Monday, June 30, 2014

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum...

Ulang tahun kelahiran aku dah berlalu semalam jadi hari ni baru sempat nak share antara sahabat-sahabat yang buat entri khas dan juga special treat kat Instagram. Thank you sahabat semua. Terima kasih banyak-banyak. Takkan dilupakan.
Entri daripada Mentor kita, Kak Mia Liana. Terharu tau dapat entri special daripada Kak Mia. Terima kasih banyak-banyak Kak Mia.

Entri daripada adik kita, Nadia Diana. Nad bagitau semalam. Thank you Nad. Nanti kita jumpa ya.

Entri ni special daripada kembar no3 kita, Sally Samsaiman. Sally ni memang antara sahabat yang kita sayang sangat-sangat. Bukan kat blog je, kat Instagram pun dia surprise kita. Thank you Sally sayang

 

Haa..semalam aku ada sebut hadiah daripada sahabat aku, Azima. Ni la hadiah tu. Comel je kan? Tapi reserve nak pakai masa raya nanti. Heheh. Thank you Azi
Ni pula daripada Perodua FEM. Aku ada jadi member. So, dapatlah hadiah. Sebenarnya tak sangka pulak boleh dapat hadiah. Apa pun, terima kasih ya.

Last but not least and the most special one is from my twin. Diam-diam dia post kat Facebook wall aku. Padahal semalam tu kitorang rilek gile gi jenjalan shopping sakan. Ahad pulak busy kemas almari tudung. Apa pun, terima kasih buat kembar. Dialah antara pecahan jiwa raga aku selain mak.
Tak lupa juga buat kakak-kakak aku yang message walaupun boleh jumpa je kan. Hahaha. Adikmu ni sangat menghargainya. Sekali lagi buat semua sahabat handai yang wish birthday buat aku dan kembar, terima kasih kami ucapkan. Setiap doa yang dititipkan amat kami hargai. Hanya Allah yang mampu membalas dengan kebaikan bagi setiap doa kalian. 

Harapan aku hanya satu, agar aku dapat hidup lebih lama untuk jaga mak dan sentiasa ada dengan mak. Takmo sakit, nak sihat supaya boleh bekerja dan capai apa yang ingin aku hajati dan PALING PENTING, hidup ni sentiasa dalam Rahmat ALLAH SWT.

Okay...till we meet again
Read more ...

Tak Sabar Nak Balik Rumah

Assalamualaikum...

Hari ni penat extra sikit. Agaknya sebab tak cukup tidur kot ke sebab cuaca panas sangat? Hmm...

Rasa macam tak sabar je nak balik rumah. Nak berehat je pun sebenarnya. Hihihi. Menghitung waktu ni. Hari ni waktu masih pukul 5pm. Esok baru start pukul 430pm. Waaa..tak sabar tunggu esok. Hihihi. Nakal pulak aku ni.

Agak-agak nak berbuka puasa apa hari ini ya? Tapi yang simple je. Paling penting tak nak pergi pasar ramadan sebab tak suka ramai sangat orang dan banyak asap. Okay..itu ngada-ngada namanya.

Baik..sekian sesi curi masa 5 minit. Nak siapkan semua kerja sebelum pulang. Daaa

Okay...till we meet again
Read more ...

Kenangan Ramadan #1: Sempatkah Sampai Rumah?

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Buat apa tu? Sekarang ni ada waktu senggang sikit. So, nak blogging jap. Bersempena dengan bulan Ramadan ni, aku nak buat entri khas mengimbas kenangan Ramadan sepanjang hidup ini.

Entri kenangan pertama aku nak tulis ialah mengenai perjalanan pulang dari pejabat ke rumah. Bagi aku yang baru 4 tahun memandu ni, dah banyak sangat pengalaman naik lrt dan bus untuk sampai ke rumah. Masa mula-mula aku duduk kat Putrajaya tu, aku bertukar bas - lrt - kereta. Dan selalunya perjalanan nak sampai ke rumah tu memang terlajak je la ke waktu berbuka.

Balik pukul 530pm, nak naik bas ke stesen lrt lagi. Dari stesen PWTC ke Sg Besi tu bukan dekat pun. Kalau nasib tak baik, kena tukar pulak naik ERL. Korang bayangkan betapa penantnya aku masa tu. Tapi kesusahan tu la buat aku jadi tabah sebenarnya. Nasib orang tak mampu nak ada kenderaan sendiri, masa tu la.

Alhamdulillah, sekarang ni dah ada kereta sendiri. Senang sikit nak bergerak. TAPI, ada juga yang pahitnya. Tambahan bulan puasa ni jem kat jalan jadi extra sikit. Kalau hari biasa, gerak pukul 5pm dapatlah juga sampai rumah pukul 6pm tapi bulan puasa kena tambah setengah jam lagi. Haa..gigih sangat kita drive tau.

Biasalah, setiap cara dan jalan itu ada mudah dan susahnya kan. Korang pula macam mana?

Okay...till we meet again
Read more ...

Senyumlah

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, hari ini agar segar sikit walaupun tak cukup tidur. Hehehe. Mungkin sebab umur dah meningkat setahun lagi, jadi aku cuba untuk sentiasa gembira dengan setiap yang aku ada dalam hidup ini. Hidup aku tak pernah sempurna tapi aku tetap bersyukur dan rasa bahagia dengan apa yang aku ada.

Cuma, kalau aku bergembira, takkan nak gembira sensorang kan? Aku nak juga orang-orang disekeliling aku pun gembira dan bahagia. Lately ni aku dapat berita yang kurang gembira daripada orang disekeliling aku. Nak bagitau aku simpati, no..I'm not that kind of person yang akan bagitahu setiap orang yang aku simpati dengan setiap yang terjadi dalam hidup mereka. Aku memang jenis tak berapa reti nak tunjukkan rasa simpati. Apa yang aku mampu buat ialah berdiam diri dan berdoa dari jauh. 

Tapi aku ada kiriman dari instagram aku khas buat kalian semua. Harap mampu bantu korang untuk ukirkan sebuah senyuman ya.


Nak tahu lebih lanjut, korang buka je instagram aku tapi jangan ambil gambar tanpa izin aku dah la ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Sunday, June 29, 2014

It's My Birthday!!!

