Sunday, August 31, 2014

Merdeka Ke-57

Assalamualaikum...
Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia.
Mari kita bersama berusaha dan berganding bahu
Mengekalkan keamanan yang telah dicapai
Lebih 5 dekad yang lalu
Mari kita bersama berusaha dan berganding bahu
Meningkat semangat jati diri dan patriotik
Mari kita bersama berusaha dan berganding bahu
Mengekalkan keharmonian hidup masyarakt majmuk
Mari kita bersama berusaha dan berganding bahu
Menjadikan Malaysia negara yang maju dari segala genap dan ruang

Malaysia...Tanah Tumpah Darahku
Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Read more ...

Saturday, August 30, 2014

Geng Terjah Beraya Vol 2 - Part 2

Assalamualaikum...

Kali ni Part 2 pulak ya. Part 1 kat SINI. Setel je raya kat rumah Kak Faizah, kami teruskan destinasi ke seterusnya di Kajang pula. Kali ini rumah Kak Aida. Haa..rumah kak Aida ni antara yang paling aku tunggu. Sebab apa tau, sebabnya ada kat SINI. Kali ini kak Aida raya berdua dengan suaminya. Haa..

Perjalanan dari Gadong tu ke Kajang tu takdelah jauh mana bagi aku sebab kami ikut jalan yang tak berapa nak jem. Dirumah kak Aida, kami dihidangkan dengan mihun goreng dan kuih raya. Sedap betul kak Aida goreng bihun. Ikut hati nak tambah lagi tapi memikirkan ada lagi dua buah rumah belum terjah, batal hasrat. Kalau ikut muka tak malu nak minta tapau balik. Hahahah


Tengok je la gambar kat atas tu, kami makan ais kerim Malaysia. Ko hade? Hahaha..sedap wei. Lama betul tak makan ais kerim Malaysia ni. Serius aku suka. Enjoy sangat makan bawah terik mentari gitu. Actually, masa ni kami dah nak bergerak ke destinasi seterusnya iaitu rumah boss kami, Pn Anisah.

Kat rumah Puan pulak kami dijamu dengan serawa durian, bihun goreng dan juga sambal tumis udang petai. Wow...meriah betul makanan kat rumah boss. Banyak gile. Kat sini aku dah start makan makin sikit. Perut dah makin kenyang ni. Rasa baju tu sendat pulak tetibe. Hahahah. Sebelum kami bergerak ke rumah terakhir, apa lagi, snap photo dulu. Itu kan wajib.

Haaa...kat bawah ni rumah terakhir, di USJ. Rumah Cik Huda. Actually, Cik Huda supposedly ikut kami sekali berjalan raya tapi last minute cancel. Tapi rumahnya tetap kami pergi sebab dah berjanji. Kat rumah cik huda kami tak stay lama sangat sebab masing-masing dah kepenatan. Apatah lagi mengharung jem gila babas kat Federal Highway.  

Kat rumah cik huda pula kami dijamu dengan lasagna dan mee rebus. Best...walaupun kenyang dah perut tapi makan juga sebab dah sedap. Hehehe. 
Maka, dengan berakhirnya sesi jelajah kami ke rumah Cik Huda, selesai sudahlah program kami hari itu. See...penat sungguh muka masing-masing. Aku sendiri balik tu kena migraine. Nasib dah selesai program. Agaknya sebab penat sangat kot.
Alhamdulillah, program kami berjalan lancar. Allah dah bantu untuk mempermudahkan. Semoga kami akan kekal bersama dan dapat buat lagi program macam ni tahun depan. Insha Allah....

Okay...till we meet again
Read more ...

Ke Kenduri La Kita

Assalamualaikum...
image: Google
Sekarang ni aku dah bersiap-siap nak pergi kenduri. Kenduri apa? Kenduri kahwin kawan baik aku kat ofis. Alhamdulillah, dah sampai jodohnya. Tak sabar nak tengok wajah seri pengantin baru. Hehehe


Korang pulak apa plan hari ni? Haa..lepas kenduri aku ada nak pergi Shah Alam, ada hal sikit. Biasalah weekend kan penuh aktiviti. Kang melepet kat rumah tambah lemak pulak. Takmo takmo. Hahaha

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, August 29, 2014

Berhati-hati Dengan Cubaan Mencuri Kereta

Assalamualaikum...

