Friday, October 31, 2014

Color Of Personality | White

Assalamualaikum...

Masih ingat pada entri Color of Personality yang aku share kat SINI semalam? . Agak lama juga nak menjawab sebab kekangan masa plus aku ni jenis suka tenung dan fokus sampai aku confident itulah jawapan yang memang menggambarkan diri aku. Gitu...

So..after finished the test, the result came out as this;
Motive [ Peace ]
Whites are motivated by Peace. They seek independence and require kindness. They resist confrontation at all costs. To them, feeling good is more important than being good. They are typically quiet by nature, process things very deeply and objectively with great clarity. Of all the colors, whites are the best listeners. They respect people who are direct but recoil from perceived hostility or verbal battle.

ABOUT WHITE
Whites need their "alone time" and refuse to be controlled by others. Whites want to do things their own way and in their own time. They ask little of others and resent others demanding much of them. Whites are much stronger than people think, but are not often seen for their strength because they don't easily reveal their feelings. Whites are even-tempered, diplomatic, and the voice of reason; but can also be indecisive, unexpressive, and silently stubborn. When you deal with a WHITE, be kind, accept and support their individuality, and look for non-verbal clues to understand their feelings.
Source: SINI


Apa yang aku boleh komen, memang kena sangat dengan personality aku. Nak kata 100% taklah tetapi like 90% kot..ke 85%? Maybe? So, takyah nak explain la ya. Korang baca je la. Memang itulah ibarat gambaran aku yang sebenar.

Ada yang dah buat test ni dan dapat result?

Okay...till we meet again





Read more ...

Puasa Assyura | 10 Muharram

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat pagi. Tadi semasa dalam perjalanan ke ofis, macam biasa akan dengar radio Ikim.fm. Hari ni Ustaz Syauqi Othman ada berkongsi tentang puasa hari Assyura.
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
Sumber: SINI dan SINI

Sungguh besar makna dan sejarah 10 Muharram ni kan? Jujur cakap, aku sendiri baru mengetahui tentang sejarah dan peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram ni. Maklumlah, pengetahuan cetek. Tapi belum terlambat andai kita ada usaha untuk mencari ilmu. 

Oh ya, menurut Ustaz Shauqi, kita digalakkan berpuasa pada 9 Muharram juga kerana ini membezakan kita dengan orang yahudi turut berpuasa pada hari Assyura. Kalau yang berkesempatan untuk berpuasa tu, selamat berpuasa aku ucapkan. Semoga ibadah puasa kalian diterima disisi Allah.

Wallahuam...
p/s: Aku masih teruskan misi mengganti puasa Ramadan. :)
Read more ...

Thursday, October 30, 2014

Color Of Personality

Assalamualaikum...

Korang pernah dengar mengenai color of personality. Kita lihat personality kita melalui warna. Menarikkan? Aku ni tetibe tertarik. Saja je la. Padahal sebelum dah pernah dengar tapi tak ingat dah. Selalu kita pilih warna yang kita sukakan. Daripada situ kita dikatakan mempunyai personaliti tertentu. 

Tapi, kalau kita buat psikologi test, agaknya apa warna sebenar kita ye? Aku saja je nak try jawab online untuk lihat warna personality aku. Result? Belum siap lagi. Tapi kalau korang nak buat juga, boleh je pergi ke pautan INI
Image: Google
Okay...till we meet again
Read more ...

Cucur Udang | ABC

Assalamualaikum...


Selamat tengah hari. Agak-agak macam manalah cuaca petang ni ya? Tak dapat nak jangka. Semuanya ditangan Yang Maha Esa. Sekarang ni pulak dah masuk musim tengkujuh. Selalunya hujan waktu petang. Cuma semalam cuaca cerah. Ya Allah, bahagia sungguh drive.

Oh ye, bila cakap pasal hujan ni, aku teringat dua menu ni. Cucur udang dan ABC. Erk? ABC? Haah...orang time hujan minum teh o la, milo la, aku tak. Aku minum ABC. Amacam? Haha..aku ni memang jenis suka minuman sejuk. Kalau hujan pun aku masih mampu makan aiskerim. Gigih kan? Ceh.

