Tuesday, September 30, 2014

Penat Otak

Assalamualaikum...

Selamat malam. Letihnya hari ni. Padahal berkursus je pun. Tapi jangan ingat berkursus ni senang tau. Kali ini kursus Microsoft Excel intermediate level. Hmmm...yang sebenarnya aku pun tak pasti macam mana aku dapat intermediate level padahal aku rasa aku takdelah arif sangat dengan excel ni.


Cumanya masa aku tanya officer aku, dia bagitau result assessment yang tentukan level setiap candidate. Oooo..gitu ya. Hmm..aku rasa ni sebab cekap menembak jawapan ni. Hahahaha...takdelah, gurau je. 


Since last week, speaker dah bagitau yang Excel Intermediate ni paling susah kalau nak compare dengan advance. Gitu kau...pagi tadi masa mula-mula belajar pun aku dah rasa aga extreme. Tapi, aku sendiri memang sukakan excel. Mungkin korang lagi expert excel daripada aku kan. Aku ni, mana pernah pergi kelas komputer ke, microsoft ke sejak aku sekolah sampailah dah dewasa ni. Tapi aku suka explore microsoft. Explore sendiri..try and error. Best walaupun kadang taktau apa jadi kat segala yang aku explore tu.


So..sampai petang tadi, aku dah rasa makin suka sesangat dengan excel tapi penat la otak sebab banyak formula and function nak kena ingat. Pastu nak kena faham satu hal lagi. Esok masih berbaki nak habiskan lagi 2 section. Huiiii.....

Penat penat..penat otak, rasa letih sesangat. Ni ada yang tidur awal juga ni kang. ahahahah

Okay...till we meet again
Read more ...

CPUV Nuffnang Di Akhir September 2014

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. *Entri masih auto publish. Tuan blog kan tengah berkursus..hehehe.

Okay...ni baru perasan sebenarnya yang CPUV baru diberi oleh pihak Nuffnang. Alhamdulillah...ada juga masuk saat-saat akhir bulan September ini. Ingatkan dah tak nak masuk. Rupanya masih ada rezeki. 

Alhamdulillah..walaupun income takdelah banyak tahap blogger lain yang capai 4 angka, tapi dengan jumlah 3 angka pun dah boleh buat aku sebagai blogger yang nan-hado ni tersenyum. Tak gitu? Kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Macam kita menabung la juga kan. Mana ada menabung terus jadi banyak.

Pada yang selalu merungut tak dapat CPUV, tak mengapa. Korang boleh usaha cara lain. Oh ya, selain daripada CPUV, apa kata korang kuatkan income kat CPC tu. Lagi ramai yang klik iklan kat blog, lagi banyaklah peluang untuk jana income. Tapi awas, jangan klik iklan burung biru dah la ya, melainkan korang boleh tarik orang untuk sign up burung biru tu. Haa..dapat juga earning. Burung Biru yang aku maksudkan tu, Churp Churp ya kengkawan.

Kalau dah hantar tiket kat Nuffnang tapi dapat jawapan yang kurang memberansangkan, tak mengapa, dia nak suruh kita usaha kuat lagi tarik advertiser atau mungkin korang boleh cuba platform pengiklanan yang lain. Banyak je sebenarnya cuma Nuffnang ni antara yang leading kat Malaysia dan boleh kata antara paling senang nak faham step dan strategi, tu yang ramai stick to Nuffnang for years. Contohnya aku sendiri.

Aku tak berani la nak jamin korang sign up Nuffnang boleh terus dapat CPUV, tapi aku takkan cakap korang tertipu dengan Nuffnang. NO...korang takkan tertipu. Apa yang penting ada usaha dan keinginan yang tinggi. Aku boleh tengok contoh seperti blogger Yumida yang dah banyak kali juga cash out earning Nuffnang beliau. Jujur aku kagum sangat dengan Yumida. 

Macam aku cakap, janji ada keinginan. Kita ni yang masih lagi baru dalam dunia blog ni tak bolehlah nak cepat berjaya macam blogger yang dah otai tu. Mula-mula bertatih, itu perkara biasakan. Aku sendiri pun amik masa bertahun baru dapat jumlah CPUV yang agak kerap dan konsisten setiap bulan. Tapi kena banyak keje sikit la.

Baik..tak mahu bebel banyak dah. Apa pun, terima kasih Nuffnang sebab bagi CPUV lagi. Semoga masih lagi dapat CPUV untuk masa hadapan.