Kejadian ni baru sahaja terjadi kepada aku sebentar tadi di Tesco Selayang. Aku dan seorang rakan seunit telah pergi ke Tesco Selayang untuk membeli barang keperluan untuk aktiviti unit. Selesai membeli, kami terus menuju ke kereta.

Sebelum sampai ke kereta dalam jarak beberapa langkah, aku ternampak kelibat lelaki dari arah kereta aku masuk ke kereta yang berada di belakang kereta aku. Kereta tersebut ialah kereta kenari berwarna putih. Apabila tiba di kereta, seperti biasa aku tekan button alarm untuk buka kereta. SUDAH menjadi TABIAT aku untuk sentiasa perhatikan keadaan kereta aku sebelum meninggalkan kereta dan apabila datang kembali ke kereta aku. YES, aku amalkan ia supaya aku tahu perubahan dikereta aku. Sebab itu aku tahu condition kereta aku dengan terperinci.

Hendak dijadikan cerita, aku melihat ke arah pembuka pintu kereta bahagian drive dan amatlah terkejut apabila mendapat bahagian pembuka tu seperti telah diumpil oleh seseorang. Bahagian untuk masukkan kunci pun ada kesan calar dan cat kereta yang tertanggal. Aku cuba untuk pegang bahagian tu dan secara tiba-tiba alarm kereta berbunyi. SAH, ada cubaan untuk mencuri kereta aku. Bahagian tu masih lagi terkopak.

Apa yang aku dan kawan lakukan ialah memerhatikan dahulu keadaan sekeliling manalah tahu ada yang mencurigakan dan YA, dua lelaki yang aku sebut menaiki kereta kenari putih tu berada di dalam keadaan yang sangat mencurigakan. Apa yang aku dan kawan aku lakukan ialah dengan segera memasukkan barang ke dalam kereta (aku yang buat) manakala kawan aku memerhatikan kedua-dua lelaki berkenaan. Jelas kedua-dua lelaki berkenaan nampak amat tidak selesa dengan pandangan kawan aku dan cuba untuk menutup cermin depan kereta tersebut dengan sesuatu. Apabila selesai memasukkan barang, sekali lagi aku pula perhatikan dengan pandangan yang tajam. Ikut hati yang curiga, aku nak keluarkan steering lock dari kereta tapi nanti ada pula yang kata aku cuba menuduh mereka.

Mungkin kerana pandangan mata aku memang menakutkan dan macam nak makan orang, si pemandu tersebut yang masih nampak mencurigakan terus memandu kereta keluar dari kawasan parking DAN tetibe je hilang dari pandangan kami. Aku syak mereka masih dalam kawasan parking berkenaan tetapi mungkin meletakkan kereta ke tempat yang lain. Sambil memandu keluar dari kawasan parking aku masih cuba mencari sekuriti yang ada tetapi hampa. Tiada seorang pun pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan parking. HAMPA.

Aku terus memecut keluar dari kawasan Tesco Selayang dan pulang semula ke pejabat dalam keadaan yang sangat berwaspada. Setiap kereta yang berada disekeliling aku perhatikan. 

Pengajaran yang aku dapat hari ini ialah 
-sentiasa pastikan kereta berada di dalam keadaan baik terutama alarm kereta. Sekiranya ada cubaan mencuri kereta seperti ini alarm akan dapat berbunyi dan menakutkan si pencuri. 
-Pastikan ada extra safety action seperti memasang steering lock agar cubaan dapat dipatahkan. 
-Pastikan keadaan didalam kereta terutama dibahagian tempat duduk tiada barang yang boleh membuatkan orang curiga. Waima bungkusan plastik pun pencuri akan ingat barang berharga.
-Pastikan kalian terutama wanita tidak keluar berseorangan demi memastikan keselamatan anda terjamin. At least kalau ada kawan, sebarang kejadian ada yang boleh membantu.
-Pastikan keadaan sekeliling tidak mencurigakan. Sekiranya mencurigakan, cepat beredar dan jika keadaan membahayakan, terus pandu ke arah balai polis yang berdekatan
-Cuba aim orang yang mencurigakan dan kalau boleh catatkan nombor plat kereta yang mencurigakan. 
-Pihak pasaraya, tolonglah pastikan sekuriti di premis anda sentiasa dalam keadaan siap siaga. Bila jadi seperti yang berlaku kepada aku tadi, tiada siapa yang boleh dicari untuk minta pertolongan.
-Pihak pasaraya, kalau boleh pastikan ada CCTV dikawasan letak kereta agar keselamatan kereta visitor sentiasa terjamin.

