Friday, May 30, 2014

Raja Dr Nazrin Shah diisytihar Sultan Perak ke-35

Assalamualaikum...
Image: GOogle

Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah pada Khamis diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35 dalam istiadat pengisyitharan pelantikan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, di sini.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan di Balairong Seri, Istana Iskandariah, pada pukul 3.15 petang.
Raja Nazrin, 58, kini dikenali sebagai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Sumber : SINI 

Kata pepatah orang dulu-dulu, Patah tumbuh hilang berganti. Kini negeri kelahiran tercinta, Perak Darul Ridzuan akan diterajui dan diperintah oleh Sultan Nazri Muizzuddin Shah. Merafak sembah menjunjung kasih, ucapan tahniah buat Paduka Sultan. Sebagai rakyat jelata, memang bangga punya pengganti Sultan yang turut berwibawa. Tidak dinafikan, hati ini masih sebak dengan kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah. Walau tak pernah sekali pun berpeluang untuk melihat Almarhum Sultan, tetapi kewibawaan Almarhum adalah sangat dikagumi.

Semasa masih kecil lagi, pernah aku membaca sebuah buku yang mencatatkan rekod-rekod bersejarah orang Malaysia dan Almarhum Sultan Azlan Shah antara yang turut direkodkan di dalam buku tersebut sebagai Sultan dan kerabat diraja yang paling pandai. Turut aku baca ialah sejarah semasa pertabalan Almarhum sebagai Sultan Perak selepas mangkatnya Sultan Idris. 

Kini semuanya tinggal kenangan. Semoga Almarhum Sultan Azlan Shah tenang di sana dan doaku semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Buat Sultan Perak yang baru, Patik doakan Tuanku dapat menjadi pemerintah yang adil lagi bijaksana. Doa patik agar Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan tugas memerintah negeri Perak dan semoga negeri ini terus makmur dibawah naungan Tuanku. 

DAULAT TUANKU
Read more ...

Suami Mak Dara Meninggal Dunia

Assalamualaikum...

Rasanya baru je malam tadi aku update entri mengenai keadaan suami blogger Mak Dara. Malam semalam aku dapat khabar yang suami Mak Dara telah meninggal dunia pada jam 10.43pm di Hospital Ampang.

Aku dapat tahu melalui Instagram Sally Samsaiman. Agak speechless juga ni. Arwah meninggal kerana menghidap kanser darah stage 4. Itu dalam pengetahuan aku. Sempat juga tanya sikit-sikit daripada Sally malam tadi.

Semoga urusan pengkebumian arwah dipermudahkan Allah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. AL-FATIHAH.
Read more ...

Thursday, May 29, 2014

Mohon Doakan Kesihatan Suami Mak Dara

Assalamualaikum...

Rasanya rata-rata kalian mungkin sudah mengetahui keadaan kesihatan suami blogger popular Mak Dara yang kini berada di dalam keadaan kritikal. Suami Mak Dara, Martias Ali disahkan menghidap kanser darah stage 4.

Aku tak begitu mengenali Mak Dara tetapi sebagai seorang rakan blogger, turut bersimpati dengan ujian yang sedang dilalui oleh Mak Dara sekeluarga. Khabar mengenai suami Mak Dara ni pun aku dapat tahu daripada sahabat blogger Kak Mia Liana dan Sally Samsaiman. Semalam Kak Mia dan Sally ada menziarahi suami Mak Dara. 

Allahuakbar, hebat sungguh ujian yang kau berikan buat suami MD. Tiada kata yang mampu dilafazkan melainkan iringan doa agar suami MD akan dapat bertahan dan tabah menghadapi kesakitan itu. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Moga Allah memberi rahmat buat suami MD dan MD sekeluarga.
image : Google

Wallahualam...
Read more ...

Pengubat Stress

Assalamualaikum...

Lanjutan daripada entri tengah hari tadi.
Kata orang, bila stress kita perlukan sesuatu untuk meredakan stress tersebut. Kita perlukan 'ubat' untuk 'penyakit' stress ni. Korang rasa apa ubat stress ek?
image : Google
Aiyaa..aku memang stress sangat hari ini. Jarang tau stress tapi sesekali best la juga. Hahaha..sila la gelak. Ala..stress je pun. Bukan kena marah dengan bos pun. *Fikir positif juga ni. 