Okay...till we meet again
Read more ...

Berkursus Lagi

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Sorry semalam langsung tak update. Mak tak sihat, jadi semalam agak sibuk sedikit. Masuk ofis pun lambat..amik time off. Nasib boss faham.


Hari ni dan esok aku berkursus lagi. Maklumlah, dah hujung tahun, kena juga lengkapkan training hours. Kang macam tak aci je, jaga training tapi training sendiri tak cukup. Hmm...tak mo tak mo. Minta maaf bebanyak ye...sedang cuba adjust masa untuk blog walking dalam seminggu dua ni. 


Sejak sakit perut dua minggu lepas lagi aku perasan aturan blogging aku dah macam kelam kabut sikit. Hmm...sorry ye kengkawan. Nanti aku kunjungi blog korang ye. Jangan serik datang blog ni dah la ya. 


Oh ya, kepada peserta giveaway Kak Mia Liana yang dah follow blog ni, thank you ya semua. Nanti aku balas kunjungan dan follow back blog korang ya.

Okay...till we meet again

p/s: Entri auto-publish lagi
Read more ...

Sunday, September 28, 2014

Teaser

Assalamualaikum...

Sorry korang. Tuan blog busy melampau sikit beberapa hari ni. Sebelum baca entry baru, jom tengok gambar teaser ni dulu.
Entri penceritaan akan menyusul kemudian ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, September 26, 2014

The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum...
Rules:
1) Thank the person who nominated you.
2)Provide a link to the person's blog.
3)write 7 Facts about yourself.
4)Nominate 15 bloggers to the Versatile Blogger Award.

Dah lama sebenarnya kena tag dengan Kak Idah kita ni tapi baru sekarang buat. Eh..ada sorang lagi tag aku tapi tak ingat siapa. Kalau yang tag aku tu, ni jawapannya ya.

7 Facts about me:
1) Nearly to 3 series. Bukan remaja lagilah kiranya.
2) Suka sangat dengan blog. Dapat luahkan segala yang ada dalam kepala. Tapi setiap yang aku cerita tetap ada limit. Hal yang terlalu sulit memang tak cerita. Aku tak berapa suka bercerita tentang orang (mengutuk). So...apa yang aku tulis dalam blog aku ni korang pun nampakkan. More to cerita biasa-biasa je. Sorry..aku tak berapa suka luahkan segala perasaan dalam blog because it is dangerous. 
3) Minat Westlife since 1999, Inteam since 1999, F4 since 2000, Super Junior 2009. Semua kumpulan lelaki kan, sebab aku tak berapa suka tengok perempuan menyanyi menari. Hahaha. Kalau lelaki tu ada la senonoh sikit. 
4) I am not a friendly person. Aku memang lahiriahnya tak mesra sangat dengan orang tambahan dengan orang yang aku tak kenal dan LELAKI. Yes...dalam alam maya je nampak ramah tapi kat real life memang kena minta maaf awal-awal, aku tak peramah..unless orang tu terlebih dahulu tegur, then baru aku reti nak berbual.
5) Pencinta ramyeon. Ewah..ni korean food. Aku suka makanan bersup contoh mihun sup, mee kari, soto, ramyeon. Dan paling suka masak sup kalau aku kena masak kat rumah. Tapi takdelah aku ulang masak yang sama je.
6) Suka pada pemandangan terutama langit petang dan langit pagi. Boleh rasa terharu sampai air mata bergenang kalau terlalu hayati pemandangan indah begini. Besarkan kuasa Allah, Dia ciptakan sesuatu tu terlalu indah.
7) Orang yang menjadi prioriti dalam hidup aku, of course mak dan arwah abah. Kedua, always be my twin. Ni 3 belahan nyawa aku. Yes..kalau ada suami nanti pun takkan dapat ganti mereka bertiga ni. Harap maklumlah ya. Hihihi

Sorry...7 facts ni memang aku tak letak yang top secret. Aku tak berapa nak orang terlalu kenal siapa aku. Yang lain-lain tu aku simpan sendiri. Korang boleh kenal aku melalui penulisan aku. 

Aku tak nak ikut last rule tu. Kena tag orang. Aku tak nak tag ya. Biar stop kat sini je. Hihihi.. Nampak sangat takde idea nak tag sapa kan.

Okay...till we meet again
Read more ...