So...kalau waktu petang dapat cucur udang dan ABC, alahai....bestnya. Serious, memang nikmat je rasa. Sambil makan sambil tengok titisan hujan yang turun. Syahdu sungguh. Hihihi. Haa? Ada sesiapa yang nak belanja aku dua menu ni? Angkat tangan sikit...hahaha

Okay...till we meet again
Read more ...

Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014

Kak Aida kita buat segmen. Siapa nak masuk dalam bloglist beliau? Haa...meh join meh

Assalamualaikum



29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014


Jom Support Kisahsidairy.com

Read more ...

Wednesday, October 29, 2014

Penghujung Oktober

Assalamualaikum...
Image: Google
Malam ni nak membebel sendiri dalam blog. Takde nak bebel apa pun. Membebel kosong je. Tak sangka sekejap je masa berlalu. Macam semalam baru 1st October. Hari ni dah 29 Oktober 2014. Berbaki 2 hari untuk sampai ke bulan November. Maknanya dah semakin menghampiri penghujung tahun 2014.

Subhanallah, masa berlalu terlalu pantas sampai rasa tak sempat nak mengejar. Rasa macam semput je nak kejar waktu. Bulan Oktober ni rasanya banyak juga dugaan. Tak mengapa, dugaan itu pemanis hidup. Kalau takde dugaan, tak menarikkan hidup ni.

Syukur Alhamdulillah kerana masih mampu bertahan sehingga ke hari ini. Masih mampu atasi segala cabaran bulan Oktober dengan hati yang kuat. Allah itu Maha Adil. Dia beri dugaan tapi dalam masa yang dia kuatkan juga hati kita.

Semakin berada di penghujung juga bermakna akan bermula lagi cabaran baru. Menarikkan. Apa pun, semoga permulaan dan pengakhiran setiap yang kita lakukan adalah baik2 sahaja.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #2 [29.10.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini.



Aku rindu Kundasang!

Okay...till we meet again

Read more ...

Wordless Wednesday #1 [29.10.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.

My new magic wand. Hihihihi

Okay...till we meet again

Read more ...

Tuesday, October 28, 2014

Siapa Jonas Salk?

Assalamualaikum..

Kalau tengok banner Google hari ni, ada gambar kartun doktor dan kanak-kanak. Aku tertarik tengok banner ni sebab comel pada pandangan mata aku. Mata aku la ya. Mata korang aku tak tau. Lepas tu ada tertulis 'Thank you Dr. Salk'.

Aik..kenapa nak thank you? Aku pun takde idea. So...macam biasa, Google saja information. Daann..sekarang dah tahu siapa Doktor Salk ni. Korang biasa dengar pasal penyakit polio? Haa..ni ada kaitan dengan sejarah sakit polio dan juga vaksin polio. Nak tahu lebih lanjut, sila klik pautan INI

Okay...till we meet again
Read more ...

Misi Menurunkan Berat Phase 2

Assalamualaikum...
Image: Google
Korang dah lunch? Aku sekarang ni back to plan asal nak menurunkan berat badan. Haa..dulu aku ada cerita yang berat aku dah lebih. Since before puasa lagi aku dah start menurunkan kilo-kilo yang banyak dalam badan aku ni. Maklumlah, baju dah banyak tak muat. 

Alhamdulillah, setelah hampir beberapa bulan, nampak dah ada hasil sikit. Kalau sebelum ni baju langsung tak muat nak pakai, tapi sekarang ni dah muat balik. Kalau sebelum ni makan tak tentu, ikut suka hati je nak makan, tapi sekarang ni dah berjaya balance balik nafsu makan tu.

Makanya sekarang ni aku dalam misi menurunkan berat phase 2. Phase 1 nampak hasil. Harapnya phase 2 ni berhasillah juga. Jujur cakap ya, aku takde sekat makan. Takde nak diet nasi ke apa. Nasi tu kan makanan ruji. Plan turun berat aku tak ikut mana-mana tips tertentu. Sekadar ikut kata Kevin Zahri. Ikut keperluan badan dan kesesuaian dengan badan kita je.

Haa..Korang doakan aku berjaya ya.

Okay...till we meet again
p/s: Dah berjaya nanti aku share sikit2 cara aku turunkan berat ya
Read more ...

Rindu Geng Terjah

Assalamualaikum...

Selamat pagi...selamat hari selasa.

