Thursday, July 31, 2014

Kami Kembar #TeamPink

Assalamualaikum...

Tajuk kemain lagi. Padahal nak share gambar raya kedua kami je. Hahaha..Maaf la ya. Ini kisah raya kedua. Kami pergi beraya ke Shah Alam, rumah abang sepupu. Ye la, itulah antara saudara yang paling dekat. 

Kitorang memang dah plan lama sebenarnya. Syeera blouse yang kami pakai tu beli dekat DeQoya, Seksyen 16, Shah Alam. Memula beli tu saja je la. Tapi dah siap beli tu terus dapat idea untuk jadikan salah satu baju raya. Makanya, teruskan plan cari maxi skirt. Apalagi, pilihan aku daripada The Own Fai a.k.a. FaizuraKhalid. Kisahnya aku try beli maxi skirt ni kat beliau dan skirt ni sangatlah selesa. So, masa kat KLRayaFest haritu, aku belilah skirt ni lagi. Shawl pulak macam biasalah, daripada ShawlByVSnow. 

Sebenarnya, warna pink tu bukan favourite kitorang tapi disebabkan warna syeera blouse tu warna merah darah, so kitorang teruskan je la dengan tema pink. #Teampink gitu tag kat Instagram. Okay juga pakai pink sesekali. Baru nak ala-ala sweet sikit. *Perasan sikit. Lama juga kitorang tak pakai sedondon tau. Selalunya ada je bezanya. Tahun ni saja je nak setema balik. Barulah betul nampak kembarnya kan? Hehehe

Okay...till we meet again
Read more ...

Back To Work!!

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat pagi semua. Kita dah kerja kembali hari ini. Ahaa...tak cuti lama sebab tak ke mana pun. Duduk rumah. Beraya pun setakat ke Shah Alam, rumah abang sepupu. Plan raya Geng Terjah masih dalam perbincangan peringkat pertengahan. Insha Allah, akan berjalan juga nanti.

So, memandangkan hari ni dah mula bekerja dan ramai majoriti orang unit masih bercuti, apa je la aku nak buat sesorang ni kan? kan? Ahai..bosan la sikit. Betul-betul aku, Kelly dan Pn Huda je yang ada. Hmm..nampak gayanya aman gegila aku buat kerja hari ini. INI AKU PALING SUKA. Hahahah

Baiklah..ini update pun pakai phone sajo. Ye la, blogger.com dah kena blok kat ofis. Nak blog walking payahlah sikit ya. Mohon maaf ya kengkawan. Nampak gayanya sesudah sampai dirumah baru dapat blog walking as usual. Harap faham dan tak jemulah nak bertandang ke blog ini ya. Kita update pun samada auto publish tak pun pakai phone kalau sempat.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, July 30, 2014

Hadiah Untuk Anak Buah

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Sejak-sejak cuti ghaye ni, trafik blog pun sendu je. Ye la, raya la katakan. Time ini lah nak bertemu sanak saudara, tak gitu. Apa pun jom cerita-cerita sikit kat blog.

Beberapa hari sebelum nak cuti raya, aku dan kak Ija (kawan ofis) pergi ke IPC. Area Mutiara Damansara. Sebenarnya aku bawa kak Ija pergi beli tudung bawal Aidijuma. So, dah setel kat Aidijuma, kitorang yang masih banyak masa rehat ni jenjalan sekitar D' Curve membawa ke IPC tu ha. Saja je la jenjalan. Manalah tahu boleh shopping baju ke.

Rupanya kat IPC tu baju boleh tahan juga murah-murah belaka. Tambah pula ada sale. So, sempatlah aku beli dua helai baju untuk anak kawan baik aku merangkap kakak unit yang paling rapat dengan aku, Kak Alin. Kak Alin ni officer kat unit aku, tengah cuti bersalin. Apa lagi, baju baby cantik dan comel belaka. Sungguh aku rambang mata. Nasib baby boy, kalau baby girl mauh sume aku shopping wey.

Haa..ni la baju untuk baby boy kak alin. Aku pilih warna biru sebab baby boy kan. Nak pilih warna pink kang, menjerit pula emaknya kat aku nanti. Hahaha. Plan nak bagi ni masa pergi beraya ke rumah kak Alin nanti. Tak sabar nak jumpa anak buah baru. Tak sabar nak gomol pipi anak buah baru. Heheh
Harap kak alin sukalah nanti hadiah ni. Nak gi cari kotak tak pun pembalut hadiah. Balut kemas-kemas baru best nak bagi kat orang kan.

