Friday, November 28, 2014

7 Step of Happiness

Assalamualaikum...

Selamat pagi...
Jom semak 7 step of happiness. Semoga boleh jadi panduan untuk kita dalam menempuh hidup yang mencabar sangat ini. 

Okay...till we meet again


Read more ...

Thursday, November 27, 2014

Soondubu Jigae Hanya RM3?

Assalamualaikum...

Betul ke tidak yang aku baca ni? Betul ke tidak? Haaa..betullah tu. RM3 je ala carte. Ulang suara, ALA CARTE ye. Bukan set ya. Jangan salah faham pulak. Hahahaha..kang korang order sekali kena bayar normal price, ada yang ngamuk kang.

Haa..sesiapa yang suka makan soondubu jigae macam aku dan Sally, bolehlah ke Dubu Dubu Urban Korean sebab ada promosi sempena ulang tahun ke- 3 Dubu Dubu. WOW...korang, RM3 tu berbaloi sangat. Murah giler tu. Siapa tak nak kan?

Aku dah plan dengan Syaf esok tengah hari nak serbu Dubu Dubu...harapnya dapatlah meja makan. Takut kena serbu dengan orang ramai, kang tak dapat makan lagi. Kempunan..

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, November 26, 2014

Wordless Wednesday #2 [26.11.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesdayb #2 untuk hari ini.

Nyum nyum nyum...

Okay...till we meet again
Read more ...

Keputusan UPSR 2014

Assalamualaikum...
image: Google
Setelah beberapa kontroversi yang melanda UPSR 2014 dan adik-adik kita juga terpaksa menduduki semula peperiksaan berkenaan, maka kini tibalah pengakhirannya. Hari ini akan keluar keputusan UPSR 2014 yang sangat dinantikan.

Haa...confirm adik-adik kita ni berdebar ya. Macam-macam perasaan adakan? Biasalah adik-adik, perasaan tu pasti akan ada. Akak ni dulu pun sama je. Tapi result aku dulu tak elok pun. Jujur cakap je la. Banyak main aku ni...dan aku lambat tangkap sesuatu pelajaran yang diajar. Hehehe.

Apa pun, semoga adik-adik diluar sana mendapat keputusan yang baik. Apa yang pasti, usaha telah dilakukan dan tawakal dan redha je la ya. Berdoalah banyak-banyak supaya keputusan nanti mampu buat diri adik tersenyum ye. Apa pun, jangan bersedih andai result tak seperti yang adik inginkan. Ini baru UPSR, masih banyak dan panjang  lagi perjalanan hidup. Andai ada yang kecundang, jangan risau, pastikan kelemahan dan kekurangan tersebut diperbaiki pada masa hadapan.

All the best adik-adik

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [26.11.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.
Terima kasih..ada sesuatu menanti untuk yang ke-666 tu..

Okay...till we meet again

Read more ...

Tuesday, November 25, 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Syukur Alhamdulillah hari ni terima khabaran gembira buat diri. Senyum je hari ni. Usaha bertahun lamanya membuahkan hasil akhirnya. Just nak share dengan korang yang aku gembira hari ni. :)


Okay...till we meet again

Read more ...

Monday, November 24, 2014

Giveaway Ephyra Bar Skin Di Mialiana.com

Assalamualaikum...



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!!
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu.
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi.
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan.
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Saya dan adik kembar

Umur pengguna? 28 tahun

Jantina pengguna? (Lelaki / Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak, Kering, Kombinasi, Sensitif)

Pengguna Ephyra? (Ya / Tidak)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Saya menghadapi masalah jerawat yang agak merunsingkan. Jerawat tumbuh dengan saiz yang besar seperti jerawat batu dan menyebabkan kemerahan pada kulit muka. Pori dimuka juga agak besar dan menjadikan kulit cepat  berminyak.

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
Read more ...

Aeri's Kitchen

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Korang dah lunch ke? Aku sekarang sedang menikmati pajeon (파전). Pajeon ni merupakan pancake versi korea yang dipenuhi dengan sayuran dan ada macam-macam versi pajeon. Ada haemul pajeon (seafood) dan juga kimchi jeon (kimchi). Kembar aku suka yang kimchi tapi aku prefer yang biasa atau pun haemul. 

Sebenarnya ikut kreativiti kita juga kalau nak buat pajeon ni. Sayuran pun ikut apa yang kita suka. Macam hari ni, aku letak enoki mushroom, oyster mushroom, carrot, japanese cucumber dan juga chinese cabbage. Pastu aku letak cili api dan juga udang. Haa..cili tu sebab nak bagi pedas supaya tak perlu nak ada sauce dah.

Aku suka masakan korea yang selalunya less oil dan stew. Kiranya ada sup tu memang favourite akulah. Satu lagi sebab ada unsur pedas. Dah nama pun tekak melayu kan, kalau tak pedas tak sah. Selalunya kalau aku nak belajar masak masakan korea ni, aku suka rujuk kat Aeri's Kitchen. Aeri ni sebenarnya blogger masakan. Beliau pun ada youtube channel.

Jadi, kalau tetibe feeling nak masak korean food tapi tak reti, aku confirm cari blog atau youtube Aeri ni. Beliau ni tinggal di US tak silap aku. Menarik mengenai blog dan Youtube Aeri ni, bahan-bahan dan step memasak cukup teliti dan korang cukup senang nak faham. Bagi aku yang kiranya first time nak masak sesuatu masakan korea pun senang nak masak.

Takde la rumit pun cuma kena cari bahan masakan tu je la yang pening. Tapi yang bagus sekarang ni dah senang nak dapat bahan masakan korea yang halal. Pastikan ada cop JAKIM atau recognised atau certified by JAKIM. Baru yakin nak makan. 

So..ada sesiapa berminat nak cuba masakan korea? Klik je SINI ya
Read more ...

Selamat Pagi

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, dapat juga update blog picisan ini pepagi begini. Syukur....ada yang bercuti ke hari ni? Maklumlah, cuti sekolah dah pun bermula. Kepada yang bercuti, selamat bercuti aku ucapkan. Kepada yang bekerja sama macam aku, jom kita mulakan kerja dengan Bismillah. Semoga urusan kita pada hari ini sentiasa dipermudahkan Allah.

Okay...till we meet again

p/s: Nak sambung breakfast
Read more ...

Friday, November 21, 2014

Spoon Pizza

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Ewah...tajuk tu dah cukup buat korang faham yang aku nak cerita lagi pasal makanan. Sebenarnya ini entri dua minggu sudah yang aku olah balik. Maknanya aku pecahkan cerita asal kepada bahagian tertentu. Okay...jom mula cerita.

Korang pernah makan Spoon Pizza? Kalau belum pernah, aku nak suggest korang satu tempat makan best yang korang boleh try Spoon Pizza. Nama restoran BBQ Korea's  No.1 Chicken Restaurant. Merata dah sebenarnya branch restoran ni. Ada kat One South City, Berjaya Times Square dan juga di D Curve. 

First time aku pergi masa tu dekat One South City. Yakin nak makan sebab aku nampak sijil halal. Yeay...tapi yang aku makan ni dekat D Curve. Haaa...spoon pizza ni dibuat dengan cara yang unik kekdahnya. Sungguh unik dan sangat menarik. Bau pun wangi.

Kitorang makan Shrimp spoon pizza. Saja je nak cuba. Saiz pizza ni besar juga. Boleh makan dalam 3-4 orang jugalah. Kalau pizza biasa, roti dia korang rasa kenyal sikit kan tapi spoon pizza ni bahagian roti tu tak macam roti pun. Dia memang korang boleh korek je dengan sudu. Bila makan tu, memang ala-ala makan nasi pun ye gayanya. Ikut resipi juga. Kami makan ni cheese dia memang banyak. Nyum nyum...

Recommended makan masa masih panas sebab kalau makan time dah sejuk nanti dia keras sikit. Dah kurang sikit feel. Rasa roti ni pun creamy sikit pada aku. Memang best la....udang dia pun besar-besar belaka. Puas hati...nanti cubalah ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Selamat Pagi

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Alhamdulillah...masih diberi kesempatan lagi untuk menjalani hidup ini. Syukur. So, rehat lama pulak tengah hari ni. Apa plan korang? Aku ni duduk rehat kat ofis je la kot. Kepala ni masih tak berapa nak okay lagi. Baik duduk rehat je kan.

Entri pepagi, biasalah simple je. Nak tulis panjang takde idea. Okay..nak makan jap. Ada masa aku cuba blog walking ya.

Oh ya...ada cerita pasal teddy bear tu. Nanti aku sambung ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, November 20, 2014

Kemas Kini Maklumat Peribadi Pemohon BR1M

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Dah makan? Hari ini aku nak share pasal BR1M. Sudah dapat surat daripada LHDN berkenaan dengan kemas kini maklumat peribadi bagi permohonan BR1M 3.0. Surat ini untuk penerima BR1M yang sedia ada tau. Kandungan surat memaklumkan bahawa penerima sedia ada disarankan untuk kemas kini maklumat akaun bank dan maklumat peribadi termasuk dengan tanggungan yang ada.
Menariknya, kerajaan turut memperkenalkan Skim Khairat Kematian bagi BR1M 3.0 tahun depan. Okay..yang ni aku pun tak berapa jelas sangat sebenarnya cuma skim ini akan diberi kepada penerima waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2015 - 31 Disember 2015. Senang cakap, ikut tahun yang valid je la.
Opps..bukan sekarang kemas kini tau. Proses kemas kini akan bermula pada 1 Disember 2015. So, ada masa lagi nak semak apa-apa yang patut. Senarai bank yang layak pun ada dalam surat tu. Kalau tak pasti boleh check dalam website BR1M tak silap aku. Apa pun, kepada yang bakal terima BR1M ni nanti, selamat berbelanja dengan berhemah. Bayaran 3 kali tahun depan. Haa..pandailah korang bajet perbelanjaan tu ya.

Info: Website BR1M
Okay...till we meet again
Read more ...

Happy Children's Day

Assalamualaikum...

Tak sangka hari ini merupakan hari Kanak-kanak sedunia ya. Menurut Wikipedia, sambutan hari kanak-kanak ini disambut dengan pelbagai tarikh mengikut negara tertentu namun kebanyakkannya termasuk UN sendiri menyambutnya pada 20 November. Di Malaysia pula, kita menyambut hari kanak-kanak ini pada hari Sabtu pertama bulan November. 

image: Google
Kalau nak lagi info boleh klik SINI dan SINI

Siapa kat sini ada anak-anak? Haa..bolehlah celebrate Children's Day ni dengan anak-anak. Tahun ni apa temanya ek? Aku tak jumpa la pulak.

"We were all children once. And we all share the desire for the well-being of our children, which has always been and will continue to be the most universally cherished aspiration of humankind."

    We the Children: End-decade review of the follow-up
    to the World Summit for Children
    Report of the Secretary-General (2001)
Bolehlah belanja anak buah aku yang sorang tu nanti..hehehe

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, November 19, 2014

Wordless Wednesday #3 [19.11.2014]

Assalamualaikum...

Selamat petang. Wordless Wednesday #3 untuk hari ini.
Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #2 [19.11.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini.

Source: HERE

YEAY!!!!

Okay...till we meet again

Read more ...

Wordless Wednesday #1 [19.11.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.


Ada siapa-siapa berminat dengan Proton IRIS?

Okay...till we meet again

Read more ...

Monday, November 17, 2014

Laman Web Inteam

Assalamualaikum...

Kalau korang peminat Inteam macam aku ni, mesti korang bangga dengan laman web Inteam yang baru sahaja diwujudkan. Memang sangat dinantikan selama ini untuk Inteam punya laman web sendiri. Ala..macam aku suka Super Junior punya website. Tapi yang ni harus lebih mesra pengguna sebab bahasa Melayu kan....ihihihi

Ini adalah paparan utama website Inteam. Menariknya kita boleh klik pautan yang disediakan untuk menonton video muzik Inteam. Selain daripada itu, ada juga beberapa tabs yang memudahkan carian kita di website ini.
Sedikit mengenai latar belakang Inteam yang aku capture daripada website ini. Siap ada definisi lagi tau.
Buat korang yang nak melayari atau nak usha-usha website ini, boleh klik http://www.inteam.com.my/. Kalau nak join aktiviti zikir dan qasidah yang Inteam anjurkan pun boleh tengok dalam bahagian events. Haa..kan senang nak dapatkan update terbaru?

Okay...till we meet again
Read more ...

Pesan Buat Diri

Assalamualaikum...

Image; Tumblr
Selamat pagi. Alhamdulillah, berkesempatan untuk update entri pagi ini. Entri pagi ini simple je la ya. Sebagai permulaan, marilah sama-sama kita renungkan kata-kata di atas. 
Do Not Judge Her For Who She Was
Rather Accept Her For Who She Is Now
Setiap daripada kita pasti punya kisah silam tersendiri. Samada ianya baik atau tidak untuk dikenang, janganlah kita jadikan ia sebagai kayu ukur kepada apa yang kita lihat sekarang. Jika seseorang yang punya kisah silam yang suram tetapi kini dia telah berhijrah, maka janganlah kita ungkit perkara silamnya itu. Tiada manusia yang sempurna di dalam hidup ini. Hanya Allah SWT Maha Sempurna.

Siapa tahu, mereka yang dulunya mungkin agak terlalai di dalam hidup kini lebih mulia daripada kita. Mungkin hijrahnya itu lebih ikhlas daripada kita yang sudah dibiasakan dengan norma hidup yang kita rasa sempurna. Mungkin kini dia lebih banyak pengetahuan daripada kita sedangkan kita mungkin terlena dibuai khayalan kita.

Seharusnya kita bersangka baik dengan perubahan seseorang ke arah yang mulia. Jangan sesekali kita bersangka buruk. Walau apa pun sebab musabab hijrah seseorang samada kerana kesedarannya sendiri atau kerana mengikut orang, asalkan ia mampu membawa ke arah kebaikan, dan menjadikan kecintaannya pada Yang Maha Esa itu lebih mendalam, itu lebih baik. 

Andai kerana kesedarannya sendiri, syukur Alhamdulillah pintu hatinya terbuka untuk berubah. Allah lorongkan hatinya dan makbulkan doanya untuk berhijrah. Andai mungkin perubahannya kerana seseorang, tak mengapa. Siapa tahu mungkin orang itu yang menjadi perantara Allah untuk merubah dirinya. Asalkan perubahan itu ke arah kebaikan, pada aku itu lebih baik kerana ada dikalangan kita yang perlukan bimbingan. Jika kita bertemu dengan mereka yang mampu membimbing, tidaklah menjadi masalah.

Apa pun, siapa dia dahulu tidak semestinya menggambarkan siapa dia sekarang. Andai kita faham apa itu hijrah, apa itu perubahan, maka kita tidak akan sesekali menjadi hakim dunia. Walau siapa pun dia dahulu, jika dia benar-benar telab berubah maka kita ambil iktibar agar kita juga sentiasa berwaspada dan sentiasa berusaha untuk meningkat keimanan diri.

Pesan buat diri.

Wallahualam...
Read more ...

Friday, November 14, 2014

Megi Ketam

Assalamualaikum...

Okay...hari ini aku nakal sikit. Maklumlah, kitakan menuju ke hujung minggu. Saja je la nak bagi korang idea jenjalan hujung minggu ni. Selalunya kalau weekend aku selalu keluar makan kalau tak dengan family mesti dengan kengkawan terdekat. 

Aku nak suggest dengan korang satu restoran kat Bangi. Alamak...tetiba je aku lupa nama restoran tu. Tapi dekat dengan petrol station petronas tu. Aku try makan megi ketam haritu. Sebenarnya dia jual mee ketam tapi aku tak suka makan mee jadi aku tukar kepada megi. Kuahnya takdelah kuah megi ya. Kuahnya macam kuah mee bandung ke mee hailam. Lebih kurang la.

Ketam yang digunakan ketam biasa ya bukan ketam nipah. Harga RM16 sepinggan sebab dah tukar megi. Kalau mee harga dia RM15 sepinggan. Sedap tau kuah dia. Cuma ketam je kurang fresh sikit. Kalau ketam nipah tu memang korang akan rasa fresh la. Tapi recommended la kalau korang nak try. 

Selain daripada megi ketam ni, macam-macam lagi menu yang ada. Sate, otak-otak dan burger pun turut dijual tau. Kiran banyak pilihan dan sesuai untuk semua lapisan usia. Haa..nak cuba? Pergi la try hujung minggu ni ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com

Assalamualaikum...




Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

Saya perlukan gelang penghalau nyamuk ini bagi memudahkan saya melakukan aktiviti lasak terutama apabila saya pergi mendaki bukit dan masuk ke kawasan-kawasan kampung. Gelang ini saya percaya mampu membantu menghalan nyamuk dari mengganggu aktiviti saya. Insha Allah


Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
Read more ...

Thursday, November 13, 2014

Paip Patah?

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Dah lunch ke? Aku baru je selesai. Okay..kan semalam aku ada update dalam entri INI. Berikut adalah kesudahannya.

Begini ceritanya. Ini kisah ahad lepas. Masa tu aku sedang mengemas almari baju. Nak mengasingkan pakaian yang sudah tidak mahu dipakai lagi. Nak bagi kat orang. Tiba-tiba terdengar suara mak sayup je panggil nama aku dari dapur. Bila aku pergi je ke dapur, terkejut tengok paip sinki tu dah patah dan mak agak kebasahan sedikit. Alahai...

Konon nak cuba sambung balik tapi bila tengok keadaan badan paip itu sendiri memang patah, harus aku tak buat apa. Tapi sempatlah juga aku basah terkena pancutan air tu. Dah la masa tu mak sedang prepare untuk masak tomyam. Kesian mak. 

Aku terus capai handphone dan call maintenance, tapi hampa sebab pegawai bertugas tu bukan lagi jaga blok rumah aku. Dah tukar orang lain. Nasib pegawai yang lama ni message nombor pegawai baru dan sempatlah juga beliau advise aku supaya tutup meter air. Haa..nak jadi cerita aku ni tang mana meter pun aku tak tahu. Jenuhlah aku turun naik bangunan tu nak cari rumah meter air. Cari punya cari rupanya ada je dekat rumah aku rumah meter tu. Okay...pelajaran baru untuk aku ni.

Air tu berhenti mengalir deras tapi masih ada yang keluar tapi sedikit. Jadilah daripada tahap nak banjir rumah aku kan. Dalam pukul 5pm baru technician datang. Maklumlah hari ahad, orang semua ada urusan peribadi. Alhamdulillah, berganti baru paip sinki dapur. Saja je la tu, nak baju baru. Hahaha...apa pun, nasib aku tak panik masa tu. Kalau tak mesti aku tak tau apa nak buat.

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday Quotes

Assalamualaikum....

Selamat pagi. Jom hayati kata-kata ini.
Source: Tumblr
When you're going through something hard and you start wondering where Allah is, Just remember the Teacher is always quiet during a test.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, November 12, 2014

Wordless Wednesday #2 [12.11.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini.
Hahaha..ini bukan air terjun ya.

Okay...till we meet again

Read more ...

Wordless Wednesday #1 [12.11.2014]

Assalamualaikum. . .

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.
Cuba teka apa ada di dalam bekas epal merah ni...😊

Okay. . . till we meet again
Read more ...

Tuesday, November 11, 2014

#Pepero Day!

Assalamualaikum...



Image Source: VisitSeoul

Korang minat makan biskut panjang Pepero? Ala..kotak paling famous warna hijau sebab salut kacang tu. Aku suka juga tapi dah lama tak makan. Sebenarnya, Pepero ni ada cerita tersendiri tau. Menarik pada aku.

Hari ini 11 November merupakan Pepero Day di Korea Selatan. Kiranya ala-ala macam Valentine's Day la kononnya. Cumanya bukanlah sebab kisah yang macam Hari Valentine tu tapi mengikut sejarah awalnya, ianya diraikan bagi memberi peransang ataupun harapan untuk kurus dan tinggi. Kan, biskut pepero tu sendiri kurus dan panjang. Nampak tak logiknya di situ. Namun, pada zaman sekarang, ianya diraikan lebih kepada menyemai atau menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada seseorang. 

Haa..kreatifnya la orang Korea ni ya. Dari teknologi, sampai ke benda makan begini pun dorang boleh buat perayaan. Kalau nak tahu, Pepero Day ni antara sambutan yang agak besar dan meriah tau terutama dikalangan muda mudi Korea tu. Waktu ini mereka akan bertukar-tukar pepero sesama mereka. Ada yang bagi banyak. Kadang tu pernah juga aku dengar ada yang sampai tak muat bilik sebab banyak dapat pepero ni. Haa...adeh, berapa tahun nak habis makan tu? 

Pepero ni didatangkan dalam pelbagai perisa dan juga packaging. Kalau korang pergi Korea tu, macam-macam jenis sampai rambang mata kot. Kalau kat Malaysia ni terhad juga sebenarnya. So, dah makan pepero ke hari ni? Hahaha

Kalau nak lebih maklumat lanjut pasal Pepero ni, klik link INI ya
Read more ...

GOOD MORNING!

Assalamualaikum...
Image: Google

Selamat pagi semua. Kembali bersiaran selepas 3 hari berehat. Tuan tanah kedaung ni banyak sangat urusannya. Kalah PM tau busy kita ni. Ada yang rindu ke? hahaha...haruslah takde kan. Okay...xpe xpe.

Ada beberapa cerita nak share dengan korang tapi bukan dala entri ni ya. Kita jumpa kat next entry. Sekarang, buat kerja dulu ek.

Okay...till we meet again.
Read more ...

Friday, November 07, 2014

Tea Time Layan Chocolate

Assalamualaikum...

Selamat petang. Alahai..sekarang dah ni masuk musim tengkujuh. Jadi, bila tiba waktu petang dah jarang nampak matahari lagi dan jarang dah nak rasa bahang terik mentari. Ewah....rindulah kekdahnya ni.

Tapi bila tiba waktu tea time ni, apa favourite korang? Maksud aku, apa yang korang suka makan? Aku ni semua boleh je tapi takdelah selalu pun makan waktu petang. Sesekali adalah juga. Cuma nak cerita yang aku teringin nak makan chocolate. Hahaha...jap nak bayangkan aku tengah makan kat Salon Du Chocolate..hahaha


Sorry..entry merapu..tuan blog agak pening sikit nak update entri.

Okay...till we meet again
Read more ...

Nuff Ads