Lately ni selalu je rindu dengan kengkawan Geng Terjah. Kak Aida, Syaf dan Ridzuan. Walaupun Wan dan Kak Aida ada depan mata tapi lama tak berkumpul berempat, lepak-lepak dan berbual. Rindunya kat geng terjah yang sentiasa meriah ni.
Kami berempat je tapi cukup untuk jadikan suasana meriah bila berkumpul bersama. Seronok berbual sebab banyak cerita kelakar tentang kehidupan kami berempat yang boleh dikongsi. Kitorang tak berbual tentang hal orang lain. Cukup cerita hidup kami berempat. Itu pun macam tak cukup masa.

Rindunya...ada lagi 3 hari menunggu untuk berkumpul. Insha Allah, semoga kami dapat berkumpul kembali.

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, October 27, 2014

Kepingin Boat Noodle

Assalamualaikum...
image: Google

Image: Google

Siapa pernah makan Boat Noodle? Aku teringin sangat nak rasa. Selalu tengok dalam Instagram Ameer Zaini. Aduhai..tergoda tengok. Kalau base on gambar yang beliau share tu, mee dia dalam kuantiti kecil. Jadi, kita akan order banyak mangkuk.

Begitulah yang aku nampak. Tapi sebab tak pernah pergi restoran dia, jadi aku pun takde idea macam mana dia jual. Tapi aku yakin yang mee dia dalam kuantiti sedikit untuk 1 mangkuk. Tak tahu menu mee apa yang ada. Aku ada cerita pasal boat noodle ni dengan geng VSnowAngels. Dah ada yang plan nak pegi.

Nampaknya kena minta cik kembar free schedule dia minggu ni supaya kami dapat join sekali. Hahaha..harap dapatlah. Teringin sangat ni. Sempat explore Google dan jumpa sedikit info. Tapi aku search gambar je la.

Okay...till we meet again
p/s: Autopublish
Read more ...

Monday Quotes

Assalamualaikum...

Quotes for today.
Trust takes years to build, seconds to break and forever to repair.

Okay...till we meet again
Read more ...

Maafkan Aku

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat pagi. First of all, nak minta maaf kat semua kengkawan tak pernah jemu datang blog ini. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun sekarang ni aku update blog tahap sendu. Ada hari takde langsung entri baru.


Lately ni memang kurang update. Sejak demam teruk haritu, nak tune balik skill blogging tu macam payah. Satu sebab kesihatan ada up and down. Okay...itu alasan macam basi tapi memang begitulah. Pastu aku terus jadi blurr. Tengok blog aku jadi kaku. Blank mind.


Langsung tak tau apa nak tulis. Padahal dah banyak cerita. Tapi tak tahu nak cerita macam mana. Apa jadi ni? Aku sendiri pun tak pasti. Sekarang ni pun aku selalu tido awal sebab nak make sure aku tak demam balik. Kadang tak tau bila masa kena update blog. Masa sangat suntuk untuk aku lately ni. Cuba untuk blog walking seperti biasa tapi tak dapat bertahan lama. 

Bila badan letih, lain macam je rasa. Memang terus shut down laptop. Takde nak tahan dah. Bila dah tak larat, terus je off. Nak online kat handphone macam slow je. Pastu nanti chrome hang. Sorry. Banyak kali dah sorry tapi aku tetap nak say sorry. Nampak macam alasan...cuma jujur aku cakap, inilah keadaan aku sekarang.

Maafkan aku kalau lambat sangat balas kunjungan korang. Maaf kalau ada yang dah follow aku tak follow balik. Maaf kalau ada yang nak minta sponsor tapi aku tak reply message lagi. Masih decide nak sponsor hadiah apa. 

Maafkan aku...
Read more ...

Saturday, October 25, 2014

Santai @ Chemistry Café+Lab

Assalamualaikum...
Jom bercerita pasal makan. Aku ni kan memang suka bab-bab makan ni. Tapi ni cerita ahad lepas. Kisahnya, aku dan kembar ke DeQoya, Alam Avenue, Shah Alam untuk membeli blouse. Kami kan dah jadi loyal customer DeQoya. Maklumlah, kualiti bagus, harga pun berpatutan. Selesai urusan kat DeQoya, aku dan kembar singgah pulak ke Butik ShawlByVSnow. Haa..tu kan antara tempat wajib kalau pergi Shah Alam. Kat situ kami berjumpa dengan kawan kami Dila.