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, July 29, 2014

#OOTD Hari Raya Pertama

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, dah masuk raya kedua pun. Jujur cakaplah ya, aku sebenarnya lagi suka masa diambang Syawal compare to the 1st day of Syawal itself. Jujur cakap, aku suka perasaan nak menyambut tu compare perasaan sedang menyambut tu. Haa..tah kenapa aku pun tak sure la.

Tapi tak bermakna aku tak happy sambut first day Syawalkan. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati Syawal pertama bersama keluarga tersayang. Syukur ya Allah, masih diberi kesempatan. Tiada apa yang aku pinta melainkan melihat senyuman keluarga. 

Oh ya, masih ingat kisah aku tempah baju raya pada minggu kedua bulan Ramadan? Ada di entri INI. Haa..maka hari Khamis lepas, kembar tolong ambilkan di kedai kerana aku ada iftar bersama kengkawan. Nak tahu bagaimana jadinya baju tu? Ada kat gambar bawah ni


Ini baju setelah kaknyah aku tolong jahitkan lace tu. Tinggal nak kemaskan jahitan supaya lace tu terletak cantik je kat baju. Lace tu aku beli di Jakel, Shah Alam. Semeter RM25. Okay la sebab ada sale. Aku tak pernah jahit sendiri lace tau dan inilah pertama kali. Belasah je jahit lace ni. Kira okaylah juga. Takdelah susah mana. Dah siap menjahit, apa lagi. Kita iron dan tinggal nak gayakan saja. 


Beginilah rupanya setelah baju ni siap dipakai. Maaflah ya, tak berapa nak nampak sangat lace tu. Tapi baju ni memang best. Tak panas mungkin sebab kain satin yang aku pilih ni. Beli pun sebab ada sale cuti sekolah di Jakel juga. Kononnya kain tu nak buat kenangan daripada duit advetorial yang aku dapat. Alhamdulillah, dapatlah lihat hasil duit blogging aku. Adalah juga nak dibuat kenangan. Tudung yang aku pakai tu, macam biasalah daripada jenama shawl kegemaran aku, ShawlByVSnow. Namanya VS Sateensilk in Turquoise Blue. Satin juga. Sedap dan tak panas, senang bentuk dan drape beautiful je. Suka sangat.

Aku tak nak tanya cantik ke tak baju yang aku pakai sebab setiap orang ada citarasa masing-masing. Sekadar nak share dengan korang hasil baju yang aku tempah je. 

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk update blog. Alhamdulillah, hari ni berjalan dengan lancar. Macam mana dengan sambutan raya kalian?

Aku hanya beraya di Putrajaya memandangkan cik kembar kena bekerja dipagi raya. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak pergi ke mana-mana tahun ni demi temankan cik kembar. Lagipun sejak arwah De meninggal, tiada istilah balik kampung lagi buat kami.

Tapi seronok juga beraya dirumah sendiri. Walaupun sekadar kami berempat, tetapi meriahnya raya tu tetap dirasai. Apa pun..yang penting mak ada depan mata.

Kepada kalian semua, di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Mohon ampun dan maaf untuk segala salah dan silap sepanjang aku menulis. Mungkin ada coretan yang mengguris rasa, maafkan segala kekhilafan diri. Sesungguhnya yang buruk itu adalah kelemahan diri ini. Manakala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT. Semoga syawal ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Wallahualam...
Read more ...

Saturday, July 26, 2014

Kad Raya Keempat

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah terima kad raya ni beberapa hari lepas tetapi baru je sempat nak update dalam blog. Alhamdulillah, kad raya keempat daripada adik kita, Dayang Deno. Comel tau kad raya Deno. Maklumlah, beliaukan designer dan pandai buat doodle. Tema kad warna pink. Comel gitu

Terima kasih Deno sebab ingat kat akak. Harap Deno pun dah terima kad raya daripada akak. Sebenarnya ada beberapa orang lagi sahabat blogger beritahu dah kirim kad raya buat aku tapi masih belum terima. Tak mengapalah, lepas raya agaknya baru terima.

Okay...till we meet again
Read more ...

Persiapan Raya: Mengemas Rumah

Assalamualaikum...
Image: Google
Bila tiba hari raya ni, antara persiapan yang wajib dilakukan ialah mengemas rumah. Haruslah kemas rumah untuk nampak cantik dan rapi. Ye la, nak sambut tetamu datang la katakan. Kalau rumah tak kemas, tak sedap mata memandangkan.


Sekarang ni sesiapa yang berada dirumah terutama kaum wanitalah yang paling sibuk mengemas. Termasuklah aku ni ha. Sibuk mengemas rumah nak bagi rapi. Bila mula mengemas ni , macam tak tahu nak berhenti kat mana. Kalau boleh, semua nak dikemas. Kalau boleh semua nak bagi terlindung daripada pandangan mata. Kalau boleh, nak bagi sebanyak-banyak ruang kat rumah ni. Apakan daya, rumah tak besar mana. Kenalah pandai mengemas nak bagi minimise segala harta benda dalam rumah ni.


Korang dah siap kemas? Mesti dah ada yang siap mengemaskan. Ada yang nak pasang langsir baru tu. Selamat memasanglah ya. Selamat mengemas. Jumpa lagi di lain entri.

Okay...till we meet again
Read more ...

#SupportGaza Viral

Assalamualaikum...

Isu rakyat Palestin di Gaza masih belum reda. Malah, campur tangan US semakin mengeruhkan keadaan. Biasalah US kan, perasan dorang hebat, perasan dorang paling berkuasa. Kononnya kuasa Veto. Kononnya yahudi laknatullah tu hanya membela diri. Ceh

TAPI dorang ni langsung tak sedar yang masyarakat dunia semakin meluat dengan tindak tanduk mereka. Protes serangan terhadap Gaza semakin meluas. Bukan setakat dijalanan tetapi malah di media sosial pun semakin marak. Terbaru yang aku perasan, hashtag #SupportGaza semakin menjadi viral.

Semalam pun aku perasan #SupportGaza semakin banyak digunakan oleh rakan-rakan Facebook aku. Contohnya "I am ____ from Malaysia, I #SupportGaza. Gitulah hashtag dan ayat yang dorang guna. Mulanya aku ingatkan sorang je, tapi perasan rupanya ramai gile kawan yang guna hashtag tu. Aku pun try la klik #SupportGaza. Rupanya memang tengah trending kot.

Of course aku pun buat jugalah lepas tu. Tanda sokongan aku kepada Gaza. Biar orang yang sokong sangat yahudi tu sakit hati tengok hash-tag yang jadi viral tu. Biar dorang tahu yang masyarakat dunia ni bersimpati dengan nasib Gaza dan tiada simpati untuk puak yahudi tu. Walaupun nampak simple je usaha tu, tapi sebenarnya mampu memberi kesan besar. Haa..jangan putus asa.

Apa pun, jangan putus berdoa dan bacalah sekali Qunut Nazilah buat masyarakat Palestin. Moga usaha kecil kita dapat membantu meringankan beban derita masyarakat Gaza.

Wallahualam...
Read more ...

Random Updates

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat pagi semua. Hari ini bermulalah cuti bagi aku. Ala..sampai hari rabu ni je pun. Propa lebih macam dua minggu je cuti kekdahnya. Hahaha. Apa plan hari ni? Ada yang dah pulang ke kampung untuk sambut Hari Raya kan. Kawan-kawan aku pun ramai yang dah pulang ke kampung. Seronoknya dengar. 

Hari minggu ni memang best. Tambahan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Hari ini tiba masa untuk aku service kereta. Sebenarnya dah beberapa minggu tertangguh disebabkan Perodua Putrajaya punya schedule dah penuh. Alahai..kesian Cik Pinky aku tu. Hari2 dok pujuk dia, jangan sedih. 

Lepas tu, plan hari ini khabar nak ke Jalan TAR. Hah? Ainim nak ke Jalan TAR? Biar betul? Boleh percayakah? Hahaha..aku sendiri pun tak berapa nak percaya yang aku akan pergi Jalan TAR. Tempat yang paling aku tak suka pergi. Tempat yang paling aku elakkan sekali tak kiralah time raya ke tak raya ke, memang aku takkan pergi.

Tapi apakan daya, demi cik kembar aku ikutkan aje. Ye la, cik kembar aku tu kan suka berjalan. Mak pesan kat aku supaya ikut cik kembar. Hahaha.. Mak ni, faham sangat beza perangai aku dengan cik kembar. Aku tahu sebab mak suruh ikut juga walau aku tak nak ikut. Apa sebabnya, biarlah aku simpankan aje. Tak baik bercerita hal orang kan. 

Baiklah...itu setakat yang dalam plan. Manalah tahu, last minute tetiba ada plan lain pulak ke kan. Ada yang tengah prepare untuk hari raya ke? Selamat melakukan persiapan ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, July 25, 2014

Ranking Alexa Terkini

Assalamualaikum...

Sebelum raya, kita update dulu ranking Alexa blog Ainim Rashihah ya. Kalau awal bulan rangkin dapat bawah 1000. Alhamdulillah...ada aku share kat SINI.

Hari ini try jeling-jeling mata kat rangkin Alexa. Kot-kot ada naik ke apa. Alhamdulillah, makin naik dah. Syukur sangat-sangat. Kalau dulu, merah je arrow tu, sekarang dah kembali hijau. Alhamdulillah. Rangkin terbaru ada kat bawah ni
Syukur.. 646. Kali ini lebih baik. Ada juga nampak hasilnya. Bolehlah kan. Ranking global pun dah naik balik. Lepas ni kena kerja lebih sikit dan kuat lagi untuk kekalkan prestasi blog. Baru ada rasa kepuasan diri bila blogging. Ya, untuk diri sendiri sebenarnya tau.

Okay...till we meet again
Read more ...

Jangan Lupa Bersenam

Assalamualaikum...

Okay..entri ini sebenarnya peringatan untuk diri sendiri. Sebab bila dah berakhir bulan puasa ni, makanya kerjanya asyiklah makan dan makan dan makan. Hmm..bulan Syawal ni pula ramai je buat open house. Kalau tak buat pun, kunjung mengunjung tu kan amalan mulia. 

Jadi, bila dah banyak beraya dengan makan yang enak-enak belaka bulan raya ni, risiko berat nak naik tu tinggi juga. Untuk orang macam aku yang senang nak naik berat ni, lagilah kena monitor pola pemakanan aku. Adoi..terseksa juga ni.

Kata orang boleh je makan tapi jangan lupa untuk bersenam. Elok sebenarnya untuk bersenam. Kalau tak nak bersenam kat luar sekali pun, boleh je bersenam kat dalam rumah. Bagaimana caranya, jom ikut tips Kevin Zahari kat bawah ni.
Image: FB Kevin Zahari
Senangkan? Tapi nak tanam azam untuk lakukan tu ada sikit susah. Hati kena cekal dan rajin sentiasa. Doa-doakanlah aku rajin bersenam kembali ya. Moga kesihatan kita semua tetap kekal baik walaupun dibulan Syawal. Insha Allah.

OKay...till we meet again
Read more ...

Minggu Terakhir Bekerja

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat pagi. Oh ya, hari ni terpaksa update awal sikit kat rumah. Maklumlah blogger.com dah kena block kat ofis. Apasal kena blog pun aku tak tau. Aku sendiri try buka lewat petang masa nak balik kerja baru tahu. Biasanya aku buka waktu tengah hari dan awal pagi je. Hmm...

Hari ini merupakan minggu terakhir bekerja sebelum semua orang pakat cuti raya. Aku? Haruslah cuti jugakan. Hari ini memang lenganglah ofis aku tu. Majoriti semua ambil cuti awal sebab nak balik kampung. Ye la, nak elak jem kan. Tambah yang duduk jauh di utara, timur dan selatan. 

Bila hari terakhir sebelum raya ni, mulalah mood swing. Dah malas nak buat kerja. Feeling nak cuti dan nak raya tu mencengkam jiwa betul. Uhuk uhuk...mau bebel bos aku kalau dia tahu ni. Korang ada yang dah start cuti? kalau ada baguslah. Boleh balik kampung awal sikitkan. Baik, nak siap-siap pergi kerja.

Okay...till we meet again
p/s: kalau nampak entri baru tu tandanya auto publish ek
Read more ...

Thursday, July 24, 2014

Photoshoot Hari Raya Ofis

Assalamualaikum...

Semput jap. Banyak betul hal nak diuruskan hari ini. Fuhh... Okay..jom sambung cerita.

Semalam telah berlangsung sesi photoshoot untuk kad hari raya division aku bekerja, BKP. Haa..meriah tau masa nak amik kad raya tu. Macam-macam gaya aku tengok semalam plus dengan gaya aku sekalilah. Hahaha. Jom layan gambar jap.









Meriah, gembira dan buat aku tak sabar nak sambut raya. Itu je yang aku nak cakap. Walaupun beraya depan pintu je. Hahaha. Ada next project oleh kami. Apa project tu, nanti aku ceritkan ya.

Okay..till we meet again
Read more ...

Koleksi Blouse Muslimah Moden Daripada ZALORA

Assalamualaikum...

Lagi berapa hari je nak raya ni. Counting days. Gitukan. Bila dah dekat sangat nak raya ni, mestilah kalian terutamanya kaum wanita paling sibuk mencari baju raya. Ye lah, nak tempah dah tak sempat. Kalau nak tempah juga, jawabnya dapat lepas rayalah ya. Jadi, pilihan terbaik ialah beli yang ready to wear je. Habis cerita.

Banyak je kedai yang jual baju raya. Sudah pastinya kedai-kedai tu ramai yang dok singgah, al-maklumlah nak beli baju rayalah katakan. TAPI, ada juga yang tak suka langsung bersesak-sesak dalam keadaan orang yang ramai ini. Haa..bila tak suka bersesak tu, mestilah kena ada alternatif untuk membeli baju rayakan? Sekarang ni pun dah banyak online shop yang menjual pakaian dan antara yang paling menjadi sebutan dikalangan wanita kita ialah ZALORA Malaysia.

Haa..menariknya ialah buat kita-kita wanita yang berhijab ni atau orang panggil hijabista kekdahnya, ada banyak pilihan menarik di ZALORA Malaysia tau. Sebagai wanita yang berhijab sudah tentulah pemakaian pun perlu kita jaga, tak gitu? Pun begitu tak salah juga untuk kita bergaya apatah lagi buat remaja berhijab zaman sekarang ni yang sangat pandai mix and match pakaian mereka. Kalau kena pada padanannya sudah tentu menarik juga pada mata yang memandang.

Di ZALORA Malaysia, terdapat pelbagai jenis blouse Muslimah yang bersesuaian untuk digayakan tidak kira pada hari raya atau hari-hari biasa. Jom tengok koleksi blouse muslimah yang cantik-cantik di ZALORA Malaysia.
Bagi kalian yang ingin tampil glamor atau ingin menghadiri majlis-majlis istimewa, pilih blouse Muslimah daripada fabrik satin misalnya untuk kelihatan lebih menyerlah. Padankan dengan skirt labuh yang bersesuaian, pastinya kalian akan tampil lebih anggun dan feminin.
Berikut pula fesyen blouse Muslimah untuk kalian yang ingin tampil ‘sweet’. Potongan blouse yang labuh dengan padanan warna lembut menyerlahkan lagi keayuan dan kesopanan anda. Blouse muslimah potongan labuh mampu menyerlahkan keayuan seorang muslimah yang bijak dalam bergaya disamping menjaga auratnya.
Seterusnya adalah fesyen yang paling sesuai untuk anda yang ingin kelihatan ‘rugged’. Padanan jeans dan sepasang platform heels bakal memberikan anda suatu penampilan yang cukup sempurna! Barulah dinamakan urban.

Sebenarnya pelbagai jenis blouse muslimah boleh didapati daripada ZALORA Malaysia ni. Selain pilihan yang banyak, harga pun sangat berpatutan. Tinggal kita nak pilih mana yang berkenan je. Kalau yang tak pernah membeli dengan ZALORA Malaysia tu, bolehlah membeli belah dengan selesa dan nyaman juga pantas. Segalanya dihujung jari je. Layari laman web ZALORA Malaysia hari ini dan buktikannya sendiri.
Read more ...

Kad Raya Ketiga

Assalamualaikum...

Selamat pagi dunia. Ewah..dalam mengantuk ni sempat nak up dulu satu entri. Entri kad raya kekdahnya. Kad raya pertama dan kedua ada kat entri INI dan INI.

Kad raya ketiga untuk tahun adalah daripada sahabat blogger yang paling rapat dengan aku. Siapa lagi kalau bukan cik Sally Samsaiman kita la.
Kad raya Sally ni temanya warna purple. Sedondon dengan blog gitu. Siap ada gambar kenangan kami kat SBB2014 tau. Alahai..tersentuh kita. Ni yang buat makin sayang kat Sally ni. Alhamdulillah, masih dapat lagi kad raya pada zaman sekarang yang mana teknologi makin canggih. Seronokkan?

Thank you so much sayangku Sally. Nanti raya kita jumpa ya. Oh ya, siapa yang dah terima kad raya yang aku pos tu? Angkat tangan please.

Okay...till we meet again

Read more ...

Wednesday, July 23, 2014

Wordless Wednesday #3 [23.07.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #3 untuk hari ini.
Thank you my dear sahabat. You know who you are.

Okay...till we meet again

Read more ...

Wordless Wednesday #2 [23.07.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini.

Image: Google

Dalam kita bersemangat nak sambut raya, jangan lupa untuk berdoa buat saudara kita di Gaza.

Wallahualam..
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [23.07.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.
Much thanks to Kak Maria Firdz yang setia komen banyak-banyak kat blog ni. :)

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, July 22, 2014

Kemeriahan Beraya Di Kampung

Assalamualaikum...
Image: GOogle

Dah nak dekat raya ni pastinya topik kita sembang pasal raya. Siapa yang balik kampung beraya? Haruslah majoriti korang akan balik beraya kan? Kan?

Aku tahun ni tak pergi mana-mana. Duduk rumah je. Kembar kerja. Jadi takdelah balik kampung. Apa yang aku nak cakap kat sini ialah, kemeriahan beraya dikampung. Sebenarnya seronok tau kalau beraya dikampung. Kemeriahan suasana hari raya tu lebih terasa. Tambahan kalau yang ada keluarga besar. Mesti lagi meriah rumah mak ayah atuk nenek tu. Manakan tidak, dengan hiruk pikuk anak buah yang bermainkan.

Selalunya rumah kat kampung ni klasik. Ada kawasan halaman rumah yang lapang. Bolehlah pasang pelita bagai. Harus lagi meriah suasana. Waktu malam nampak lampu pelita tu, terasa sangat suasana malam rayakan. Seronoknya. Tambahan kalau anak-anak kecil main bunga api dengan kawan-kawan. Yang dewasa pula sibuk bakar lemang, rebus ketupat, masak rendang, pasang langsir.

Pagi raya pula, ziarah menziarahi jiran tetangga. Ahli masjid atau surau buat kunjungan dari rumah ke rumah. Tuan rumah pula sediakan juadah yang enak-enak buat tetamu sekalian. Kanak-kanak pulak beraya dengan kengkawan pergi kumpul duit raya. Indahnya perasaan tu.

Itu bayangan dalam kepala aku je la. Sejak kecil aku impikan suasana macam tu. Tapi cuma mampu lihat kat tv je la. Tengok drama kat tv. Memang best. Sebab aku sendiri takde kampung. Tak pernah pun rasa pengalaman macam tu. Bila dah besar ni lagilah kan. Duduk bujang dengan mak dan adik-beradik aku pun bujang lagi melainkan kakak seorang je yang dah kahwin. Tahun ni kakak beraya di Pahang. So, apa plan kami tahun ni? Haa..lepaking at home kekdahnya.

Oh ya, kepada kalian yang nak balik kampung beraya tu, berhati-hati dijalan raya. Pastikan semuanya dalam keadaan bersedia baru pulang ke kampung ya. Dah check kereta ke? Bolehlah buat inspection kereta secara percuma dengan PUSPAKOM. Ada aku share kat entri INI

Okay...till we meet again
Read more ...

Majlis Iftar CICD

Assalamualaikum...
Entri ini ada kaitan dengan entri INI. Unit kami ada menganjurkan majlis iftar untuk warga unit. Ala..simple je majlis iftar ni dan diadakan dalam ofis juga. Menariknya, anak-anak pun dibawa sekali. Aku bawa anak tekak je la ya.

Majlis telah berlangsung jumaat lepas. Gigih tau aku pergi shopping barangan keperluan untuk iftar tu seperti pinggan mangkuk bagai. Selain tu, untuk anak-anak aku prepare door gift. Ala..meraikan budak-budak. Best gak.


Menu kami haritu ialah nasi arab, satay ayam dan daging, murtabak ayam dan daging, kuih-muih, buah-buahan. Selain tu ada ABC sekali. Meriah tengok makanan. Padahal aku ni bila berbuka takde la kaki melantak sangat pun. Selesai berbuka puasa ringan dengan kurma, kami menunaikan solat maghrib berjemaah kat surau. Then, baru makan berat.