Broga Hill

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Tajuk tu membayangkan perasaan excited aku untuk hari esok. Hihihi

Seronok, excited, berdebar. Yes..I am looking for tomorrow's activity. Dah plan lama. Dah simpan hasrat begitu lama. Selama ni takde orang yang sudi nak teman. Tapi esok Insha Allah, akan jadi kenyataan.

YEAY!!!!!!!!!....semoga segala urusan dipermudahkan. Insha Allah
Image: Google
Okay...till we meet again
Read more ...

Salam Jumaat Saiyidul Ayyam

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat pagi semua. Salam Jumaat Saiyidul Ayyam. Oh ya...hari ni dah 1 Zulhijjah kan? Alhamdulillah, lagi beberapa hari melangkah ke hari Wukuf. Ada yang berpuasa sunat 1 Zulhijjah hari ni? Kalau ada, Alhamdulillah. Syabas ya.

Ehem..entri simple je pepagi ni. Tak nak berat kepala. Ewah... yang bercuti hari ni, happy weekends you all. Hari ni excited sikit sebab ada satu barang nak cari untuk esok punya program. Hehehe..semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, September 25, 2014

Orang Request Voucher Zalora

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Haa..bestnya dapat update blog. Hihihi...
image: Google
Cuba baca tajuk tu. Faham ke tidak? Sebelum ni aku ada share kisah aku dapat voucher Zalora dan voucher tu dah digunakan pun untuk beli bag dan juga baju. Alhamdulillah..rezeki katanya. Bila dah dapat je barang, dalam bungkusan ada 3 keping voucher Zalora. Erk! Banyaknya...

Satu voucher kembar dah cop. Ada lagi dua voucher. Sekali masa bercerita kisah bag yang aku beli daripada Zalora ni, terus member ofis minta voucher tu daripada aku. Kisahnya dia nak purchase sesuatu kat Zalora. Hmm....

Mula-mula fikir tak nak bagi, tapi memandangkan aku sekarang ni kena extra berjimat cermat demi plan 2 tahun ke hadapan, maka, aku dah batalkan segala hasrat nak menyopping (wrong word..jgn tiru okay). So...aku rasa better aku bagi je kat member ofis tu kan. Daripada membazir je voucher tu, baik bagi pada yang memerlukan. Ewah...

Zalora ni kan baik hati, rajin betul bagi voucher. Aku rasa kalau aku beli lagi mesti boleh dapat lagi voucher..tak gitu? 

Okay...till we meet again

p/s: Nak mula blog walking ni
Read more ...

iPhone 6

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Siapa kat sini penggila barangan Apple? Aku? Haruslah tak. Non mampu katanya. Hahaha
image : Google
Okay...sebenarnya nak cakap sikit pasal iPhone 6 yang menjadi buah mulut penggemar gajet ni. Maklumlah, semalam baru je terdengar berita produk iphone 6 yang diseludup di China telah dirampas oleh pihak berkuasa di sana. Diseludup dari Hong Kong pulak tu. Isk isk isk... Gilanya manusia zaman sekarangkan? Punyalah gila dengan gajet Apple sampai sanggup ambil tindakan bodoh begitu.

Oh ya..dah alang-alang cakap pasal iphone 6 ni, tadi aku ada ternampak dalam Groupon pun dah available tau. Harga dalam RM3k++. Berpinar mataku tengok harga. Hmm..xpe lah, duit banyak tu boleh dah nak pergi jenjalan ke Korea. #EH? Hahaha

Haa...korang dah tengok ke ciri-ciri latest iphone 6 yang digembar gembur sebagai terbaik tu. Aku takde nak share kat sini sebab tak pandai nak elaborate ciri-cirinya. Jom klik SINI untuk ketahuinya. Manalah tahu, kot-kot korang pun berminat juga dengan iphone ni dan ada simpan hasrat nak beli. Wow..tahniah la kalau berjaya beli nanti ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Aku Orang Perak

Assalamualaikum...

Hihihihi...sebenarnya tajuk takdelah menggambarkan apa-apa pun. Cuma semalam tonton satu rancangan kat TV1 dan TV Al-Hijrah. Ada pulak bercerita sejarah negeri Perak dan juga bercerita tentang Teluk Intan, Perak.

Hmm..alahai..rindu pulak kat tempat kelahiran aku tu. Tempat lahir dan tempat membesarnya manusia bernama Anim Rashid ni. Heheheh. Tapi disebabkan takde tujuan untuk pulang, makanya hanya dapat luahkan rasa rindu kat dalam blog ni je la.