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menikmati usaha ke-28 tahun ini. Dah tua kan? Dah nak ke 3 series gitu. Hehehe. Aku tak kisah nak reveal usia sebab aku bangga dengan usia yang Allah berikan kepada aku. 

29 Jun 1986, aku dilahirkan pada bulan Ramadan dan tahun 29 Jun 2014, sekali lagi aku sambut hari lahir pada hari pertama Ramadhan. Indah kan? Istimewa sangat kan? Indah sangat kurniaan Allah untuk aku pada tahun ini. Oh ya, untuk kembar aku sekali ya.


Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang wish birthday buat aku dan kembar juga buat sahabat aku, Azima yang awal2 beri hadiah hari jadi yang comel sangat. Senyum lebar aku. Tak sangka dalam usia yang dah banyak ni pun ada yang sudi beri hadiah.



Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, June 27, 2014

Say YES to VSNOW Shah Alam

Assalamualaikum...

Aku sebenarnya excited ni tau sebab jenama shawl kegemaran aku, ShawlbyVSnow dah buka outlet kat Shah Alam. YEAY!!!! Bermula hari ini 27 Jun 2014 dan esok 28 Jun 2014 kiranya grand opening la. Ala..aku ni kan memang penggemar Shawlbysnow. Mestilah excited sikit.

Aku dah bagitau cik kembar and guess what, she yes to Vsnow Shah Alam! YEAY!!! Makanya esok aku nak pergi sanalah. Nak pergi tengok shawl-shawl baru yang ada dan ada juga nak beli shawl dan inner kiriman kawan ofis. Excited tak terhingga sampai rasa tak sabar nak tunggu esok.
Kalaulah dapat jumpa owner VSNOW ni sekali kan best? Heheheh

Okay...till we meet again

Read more ...

Photobook Project

Assalamualaikum...

Hee..lamanya tak update waktu tengah hari camni. Korang buat apa je rehat panjang ni? 

Aku baru je selesaikan urusan menukar lesen memandu ke
pada yang baru. Sekarang ni rehat-rehat sambil menyiapkan projek photobook yang aku dan rakan-rakan beli. Beli guna groupon. Aku pun join sekaki la. Tapi sekarang ni aku tolong kak ida dulu buatkan.

Lepas siap ni, aku nak kena prepare untuk knowledge sharing session petang ni pulak. Haa..banyak dah keje menanti tu. Agak-agak, macam manalah rupa photobook kitoran nanti ya?

Okay...till we meet again
Read more ...

Tolong Bagitahu Aku

Assalamualaikum...

Selamat pagi jumaat semua. Ewah, tajuk tu kemain bukan? Hahaha. Propa je tu tau.
image: Google
Sebenarnya aku perasan yang followers aku ada naik tapi serious cakap, aku lost track siapa yang follow aku dan when they followed me. Haa? Sebab aku memang tak perasan ada new followers sebenarnya. Baru je semalam perasan. Eh, dah nak dekat 500 dah followers aku? 

Hmm..aku check dalam komen, takde pulak yang mention dah follow aku ke tak. Tu yang makin confuse. Sorry ye korang. Ainim ni kadang ada senget sikit. Aku nak follow balik kang rupanya aku dah follow pun blog tu. Hmm..siapa new followers kat blog ni? Tapi aku nampaklah juga few of the commentators adalah orang-orang baru bagi aku.

Hmm..takpe, korang yang baru follow blog ni, nanti bagitau la aku ya yang korang dah follow blog dan kalau aku masih belum follow blog korang pun, silalah bagitau akak korang ni. Bukan apa, aku balas blog walking kadang tak tau pun yang aku mungkin belum follow blog tu. Haa? Camane tu?

Apa pun, welcome to my blog new followers :)

Okay...till we meet again

p/s: searching mode
Read more ...

Thursday, June 26, 2014

Bila Nuffnang dan Churp Churp Berwajah Baru

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Ramainya yang share pasal Nuffnang berwajah baru. Aku pun sibuk juga nak share tapi nak cakap pasal Churp Churp sekali.

Kalau korang perasan, bukan Nuffnang je, Churp Churp pun dah ada wajah baru sikit. Walau tak 100% baru tapi ada pembaharuan yang aku perasan since semalam. Aku suka wajah baru Nuffnang sebab pada aku lebih friendly user. Senang nak tengok dan warna pun ceria sikit kalau nak compare dahulu. Kalau ikutkan takde la banyak beza pun cuma yang aku perasan emotive tu takde dah.

 
Churp Churp pulak aku lagi suka yang baru ni sebab ada improvement dari segi nak cari reward yang kita dapat. Kalau sebelum ni aku pening sikit nak cari Social Seeding yang aku dapat dan mana yang dah submit dan accepted, tapi sekarang ni aku kira lagi senang kot. Eceh ceh..


Churp Churp pun sekarang ni rajin bagi Social Seed kat aku. Walau pening nak buat ayat tapi at least dapat bantu tambah earning. Hehehe..korang camane?

Okay...till we meet again

p/s: nak pegi blog walking jap
Read more ...

Kalau Korang Jutawan?

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Dah makan? Jom berangan kejap nak?

Jangan marah ek. Sebenarnya tengah mencari mood nak bercerita ni tapi idea tak mari juga. Heh. Tetibe aku rasa nak tanya korang, kalau korang jutawan, apa korang akan buat dengan duit yang banyak tu? Macam mana korang ubah life style korang kepada yang baru? Ke korang nak simpan je duit tu sampai ke tua? Ke macam mana?
image: Google
Oh ya, ini sekadar bicara kosong sementara aku tengah perah otak nak mencari idea menulis ni. Korang komen bagitau apa yang korang nak buat kalau korang jutawan ek?

Okay...till we meet again
Read more ...

Advance Birthday Gifts

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Pepagi ni cuma simple update je ya. Hari ni masuk lambat sikit sebab bawa mak ke klinik dahulu. Oh ya, aku nak share gambar sesuatu yang menarik sempena dengan incoming birthday aku.

Advance birthday gift from Perodua dan juga seorang sahabat aku.