Disebabkan masing-masing lapar, kami decide nak pergi makan sesama. So, aku ajak Dila dan kembar ke Chemistry Café+Lab. Tapi Dila tunjuk jalan sebab aku tak pasti kat mana. Chemistry Café+Lab ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Belakang Hospital Shah Alam yang bakal dibuka tahun depan.

Dah lama nak pergi situ. Selalu tengok dalam instagram kengkawan. Kali ni merasa pulak pergi. Jom tengok apa yang aku, kembar dan Dila order kat situ.
Iced Caramel Macciato. Kembar kaa sedap. Ikut tekak orang suka kopi, memang sedap. Aku taklah sebab memang tak minum kopi. 
Chocolate lava cake. Silap sikit sebab kek ni sejuk. Biasanya chocolate lava selalunya dihidang panas dan bila kita makan, chocolate dalam kek tu akan keluar cair. Tapi tetap sedap. Ada aiskrim vanila on top of the cake.
Strawberry Cheese Cake. Best dan rasanya sedap. Just nice manisnya tapi kalau lagi banyak cream, lagi menarik.
Chocolate chunky. Aku suka ni. Rasa dia ada lebih kurang rasa oreo chocolate blended pun ya. Cookies and cream pun ya tapi sedap. Ice blended la katakan. Aku suka chocolate. Tapi straw tu tak cukup panjang untuk minum sampai bottom glass tu.
Ni pula caffe latte tak silap aku. Dila yang order. Tapi sedap katanya. 

Santai minum petang kat sini memang best. Bersembang sampai tak sedar masa berlalu. Harga lebih kurang standard korang pergi restoran kat luar sana tu. Puas hati cuma boleh diperbaiki daripada segi service. But overall, memang puas hati. Kira boleh ulang datang lagi.

Kalau berminat nak datang, boleh pergi ke alamat ni:
Chemistry Café+Lab
26 Jalan Kristal J7/J Seksyen 7
40000 Shah Alam, Malaysia

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, October 24, 2014

Berakhirnya Tahun Hijrah 1435

Assalamualaikum...

image: Google
Selamat tengah hari. Kita dah semakin menghampiri ke penghujung tahun 1435 Hijrah. Bakal melangkah ke tahun baru dalam kalendar Islam. Alhamdulillah...Insha Allah akan menginjak usia baru dalam kalendar hijrah.

Syukur sangat. Masih dapat merasai tahun baru ni. Sejujurnya, aku meletakkan satu azam baru dalam hidup. Tapi biar aku je yang tahu apakah azam itu. Biar hanya antara aku dan sang Penciptaku. Semoga, apa yang aku hajatkan akan terlaksana juga nanti. Insha Allah.

Selamat menyambut Tahun Baru 1436 Hijrah khas buat sahabat handai semua.

Wallahualam...

Read more ...

Thursday, October 23, 2014

Bila CPUV Menari

Assalamualaikum...

Selamat petang. Harini macam dapat update banyak je. Esok taktau la lagi ya.

Nak cakap pasal CPUV. Bulan ni memang meriah tau CPUV. Bulan oktober ni sahaja ada 23 CPUV tersangkut dalam blog. Gitu banyak ya. Tapi bak kata kengkawan blogger sekalian, mandul. Earning pun takdelah banyak mana untuk setiap campaign tu. Cukuplah untuk menambahkan jumlah ringgit yang ada. Apa pun, Alhamdulillah, kerana masih ada pulangannya. Insha Allah

Disebabkan banyak yang masuk aku takdelah nak update hari2 CPUV yang masuk. Ni aku share segedebuk kat korang.
Ni yang masih "On Going". Ada banyak juga yang dah credited. So, takmo share yang credited. Dah dapat earning pun setiap campaign tu, dah kira baguslah ya.

Okay...till we meet again
p/s: Kita tengok bulan depan macam mana
Read more ...

Segment Blog Review by Sally Samsaiman

Assalamualaikum...