Ini yang best. Masa ni memang sume pakat dok makan apa yang ada tapi ada juga yang tak makan banyak. Seronok juga sesekali berkumpul begini. Aku suka sangat. Dapat eratkan hubungan kami semua. Alhamdulillah, majlis simple tapi penuh bermakna. Walau tak dapat kumpul semua ahli unit, tapi kemeriahan tu tetap terasa.

Okay...till we meet again

Read more ...

Raya Tahun Ini

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat pagi semua. Dah sampai ofis? Mood raya macam dah sampai sikit je ni. Cuma tahun ni takdelah excited macam tahun-tahun sebelum ini. Maybe sebab usia aku pun makin meningkat apatah lagi makcik yang selalu jadi tempat kitorang berkumpul untuk beraya pun dah takde, so feeling tu dah lain sikit.

Kalau sebelum ni, bila raya balik juga ke Perak walau sehari dua tapi arwah De dah takde ni, siapa lagi nak kami singgah kalau ke sana kan? Tambahan pula tahun ini cik kembar aku kena bekerja pada hari raya. Alahai..lagilah aku takde mood nak raya. Walaupun baju raya dah siap tempah tapi memang takde la nak fikir pakai bila, melainkan kalau aku dan kengkawan geng terjah pergi beraya. 

Korang pula tahun ini macam mana? Excited seperti tahun-tahun sebelumnya? Share la sikit feeling raya korang dengan aku. 

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, July 21, 2014

Voluntary Vehicle Inspection By PUSPAKOM

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Ini maklumat yang aku dapat siang tadi daripada rakan FB aku. Sesuai untuk korang-korang yang bakal pulang beraya ke kampung halaman apatah lagi perjalanan jauh. Nak tanya ni..dah check kereta korang ke?

Kalau belum dan ingin lakukan pemeriksaan kereta, boleh ke mana-mana cawangan PUSPAKOM tak pun, ikuti jadual mobile unit ni. Aku terbaca status FB beliau yang mengajak para pemandu untuk buat inspection for FREE. Haa..percuma sempena Raya. 

Maka, Ainim Rashihah ni pun mencari info lanjut. Inilah hasil yang aku jumpa. Haa..sahih ni tau. Sila rujuk image kat bawah ye.
Free inspection sehingga 26 Julai 2014. Masih sempat lagi kalau nak pergi ni. Anyone? Sekadar share info untuk kalian semua. Semoga bermanfaat ya. Oh ya, untuk maklumat lanjut, boleh juga call talian 1-800-88-6927. 

Okay...till we meet again
Read more ...

Mini Chocolate Fondue Fountain

Assalamualaikum...

Ini adalah entri lanjutan untuk entri pagi tadi kat SINI. Barang yang aku dok tunggu tu, ialah Mini Chocolate Fondue Fountain. Beli daripada Lazada masa ada gila-gila sale haritu. Actually, bukan aku yang punya tapi kawan unit aku yang punya. Aku tolong belikan aje sebab aku yang account kat Lazada.

Aku tolong order since hari khamis tapi baru dapat hari ini. Harga pun murah. RM49 je, cash on delivery and free postage. Haa..siapalah yang tak nak kan? Aku pun nak sebenarnya tapi memandangkan tak berapa nak perlu, so aku batalkan hasrat nak beli.

Dapat je terus sibuk tengok kak Ida buka kotak. Memang comel sangat mesin ni. Apa lagi, tengah hari tadi aku dan kak ida berkejar ke Tesco sebab nak cari dipping chocolate. Sekali takde la pulak. Takpe la..lain kali cari lagi. Begitulah penantian kami berakhir bila dapat barang yang dipesan. Terima kasih Lazada. Memang puas hati tau.

Okay...till we meet again
Read more ...

Kad Raya Telah Dipos

Assalamualaikum...
Selamat petang. Alhamdulillah..setelah terpaksa tunda pos kad raya pada hari jumaat seperti yang dirancang haritu, dapat juga akhirnya pos kad raya kepada semua pemenang segmen, pengomen tegar, sahabat dan juga kenalan.

Ini contoh gambar kad raya ya. Nak lihat yang sebenar, kenalah tunggu kad raya sampai. Insha Allah, sebelum raya dapat kot. Harap kalian semua dapat la kad raya ni dengan selamatnya ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Menunggu Pesanan Daripada Lazada

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat pagi semua. Kita mengantuk lagi ni. Yawning. Huargghh.. Awal lagi ni. Orang pun takde dan masih bergelap. Kekdahnya malas nak buka lampu pejabat ni. Hahaha..