Haa..aku orang Perak. Orang Teluk Intan tapi kami kat Teluk Intan takde slang atau loghat Perak macam kat Hulu Perak macam Bota, Lambor sana tu. Cara kami cakap pun style KL cakap je. Aku sendiri pun fail sikit kalau bab loghat Perak. Banyak tak faham daripada faham...acane tu?


Siapa kat sini orang Perak? Angkat tangan...hehehe

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, September 24, 2014

Wordless Wednesday #2 [24.09.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ni.



Perhatikan perbezaan setiap gambar tu ya.

Okay...till we meet again

Read more ...

Wordless Wednesday #1 [24.09.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.
The 100th Super Show. Super Junior World Tour In Seoul
Congratulations Super Junior

Okay...till we meet again
P/s: Autopublish
Read more ...

Masih Berkursus

Assalamualaikum...
image: Google

Lately ni agak menyepi sedikit daripada dunia blog. Masalah kesihatan pun ya juga tapi untuk dua hari ni aku menghadiri kursus. Makanya memang tak dapat nak blogging sangat. Kena tunggu balik rumah baru dapat blogging. Tapi kalau keadaan perut masih tak okay, agak slow jugalah blogging jadinya.


Maaf ya kengkawan yang sentiasa rajin datang berkunjung ke blog ni. Begitu juga untuk follower baru blog ni. Insha Allah, akan aku balas kunjungan kalian. Terima kasih banyak-banyak kerana tak jemu datang blog ni. Aku hargai sangat...

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, September 23, 2014

Quotes

Assalamualaikum...

Image: Google
The worst kind of pain is when you're smiling just to stop the tears from falling.

Read more ...

Monday, September 22, 2014

22 September 1956

Assalamualaikum...

Selamat petang. Baru dapat update blog. Perut masih sakit. 
Image: Google
22 September 1956, tahun kelahiran arwah abah. Kalau abah masih hidup lagi, sekarang ni abah dah 58 tahun. Tapi itu hanyalah kalau abah masih hidup. Abah dah pergi tinggalkan kami sekeluarga pada 15 September 2005. Sudah 9 tahun berlalu.

Abah meninggal seminggu sebelum kelahiran arwah yang ke 49 tahun. Takpe..hanya setakat itu yang Allah SWT tetapkan untuk kehidupan abah. Kami redha dan terima ketentuan dengan hati terbuka. Setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. Kita semua ni pun takkan terlepas daripadanya. Cuma masa dan tika je hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bekalan dan persiapan pun belum cukup untuk aku. Yes..aku tahu itu.

Sekadar mengingati tarikh kelahiran abah je. Tarikh yang sentiasa tersemat dalam kotak fikiran. Mana mungkin dilupakan tarikh lahir orang kesayangan kan. Semoga roh arwah abah ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Amin....
Read more ...

Sakit Perut

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Entri ni autopublish. Aku cakap siap-siap je la. Sebab time entri ni publish aku tak sure sama ada aku kat ofis atau pergi klinik atau duduk rumah berehat je. Hmm...
image : Google
Sebenarnya perut aku since hari jumaat lagi. Start sakit petang jumaat tu sehinggalah entri ini ditaip. Aku gagahkan jugalah nak menaip entri baru. Since malam jumaat tu aku dah tak berapa larat nak bergerak. Sakit perut lain macam la. Kalau senggugut tu lain..ini bukan senggugut.

Sakit yang aku sendiri tak pasti tapi rasanya macam perut korang kena pulas macam korang kain basah tu. Pastu rasa macam kena lipat pun ya. Rasa macam kena cucuk dengan benda tajam pun ya. Allah..dia punya sakit sampai tahap aku nak keluar pun tak larat. Acara #Runfie yang patut aku join pagi Ahad pun terpaksa cancel. Cik kembar ajak breakfast kat luar pun aku tak ikut.

Selera makan pun tak berapa nak ada sangat. Maybe sebab sakit jadi, aku rasa serba salah nak makan. Bila makan je sakit perut. Dalam kepala ni dah ada 3 pilihan..samada aku pergi juga kerja esok (tahan je sakit), pergi klinik pagi esok tak pun apply cuti berehat je kat rumah.

Adeh..serba salah aku dibuatnya. Bila nak berdiri lama je aku dah rasa macam berpeluh tahan sakit. Nasib tangan ni masih mampu bergerakkan. At least hidup juga blog ni. So..begitulah ceritanya..aku nak berehat ni.

Okay...till we meet again

P/S: Entri hari ni mungkin autopublish juga kot
Read more ...

Sunday, September 21, 2014

The World Diabetes Day Charity Run & Walkathon 2014

Assalamualaikum...

Selamat petang. Korang rajin tak join acara larian atau jalan kaki? Kalau rajin, meh join ni The World Diabetes Day Charity Run & Walkathon 2014. Acara ni akan berlangsung pada 9 November 2014 di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Kat area mana tu ek? 

Aku ni macam berminat je tapi nak join yang walkathon tu je la. Nak berlari tak boleh dah. Hmm..fee RM30 untuk Men and Women Open. Ahai...siapa yang berminat nak join? Kalau ada geng nak juga aku pegi. Kalau takde geng cam tak best je nak pegi. Hihihi..korang berminat? Boleh klik link INI

Okay...till we meet again
Read more ...

CICD Outing 2014

Assalamualaikum....

Selamat tengah hari semua. Hari minggu ni korang buat apa je? Aku nak share aktiviti unit aku semasa cuti Hari Malaysia haritu. Kami dah plan lama aktiviti ni sebenarnya. Asalnya nak pergi ke mana-mana hotel tapi last kami plan ke Desa Kaloi Farmhouse, Ulu Yam Selangor.

Haa..dekat, kos tak tinggi dan paling penting tak perlu travel jauh-jauh. Lagipun masa tak cukup nak gi jauh-jauh. So...kami bertolak awal pagi ke Ulu Yam. Tak konvoi pun...masing-masing gerak dari rumah dan aku, Ridzuan dan Kelly bertolak dari ofis sebab kami carpool.

Nak jadi cerita, disebabkan kami ni langsung tak pernah sampai ke Desa Kaloi tu, sesat barat kami sampai ke mana-mana Waze bawa kami. Hampeh sungguh waze kali ni. Tanya orang tempatan pun tak jumpa juga jalan. Last last...aku call Kak Aida tanya jalan. Alhamdulillah...jumpa juga. Sampai je, terus bawa barang-barang naik ke rumah. Dalam hati ada sedikit gentar takut kena bebel dengan Kak Ida dan Kak Ina sebab kami sampai lambat. Hihihi

Tapi, akak akak tu cool je sebab faham kami langsung tak pernah sampai situ. So...take 5 kejap untuk breakfast dan lepas tu terus je buat keje. Haa...kami plan macam-macam nak masak. Paling best sebab ada BBQ session. Gitu...makanya kami bergotong royong siapkan bahan-bahan masakan. Sama-sama buat kerja kekdahnya. Daripada pemerhatian aku, dah bukan macam piknik tapi dah macam nak kenduri kesyukuran adalah. Hahahah...



Menu yang jadi pilihan untuk BBQ kami ialah, ayam, ikan, daging dan juga kambing. Selain tu, ada baked potato, daging salai masak lemak, frankfurter, ulam-ulaman, buah-buahan, nasi putih dan nasi butter, kacang kuda buat kudapan dan ais kacang. Menu breakfast pun pelbagai juga tau. Ada sandwich, nasi lemak dan kuih-muih. Haa..banyakkan? Memang sebiji macam kenduri.

Time nak makan ni yang best. Disebabkan menu kami sangat banyak, jadi rambang mata nak makan mana satu. Seronok tengok budak-budak makan sebab perut lapar lepas berendam dalam kolam. Kami yang dewasa je tak sempat nak berendam..maklumlah busy buat kerja.

Aktiviti makan kami berlangsung sampai ke petang sambil tu bungkus membungkus untuk bawa balik. Banyak betul makanan sampai ke tapau. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar walapun terpaksa drag masa balik dari waktu awal yang dijangka. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan pulang juga dipermudahkan Allah. Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim kami sesama anggota unit. Semoga kami dapat anjurkan lagi aktiviti begini dimasa depan. Insha Allah.

Oh ya...gambar rumah ni nanti aku share kat entri lain ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Saturday, September 20, 2014

Queen Elsa!!

Assalamualaikum...

Hehehe....Masih lagi meroyan sebab Super Show 6 Seoul. Maaflah ya. Hari sabtu yang ceria lagi gembira ni, aku nak share sikit gambar Queen Elsa versi lelaki pulak. Kalau sebelum ni aku share gambar Princess Anna versi lelaki kat SINI, kali ni kita layan pulak Queen Elsa versi lelaki.

Eh..korang jangan terkejut lagi termuntah ya. Aku yang tengok pun ada juga rasa nak lempang laju-laju. Hihihi..nak nangis pun ya juga. Tapikan, bila tengok gambar Queen Elsa ni, tetibe je rasa nak tonton Frozen..eh? Gitu sekali










Credit as tagged

Sorry kalau terganggu dengan watak Elsa pelbagai versi. Ahahahaha

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, September 19, 2014

Kedudukan Ranking Alexa Terkini

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Kerja keras nampak sikit hasil. Kedudukan terkini blog Ainim Rashihah ni..ada kat SINI. Syukur..walaupun rasa nak pecah kepala dok fikir idea nak update blog tapi adalah juga nampak hasilnya. 
Masih jauh lagi perjalanan nak sampai ke tahap yang diinginkan tapi masih boleh tersenyum sebab ada juga perubahan. Korang, thank you so much kerana bantu aku untuk naikkan ranking blog. Macam mana bantuan korang? Dengan kerajinan dan tidak jemu korang singgah bertandang ke blog picisan ni yang bantu aku untuk perbaiki ranking.

Oh ya..kedudukan sebelum ni ada kat SINI. Aku harap dapat tunaikan harapan Kak Mia Liana untuk lihat kami berjaya dengan blog masing-masing. Insha Allah, akan aku usaha sebaik mungkin.

Okay...till we meet again
Read more ...

The Show Is Begin

Assalamualaikum...

Hua hua hua...takde nak nangis pun tapi nak cakap aku jeles. Hahahah.. Jeles aku bukan dengki lakhanat ke apa. Sekadar jeles dengan kengkawan ELF yang dapat saksikan first stage Super Junior World Tour 6 Super Show 6 yang akan berlangsung petang ni di Seoul, Korea Selatan.
Alahai....sekejap je rasa. Macam baru je lagi pergi Super Show 5, tengok-tengok dah Super Show 6 rupanya hari ni. Wahhhhh..bestnya. Seronoknya ELF yang pergi hari ni.

Harap SJ akan memberikan persembahan yang terbaik dan bertenaga walaupun tau dorang memang tak cukup rehat tu. Hahaha..Tak sabar nak tunggu fancam aksi SJ hari ni. Apa yang aku boleh jamin, mesti ada aksi yang akan buat fans pecah perut gelak sebab SJ kan, bila masa je dorang ni tak kelakar. Dorang nampak berkarisma bila time menyanyi je kot. Selain tu, aku rasa tengok dorang memang nak gelak je. Haih...

Sorry...lately ni aku meroyan bab SuJu dalam blog ni. Maklumlah dah 2 tahun menyepikan dorang ni. Aku pun ikut sepi juga. So..sesekali aku nak meroyan, korang maafkan je la aku ni ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Bloggernista Dating

Assalamualaikum....

Ahahaha..bagi aku gelak dulu boleh? Aku pun tak faham kenapa aku letak tajuk begitu. Apa yang aku tahu aku blurr nak letak tajuk apa. Boleh? Asal ada tajuk la ya.


Last week, hari Ahad, aku, blogger Dayang Deno dan Sally Samsaiman ber-dating bersama. Kisahnya kami plan sebab Deno dah datang KL. Korang tahukan Deno duduk di Terengganu. Dah alang-alang Deno ada kat KL ni, eloklah kami berjumpa. Last jumpa pun awal tahun haritu. 



Kami set untuk berjumpa di Dubu-Dubu, NU Sentral, Kuala Lumpur. Dubu-Dubu ni aku yang pilih. Lagipun Sally kan sama je ngan aku, kaki makan makanan korea. Hahaha. Sally sampai dulu, pastu baru dan Deno serta kakak beliau, Hana. 

Sampai je terus cari tempat duduk. Dah duduk, dah order, apa lagikan...berbual sepuas hatilah. Dari satu isu ke satu isu. Ala..perempuankan, kerjanya suka bergosip tapi kami gosip secara sihat. Kisah retis? No no no...tolak tepi. Aku bukannya tahu kisah retis kat negara kita ni. Hahaha..baik aku baca berita lagi sihat sikit otak ni.


Macam-macam yang kami bualkan sambil bergurau senda sebab lama tak jumpa. Membahan sesama sendiri pun ya juga. Haa..kemain lama kami dating sampai tak sedar hari nak malam. So...aku tak nak cerita banyak..korang layan je gambar ni ya.









Okay...till we meet again
Read more ...

Nuff Ads