Cik Sally Samsaiman kita buat segmen. Kalau dah sahabat baik buat segmen, wajibul ghunnah kena join. Gitu.
Makanya, korang ikut je syarat yang telah ditetapkan. Once dah siap, jom post balik komen kat blog sally. Hehehe...nak join? Klink banner ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Kurang Vitamin C

Assalamualaikum....
Haritu aku demam teruk. Biasalah aku kan memang senang sakit orangnya. Hmm...aku pergi klinik untuk jumpa doktor. Dah lepa sesi consult tu, doktor pun bagitau ubat apa yang dia nak bagi kat aku.

Kalau setakat antibiotik tu dah biasa dah, ubat demam tu dah biasa dah. TAPI, sekali dia bagi aku vitamin C. Flavettes. Korang biasa kan dengar jenama ni. Famous sungguh jenama ni. Kengkawan ofis aku selalu je amik vitamin ni. Aku memang tak pernah pun.

Sekali, dia kata aku ni kurang vitamin C. Kah kah kah..serious, dalam demam tu aku nak gelak pun ya. Dah macam cerita Ali Baba Bujang Lapok tu. Bila doktor check penyamun tu sakit, bos dia tanya penyamun tu sakit apa. "Kurang vitamin C". Ceh.

Aku pun sesaja sembang dengan kengkawan. Dorang cakap, memang kalau kita selesema, doktor bagi vit c. OO...gitu rupanya. Sebab sebelum  ni tak pernah pun dapat. Agaknya doktor baru kot..lain pulak caranya ya.

Tapi aku langsung tak usik lagi walau satu tablet. Pemalasnya ya ampun. Nanti kalau rajin tu dah datang baru aku start minum flavettes ni.

Okay...till we meet again
Read more ...

Pes Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Maaf ya, kita lately ni selalu je tak konsisten update. Sekarang ni waktu kesihatan ada up and down. Harap maaf ya.

Oh ya, nak share ni since last 2 weeks lagi. Aku ni suka masak lemak cili api. Mungkin sebab aku suka makanan yang pedas kot. Nak jadi cerita, aku ada beli pes masak lemak cili api negeri sembilan. Original resipi negeri sembilan katanya. Apa lagi...try la beli sepeket. Harga pun takde la mahal sangat. Sepeket RM6. Bolehlah untuk buat makan malam kekdahnya.

Setelah seminggu beli baru ada chance nak masak. Maka, terhasillah gulai lemak cili api negeri sembilan punya resipi. Sedap gak. Aku beli yang untuk masak ayam/daging. Ayam tu aku goreng separuh masak sebab aku fobia masak ikan/ayam direct dalam kuah. Haha..ada pengalaman ngeri aku alami sebenarnya.

So..korang kalau nak cuba, boleh je tengok kat gambar ni. Hasil masakan tak dapat share sebab terlupa amik haritu. Nak cepat punya pasal.
Cuma masakan tu takdelah pedas mana. Nak betul-betul pedas kena tambah cili lagi tapi yang best sebab guna kunyit hidup. Cantik je warna dia.

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, October 21, 2014

Tahniah Kak Ann

Assalamualaikum...
Sabtu lepas berlangsung majlis pernikahan dan persandingan sahabat ELF aku iaitu Kak Nurul Jannah atau mesra kami panggil sebagai Kak Ann. Alhamdulillah, bertemu jodoh kak ann dengan cinta hatinya, Abang Eddy.

Aku, cik kembar, blogger +Nadya Dyana , kak Shay dan Mariam sempat hadir ke majlis tersebut. Berlangsung kat Masjid Uniten. Penuh kesederhanaan tapi meriah. Alhamdulillah. Kitorang kenal kak ann kerana sama-sama minat Super Junior. Haa...kan dah cakap Sahabat ELF kat atas tadi. Hihihi


Haa..macam biasa, korang layan je la gambar kami ni ya. Tak share banyak sebab nanti korang bosan tengok gambar selca kitorang.hahaha

Okay...till we meet again

Read more ...

Apa Khabar Syah Inteam?

Assalamualaikum...

Masih ingat post INI? 
Pagi tadi ada buka Facebook Inteam. Ternampak Inteam tukar Profile picture dan cover photo. Kenangan mengusik jiwa betul tengok gambar-gambar ni. Alahai..rindu pulak kenangan Inteam ketika dorang semua masih muda belia. Comel belaka semua.