Bagaimana rupa sebenar hadiah ni, nanti aku share ya. Sorry tak dapat nak menaip lama-lama. Nak cepatlah katakan.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, June 25, 2014

Feeling Blessed

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Hari ini antara hari yang menggembirakan. Kenapa? Tak tau nak cakap macam mana. Sekarang tak sempat nak explain lebih-lebih tapi cuma nak bagitau yang aku rasa sangat bersyukur dengan perkara yang aku lalui hari ini.

Alhamdulillah....syukur ya Allah.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [25.06.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.
Ada cerita disebalik voucher ini. Nanti aku ceritakan ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, June 24, 2014

Nasi Ambang @ Serai

Assalamualaikum...

Jauh malam baru dapat ku update kembali blog ini. Minggu terlajak busy sampai nak update blog pun asyik tak kesampaian. Oh ya, projek besar unit dah start kembali. Apa projek tu? Nanti aku cerita ya.

Ni baru je balik dari makan-makan dengan mak dan cik kembar. Memandangkan hari ni kami pergi mencari jubah untuk mak sempena raya nanti, makan pun kat luar juga. Kali ini kami pilih tempat favourite mak, iaitu Serai.

Lama juga tak makan kat sini sejak aku dan kembar dah pandai cari jalan nak cari tempat makan. Ewah. Aku sebenarnya teringin nak makan nasi ambang. Gara-gara tonton rancangan Kuali Terbalik haritu dorang masak nasi ambang. Aku dah kepingin tapi tak tau nak cari kat mana.

Tapi aku tahu yang Serai ada jual nasi ambang. So, tadi aku makan nasi ambang. Hmm..sedap juga rupanya ya. Tapi aku share dengan mak so dapatlah habiskan tadi. Nasi ambang kat Serai ni memang sarat dengan lauk. Ada rendang daging, udang sambal, mee goreng, suhun goreng, kelapa parut goreng dan sayur campur. Memang betul2 full perut korang. Harga RM20 sepinggan. Makan memang puas
Nak try? Pegi je mana-mana cawangan restoran Serai ya.

Okay...till we meet again


Read more ...

Pasang Surut Blogging

Assalamualaikum...

Dalam beberapa hari ni aku perasan memang tak berapa nak ada entri baru. Bukan takde cerita, banyak je nak share, tapi entah kenapa tak rentak nak bercerita. Heh?
image: Google
Macam ni, banyak je nak cerita ngan korang semua. Dah tagline blog ni menulis dan bercerita kan? Jadi aku memang suka bercerita. Samada korang rasa cerita aku ni best ke tak, Wallahualam aku tak ada jawapan tu. Cuma aku memang suka bercerita dalam blog. Gitu sangat

Tapi, macam yang aku cakap kat atas tadi, rentak nak bercerita tu agak kurang sekarang ni. Kenapa ek? Ke sebab mood lari? Aku pun tak sure. Haih, biasalah kan...dunia blog ni memang macam tu. Kalau dapat idea, laju je jejari menaip. Cuba kalau takde idea, dok menghadap laptop ni sampai 3 jam pun satu entri pun tak dapat.

Biasalah tu kan? Biasalah tu. Sekarang ni pun banyak je halnya nak buat. Lagilah menjadi-jadi. Bila badan dah penat, idea pun kelaut. Kang kalau cerita tanpa jiwa, nak baca pun orang menyampah. Hmm. 

Okay...till we meet again

p/s: nak pergi mencari mood yang hilang tu kejap
Read more ...

Monday, June 23, 2014

Apa Nak Buat Kalau Panas Sangat?

Assalamualaikum...
image: Google
Tadi kan aku ada cakap nak berfikir sejenak kat entri INI. Tapi yang aku dapat ialah macam mana nak bagi sejuk sikit.
  • Kerap Mandi - Bila badan panas, kena kerap mandi supaya kelembapan badan tu dapat dikekalkan. Selain tu, kalau kerap mandi, kurang sikit rasa panas tu.
  • Banyak Minum Air - Korang kena banyak minum air terutama air putih. Korang jangan asyik minum manis je, kang dapat diabetes pulak kang. Kalau nak bagi lega sikit, letaklah barang dua tiga ketul ais dalam air putih tu, ada la sejuk-sejuk sikit
  • Pasang air-cond - Haa..yang ni sebenarnya tak berapa bagus sangat untuk jangka masa panjang. Bil elektrik meninggi gitu. Nak lagi bagus dan bagi pengudaraan yang baik, korang pasang sekali kipas. 
  • Pergi Berkelah - Okay..yang ni aku dok fikir, bagus juga. Korang pergi la kolam air terjun macam yang kat Sg Congkak tu ke, atau mana-mana je la. Air tu selalunya sejuk. Selain dapat sejukkan badan, dapat juga eratkan silaturrahim kalau korang pergi dengan keluarga atau member la. Tapi awas, kena berhati-hati. Kang ada yang lemas pulak kang. Yang nak pergi dengan couple tu, sila jaga batas pergaulan anda ya. Ehem
  •  Pergi tempat sejuk - Haa..yang ni aku rasa sesuai kalau ke Cameron Highland ke, Ranau ke, Kundasang ke. Tapi kalau korang memang duduk situ kira beruntunglah ya. Aku cadangkan sapa yang ada bajet lebih, cuti tahunan tak usik lagi, bolehlah ke sana.
Yang aku cadangkan kat atas ni apa yang terlintas dalam fikiran aku je. Takdelah ikut mana-mana petua atau amalan kesihatan ke apa. Oh ya, ini pun apa yang aku teringin nak buat sebenarnya. Hahaha. Sekian, sesi merapu jap.

Okay...till we meet again
     
Read more ...

Pagi Yang Hangat

Assalamualaikum...
image : Google
Selamat pagi semua. Sekarang ni kan dah rasa bahangnya daripada El Nino. Dari pagi membawa ke malam bahang tu terasa. Korang bayangkan, kipas berputar atas kepala pun masih boleh berpeluh lagi sampai nak tidur pun tak guna dah selimut bagai.

Punyalah panas sampai mandi subuh pun tak rasa nikmat sangat sebab air tak sejuk. Huhu..sedihnya. Ni bukan sebab El Nino je. Aku percaya ini juga adalah punca daripada kesilapan manusia sendiri. Pemanasan global yang makin melampau pun boleh jadi punca kenapa kita rasa bahang sangat sekarang ni.