Apa yang berlaku hari ini adalah satu pengajaran buat aku supaya lebih berhati-hati dan tidak panik bila terjadi kejadian seperti ini. Alhamdulillah, Allah SWT masih pinjamkan lagi kereta itu kepada aku. Alhamdulillah, keselamatan aku dan kawan masih terjamin. Alhamdulillah, perjalanan pulang aku dan kawan tadi dipermudahkan. Syukur ya Allah syukur. 

Kalau korang nak share post ni, silalah share sebagai peringatan buat kengkawan kita diluar sana. Make sure korang tak pergi ke mana-mana shopping mall bersendirian demi keselamatan unless korang memang pakar bab pertahanan diri.

Wallahualam...
Read more ...

Nak Buat Business Card

Assalamualaikum...
image: Google

Selamat pagi. Sebenarnya aku ni tengah mencari designer nak buat business card. Khas untuk blog ini. Dah lama sebenarnya nak buat tapi sekarang baru berkesempatan nak buat. Adeh..punyalah lama mencari tapi tak jumpa juga yang sesuai.

Teringat kata-kata seorang rakan blogger, kita ni kalau pergi mana-mana kena ada business card. Nanti senang orang nak contact dan cari kita. Yes, aku ingat pesanan tu cuma sebelum ni tak menyempat nak mencari. Seronok pulak tengok kengkawan blogger lain ada business card tapi aku je takde lagi.

Korang tau siapa-siapa yang boleh tolong buatkan business tapi reasonable price la. Kalau ada bagitau la aku ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, August 28, 2014

Rindu Pada Langit Petang

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Take 5 kejap. Nak update blog kejap je ni.


Sebenarnya aku rindu sangat nak melihat keindahan langit petang. Tapi bukan yang macam sekarang ni penuh dengan jerebu. Tapi nak lihat langit cantik macam yang kat gambar ni la. Rasanya tahun lepas, aku selalu juga jogging petang-petang di taman dekat PICC. Bertuah jugalah dapat lihat pemandangan langit yang indah macam ni. Subhanallah, cantik sangat. Terpegun. Hilang letih berlari, sejuk je mata memandang. Hilang stress, hilang segala duka lara dalam hati.

Tapi, memang dah lama tak nampak langit sebegini. Mana hilangnya? Ke sebab aku dah lama tak pergi taman tu? Hmm...tapi apa yang paling pasti aku rindukan kamera handphone HTC aku yang rosak tu. Kamera tu la yang bantu aku snap gambar dengan cantik. Aduhaiiii

Okay...till we meet again
Read more ...

Lawak Santai Hari Khamis

Assalamualaikum...

Jom rehat sebentar...nak gelak bagi hilang stress jap.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CAK!!!

Hahaha..sumpah aku gelak masa mula-mula tengok gambar yang kat atas ni. Aku takleh bayang kalau yang berjalan dengan mata macam tu. Mau semua aku langgar. Hahaha

Okay...till we meet again
Read more ...

Buat Tutorial Shawl?

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Alhamdulillah, masih mampu bersiaran lagi. Tajuk tu macam poyo je kan. Hek eleh, orang lain dah berzaman buat tutorial. Aku je yang nak kecoh. 
image : Google
Begini, aku ni kan pemakai shawl yang tegar. Jadi, rajinlah juga up gambar kat instagram. Oh ya, memang aku tak private instagram aku tu. Takdelah kerap sangat dok up gambar selfie. Rasanya sejak usia makin meningkat ni, aku rajin up gambar makanan.


Tapi, nak dijadikan cerita, lately ni aku ada la juga up beberapa keping gambar aku pakai shawl, sekadar nak share info mengenai shawl ni. Sekali ada pula yang minta buat tutorial. Hmm...sebenarnya dah ramai juga yang minta aku buat tutorial tapi aku memang tak pernah buat untuk tontonan umum. Aku cuma buat tutorial khas untuk kengkawan terdekat. Time tu nak amik video ke, nak amik gambar ke suka hatilah. 


Aku lagi selesa macam tu. Segan sebenarnya nak bagi orang tengok video. Tapi bila ada yang request nak minta ajar ni, kesian pula rasanya. Nantilah aku pertimbangkan untuk buat tutorial. Tutorial yang paling basic untuk pakai shawl cara aku la ya. Korang tunggu je la ya. Kalau aku buat video, cuma akan upload kat blog ni je. Gitu..eh?!