Paling aku minat sebenarnya Syahril. Memang suka ya amat. Masih ingat lagi pernah hantar surat kat Inteam dan terima balasan surat siap ada autograf lagi. Bangga giler time tu. Masa tu Inteam dah keluar album Impian Kasih pun. Haa...masa tu aku form 2.

Sekarang ni dah lebih 10 tahun berlalu. Alhamdulillah, tetap minat Inteam. Aku ni jenis, kalau dah suka, forever suka. Gitu. As long as kumpulan tu bertahan, aku tetap akan support. Maklumlah, tahun 1990-an sehingga awal 2000 merupakan zaman kegemilangan nasyid tau. Jadi memang meriah sangat time tu.

Oh ye, sebenarnya aku tetibe je terfikir tentang akhi Syah kita ni. Apa agaknya khabar beliau ya. Sebelum ini aku share post Doakan Syah tu sebab beliau dikhabarkan dijangkiti kuman pada paru-paru. Dah lama rasanya aku dengar berita sakit beliau ni tapi so far belum dapat tahu keadaan terkini beliau. 

Tu yang tengok gambar-gambar Inteam yang lama ni, teringat sangat. Takde apa yang dapat diucapkan melainkan mendoakan keselamatan dan kesihatan semua anggota Inteam ni. Semoga mereka semua dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan dapat teruskan perjuangan nasyid mereka.

Wallahualam...
Read more ...

Saturday, October 18, 2014

Vendeur Festival 3.0

Assalamualaikum...

Selamat petang. Kita excited ni tau. Excited sebab event shopping kegemaran kita akan diadakan kembali pada hujung tahun nanti. WAH!!!!

Apa tu? Apa tu? Apa lagi... Vendeur Festival la. Haa..kali ini dah masuk siri yang ketiga tau. Tapi yang menarik sebab venue event masih kat tempat yang sama dengan Vendeur Festival 2.0 haritu. Apa lagi, kat Menara MATRADE, Kuala Lumpur laaaa..hehehe. Dengar ceritanya bakal mengumpulkan seramai 400 vendor. Wow...kalau begitulah, memang havoc meletup kebabom la nampaknya nanti ya.

Nama event kali ini Vendeur Festival 3.0 Boxing Day. Bakal diadakan pada 27 & 28 Disember 2014. Bermula pukul 10am - 10pm. Sempat lagilah kalau nak kumpul duit untuk shopping. Taktaulah berapa banyak pulak diskaun yang para vendor nak bagi. Kalau bagi harga runtuh kan bagus. Tak keharuan para shopaholic nanti.

Aku? Haruslah excited. So far belum pernah missed lagi event ni. Harapnya siri ketiga nanti tetap dapat pergi. So..ini je info boleh share buat masa sekarang. Nanti kalau ada info kita share lagi ya.

Okay...till we meet again

p/s: Kita share sebab suka..hehehe
Read more ...

Saturday Quotes

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Quotes for today.

It's sad when the person who gave you the best memories, becomes a memory.

*Appreciate everyone who has been nice to you.

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, October 17, 2014

Lamanya Tak Makan Fast Food

Assalamualaikum...

Image: GOogle
Kalau ikutkan, aku ni penggemar fast food tau. Sebab tu la kot kenapa berat aku naik senang je. Maklumlah suka sangat makan fast food. KFC la, Burger King la, Wendy's la tapi MC Donalds aku tak suka sebab tak minat. Hahahah

Hmm..aku kira-kira la kan, macam dah lama je aku tak makan fast food. Ever since bulan puasa sampailah after raya, aku boleh kira kot berapa kali je aku jejak fast food restaurant yang ada kat Malaysia ni. Sebenarnya bukan elok pun makan fast food kan. 

Tapi yang aku perasan, bila dah kurang makan fast food, berat badan senang je nak turun tau. Takde la naik mendadak sangat. Ni pun berjaya la kurang berat. Gitu...bangga pulak tetibe. Eh? Hahaha. Tapi yang sebenarnya aku rindu nak makan KFC. Aku rindu sangat dengan ayam goreng dia. Tapi bila fikirkan yang betapa susahnya aku nak konsisten tak makan fast food, jadi serba salah pulak nak singgah KFC. Adoi la...

Macam mana ni? Teringin tu ye tapi hati kata jangan, otak kata kena elakkan. Hahaha....

Okay...till we meet again
Read more ...

She's Gone

Assalamualaikum...

Selamat pagi...

 미안해요 사랑한다 E.L.F
You own my respect Ryeowook. 

Sorry...mood swing disebabkan beberapa perkara yang terjadi.

Okay....till we meet again
Read more ...

Thursday, October 16, 2014

Bila Mesin ATM Rosak

Assalamualaikum...

Selamat malam. Haih la..bila ada orientation, aku akan memang akan jadi slow update blog. Nak blog walking pun tak sempat. So, memalam ni nak baru dapat aktif sikit.
image: Google

Kat ofis aku ada kemudahan ATM Maybank. Akan tetapi sejak 2 minggu berlalu, pada kiraan aku sejak kes mesin ATM kena godam dek lelaki amerika latin tu, mesin ATM kat ofis aku pun tetibe je jadi offline. Nak jadi cerita, pepagi buta minggu lepas aku ada ternampak kakitangan keselamatan yang pada sangkaan aku hanya aku nampak bila mesin ATM dah kehabisan duit je dorang ada. Selalunya dorang ni akan escort pegawai yang akan letak duit dalam ATM machine tu.


Sejak dari penampakan tu la aku perasan mesin ATM kat ofis aku dah tak berfungsi. Hmm..ni bukan kes rompakan ya kengkawan tapi aku rasa sebenarnya pihak bank amik langkah keselamatan untuk lindungi mesin tu kot. Sangkaan aku je la. Sehinggalah ke hari ini, mesin ATM kat ofis aku langsung tidak berfungsi. Itu sebenarnya masalah kepada kami warga menara tu.

Korang, ofis kitorang ni dah la susah nak keluar masuk atau nak gerak ke sana ke mari. Maklumlah, kalau hendak ke mana-mana pun kena ada kenderaan untuk keluar. Jadi, bila mesin ATM dah takleh berfungsi, manalah nak cekau nak keluar duit kan? Aku pun termasuk la salah sorang.

Hingga hari ni, kengkawan aku terpaksalah keluar dari ofis semata-mata nak cari ATM. Bayangkan tadi kawan aku cuma ada RM1 je dalam poket dia. Nasib ada orientation, boleh juga makan kat event venue sebab ada makanan lebih untuk kami yang handle program. 

So, petang tadi aku ke Shell dengan tujuan nak keluarkan duit. Malang sungguh aku, sudahlah menunggu nak parking kereta dah hampir 5 minit, masuk je kedai Shell tu, mesin ATM Maybank dan CIMB rosak la pulak. Aiseh, sedihnya. Dalam tangan cuma ada berapa puluh hengget je ni. 

Nampak gayanya aku kena jugalah pergi ke Maybank sendiri untuk withdraw duit. Haih, bila mesin ATM rosak ni, memang pening aku dibuatnya. Ke sekarang ni memang musim ATM machine rosak ek? Erk?

Okay....till we meet again
Read more ...

Shawl Sponsor

Assalamualaikum...

Dah tengok entri Wordless Wednesday semalam? Haa..inilah shawl yang aku nak bagi tu. Punyalah payah aku nak share kan. Dari last week nak share tapi aku pulak demam. So, hari ni aku share gambar dan kedua-dua shawl ini bakal aku post ke bakal pemilik esok ya.

Yes, hari jumaat baru dapat buat pengeposan. Maklumlah, pejabat pos jauh benau. Kena drive kuar waktu rehat. Hari ini tak sempat sebab ada orientation. So, time rehat memang kuarantin kat ofis je. Jadi, buat bakal pemilik shawl ni, dah dapat nanti jangan lupa bagitau aku ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Quotes of the Day

Assalamualaikum...

Quotes of the day...

Source: Google

People, don't overreact to something that we are not sure whether it is true or not. Enough to say, please be rational. 

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, October 15, 2014

Wordless Wednesday #2 [15.10.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini.

Siapa bakal pemilik shawl ini? Kita nantikan ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [15.10.2014]

Assalamualaikum...

Wordless wednesday #1 untuk hari ini.


#이동해생일축하해요 #이동해사랑해 #HappyDonghaeDay #HappyBirthdayLeeDonghae

Okay...till we meet again
Read more ...