Sedih juga bila fikir zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Kalau dulu pepagi jarang nak berpeluh, sekarang ni asal dari pagi dah bermandi peluh. Kan kan? Nak berfikir sejenak jap ni...mana nak dapat suhu rendah. hehehe

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, June 20, 2014

Belajarlah Selagi Mampu

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Hari ni dah hari jumaat dan bermakna esok hari minggu. Tapi nak ucap selamat berhujung minggu buat negeri yang dah pun cuti hari ini.
Image: Google
Tajuk kat atas tu sebenarnya relate untuk diri sendiri dan mungkin juga untuk korang juga. Aku pernah ceritakan sebelum ini yang aku kembali belajar mengaji Quran di entri INI. Oh ya sebelum tu nak cakap, ini bukan entri nak riak atau menunjuk. Jauh sekali ya.

Kadang-kadang aku fikir yang diri aku ni terlalu banyak kelemahan. Memang aku sendiri tak mampu nafikan. Aku ni bukannya orang alim pun. Bak kata Fynn Jamal, 'Langsung bukan orang alim tapi selalu bercakap tentang baiknya Tuhan'. Ya, aku setuju dan ingin jadi seperti itu. 

Selalu juga aku bermonolog sendiri, aku ni umur makin naik tapi dah berapa peratus je bekalan aku nak ke sana nanti? Entah-entah 10% pun belum tentu kan? Memang kalau difikirkan setiap hari, mau tak lelap seharian aku dibuatnya. Memang aku akui agak takut memikirkan soal mati kerana aku memang pelaku dosa.

Aku selalu lihat kelebihan dan pandainya orang kat luar sana yang bijak cari peluang untuk timba ilmu. Aku? Jujur cakap la, ceramah agama kat surau ofis pun aku jarang pergi. Selalu je ada hal waktu tengah hari. Kadang tu nak lapangkan masa untuk diri sendiri kononnya la ya. Cumanya aku selalu ambil peluang tonton ceramah agama kat tv terutama kalau aku sendirian. 

Bila orang lihat cara hidup aku, aku yakin mesti ada yang tertanya-tanya, bila masa je la aku cari ilmu akhirat. Aku tau ada yang wondering pasal benda tu. Maaflah, aku tiada jawapan untuk soalan itu. Bukan nak mengelak tapi aku lebih suka diamkan apa sahaja yang aku buat kerana aku sangat takut kepada sifat riak. Ya la, kita ni kadang tak sedar riak. Niat nak kongsi perkara baik tapi bila orang yang baca salah tafsir, tak pasal-pasal timbul riakkan? Macam bila korang baca entri ni. Kalau salah tafsir apa yang aku nak sampaikan, tak pasal2 ada orang kata aku ni riak.

Tapi, aku selalu pesan pada diri, belajarlah apa yang baik selagi mampu. Belajarlah selagi takde halangan. Walau orang tak nampak, itu lebih baik untuk diri ini yang imannya amatlah lemah. Kerana belajar ni konsepnya amat luas dan tak tertakluk dikelas semata, maka aku masih cuba belajar tentang kebaikan selagi aku terdaya.

Aku usaha mana yang mampu. Selebihnya aku tawakal kepada ALLAH SWT agar sekecil zarah pun usaha aku akan dapat bawa manfaat pada diri. Pelajaran hidup ni pun masih banyak yang belum aku pelajari. Oleh itu, korang pun bolehlah sentiasa pesan akan kebaikan kat aku ya.

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat blogger seperti +Maria Firdz, Syira Lokman dan lain-lain yang selalu share entri menarik yang berkait dengan pesanan. Aku suka baca kerana itu secara tidak langsung mengingatkan aku kepada kebaikan. 

Sekian, sesi luahan pagi jumaat. Oh ya, Salam Jumaat penuh barakah semua.

Wallahualam
Read more ...

Terbitnya Matahari

Assalamualaikum...
Sekadar sebuah puisi ringkas yang secara tiba-tiba menerpa dalam kotak fikiran. Mungkin tak sedap dibaca tapi cuba hayati apa yang ingin aku sampaikan.
image: Google

Terbitnya matahari...
Mampu buat aku tersenyum
Kerana aku tahu,
Disitu ada harapan
Disitu ada impian

Terbitnya matahari
Buat aku kembali ceria
Kerana aku tahu
Dunia yang gelita kembali terang
Harapan yang hilang
Kini kembali menjelma

Terbitnya matahari
Ada perkhabaran buat manusia
Baik duka atau girang
Baik susah atau senang

Terbitnya matahari
Sinarnya menyimbah ke seluruh alam
Ibarat membuka rezeki untuk penduduk alam

Terbitnya matahari
Usah digusar pada sinarnya
Kerana dia diizinkan Penciptanya
Menyinari alam untuk manusia

Terbitnya matahari
Banyak hikmah yang Tuhan berikan
Disuruh kita ambil pengajaran
Demi kelangsungan masa hadapan

TERBITNYA MATAHARI
Anim Rashid
20.06.2014 | 1.30am

Read more ...

Thursday, June 19, 2014

Facebook Tengah Problem

Assalamualaikum...

Tadi nak share entri blog kat Faceboo Page tapi sekali keluar ini
Apakah? Apakah? Haa..ni tengah problem la ni. Patutlah asyik hang je pastu bila klik news feed tak keluar pun.

Hmm..biarlah kan. Kang nanti eloklah balik tu. Kita tak susah payah fikir. Biar pihak FB fikir nak fix problem tu ek.

Okay...till we meet again
Read more ...

Terima Kasih Di Atas Kerjasama Anda

Assalamualaikum...

Ini adalah lanjutan daripada entri INI yang aku update sebentar tadi. 
Image: Google
Jujurnya memang ia silap aku sedari awal kerana share gambar tersebut terlebih dahulu sebelum arwah meninggal dunia lagi. Ya, itu adalah antara kenangan aku dan arwah semasa di SBB 2014 yang lalu. Aku share melalui akaun instagram aku sebaik selepas selesai SBB 2014.

Setelah menyedari bahawa gambar tersebut diambil tanpa kebenaran aku, aku sendiri ambil tindakan dengan meminta kerjasama agar gambar tersebut dibuang daripada blog mereka dan aku sendiri terlebih dahulu telah delete kesemua gambar aku bersama arwah yang pernah aku share suatu ketika dahulu.

Apa pun, tindakan telah pun diambil oleh kedua-dua blogger berkenaan. Gambar telah dibuang dan digantikan dengan gambar baru yang lebih sopan. Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kerana beri kerjasama yang baik. 

Kepada 'Anonymous' yang dah hentam aku secara tiba-tiba tu, tak mengapalah. Aku maafkan. Aku sendiri tak pernah sempurna dan banyak lalukan kesilapan. Apa pun, Alhamdulillah, Allah beri kesedaran cepat kepada aku. Syukur.

Semoga kita semua dapat ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan sama-sama jadikan sebagai panduan dalam kehidupan mendatang. Apa pun, semangat aku dalam dunia blog takkan pernah luntur. Kepada yang menegur kesilapan ini, terima kasih aku ucapkan. Kalian memang sahabat yang baik. Aku hargai semua itu.

Wallahualam..
Read more ...

Jangan Ambil Tanpa Kebenaran. Jaga Etika Blogger

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf andai ada yang melihat gambar arwah sahabat blogger kak Syuhada yang meninggal dunia semalam yang dikongsi oleh mana2 blog yang diambil daripada blog ini. Gambar-gambar tersebut telah pun dikongsi sebelum arwah meninggal lagi.

Isu kali ini agak sensitif terutama kerana ia melibatkan aurat mereka yang telah meninggal dunia. Jujur aku katakan, semasa aku update berita arwah kak Syu meninggal, aku hanya letakkan gambar banner blog arwah kerana aku amat sedar bahawa aku perlu menjaga aib arwah. Ada aku update di entri INI.

Apa yang terjadi pagi ini ialah bila seorang sahabat beritahu aku bahawa gambar aku bersama arwah kak Syu di dalam satu entri blog, iaitu AANS Blog. Amat terkejut kerana gambar yang diambil itu adalah hak milik peribadi aku dan aku tak pernah izinkan sesiapa pun share tanpa kebenaran aku. Setelah diselidik, gambar itu dikongsi oleh blog yang popular iaitu Melvister.

Seperti yang kita ketahui dan HARUS sedar, bila kita berblog, etika itu perlu dijaga. Mungkin aku kena ingatkan kembali.
Penafian dalam blog ini pun aku mention, 'Perlu Mendapat Pengetahun dan Keizinan Pemilik Blog'. Jadi, jangan semudahnya ambil gambar daripada blog ini TERUTAMA yang menjadi hak milik aku TANPA KEBENARAN aku. 

Mungkin blog ini tidak popular sehingga blogger berkenaan langsung tidak peduli untuk minta keizinan aku sebagai pemilik gambar tetapi pernah tak fikir yang aku akan turut sama tanggung dosa kerana gambar tersebut? Pernah tak terfikir hati-hati yang akan terluka akibat gambar itu?

Jangan kerana hendak kejar trafik blog yang tinggi sehingga anda abaikan etika blogging. Blogging secara sihat dan bukan ambil/ curi gambar sesuka hati. Kita adab dan budaya. Hendakkan sesuatu, perlu minta bukan ambil tanpa izin.

Aku dah pun komen dalam blog juga FB Page AANS Blog dan Melvister untuk minta gambar tersebut dibuang. Dan aku akan tetap perhatikan perkembangan terkini samada admin blog/FB tersebut akan ambil tindakan seperti yang aku minta. Aku bukan setahun dua dalam dunia blog ini dan bukan buta etika blogging. Aku memang tak famous tapi aku arif dengan etika blogging.

Aku sendiri dah ambil tindakan dengan membuang semua gambar2 aku bersama arwah yang pernah aku share suatu ketika dahulu daripada media sosial ini. Jadi aku juga berharap perkara yang sama daripada blogger-blogger berkenaan.

Terima kasih juga kepada sahabat aku yang memaklumkan akan gambar tersebut. Aku mungkin buat silap kerana pernah share gambar tersebut. Aku sedari itu. 

Kepada kalian semua, marilah kita berdoa agar roh arwah kak Syu tenang dan bersama golongan yang beriman.

Al-Fatihah

*Edited setelah diselidik punca gambar ini disebarkan
Read more ...

Reading List, Apa Sudah Jadi?

Assalamualaikum...


Sebagai seorang part time blogger yang bajet nak konsisten untuk blog walking blog kengkawan, adalah penting untuk mempunyai blog list di side bar blog. Tetapi perlu kita ketahui tak semua blog akan tersenarai dalam blog list. Betul tak?

Makanya, Reading List adalah menjadi keperluan untuk melihat updates daripada sahabat-sahabat blogger sekalian. Akan tetapi, beberapa hari ini aku perasan akan perubahan pada Reading List blog. Apa perubahan yang aku perasan tu? Tengok gambar kat bawah

Sedari beberapa hari lepas, cuma satu tu je yang aku dapat tengok update. Bila klik 'view more' langsung tak function. Adoi la. Apa sudah jadi ini Reading List? Anyone know? Can tell me why? Susah tau kalau aku nak klik satu persatu kat blog list tepi tu. Kalau setakat dua tiga takpe. Ini beratus kot blog aku follow. 

Aduhai la Blogger.com. Kenapa ada problem ni? Tak sayang kat kita ke? Kesiankanlah hamba ni yang terkejar-kejar masa nak blog walking. I'm running out of time and breath. Please please help me please.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, June 18, 2014

Pemergian Blogger Syuhada Baharudin

Assalamualaikum...

Blogger Syuhada Baharudin telah kembali ke rahmatullah hari ini. 

Berita sedih mengenai blogger Syuhada Baharudin ini aku terima daripada kakak kerana arwah adalah kawan kepada pegawai di pejabat kakak. Ya Allah, terkejutnya. Macam masih tak percaya kerana aku yakin arwah akan kembali sihat.

Itu yang kita inginkan tapi Allah berkehendakan lain daripada apa yang kita inginkan. ALLAH SWT Maha Pengasih. DIA mengasihi kak Syu lalu diambil untuk kembali ke pangkuan-NYA. Apa yang mampu kita doakan agar roh arwah tenang bersama penciptanya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


Pernah aku update mengenai keadaan arwah beberapa hari lepas  di entri INI. Ya Allah, mungkin ini ujian buat keluarga arwah, maka Kau kuatkanlah ahli keluarga arwah dalam mengharungi dugaan ini. 


