita terlalu cepat menghakimi. 

Bersangka baiklah dengan setiap sesuatu perkara. Kita sendiri diajar untuk sentiasa berfikiran positif. Berfikiran positif samalah juga dengan bersangka baik. Sebagai contoh, musibah banjir yang berlaku baru-baru ini, anggaplah ini sebagai ujian Tuhan kerana menyayangi kita. Tuhan takkan menguji andai Dia tidak menyayangi. Sesungguhnya, dalam setiap kesulitan pasti ada jalan kesenangan. Pasti ada hikmah yang Allah hendak beri kepada kita. Ya, bercakap memang mudah bagi yang tidak merasai ujian itu. Tetapi aku amat percaya, kalau kita benar-benar percaya kepada Qada dan Qadar Allah, kita pasti dapat harungi ujian getir ini.

Apabila kita melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandangan positif, Insha Allah perkara yang baik juga akan kita dapat. Kalau kita memandang hanya daripada sudut negatif, susah sebenarnya untuk kita melihat kebaikan yang ada. Bila hanya nampak yang negatif, secara tidak langsung kita mendidik diri menjadi seorang yang negatif. Itu sebenarnya tidak elok untuk diri kita.

Kalau kita tidak mampu untuk melihat kebaikan dalam sesuatu perkara, kita tanya semula pada diri kita. Apakah yang sebenarnya ada dalam kotak fikiran kita. Janganlah terlalu cepat menilai kebaikan yang orang lain lakukan. Paling tepat, jangan menilai dengan keburukan. Setiap orang pasti ada cara dan gaya yang tersendiri. Sedang kita juga belum tentu sempurna bukan? Setiap manusia itu pasti ada kelemahan bukan? Paling penting, janganlah sehingga mendatangkan aib kepada seseorang. Takut-takut, aib kita juga terbuka nanti...kelak kita juga yang rugi.

Maaflah di atas penulisan yang sangat kurang ini. Tiada niat untuk mempersenda mahupun mencela sesiapa. Sekadar berkongsi pendapat daripada pemikiran yang masih cetek ini.
Kalau tidak mampu untuk melihat kebaikan dalam sesuatu perkara, seeloknya berdiamlah. Seandainya ingin menasihati, gunakanlah ayat-ayat hikmah. Andai masih tidak mampu, maka bersangka baiklah.
 Wallahualam...

7 comments:

  1. itu yg sy bt skang ni.. diam.. tapi itu pun kdg dijadikan bahan mainan dan lawak oleh org lain.. sedih sgt.. huhu

    ReplyDelete
  2. sangka baik ni wajib. Tapi kadang-kadang bila kita buat entry dengan niat yang baik, ada pulak yang saja nak berprasangka. Terutama entry jenis islamik. Huhu...

    ReplyDelete
  3. biarlah orang nak kata apa.. kita pkirkan yang positiv aje..

    tak lunch pun lagi T.T

    ReplyDelete
  4. Asalam ainim..dah baru je mkn nasi hhe..x salah kita lihat pndpt org lain pain kan.x perlu la nak pndang serong taw brsngka buruk

    ReplyDelete
  5. bersangka baik adalah yg paling terbaik utk diamalkan. Sy pun malass sgt2x nk fikir ap org cakap. Yg penting, sy tahu niat dan keikhlasan sy time tu.

    (http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/01/food-review-nandos-berjaya-times-square.html)

    ReplyDelete
  6. tepat betul statement tu Ainim...setuju sangat!

    ReplyDelete

My friend say: