Monday, August 31, 2015

Ada Yang Rindu Kita Ke?

Assalamualaikum....

Masih ingatkah pada diri ini? Ainimsuju ini?

Ya ampun, lama gila tak bersiaran diblog ini. Maafkan kita ya. Kesibukan membantu mengendalikan Program Kerjasama Teknikal Malaysia telah mengganggu hasrat nak blogging plus laptop ini pun dah bagi signal suruh beli yang baru. Makanya, lagilah terbantut hasrat nak blogging as usual.

Well, TCTP dah pun berakhir jumaat lepas tapi kerja-kerja final sebelum participants balik ke negara masing-masing hanya selesai pada sabtu malam. Alhamdulillah...lega sangat.

Dapat membebel kejap dalam blog ini bagi melepaskan rindu pun dah rasa seronok. Maklumlah, kitakan suka membebel. Taaaapppiii....kerja-kerja hakiki yang tertangguh kat atas meja ofis tu dah melambak. Makanya kesibukan tu tetap bekerja itu akan tetap kekal seperti biasa. 

So...kalau aku masih on and off tu, ampun je la ya. Lagipun laptop kat rumah ni kadang sihat kadang tidak. Baiklah, kita stop dulu kat sini..nanti kita jumpa lagi ya...Wallahualam
Read more ...

Tuesday, June 30, 2015

Vendeur Festival 5.0 Kembali Lagi!!!

Assalamualaikum...

Vendeur Festival 5.0 kembali lagi oiiii!!
Kalau korang pembaca tegar blog ini, korang mesti tahu yang aku ni memang peminat Vendeur Festival. Bermula daripada siri pertama di Stadium Melawati Shah Alam, sehinggalah dorang buat kat Menara MATRADE dan dah nak masuk siri kelima dah, aku tak pernah missed kecuali masa dorang buat kat Johor. Haruslah tak pergi kan, jauh benor.

Wah wah wah...mentang-mentang dekat nak raya dah, makanya pihak VF kembali nak menggegarkan Kuala Lumpur dengan kemeriahan hari raya yang bakal menjelang. Wei, siapa tak suka, brand ternama dan banyak diskaun menarik kot. 
Ada ke tidak yang plan nak pergi nanti? Aku? Insha Allah, sebab kan dah kata memang peminat Vendeur Festival, harus juga aku pergi. Gitu, gigih sangat bila masuk bab shopping. Eh, sekali sekala je kita shopping tau. Lagipun, venue dia memang tempat kerja aku. Lagilah senang nak pergi. Hahahaha

Sebenarnya persiapan raya aku dah 90% siap. Ala, simple je tahun ni, asalkan ada sehelai baju kurung baru cukuplah. Dah dewasa ni, takdenya aku nak beria sangat sampai baju berpasang-pasang. Cumanya, keterujaan nak ke VF sebabnya bolehlah mencari apa-apa keperluan yang masih belum lengkap. Lagipun, elok buat persiapan awal. Nanti dah nak dekat raya, takdelah kelam kabut. Maklumlah, lagi dekat nak raya, lagi ramailah manusia yang keluar shopping. I say NO untuk ke tempat yang terlalu sesak dengan orang ramai. 
Macam VF, tempatnya selesa, parking pun senang, tempat nak solat pun ada, nak berbuka pun senang. Dengar kata, ada 5 food truck yang bakal disediakan. Maybe cafe kat menara ni pun akan buka juga nanti untuk jual makanan berbuka. Oh ya, Coop MATRADE pun akan dibuka. So, memang senanglah kata orang. Dari segi pengangkutan pun senang juga kalau yang takde transport sendiri tu. Naik je bas RapidKL U618. Tak pun, naik teksi dari KTM Putra ke, LRT PWTC ke.
Tips yang aku nak bagi, make sure korang dah withdraw duit siap2 kat luar ya. Bawa cash money yang mencukupi sebab mungkin line internet akan crash bila dah ramai sangat orang. Kot-kot para vendor tak sediakan kemudahan pembayaran menggunakan kad kredit atau online transfer. Haa..kang nak beli belah tak dapat sebab tak cukup duit. Kalau boleh, parents janganlah bawa stroller yang besar gedabak tu, kesian para pengunjung lain terpaksa bersaing untuk lalu. Kalau ada anak kecil, better pastikan keselamatan anak ya. Jangan lepaskan tangan dorang. Maklumlah dah ramai sangat orang, sibuk sangat shopping, boleh menyebabkan kejadian yang tak diingini berlaku. Pastikan barangan peribadi korang sentiasa terjaga ya.

Dah dah..banyak benor aku borak kat sini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh je pergi ke Instagram rasmi Vendeur Festival .

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, June 24, 2015

Lagi CPUV Daripada Nuffnang

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, bulan Jun ni meriah dengan CPUV Nuffnang. Nampaknya ada 4 iklan masuk lagi untuk 3 hari berturut-turut. Syukur. Adalah boleh tambah earnings.

Ada yang dapat sama macam aku? Tahniah korang.

Okay...till we meet again

Read more ...

Belum Gaji Dah Shopping?

Assalamualaikum...
Apakah maksud tajuk di atas? Beria benor rupanya. Perempuan dan shopping memang  berpisah tiada tapi jangan tak tahu, lelaki pun tak kurang hebat tau. 

Kisahnya, Lazada sekarang ni sedang buat sale Riang Ria Raya 2015. Aku check emel tadi, dan klik link untuk tengok promosi yang menarik katanya tu. Memang menarik kekdahnya. Maklumlah, promosi rayalah katakan. Haruslah menarik. Bukan aku sorang je yang menjengah ke Lazada tapi ofismate aku si Ridzu pun sama juga. 

Aku dah siap usha beberapa home appliance yang menarik dihati dan aku memang nak beli sebagai persediaan untuk buat kuih raya. Maka, aku pun siap masukkan dalam wishlist. Setel, aku pergi tempat Ridzu, haa..rupanya beliau pun sama juga macam aku. Apa lagi, dah ada geng ni. Panggil pula Kak Ida, Kak Ina dan Abang Azham. Wah...memasing pakat dok tengok apa yang boleh dibeli.Al-maklumlah barang yang nak dibeli pun murah juga sebenarnya lepas promosi.

Masalahnya, hari ni kan baru 24 hari bulan. Gaji esok ya kengkawan sekalian (penjawat awam). Haa..macam mana tu? Haa..takde la risau sangat sebab Lazada kan boleh cash on delivery. Jadi, takde la pening. So, dah siap order cuma tunggu barang sampai dan bayar. Gitu.

Barang yang kitorang beli tu takdelah mahal mana pun, cukup untuk keperluan masing-masing je. Paling penting beli barang yang memang hendak guna. Jadi, takde la pembaziran bila barang dah sampai nanti. Tak gitu...makanya, kalau korang nak beli barang dengan harga yang berpatutan, bolehlah ke Riang Raya Raya 2015 Lazada ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, June 23, 2015

Misi: Say No To Bazar Ramadan

Assalamualaikum...
source: Google
Bersiar dilewat petang hari ini. Pagi tadi dah macam apa je aku. Memang dah panas-panas badan macam nak demam tu. Cukup dengan selesema, sakit kepala bagai. Now, Alhamdulillah dah okay sikit.

Alhamdulillah, sekarang sudah 6 hari kita berpuasa. Insha Allah, semoga dapat menyempurnakan puasa dengan baik. OH ya...lama juga aku tak membebel dalam blog ini kan. Rindu wei..dengan keadaan laptop kat rumah yang memang tak mengizinkan aku untuk blogging, maka aku terpaksalah gunakan sedikit masa terluang yang ada dipejabat. Kalau adalah..selalunya takde..hahahah

Tahun ini dah jadi tahun ke berapa sebenarnya untuk meneruskan misi untuk tidak ke Bazar Ramadan. Kenapa? Eleh..bukan aku masak sangat pun sebenarnya. Bukan nak kata makanan kat bazar tu tak sedap ke, mahal ke, tak berkhasiat ke apa...tetapi sebagai langkah untuk berjimat je kekdahnya. Ye la, kita ni kan manusia biasa, ada nafsu rakus. Kalau dah bazar tu, memang takde maknanyalah nak beli sedikitkan. 

Confirm kalau ke bazar mesti ada je yang nampak best kat mata. Syukur Alhamdulillah, aku ni spesies manusia yang memang tak suka pergi pasar malam ke, bazar ramadan ke atau yang sewaktu dengannya. Aku ni jenis kalau pergi bazar pun belum tentu ada yang menarik dimata aku dan selalunya aku boleh balik dengan satu jenis makanan je. Kadang tu tangan kosong je sebab semua aku nampak tak menarik kat mata aku. Punyalah cerewet punya manusia aku ni. Tambah aku alah sikit dengan asap bagai, senang lemas. Lagilah aku elak pergi.

Makanya, terjadilah misi "Say No To Bazaar Ramadan". Sebenarnya bagus juga bila tak pergi bazar ramadan ni. Paling best jimat duit. Kategori macam aku yang tinggal dengan keluarga ini, makanya aku makan masakan dirumah je. Lagipun bulan Ramadan ni takdelah nafsu makan tu membuak-buak. Cukuplah sekadar tak lapar sangat dan ada tenaga nak lakukan ibadah dimalam hari kan.

Oh ya..jangan cakap aku nak hasut korang jangan pergi bazaar ramadan tau. Aku cuma cerita misi aku je...tapi kalau korang pun sama macam aku, target nak berjimat dibulan ramadan, kiranya kita ni sekapallah...hahaha..okay..take 5 dah selesai. Mari tengok balik apa kerja yang tak siap lagi..kot2 ada.

Okay...till we meet again

Read more ...

Monday, June 22, 2015

CPUV Nuffnang...Thank you

Assalamualaikum....

Rupanya Nuffnang masih lagi baik hati dengan aku. Dalam aku ni tak aktif blogging lately, tetap rajin Nuffnang bagi CPUV untuk blog ini. Tak pernah jemu pulak tu. Bila tengok list CPUV, banyak juga tapi yang aku nak ini yang masih On Going statusnya.

Terima kasih bebanyak Nuffnang sebab sudi pandang blog kecil ini. Nanti kita aktif balik ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-5 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Syukur Alhamdulillah...semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk berpuasa pada Ramadan kali ini, Insha Allah.

Haaa..dah tau kan yang kawan baik kita, Cik Sally Samsaiman buat giveaway Raya. Dah join ke tidak ini? Kalau belum join, meh join meh. Aku salah seorang yang menaja hadiah. Apakah ia? Haaaa..ada duit raya dan juga kad raya. Manalah tahu kalau ada penambahan hadiah, lagi banyaklah peluang untuk menang. 

Kalau sesiapa yang belum join tu, silalah join ya...klik je banner di bawah ini ya.

Cepat-cepat...jangan lepaskan peluang baik ini..

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, June 16, 2015

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog ini. Semenjak dah tak active dengan Facebook, blogging pun kelaut. Lately ni banyak spend masa untuk diri sendiri je. Hehehe..maaf ya kengkawan.

Sempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini. Dah ready nak berpuasa ke? Puasa dah habis ganti? Make sure habis ye. 

Semoga dengan kedatangan bulan Ramadan ini memberi satu lagi sinar baru dalam kehidupan kita dan terus istiqomah dalam menjalan ibadah puasa. Ada apa-apa plan untuk bulan puasa ni ke? Harapnya semua berjalan dengan lancar ya. Insha Allah..

Wallahualam...a
Read more ...

Monday, June 01, 2015

Hello June!! My Favourite Month!!

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Sihatkah? Wah...pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan tahun 2015. Hari ini 1 Jun 2015. Tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi kita semua akan menyambut dan berpuasa di bulan Ramadhan. Dah ready? Dah selesai ganti puasa? Kalau belum, sempat lagi ni nak habiskan ganti puasa.

Oh ya, kenapa beria sangat aku dengan bulan Jun ni ek? Hmm..sebenarnya bulan Jun ni sentiasa jadi bulan kegemaran aku dan family. Know why? Hahahaha..adalah...

Aku harap bulan akan berjalan dengan lancar atas izin Allah. Semoga sempat dan dapatlah melaksanakan ibadah puasa tak lama lagi. weee..excited dan tak sabar. Semoga Allah panjangkan umur aku untuk bertemu sekali lagi bulan Ramadhan.

Korang macam mana? Bulan kegemaran korang bulan berapa?
Read more ...

Friday, May 22, 2015

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..apa nak bebel pepagi ni ye? Takde idea sebenarnya ni.
Memandangkan aku sendiri takde idea nak bercerita apa, kita baca yang ni je la ya..at least ada pengajaran sikit.

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, May 21, 2015

Manusia Menuju Ke Zaman Jahiliah Kembali?

Assalamualaikum...

Selamat pagi...pepagi ni tak nak cakap banyak. Cuma ada satu persoalan yang aku nak tanya dan minta pendapat korang.


Kalau korang perhatikan kes penderaan, buang bayi, kes pembunuhan, kes samun, pecah masuk rumah dan yang sewaktu dengannya semakin menjadi-jadi sekarang ni. Semakin kita menuju ke Wawasan 2020, semakin meningkat kes-kes begini. Bukankah bila zaman semakin maju, manusia juga perlu maju seiring dengan kemajuan itu?

TAPI....Adakah sebenarnya, semakin kita menuju kemajuan, semakin hilang ketamadunan manusia? Semakin kita mengejar teknologi baru, kita sebenarnya menuju kembali ke zaman jahiliah?

Aku tinggalkan dahulu korang rakan pembaca sekalian dengan persoalan yang aku belum temui jawapan. 

Wallahualam...
Read more ...

Wednesday, May 20, 2015

Wordless Wednesday [20.05.2015]

Assalamualaikum...



A Korean anti-child abuse PSA "Child abuse: YOU can prevent it"

Kreatifkan kempen anti penderaan kanak-kanak macam ni?

Okay..till we meet again
Read more ...

Wednesday, May 13, 2015

Wordless Wednesday #2 [13.05.2015]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini.

Everyone has several people living inside them. There's the me who wants to die and the me who wants to live. I live everyday fighting with the me who wants to give up, and the me who wants to at least grab at straws.
One of my favourite scene in Kill Me Heal Me

Okay...till we meet again...

*bunyi ayat tu macam pelik tapi cuba fahami maksud dia
Read more ...

Wordless Wednesday [13.05.2015]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday untuk hari ini...
Terima kasih Nuffnang...

Okay..till we meet again

Read more ...

Monday, May 11, 2015

9to5 Run.. Lari Dalam Hujan

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...selamat hari Isnin. Alhamdulillah..hari ni rasa segar sikit. Maklumlah, lepas larian 9to5 Sabtu lepas, terus badan ni rasa nak demam..
Macam yang aku cerita dalam entri INI, aku dah prepare awal-awal diri ini untuk berlari semula. Maklumlah, kaki aku kan masih belum betul-betul okay. Kesan jatuh bukit tahun lepas masih lagi belum sembuh. So, early preparation adalah bagus supaya aku dapat lari tanpa rasai kesakitan. Paling penting, Allah permudahkan segala urusan aku.

Alhamdulillah, sempurna juga acara larian pertama aku untuk tahun ini. Nak jadi cerita, pagi tu hujan turun beberapa minit sebelum larian bermula tapi acara larian tak ditangguhkan pun. Bila kami dilepaskan untuk berlari, hujan macam berhenti. TAPI..aku rasa dalam 1km lepas tu, hujan turun dengan lebatnya. Mak aii..takkan nak berhentikan? Aku cakap pada diri aku, mesti boleh teruskan larian. So, dengan gigihnya aku teruskan berlari sebab target aku nak setelkan larian tu walaupun dalam keadaan hujan. Hahahaha

Seronok juga rupanya berlari dalam hujan. Sesekali buat perangai macam tu kan. Basah kuyup tu takyah cakaplah. Peserta lain ada je yang berteduh bawah bus stop tapi aku tak nak sebab ramai sangat orang. Alhamdulillah..dalam beberapa kilometer lepas tu, hujan pun reda. 
Secara totalnya, aku rasa jarak larian tu bukannya 5km pun, sebab aku tengok rekod yang aku set melalui S Health app ni, sebenarnya jarak larian tu adalah dalam 8km. Hmm..ke sebab aku confuse route larian sebenar ek? Hahaha...tapi aku memang rasa macam jauh je berlari. Kalau 5km takdelah lama sangat lari sebenarnya. Hahahah.
Apa pun, larian kali ini memang best sebab aku langsung takde stop berlari kecuali dalam 1km sebelum sampai ke penamat, aku ada berjalan dalam 100 meter sebab aku confuse mana route nak habiskan larian. Bila dah nampak je route sebenar, aku terus lari semula. Alhamdulillah, puas hati sebab tiada masalah kali ini yang aku hadapi. Persiapan awal yang aku buat pun nampakkan hasil. 

Sebenarnya ada cerita kenapa aku boleh lari dan semangat balik nak lari..tapi itu kalau ada keperluan baru aku cerita ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, May 08, 2015

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...oh, pepagi dah kena serang sakit kepala..macam migraine but just mild. So..nak lelapkan  mata ni sekejap. Pukul 9am ada program nak kena assist. Tapi..sebelum tu, nak belanja korang satu gambar pemandangan pagi di Putrajaya. Enjoy the picture
Okay...till we meet again.

Read more ...

Thursday, May 07, 2015

You Have Notifications Pending

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..fuhh..baru habis kursus dua hari. Jenuh nak hadam topik. Nasib speaker best..kalau tak mau mengantuk tahap gaban aku.

Sebenarnya pagi tadi aku dah draft satu entri but end up aku save je entri tu sebagai catatan sendiri. So..petang ni aku share cerita simple je la. Sebenarnya dah beberapa minggu aku tak online Facebook. Atas alasan peribadi, aku berhajat nak deactivate Facebook account, tapi batalkan hasrat sebab ada contact penting yang aku tak nak hilang kat situ. Ye la, ada kawan dari luar negara yang aku memang contact through FB je.

So..tadi check emel kejap..eh, ada banyak pula notifications email daripada Facebook. Ada friend request dan notifications. Hmm...nak buat macam mana...tuan blog memang berhajat nak cuti daripada FB. So...biar je la ya.
Just nak inform kengkawan sekalian, kalau tak dapat cari aku kat Facebook, feel free to find me on Twitter or Instagram... @Ainimsuju. Aku masih available kat dua social network ni...kalau tak dapat cari juga, maaflah ya. Kalau ada yang minta tolong like apa2 gambar kat Facebook tu, aku minta maaf awal2 kat korang ya, tak dapat nak tolong.

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, May 04, 2015

Ready for #9to5 Run

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Sihatkah? Lamanya tak update blog ini. Adakah yang rindukan tuan blog ini? Adakah yang tercari-cari tuan blog ini? Maaflah ya kepada yang sentiasa rajin datang bertandang ke blog ini. Maaf kerana lama menghilang dan lama tak update blog ini.
Sebenarnya tuan blog ini ada je...tapi memang lately ni langsung tak update sebab laptop ada problem. Kat ofis pulak ada hal lain nak kena uruskan selain kena concentrate dengan kerja hakiki semata. Okay..dah dah..jom mulakan cerita.

I am counting days towards the #9to5Run yang akan berlangsung pada 9 Mei 2015 ini. Weee....I am back to run. Hehehe..Alhamdulillah, dah setahun cuti berlari, Alhamdulillah..since keadaan kesihatan ada sedikit peningkatan baik..nampaknya la.. Maka, aku nak mula cuba berlari kembali. 

Buat masa sekarang start back dengan 5km dulu. So, since 2 weeks ago aku dah start jogging balik. Back on track...leganya dapat berlari. Dapat keluarkan peluh itu memang satu kepuasan untuk aku. Alhamdulillah..syukur sangat Allah permudahkan urusan aku. 

So far..persediaan untuk berlari balik ni nampak okay. Harapnya 9 Mei 2015 nanti segalanya berjalan lancar jugalah. Ada sesiapa yang bakal join larian ini juga ke?

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, April 20, 2015

Monday Quotes

Assalamualaikum...

@bestsayings




Monday quotes...ada betulnya jugakan?

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, April 10, 2015

CPUV Nuffnang April 2015

Assalamualaikum...

Sambil-sambil melayan instrumental song...meh sini nak share dengan korang. Alhamdulillah..rezeki dengan Nuffnang masih lagi bertaut. Ewah..ayat. Permulaan bulan April yang baik sebenarnya.
Ada berapa ek campaign kat situ? Bermula 3 April haritu rupanya dah ada campaign baru. Tuan blog je tak sedar sebab tak berapa aktif blogging lately. Apa pun, terima kasih kepada Nuffnang dan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi baca blog ini ya. Walaupun lately ni aku jarang ya amat datang terjah blog. Insha Allah, akan cuba sebaik mungkin untuk bertandang ke blog korang pula ya. Minta maaf banyak-banyak.
 
Okay...till we meet again


Read more ...

Wednesday, April 08, 2015

Wordless Wednesday [08.04.2015]

Assalamualaikum...
Wordless Wednesday untuk hari ini...

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, April 01, 2015

Wordless Wednesday #1 [01.04.2015]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.
Cerita selanjutnya dalam entri lain ya...tunggu.

Okay...till we meet again

Read more ...

Monday, March 30, 2015

Mencari Informasi Program Inisiatif Kerajaan

Assalamualaikum...
Image: Google
Jumpa lagi..memandangkan aku bakal hadapi exam online JPA tak lama lagi, makanya haruslah persiapkan diri dengan segala mak nenek info yang ada. Aku tengok sukatan exam...mak aiii...pening woo. Banyaknya kena tahu. Haa..daripada hasil pembacaan aku, exam online ni bertujuan untuk melihat keupayaan dan kelayakan calon yang bakal dipilih untuk menghadiri temuduga.

Oh ye..ada tiga kategori ujian tau iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Penaksiran Personaliti. Daripada ujian inilah pihak SPA akan dapat menapis dengan telus calon yang benar-benar layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Setiap daripada kategori tu, soalan bukan calang-calang. Kau bayangkan tetibe dia tanya soalan, pasal sukan SEA, angkasawan ke...kalau tak tahu, jenuh juga nak tembak jawapan..HAHAHAHA

Aku selalu dengar orang kata senang nak masuk kerja kerajaan. Kalau aku, jawapannya ialah 'NO'. Siapa kata senang nak masuk kerajaan? Bab ada kabel tu, korang letak tepi..itu mana2 pun sebenarnya berlaku dan aku sendiri memang tak pernah nafikan perkara tu. TAPI, sejak masuk era baru ni, memang susah woo nak masuk kerja kerajaan. Kawan aku yang apply punya lama sampai sekarang tak dapat-dapat. Padahal degree kot. Oleh itu, yang kerja full gov termasuk macam aku yang semi-gov ni, bersyukurlah dan bekerja la elok-elok ya.

Oh ye..back to the exam. Sekarang ni aku masih lagi gigih mencari informasi pasal program-program inisiatif yang kerajaan adakan macam BR1M, 1AZAM, GTP, Produk 1Malaysia tu dan banyak lagilah. Hmm..kalau nak hafal tu, memang takdelah aku nak menghafal...kan. Cukup sekadar cari info untuk dapatkan overview mengenai program-program tu. 

Hmm..sebenarnya daripada hari Sabtu lagi aku dah start mencari info ni. Sampai aku bertapa dalam rumah depan laptop mencari info. Dah macam penulis novel, dok menaip info2 untuk bacaan aku. Harapnya dapatlah cari info tu semua dalam hari ni juga. Aku dah nak start balik asah skill math aku ni...10 tahun kot tinggal sekolah. Entah ingat entah tidak nak mengira ni..hahahaha...

Okay...till we meet again
*Doakan aku dipermudahkan jawab exam yang sahabat-sahabat sekalian.. terima kasih
Read more ...

MIHAS 2015 Kembali Lagi

Assalamualaikum...
MIHAS
Siapa yang tak pernah dengar mengenai The Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), memang aku tak tahu la nak cakap apa. Ini ialah acara tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan diuruskan oleh Shapers Malaysia. Pameran perdagangan mengenai Halal tu. 

MIHAS 2015 akan berlangsung pada 1-4 April 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Selain daripada pameran MIHAS tu sendiri, ada juga World Halal Summit yang akan berlangsung sempena dengan penganjuran MIHAS ni. Oh ye, selain daripada itu, ada juga sesi Buyer-Seller Meeting atau kami panggil IBM (Incoming Buying Mission). 

Buyer - Seller meeting ni pula akan berlangsung esok 30 Mac 2015 bertempat di Menara MATRADE, Kuala Lumpur. Masa inilah buyer (international buyer) akan bertemu dengan seller (Malaysian company) untuk berbincang mengenai produk yang berpotensi untuk dipasarkan diluar negara. Haa..masa inilah peluang untuk Malaysian companies memasarkan produk mereka ke luar negara. 

So, seperti tahun-tahun sebelumnya, aku macam biasalah kena bertugas esok. Ini merupakan tahun kedua aku bertugas kat bahagian kaunter pendaftaran. Alhamdulillah..dah tak kena jadi usherette macam tahun-tahun sebelumnya. Aku ni takleh nak berdiri lama sangat. Cuma tahun ni aku jaga walk-in registration pulak. Haa..macam mana la walk-in tu ek. Selalunya walk-in ni lagi busy. Maklumlah, kena make sure company isi registration form tu dengan betul supaya maklumat mereka ni tak salah masa didaftarkan ke dalam sistem. Hmm..

Harapnya esok takdelah kelam kabut sangat. Risau juga ni. Tapi ada kakak-kakak yang banyak pengalaman nanti, takde la risau sangat kot...harap dapatlah buat dengan baik esok hari. Insha Allah...

Okay...till we meet again
*esok seharian away from workplace...daaaa
Read more ...

Friday, March 27, 2015

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua.




Wallahualam...
Read more ...

Wednesday, March 25, 2015

Wordless Wednesday #1 [25.03.2015]

Assalamualaikum...
Wordless Wednesday #1 untuk hari ini...

Okay...till we meet again



Read more ...

Tuesday, March 24, 2015

CPUV Nuffnang - Second Half of March 2015

Assalamualaikum...
Second half of March - you may find the first half of March here

Thank you Nuffnang.

Okay...till we meet again

Read more ...

Thursday, March 19, 2015

Craving for Ayam Goreng!!!

Assalamualaikum...

Semalam aku tertengok satu gambar kat website mana tah. DAN dengan itulah aku tetibe teringin nak makan ayam goreng tapi bukan ayam goreng KFC ke. Aku cuma nak makan ayam goreng salut tepung biasa tu je. 
image: Google
Aku tak faham kenapa tetibe selera nak makan ayam goreng padahal aku sendiri dah kurang selera makan hendak masuk minggu yang ketiga. Bab hilang selera makan pun aku takde jawapan lagi kenapa. Apa yang pasti aku turun berat beberapa kilo sebab tak ada selera nak makan. Aku sekarang ni makan untuk pastikan perut aku tak lapar sangat. Itu je...janji ada something boleh alas perut. 

Mak pun pelik tengok aku takde rasa nak makan. Cuma, bila aku tengok gambar ayam goreng dan aku tengok dalam drama Kill Me Heal Me, satu personaliti Cha Dohyeon makan ayam goreng, aku jadi lagi teringin nak makan ayam goreng. Uhuk uhuk..mana nak cari ayam goreng sedap tu? 

Dalam kepala aku dah terfikir Kyochon Chicken sebab ayam goreng dia memang sedap. Lagipun dah lama gila aku tak makan ayam Kyochon. Rasanya, itu kot ayam goreng paling sesuai untuk tekak aku terima sekarang ni. TAPI...bila nak perginya? Nak drive ke One Utama, Pavillion tu macam harapan je la...tak rajin dah menempah jem. Uhuk uhuk....
Read more ...

Wednesday, March 18, 2015

Wordless Wednesday #1 [18.03.2015]

Assalamualaikum...
Wordless Wednesday untuk hari ini.
Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.

*Terdengar kat Ikim.FM diradio tadi...

Okay...till we meet again

Read more ...

Tuesday, March 17, 2015

Beli Kain Cotton Dengan Cotton Candy

Assalamualaikum...

Ada sesiapa disini yang merupakan peminat kain cotton? Haa...kembar aku peminat kain cotton. Banyak betul baju kurung dia daripada material cotton. Maklumlah katanya selesa. Ye la, kain cotton ni, kalau kena pada kualiti dan jenisnya memang selesa betul dipakaikan? 

Cotton Candy? Apakah itu? Haa...jangan salah faham. Cotton Candy bukan sejenis gula-gula waima ais kerim juga jauh sekali. Cotton Candy ini sebenarnya kedai online di Facebook. Menjual kain English Cotton gred AAA dan juga heavy premium dull satin. Haa..kain satin memang favourite aku.

Cotton Candy menjual secara borong dan juga runcit. Harga pun berpatutan. Sempat juga usha page mereka ni. Mak aii..comel-comel belaka kain tu. Haih..ini kalau tak kuat iman, confirm aku order. Eh? hahahah. 

Sekarang ni Cotton Candy sedang buka pre-order untuk belian kain. Harga yang ditawarkan pun berpatutan dan istimewa.

Buat korang yang berminat sangat nak order, korang bolehlah membuat pre-order yang telah bermula 13 Mac sehingga 25 Mac 2015 ni. Segala pertanyaan berkaitan kain ke, pembayaran ke boleh je hubungi nombor yang tertera seperti di dalam gambar tu. 

Manalah tahu kalau ada yang nak beli kain buat persediaan untuk kenduri kahwin ke, hari raya ke..dah boleh dah beli ni. Nanti senang, terus tempah kat tailor. Oh ya..kat bawah ni aku share serba sedikit gambar-gambar kain yang dijual. Kalau nak lebih clear dan banyak lagi gambar, boleh je terus ke page Cotton Candy ya.





SO..jangan lupa singgah ke COTTON CANDY ya
 
Okay...till we meet again
Read more ...

Bila Jisung Transform Jadi Perempuan

Assalamualaikum...

Off topic..ini kelainan daripada kebiasaan. First, bagi aku gelak dulu. Second, korang jangan rasa geli pula tengok gambar-gambar yang aku nak share ni. Third, aku share sekadar buat hiburan dan bukan nak aibkan sesiapa ya.

Okay..kalau peminat drama Korea tu, rasanya tahu kot siapa Jisung ni. Aku? Harus tahu sebab aku memang suka lakonan dia. Dari dulu memang suka cuma aku bukan kaki drama, so takdelah kerjanya nak tonton drama je kan. TAPI..kalau drama yang Jisung berlakon ni, aku cubalah juga tonton..hmm..sebab lakonan dia sentiasa berbeza dan image dia akan berubah ikut drama tu. 

Dalam drama terbaru lakonan Jisung yang baru je berakhir minggu lepas, iaitu Kill Me Heal Me, Jisung melakonkan watak sebagai pesakit DID, Dissociative Identity Disorder atau lebih dikenali sebagai Multiple Personality Disorder. Banyak punca boleh sebabkan sakit DID ni. Cuma dalam drama ni, Jisung (Cha Do Hyeon) mempunyai kisah silam yang menyedihkan yang menyebabkan dia mendapat sakit ni.

Cha Do Hyeon ni mempunyai 6 personaliti lain dalam dirinya iaitu Shin Segi, Perry Park, Ahn Yosub, Ahn Yona, Nana & Mr. X. Dimana setiap daripada personaliti ini terbina melalui pengalaman, ingatan dan situasi yang terpaksa dihadapi oleh Cha Dohyeon ni. Paling menyerlah antaranya watak Ahn Yona, iaitu gadis berumur 17 tahun yang kerjanya jadi sasaeng (stalk idol), pastu sangatlah gedik dan sukakan lelaki handsome. 

Pada aku, untuk melihat Jisung transform into a girl bukan perkara senang tambahan dia berlakon selalu watak serious tak pun lawan-lawan. Tambahan dengan status dia sebagai suami, bakal bapa yang berusia 38 tahun tu, aku takleh nak imagine pada awalnya. TAPI..bila dia dah transform menjadi Ahn Yona, kagum juga aku. Nak tengok rupa dia? Jom layan sikit gambar-gambar kat bawah ni..








Oppss...jangan geli ya. Ini bukan dia yang sebenar pun. Sekadar lakonan je. Nama pun pelakonkan? Bila harus bawa karakter begitu, dia kenalah bawa dengan sebaik yang mungkin. Jujur aku tak rasa geli tengok dia jadi perempuan tapi aku rasa sangatlah kelakar sebab watak Ahn Yona ni memang menceriakan lagi drama ni.
Okay..ini gambar sebenar Jisung. Haa...takdelah jambu mana pun muka dia. Cuma teknik makeup tu berjaya merubah sedikit muka dia jadi perempuan. Gitu teknik makeup orang korea ya. Macam aku cakap kat atas tadi, aku sekadar nak share je. Takde niat lain..so, meh aku belanja sekeping lagi gambar daddy-to-be ni..hehehe. Agak2 berapa markah nak bagi kat Jisung sebagai Ahn Yona? Hahahahaha
Okay...till we meet again.

Read more ...

Nuff Ads