AL-FATIHAH
Read more ...

Wordless Wednesday #2 [18.06.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini.

Saya suka kek coklat!!! YEAY!!!
Entri untuk kek ni akan menyusul kemudian.


Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [18.06.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.

Reward for myself.

Okay...till we meet again

Read more ...

Tuesday, June 17, 2014

Rice Wreath Support Project for Leeteuk

Assalamualaikum...

Okay, entri kali ini ada kait dengan K-Pop sikit. Entri ini khas buat semua peminat Super Junior terutama yang minat sangat-sangat kat leader Leeteuk. Rasanya kalau ada yang aktif kat Twitter mesti tahu yang @MalaysiaELF ada buat projek untuk Leeteuk.

Projek ini adalah bersempena dengan selesainya latihan perkhidmatan ketenteraan beliau pada bulan Julai nanti. Wah...bestnya.
Army
Rice Wreath Support Projek dan Donation for Leeteuk's Back From Army. Kiranya gabungan dua projek la ni. Biasalah, orang Korea kalau ada apa2 event, bunga dan beras tu memang antara bahan wajib dorang. Projek ini masih berjalan dan donation boleh dibuat sehingga 25 Julai 2014.

Berminat? Boleh emel kepada daydreamdesign2014@gmail.com atau tweet kepada @MalaysiaELF twitter ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Berat Turun lah

Assalamualaikum...

Cerita simple je la hari ni. Takde idea nak cerita sangat. Hari ini ada appointment kat hospital. Ada follow check up. Aku  gerak awal sikit sebab tak nak dapat nombor lambat. Bila dah setel dapat nombor, orang tu suruh aku check blood pressure (bp).
image: Google
Setel check bp sekali JM tu suruh aku timbang berat. Alamak!!! @_@...habislah aku. Aku tahu lately ni aku kan rajin je keluar jalan-jalan cari makan. Korang pun boleh tengok entri-entri aku terdahulukan. Penuh dengan tempat makan je. 

Masa timbang tu aku dengan confident cakap confirm naik ni. TAPI, rupanya turun 2kg. Apakah? Apakah? Hahaha..apakah semua ini? Wow...bagusnya. Tetiba rasa semangat nak turunkan lagi berat. Gitu kekdahnya. Turun 2kg dah kecoh macam 12kg kan? Aku la tu. Ye la, ingat senang badan aku ni nak turun berat? Huih..punyalah payah.

Tapi, aku tak sure macam mana boleh turun tapi aku plan nak turunkan lagi. Haa..any idea? Any tips? Any petua? Tapi jangan promote aku supplement semua bagai ya sebab aku memang tak boleh amik any supplement tanpa consult by doctor.

Okay...till we meet again
Read more ...

A Hectic Tuesday..

Assalamualaikum...

Selamat pagi cikgu! (Korang nyanyi cara budak2 kelas Upin Ipin nyanyi tu ek). Hahaha
image: Google
Selamat pagi semua. Tajuk tu saja je nak bikin gempak sikit sebab memang dalam dua minggu ni, asal hari Selasa je ada urusan luar. Tapi urusan peribadi la. Minggu depan hari Rabu pula. 3 minggu berturut-turut ada urusan.

Masih ingat entri aku berkaitan bulan Jun kat SINI? Inilah antara tarikh yang aku maksudkan itu. Apakah urusan tersebut? Seriously, can't share with you guys until everything is confirmed. Hope korang faham ya. Cuma kalau korang baik hati, doakan semoga urusan aku dipermudahkan Allah. 

Harap urusan pagi ni selesai cepatlah hendaknya. Kalau boleh nak sampai ofis sebelum tengah hari sebab ada kelas ngaji. 

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, June 16, 2014

Budi Bahasa Budaya Kita

Assalamualaikum...

Entri ini mengisahkan perihal manusia zaman sekarang terutama muda mudi kita sekarang ini. Jujur cakap, aku pun takdelah sopan sangat. Kalau dah terlalu marah tu, kadang tak sengaja aku sound juga tapi memang boleh kira dengan jarilah berapa kali je aku buat camtu.

Hendak dijadikan cerita, kisah ini berlaku pada aku dan kawan-kawan pada hari minggu yang lepas. Kisah pertama berlaku di Publika, Solaris Dutamas. Semasa hendak keluar dari Publika, actually menuju ke kereta, aku berjalan seperti biasa dan secara kebetulan, ada sepasang lelaki dan perempuan Cina yang lalu dari arah berbeza. Aku berjalan ke depan dan mereka hendak masuk ke Publika melalui pintu yang aku keluar. Entah tak tahu hujung pangkal, tetiba lelaki cina tu marah aku dengan ayat, "Orang nak masuk dia lalu sini!". Lebih kurang begitulah ayat lelaki tersebut. Ada lagi ayat yang dia cakap tapi aku tak ingat.
image: Google
Aku, kembar dan kawan kami terpinga-pinga bila lelaki tu tetiba je marah aku. Haruslah muka aku hairan. Dia memaksudkan aku menghalang laluan dia. Sedangkan itu memang laluan aku dan aku langsung tak menghalang jalan dia dan arah serta hala kami pun berbeza. Jarak antara kami apatah lagi kan. Pada aku, lelaki itu sangat biadap. Jalan yang besar tu takkan orang lain tak boleh lalu. Kitakan ada adab, at least kalau nak suruh aku berhenti supaya dia boleh jalan melintasi aku, cakaplah "Excuse me". Tak perlulah nak marah-marah aku.

Kisah kedua berlaku di KFC Alamanda. Begini, sekumpulan remaja perempuan masuk ke KFC dan hendak duduk di meja bersebelahan dengan meja kami. Hendak dijadikan cerita, masa itu, aku dan dua orang kawan kami ke kaunter untuk order makanan dan hanya cik kembar je yang jaga meja tu. Meja tu untuk empat orang dan kerusi pun memang ada empatlah juga. 

Nak jadi cerita, tanpa bertanya kepada kembar aku samada kerusi yang ada di meja kami tu ada orang atau tidak, salah seorang daripada mereka terus je rembat kerusi tu. Maka cik kembar pun beritahu sajalah yang kerusi tu ada orangnya. Kawan kepada budak tu boleh cakap begini "Ala...ambik je". Wow..inikah budaya bangsa kita yang kita agungkan sangat ni?

Bila kembar aku mendengus marah, barulah budak tu letak kembali kerusi yang dia ambil tu. Agaknya kawan dia yang suruh amik je kerusi tu tak puas hati, dok pandang-pandang jeling-jeling kat kembar aku. Paling best, semasa dia kaunter, aku yang tak tau cerita ni tetibe terpandang seorang remaja perempuan ni yang aku sedari dok perhatikan aku. Tapi yang menghairankan budak ni dok pandang aku dengan pandangan yang meluat siap jeling-jeling aku bagai. Dalam hati, "Eh, budak ni dah kenapa?". 

Aku memang rasa pelik tapi seperti biasa, aku abaikan je sama macam kes lelaki cina tu marah aku. Aku abaikan. Bila aku kembali ke tempat, tak berapa lama budak yang pandang dan jeling aku tu rupanya duduk di meja bersebelahan dengan kami. Sehingga aku tengah makan dan berbual dengan kengkawan, budak tu masih lagi curi-curi pandang dan jeling kat aku. Sehinggalah kembar bercerita kisah budak-budak meja sebelah tu, barulah aku faham kenapa budak tu berkelakuan begitu.

Oh adik, barangkali mungkin kamu rasa muka akak ni meluatkan ke? Atau kamu terperasan muka akak ni sama dengan kakak yang mendengus marah kepada kawan kamu tu? Dik, tolong jangan berkelakuan begitu. Kawan kamu tu memang dah salah, seharusnya minta maaf bukan jeling orang tak tentu pasal. Kamu yang mungkin tak suka dengan muka akak yang buruk ni, jagalah sikit kelakuan kamu. Jangan hanya berwajah cantik tapi sikap kamu langsung tak seiring dengan kurniaan yang Allah berikan.

Bak kata orang, budi bahasa budaya kita. Budi bahasa tu bukan melalui percakapan saja, bahasa badan pun orang boleh tahu. Kedua-dua kisah yang aku ceritakan sebenarnya menggambarkan sikap sesetengah masyarakat kita sekarang ni. Secara suka hati sound orang tak tentu pasal. Benda yang kecil diperbesarkan. 

Perkara ni reflek bukan saja diluar malah di media sosial pun begitu juga. Bila kita marahkan sesuatu, kita sewenangnya menghamburkan maki hamun kita pada mereka yang kita marah. Kadang orang tu tak buat salah apa pun kat kita, tapi bila kita beri pandangan dan komen ibaratkan orang tu macam pernah bunuh mak ayah kita. Emosi yang kadang langsung tak bertempat.

Kita mungkin rasa amarah kita perlu dilepaskan tetapi pernah tak kita fikir amarah orang yang kita marah tu? Pernah tak kita letak diri kat tempat mereka? Dunia ini bukan milik kita untuk kita buat sesuka hati kita. Kalau kita buat orang, nanti orang buat kita pulak. Bak kata pepatah omputih, What you give you get back. Jangan disebabkan kebiadapan kita pada orang lain, kita pulak nanti rasai kembali dan mungkin lagi pedih. Who knows?

Aku bersyukur sebab Allah masih beri kesabaran dalam diri. Tapi tahap sabar setiap orang itu ada batasnya. Kerana kita ni manusia biasa dan banyak khilafnya. Yes, aku tahu kelakuan mereka yang di atas tadi pun kekhilafan mereka. Tapi kalau boleh dielakkan, sebolehnya elaklah.

Aku cuma anggap mereka terlupa apa itu nilai-nilai murni. Aku anggap mereka tak tahu soal dunia. Harap mereka akan sedar apa yang mereka lakukan. Harap suatu hari nanti, ada orang yang boleh beritahu mereka akan kesilapan mereka.

Ini juga pesanan dan peringatan untuk diri sendiri juga. Ya la, bila kita ingatkan orang, jangan lupa ingatkan diri sebab kita ni pun banyak kelemahannya kan? Baiklah, sekian luahan hati yang agak terkilan sikit ni.

Wallahualam...
Read more ...

Bila Tak Cukup Tidur

Assalamualaikum...

Pening sikit kepala pagi ni disebabkan tak cukup tidur. Semalam tidur dalam pukul 2am sebab temankan emak yang tak boleh tidur. Mak sekarang ni insomnia. Kesian mak. Kadang tu sampai ke pagi buta tak tidur. Kalau waktu hujung minggu tu takpe, sebab aku akan berjaga juga sampai ke pagi.

Bila hari kerja ni, kesian juga bila mak duduk sorang tak boleh tidur. Dah macam-macam cara buat pun tak selesai juga masalah insomnia mak tu. Aku ni pulak jenis tak sampai hati tengok mak duk sorang. Kalau mak takleh tidur, aku ajak mak tengok tv ke. Manalah tau bosan tengok rancangan tv tengah malam, terus rasa ngantuk. Tapi, selalu aku la yang ngantuk dulu. Hahaha

Ni bila aku sekali tak cukup tidur, bangun awal sebab nak ke tempat kerja, dah jadi letih sikit. Ngantuk jangan cakaplah. Kalau letak kepala terus je tidur. Kadang tu drive pun jadi kurang fokus. 

Tapi nak buat macam mana kan, keadaan memang macam tu sekarang. Agaknya sebab tu jugalah badan makin naik kot. Hehehe....

Okay...till we meet again
Read more ...

Sesi Persekolahan Dah Buka Semula

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat pagi semua. Hmm..serious ek, selama dua minggu ni memang aku rasa heaven je bila nak datang ofis. Mana tidaknya, jalan raya begitu lancar sekali. Langsung tak jem. Keluar rumah pukul 710am pun boleh sampai ofis dalam pukul 745am. See? Sekejap je kan.

Kalau hari biasa, mau lambat thumbprint nanti. Kalau hari biasa, keluar awal pun ada dekat sejam juga aku drive pepagi buta tu. Seronok sangat kalau musim cuti sekolah dan perayaan sebab jalan raya lengang sikit. Aman je drive pepagi. Balik kerja pun tak jem tau. Itu yang paling best tu.