Baiklah..jumpa kat next entri. Cerita pagi ni dah selesai

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, August 27, 2014

Segmen Mrs. Mustache Bloglist

Assalamualaikum...

Argh..kita kena tag dengan mentor kita Kak Mia Liana. Hahaha..dah jom join.

Jom join segmen ni. Simple je segmen ni tapi kenalah tag kengkawan. So, ni siapa nak aku tag ni? Baik korang serah diri sebelum aku tag. Hahaha..

Mereka yang bertuah tu ialah Mama Amir, Asha Lya, Maria Firdz, Cik Akak, Dayang Deno dan Kak Farah Bubblynotes. Haa..amik..ramai aku tag ni. Nanti aku inform mereka-mereka yang berkenaan ni ya.

Thanks Kak Mia, tag saya.


Okay...till we meet again
Read more ...

Internet Bermasalah

Assalamualaikum...
image: google
Aku je ke yang rasa begini? Ke korang pun hadapi masalah yang sama? Internet line kat rumah ni macam ada masalah pulak malam ni. Dari petang tadi sebenarnya dah nampak ada problem.

Tadi, ada sorang member yang duduk Putrajaya ni pun bagitau masalah yang sama. Isk isk..pening dibuatnya. Nak blogging pun payah juga. Hai la..takkan nak kena tutup buat kali ketiga. Tadi dah try restart sebab sebelum tu langsung tak boleh connect.

Hmm...kalau malam ni tak dapat blog walking, malam esok aku buat ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Bebas Palestin

Assalamualaikum...
Image: Google
Kali ini nak cakap perihal gencatan senjata Palestine yang telah berjaya dicapai dengan rejim zionis. Alhamdulillah, rakyat Gaza kini dapat kembali hidup tenang. Syukur ya Allah syukur. Aku pun tumpang gembira dengar khabar ini. 

Apa yang perlu dilakukan untuk bangunkan semula Palestine, khususnya Gaza yang dimusnahkan oleh zionis laknatullah tu. Sekarang ni dah banyak NGO termasuk dari negara kita yang memberikan bantuan daripada pelbagai sudut. Kalau korang nak menderma pun boleh hubungi pihak Aman Palestin, Aqsa Syarif dan banyak lagi.

Cuma dari tadi aku mendengar lagu BEBAS PALESTIN nyanyian gabungan nasyid tanah air seperti Inteam, Saujana, Rabbani dan Nowseeheart. Aku sendiri pun masa dengar lagu ni baru je dapat tahu mengenai gencatan senjata tu.

Jom hayati lirik lagu ni
Bebas Palestin

ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikan penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara

Sumber: SINI

Wallahualam
Read more ...

Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Ke-57

Assalamualaikum...


Kita dah pun berada di ambang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara yang ke - 57 yang bakal kita sambut pada 31 Ogos 2014 iaitu hari Ahad ini. Sempena dengan sambutan ini, satu logo baru telah diwujudkan beserta dengan rasionalnya sekali. Jom baca jap...

Inilah logo untuk tahun ini. Sumber : SINI

Cuma tahun ini sangat sayu buat aku sebagai seorang rakyat biasa. Dengan beberapa peristiwa tragis yang terjadi kepada negara kita dan beberapa ancaman keselamatan didarat, dilaut dan diudara. Jujur cakap, ingin aku tanyakan, benarkah kita sudah betul-betul merdeka? Soalan ini aku tinggalkan untuk kita semua renungkan bersama. 

Apa yang aku harapkan, keamanan, kebahagian, kemerdekaan yang kita kecapi ini tidak akan sewenangnya dirampas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Pentingnya semangat patriotik dan sayangkan tanah air tercinta, perlu sentiasa tersemat pada diri.

Sekian...

Read more ...

Geng Terjah Beraya Vol 2 - Part 1

Assalamualaikum...

Raya dah habis dah oi. Tapi aku nak juga share dengan korang kegembiraan aku beraya dengan kengkawan Geng Terjah. Apa tu? Baca kat SINI.

Seperti yang dijanjikan, kami memulakan perjalanan raya kami pada hari Ahad tu. Tapi sedikit lewat atas sebab-sebab tertentu. Kami konvoi tiga kereta dari Putrajaya manakala seorang lagi kawan kami dah standby tunggu di Negeri Sembilan. Rumah pertama kami ke rumah Khairun Khalik a.k.a. KK. KK ni officer baru kat unit kami. Bulan Jun lepas dia masuk. Rumahnya di Bandar Baru Sendayan. Masa ke rumah KK aku yang lead tapi guna waze je la. 




Kat rumah KK, kami dihidangkan dengan nasi lemak, rendang ayam dan bubur jagung. Selain tu ada juga buah oren sunkist dan juga brownies. Waa...sedap sangat makan tau. Dah la masing-masing memang simpan perut nak makan time beraya, apa lagi, memang best la makan.
Selesai di rumah KK, kami berangkat ke rumah seorang lagi kawan kami, iaitu Kak Faizah tapi kami panggil kak Hello Kitty. Eh? Hahaha. Bos aku yang dok panggil camtu dulu, kitorang ikut je. Rumah kak Faizah ni special sikit sebab kitorang awal-awal dah request nak roti cap azan. Kalau orang Negeri Sembilan mesti tau. Aku yang dok Putrajaya ni pun tau. Kitorang request nak roti lutut sebab kat KL ni susah benau nak dapat roti lutut keras ni. Selain roti lutut tu, kak Faizah juga sediakan makaroni bakar. Sedapnya la hai...

Berborak berbual, tibalah masa untuk kembali ke KL. Oh ya, terjah raya kami tak habis disitu. Sat lagi aku up entri part 2 ya.


Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, August 26, 2014

Bi Bap Korean Food @ NU Sentral

Assalamualaikum...

Dah tidur ke? Malam ni nak up sikit gambar makanan. Entri ni dah terpendam lama. Tuan blog busy tak bertempatkan. Kesian gambar ni.


Kalau korang biasa kunjungi blog ini, makanan korea adalah antara yang selalu aku share dalam blog ni. Kalau korang perasanlah. Kegilaan aku dan cik kembar kepada budaya dan makanan korea memang tak dapat disangkal lagi. Gitu..


So..demi untuk merasai keenakan makanan korea yang ada kat Malaysia ni, kami singgah ke Bi Bap Korean Food, NU Sentral, Kuala Lumpur. Kalau korang nak masuk ke arah parking NU Sentral ni pun dah nampak restoran ni. Senang nak cari. Betul-betul kat level LG.

Restoran ni sama je dengan restoran makanan korea yang lain cuma ada hidangan yang tak dapat kat Dubu-dubu seperti kimbab tu, boleh dapat kat Bi Bap ni. Range harga masih tak jauh beza pun. Aku try sundubu jigae manakala kembar try rabokki dan juga kimbab. Kembar aku kisahnya dah lama sangat teringin nak makan kimbab. Takkanlah nak pergi Berjaya Times Square semata-mata nak makan kimbab, ye tak?

So, kat bawah ni la makanan yang kami order.



Menarik tak? Tapi sungguh tak tipu, aku lagi suka Sundubu jigae yang ada kat Dubu-dubu sebab tak banyak bawang. Hahaha..aku kan tak suka bawang. Tapi sedap je cuma tang bawang tu je aku lemah. So, korang bolehlah try makan disitu. Ada juga dorang tayang video clip lagu-lagu OST drama korea. Santai la juga.

Okay...till we meet again
Read more ...

Happy Birthday August Babies

Assalamualaikum...

Bersiaran dipetang hari kita ya. Sorry la. Exam habis tengah hari tadi. Tapi hal lain lagi. Hmm..baru dapat ngadap blog. Sihat ke? Alhamdulillah.

Ni cerita semalam. Berkisar pasal birthday celebration. Simple je khas untuk August babies di Unit CICD. Chocolate cake tempat kat Loqman, dan pulut serta sambal jawa dan rendang ayam, mak kak Aida yang buatkan. Alhamdulillah. Rezeki pepagi semalam.

Kek coklat tu sedap tau. Manis pun just nice je. Tak muak pun nak makan. Aku yang tempah kek coklat sebab kalau kek flavour lain nanti aku yang tak makan. Hehehe. Cite pendek je. Warming up la katakan. JOm layan gambar.




Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, August 25, 2014

Pre-Order Album Ke-7 Super Junior

Assalamualaikum...

Okay..kali ini untuk Super Junior fans ya. Dah tengok Super Junior Comeback teaser? Kalau belum tengok kat bawah ni




Dah tengok? Seronok dan kelakar kan? Apa yang pasti, kerinduan kepada leader, Leeteuk confirm terubat. Hehehe. Oh ya, kalau dah keluar teaser, sah-sah la album dah nak keluarkan? Dah order album ke? 


Kalau betul peminat Super Junior, kenalah pre-order album ni. Harga belum dapat lagi tapi kalau nak jadi antara yang terawal dapat album, meh pre-order dulu. Once album is out, nanti akan keluar pula senarai harga. Jadi, takyah fikir banyak-banyak, jom isi form kat bawah ni
7jib
Okay...till we meet again
Read more ...

Berdebar Untuk Hari Esok

Assalamualaikum...
Image: Google
Aku sebenarnya berdebar ni. Esok ada exam. Paper yang paling aku tak pandai langsung. Asyik kena repeat je. Hahaha

Makanya aku busy menelaah dengan kawan aku tapi tak tau la masuk ke tidak kat otak ni. Harap dapatlah tangkap sikit-sikit apa yang kami telaah ni. Hmm..berdebar pulak nak tunggu hari esok. Tah camane la gaya aku jawab soalan esok.

Semoga segalanya dipermudahkan untuk aku dan kawan-kawan lain. Insha Allah..

Wallahualam...
Read more ...

Rainbow Loom.Band

Assalamualaikum....

Pagi ni sangat lambat baru dapat update blog. Actually, tuan blog busy study. Ada exam esok..hehehe. Last minute preparation namanya ni.

Ni kira warming up entry dulu la ya. Nak cite bebanyak tak sempat lagi. Nak fokus study sampai lebam dulu. Tapi sementara tu, jom layan Cra-z-loom Band yang aku buat untuk anak buah aku malam tadi. Beria dia paksa makcik dia ni buatkan benda alah ni.
Okay...till we meet again
Read more ...

Saturday, August 23, 2014

Terima Hadiah Segmen Anjuran Mialiana.com

Assalamualaikum...

Hujan di petang hari. Lewat betul baru sempat nak buka blog. Padahal ada je kerja yang tak setel lagi hari ni.

Okay...kali ini aku nak share hadiah yang aku menang selepas join segmen yang blogger Kak Mia Liana anjurkan. Menang pulak headphone. Apa lagi..lompat bintang 100 kali sebab happy. Aku memang ada hajat nak beli headphone tapi alang-alang dah menang, kira save budget la. Alhamdulillah. Rezeki berblog katanya.

Camane rupa headphone tu? Haa..tengok kat bawah tu. Siap dah pakai terus tu. Test kat pc office. Sound dia sedap giler. Memang puas hati la guna. Hehehe.. Warna tu warna kegemaran. 

Terima kasih kak Mia. Suka sangat headphone ni. Sekarang ni pun tengah guna dok dengar lagu. Hihihi

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, August 22, 2014

Siaran Langsung Istiadat Penerimaan Jenazah Nahas #MH17

Assalamualaikum...
Sekarang ni aku sedang mengikuti siaran langsung istiadat penerimaan jenazah mangsa nahas MH17 telah berlangsung sejak awal pagi.

Tapi aku baru sahaja buka Awani Online untuk ikuti siaran langsung ni memandangkan baru selesai perhimpunan bulanan.

Sedih dan sebak. Itu yang mampu aku ucapkan. Semoga segala urusan berjlana lancar.
Read more ...

Malaysia Berkabung

Assalamualaikum...

Dalam waktu ini kita semakin hampir kepada detik berkabung bagi menghormati jenazah mangsa nahas MH17. Tika aku taip entri ini, mungkin jenazah mangsa dah sampai di Kompleks Bunga Raya, KLIA. Seramai 20 jenazah yang dibawa pulang ke tanah air.

Sebagai tanda penghormatan kepada jenazah, hari ini 22 Ogos 2014 diisytihar sebagai Hari Berkabung. Image kat bawah ini adalah panduan bagi kita yang sedang berkabung.
Sebentar lagi akan berlangsung Perhimpunan Bulanan agensi kami. Makanya pasti akan ada sesi bertafakur juga nanti. Bagi kita yang beragama Islam ni, marilah sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada jenazah yang beragama Islam.

Wallahualam...
Read more ...