Hari ni aku menunggu panggilan daripada Lazada. Oh ya, kali ini bukan barang aku, sebaliknya pesanan daripada akak-akak unit ni yang beli barang daripada Lazada tapi guna akaun aku. Kebetulan Lazada buat gila-gila punya sale, haruslah akak-akak tu excited nak membeli.

Apa barang tu ya? Dah dapat nanti aku share picture dengan korang. Rasanya dapat hari ni kot. Baik..nak lelap barang 7 minit sebelum waktu keje bermula. Set alarm..dah jom tido balik.

Okay...till we meet again
Read more ...

Sunday, July 20, 2014

Hadiah Giveaway Memoria Aidilfitri

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Ngantuk la...awal je mengantuk. Hmm..sebelum masuk tido, nak share dengan korang hadiah Giveaway yang aku terima baru-baru ini.


Last week aku ada share mengenai aku menang Giveaway Memoria Aidilfitri anjuran blogger Nakhoda Nurani, kat entri INI. Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan, Jumaat lepas aku terima hadiah berkenaan. Terkejut kita dapat hadiah. Bila tengok alamat, baru perasan ni la hadiah giveaway tu. Excited tau, terus buka. Haa..ce teka kita dapat apa?
TARAAAA....
Hadiah novel dan juga kad raya. Hehehe...kiranya inilah kad raya kedua kita tau. Cantik kad raya tu. Wah..dah bertambah koleksi kad raya. HIhihi..suka suka suka.

Novel tu bertajuk Venom Suria. Jalan cerita agak best, suspen dan thriller. Haa..macam mana tu? Kenalah baca dulu. Kad raya tu pulak, ayatnya memang menyentuh hati. Apa pun, terima kasih kepada sahabat blogger Nakhoda Nurani yang sudi memilih saya sebagai pemenang ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Pengganti Pemenang Segmen Kad Raya

Assalamualaikum...

Seperti yang kalian sedia maklum, aku ada mention setiap pemenang kad raya perlu memberi details sebelum 9.00am Sabtu 19 Julai 2014. Semalamlah tu. Alhamdulillah, 8 orang pemenang dah pun beri details, manakala 2 orang lagi belum. Bermakna, takdelah ya kad raya untuk dua orang ni. 


Baik..seperti yang dijanjikan, kalau takde yang menuntut hadiah, maka akan ada pengganti. Jadi, aku telah memilih dua orang pemenang yang baru untuk terima kad raya. Mereka ialah, 
Baiklah, Dik An dan Kak Aida, perlulah memberi details secepat yang mungkin ya. Kad kalian akan dipos esok juga. Nak cepat hantar ni sebenarnya. Detailsnya ialah Nama, Alamat penuh, No H/P dan alamat blog. Diharap dapat beri secepat mungkin ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Confuse Melanda

Assalamualaikum...
image: GOogle
Selamat petang. Hari ini hari ahad, tetibe penyakit M a.ka. Malas, mulalah melanda. Apa pun, aku suka hari ini sebab dapat berehat kat rumah sambil blogging sambil-sambil edit gambar sambil buat kerja rumah. Korang bayangkan, since early of Ramadan lagi, every weekend je keluar. Langsung tak duduk diam. Ada je halnya.


Bukan hal yang sesaja pulak tu. Memang dah plan. Haa..persiapan raya kekdahnya baru nak buat masa bulan Ramadan. Kisahnya takde la excited sangat nak sambut raya tahun ni, tu yang lambat sikit buat preparation. Okay...back to the title.


Aku ni sebenarnya banyak cerita nak share dengan korang semua. Ya la, bila dah banyak aktiviti bulan puasa ni, ada la juga bahan nak bercerita. Tetapi confuse aku. Mana satu nak cerita pun aku jadi tak tahu. Rambang mata tengok gambar, rambang otak nak fikir idea. Masa pun suntuk je sekarang ni. Nak kena kemas rumah untuk raya kekdahnya. Haa..raya tinggal berapa hari je lagi. Gitu sangat.

Nak cerita apa ni? Tengah menaip idea hilang pulak. Aiseh..lagilah spoil kan? Seronok tengok kengkawan yang meriah tulis entri. Aku? Haa..blur pulak beberapa hari ni. Hahah..baiklah..nak pergi buat sesuatu untuk dapatkan idea.

Okay...till we meet again
Read more ...

Nuff Ads