Tapi nak buat macam mana kan? Kalau hari-hari cuti kang budak-budak tak belajar pulak kang. Hahaha. Siapa nak jawab tu? Ini bukan merungut tau, sekadar nak meluah rasa hati je. Hahaha

Okay...till we meet again
Read more ...

Sunday, June 15, 2014

Next Entry - Banyak Nak Cerita

Assalamualaikum...

Entri simple je kali ini. Memang simple sebab just nak jot down beberapa entri yang akan aku cerita dengan korang. Biasalah, jadi blogger ni kadang takleh entri merapu je. Kenalah ada juga cerita menarik untuk share dengan korang.
image: Google
Kang kalau merapu je, orang jemu pulak nak tengok. Kalau ada cerita best baru orang nak baca. Tak gitu? Sebenarnya dalam satu dua minggu ni aku rasa macam banyak berjalan walaupun sibuk luang masa dengan mak kat rumah. Ye la, ada banyak hal yang dah plan lama dengan cik kembarkan. 

Antara yang aku nak share dengan korang ialah pasal Salon Du Chocolat, KLIHF, Simple Segmen dan beberapa lagi cerita. HUih..nampak macam banyak. Tah bila nak setel menaip draft tu pun aku tak sure. Tapi aku akan cuba buat yang terbaik ya.

Baik, sekarang ni nak siap-siap. Hari ini teman cik kembar lagi. Ada hal sikit.

Okay...till we meet again
Read more ...

Doa Buat Untuk Blogger Syuhada Baharudin

Assalamualaikum...

Aku mungkin terlambat untuk berkongsi kisah sahabat blogger Syuhada Baharudin. Rata-rata dikalangan kita sudah maklum dengan keadaan beliau sekarang ini yang masih koma. Daripada perkhabaran sahabat blogger lain, kak Syuhada diserang semput dan kemudian jatuh pengsan. Jujurnya aku sendiri pun tak tahu bagaimana boleh berlaku.

Aku pernah bertemu dengan kak Syuhada masa di SBB 2014 hari tu.

Doa aku semoga Allah sembuhkan kak Syuhada dan dapat pulih seperti sediakala. Permudahkan segalanya untuk beliau. Semoga keluarga beliau kuat untuk hadapi ujian ini. 

Wallahualam...
Read more ...

Piala Dunia Punya Pasal

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Tengah buat apa tu?

Kali ini sembang-sembang sikit pasal Piala Dunia FIFA 2014 yang sedang berlangsung sekarang ni. Bak kata orang, sana sini semua dok cakap pasal Piala Dunia. Dari surat khabar ke TV ke radio sampaikan SNS seperti Facebook, Twitter pun orang dok sembang pasal Piala Dunia.
Blog apatah lagikan? Kalau blog sukan memang penuh dengan cerita bola je la. Tapi kali ini aku nak sembang lain sikit pasal bola ni. Nak jadi cerita, lepas aku update cerita pasal Piala Dunia FIFA 2014 kat entri INI, tetibe teringat kat Churp Churp.

Bukan apa, nak tengok iklan je sebenarnya. Sekali bila tengok kat Social Seed tu, oo mak aiii...sikit punya banyak dapat Social Seed tu. Adalah dalam 8 haritu aku dapat dan 6 daripadanya semua berkait dengan Piala Dunia 2014. Ambik ko. Selalunya kalau buka Churp Churp tu, Social Seed yang aku dapat adalah dalam 2 atau 3. Kali ini meriah betul bola.


Rezeki Piala Dunia ke apa ni? Hahaha. Takpelah, asalkan dapat masuk earning kan? Tambah juga duit Churp Churp aku tu. Korang dah check Churp Churp korang?

Okay...till we meet again
Read more ...

Saturday, June 14, 2014

Bila Sabtu Tiba

Assalamualaikum...
Image: Google

Selamat petang sabtu semua. Huih..lewat ni baru dapat update blog. Pagi tadi sibuk sikit. Biasalah hari minggu. Time ni la nak mengemas rumah bagai. Dah setel baru dapat buka blog.

Apa plan hari ni? Aku macam biasa spend masa dengan family tapi akan ada hal sedikit yang nak buat. Tengah siap-siap nak keluar ni. Tunggu je cik kembar je ni. 

Oh ya...aku nal buat segmen kecik2 minggu ni. Simple segmen special untuk blog readers. Haa..segmen apa? Nanti aku bagitau ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, June 13, 2014

Maleficent 3D Awesome!

Assalamualaikum...
image : Maleficent FB
Sebagai seorang yang jarang tengok wayang dan boleh kira dengan jari berapa kali aku tengok movie dalam setahun dan kadang tu berapa tahun sekali, bila aku cakap nak tengok movie ni, memang agak pelik jugalah. 

Ya la, aku ni cuma suka tengok kalau movie tu ada cite magic pastu ada alam kanak-kanak sikit. Aku tak suka movie yang serious gile, tengok pastu kena fikir pastu ending dia romantis bagai. Oh no. Korang bagi aku cite macam Frozen tu, aku nak la.
image : Maleficent FB
Menariknya mengenai Maleficent ni ialah, aku dapat agak yang watak Maleficent ini seorang yang baik. Ala...kalau zaman Disney dulu dia jadi jahat, kali ini mesti watak tu kena twist juga. Macam juga Snow Queen tu. Dalam Frozen, Queen Elsa kan jadi baik walaupun hakikatnya dalam cerita dongeng omputih dulu-dulu Snow Queen tu jahat. 

Kitorang pergi hari Selasa lepas kat GSC Alamanda. Kembar siap beli yang 3D kot. Aku pulak first time tengok 3D. Huih..jakun pulak aku tetibe. Kesian kesian. 

Seriously, cite ni memang best. Very unexpected dan ada juga lucunya. Efek grafik yang diguna pakai memang buat korang terpegun. Keindahan langit dalam filem tu memang buat aku sangat terpikat. Setiap watak ada fungsi dan related to each other. Korang yang teringin nak tengok tu, pergilah sebelum tayangan ni tamat. Memang tak rugi beli tiket. Berbaloi.

Selesai tengok movie, singgah restoran mamak kejap sebab masing-masing dah lapar. Begitulah cerita malam tu.

Okay...till we meet again
Read more ...