Mencari Bedak Benang Sila

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Pepagi lagi dah mencari info mengenai bedak sejuk dan bedak benang sila. Ha? Bedak benang sila? Kalau bedak sejuk tu mesti dah biasa dengar kan? Ni bedak benang sila.

Sebenarnya aku masa duduk kat Perak dulu memang pengguna setia bedak benang sila ni. Arwah Makcik Teh, jiran aku dulu memang pembuat bedak benang sila ni. Aku panggil bedak batu sebab bedak ni keras macam batu. Hahaha. Bedak benang sila ni pun memang banyak dibuat di Perak atau senang cakap, asal dari Perak tapi batu tu asal dari Cina. Itu yang arwah makcik Teh gunalah. Ada dalam dua warna iaitu putih dan pink. Makcik Teh arwahnya suka buat yang warna pink tu. COmel tau.


Tapi bedak ni memang best guna pun. Aku guna setiap hari dari pagi nak ke sekolah sampailah malam nak tido. Bedak ni bila dah guna rasa macam kulit muka tu lembut sesangat. Memang terasa tau dan paling best parut jerawat pun pudar tau. Zaman aku sekolah dulu, muka memang banyak jerawat tapi guna bedak ni memang mujarab untuk hilangkan jerawat dan parut jerawat. Muka pun bersih je.


Tapi bila dah jadi orang Putrajaya ni kan dan sejak arwah Cik Teh meninggal, aku dah tak jumpa langsung dah bedak sejuk atau bedak batu tu. Sekarang ni sejak aku dah makin meningkat umur ni, makin banyak pulak jerawat tumbuh balik. Sampai mak tegur dah muka aku dah berjerawat.

Tetibe aku teringat bedak benang sila ni. Terus cari info dan cari penjual bedak ni. Kalau jumpa aku memang nak beli. Bedak ni kesan dia bukan macam dua tiga minggu macam skincare yang ada kat pasaran ni, tapi kesan dia amik masa jugalah nak lihat but once dah nampak kesan memang rasa puas hati sangat-sangat.


So, kalau korang pun ada kenalan atau tahu mana-mana penjual bedak benang sila ni, harap sangat supaya boleh tolong aku ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, August 21, 2014

Ranking Alexa Merudum

Assalamualaikum...

Tengok tajuk tu je dah boleh agak apa aku nak cakap ya. Ni berkaitan dengan ranking Alexa blog ini. Setelah tak berapa aktif sejak kebelakangan ini, rankin blog ni ikut sama jatuh merudum. Jatuh terduduk pulak tu. Sakit kita. Adeh

Kalau sebelum ini ranking dah cantik naiknya tapi sekarang ni begitulah ya. 999 tu dah macam nombor panggilan kecemasan pulak. Hahaha...tintong tengok ranking tapi apakan daya. Ranking sebelum ini ada kat SINI.

Tapi takpe, inilah kehidupan seorang blogger. Turun naik dunia blogkan. Tak aktif ranking turun la. Gitu. Tapi tak bermakna putus asa, ya tak? Aku akan cuba balik untuk naikkan rangkin yang jatuh ni. Masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan. Oh ya, dalam kepala ni macam ada rasa nak buat segmen je lagi. Macam best je buat segmen. Baik..sekarang nak selidik kelemahan diri.

Okay...till we meet again
Read more ...

Mood Nak Shopping?

Assalamualaikum...

Gaji minggu tapi ada hati nak shopping lagi? Adeh.. apa kes yang landa diri ini? Isk isk isk...ada saka shopping ke apa ni?


Sebenarnya takdelah nak shopping apa pun. Sekadar nak menjenguk-jenguk je dulu. Bukan apa, kalau dah jenguk nanti kalau dapat gaji barulah berani nak 'invest' sikit ke shopping. Itu pun kalau duit gaji ada lebihlah ya. Kalau tak, memang jenguk semata je la. Hahaha

Kalau beli pun sekadar tolong belikan untuk kawan yang mengirim je la. Gaji aku bukannya besar sangat nak shopping sakan tiap-tiap bulan. Kenalah dok menyimpan dulu. Non mampu kita dengan gaji biasa-biasa ni. Oh ya, kebetulan dapat voucher lagi daripada Zalora. So, kalau nak beli pun ada la diskaun sikit. 

Jadi, sementara masih belum gaji ni, marilah kita window shopping secara maya. Gitu..

Okay...till we meet again
Read more ...

Nuff Ads