Aku rasa ubat stress yang sesuai dengan aku ialah makanan. Aku kan suka makan. Tetibe nak makan benda yang berasaskan coklat. Coklatkan dapat hilang stress dan bantu untuk rasa gembira. Gitu. Tapi, aku tak nak coklat yang kena beli kat kedai tu sebab aku nak chocolat yang macam kat Dip n Dip, Salon Du Chocolat tu je. Best..

Esok macam nak terjah je ke sana. Hihihi...Alhamdulillah, walau stress masih mampu gelak sebab Allah izinkan aku untuk gelak. Ringan sikit beban dalam kepala ni.

Okay...till we meet again
Read more ...

Stress

Assalamualaikum...

Tengah buat apa tu? Aku baru je nak lunch ni.

Hari ni sangat sibuk dengan satu perkara yang tak dijangka. Aduh..stress bila kena korek balik data lama yang dah berapa tahun tersimpan. Tambahan pula kalau data yang diperlukan ada yang tak mencukupi. Lagilah stress nak mencari. Cuma ada masa sehari je pulak nak siapkan untuk data selama 4 tahun.

Macam mana ni? Nak makan pun takde mood...
Image: Google
Okay...till we meet again

Read more ...

Ada Task Penting

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Hari ini akan busy terlebih sebab ada satu tugasan yang diluar jangkaan kena buat. Ala, kiranya ni ad-hoc la ni.

Adat bekerjakan, memang akan ada waktu-waktu begini. Kalau ada free time pun tak macam free. Gitu. Tapi takpe..dah memang tanggungjawab pun. Sambung blogging seperti biasa tengah hari kang ya. 
image: Google
Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, May 28, 2014

Sultan Perak Dalam Kenangan

Assalamualaikum...

Pastinya khabar sedih ini sudah diketahui oleh kalian semua melalui berita yang diumumkan oleh YB Menteri Besar Perak petang tadi. 
image: Facebook
Baginda Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah mangkat pada 1.30 pm hari ini. Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini. Jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok. Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan
Sumber: SINI, SINI dan SINI

Khabar sedih ini memang mengejutkan aku sebagai seorang anak kelahiran negeri Perak. Walau tak pernah sekali pun berjumpa baginda, tetapi sebagai rakyat jelata, aku bangga punya Sultan yang bijaksana dan adil kepada rakyatnya. Sebak rasa hati ini kehilangan Almarhum baginda Sultan. Doaku agar roh Almarhum baginda akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan beriman. AL-FATIHAH.

Wallahualam...
Read more ...

Selamat Hari Lahir Deno

Assalamualaikum...
Selamat malam semua. Entri ini special untuk adik blogger tersayang, Dayang Deno.

Hari ini adalah hari kelahiran Deno. Maaf dik, akak baru je sempat buat entri ni. Diharap masih tidak terlambat untuk ucapkan selamat menyambut hari kelahiran.

Aku kenal Deno melalui blog ini dan pernah juga bertemu sekali dengan beliau. Deno ni orangnya baik sangat dan comel je. Sepanjang aku kenal Deno, aku sangat kagum dengan semangat beliau melawan penyakit SLE yang dihidapi sejak sekolah rendah lagi. Korang bayangkan dugaan besar yang Allah SWT beri kepadanya dan dia tabah hadapinya. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan semoga Allah merahmati adik kita ini dan kekalkan kekuatan baginya dalam melawan penyakit SLE tersebut.
image; Google
Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #3 [28.05.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #3 untuk hari ini.
Ehem..ada sesiapa yang tahu dan akan pergi?
Image: hijabista
Ada sale menarik. Boleh buat persediaan hari raya nanti. Info lanjut boleh didapati di SINI

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #2 [28.05.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini.
CICD Goes Food Hunt!!! YEAY!!!

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [28.05.2014]

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.
Wordless Wednesday #1 untuk hari ini. Sorry ya semalam tak dapat nak blog walking sebab tuan blog tak sihat. Inshaa Allah, hari ini kita pulun ek
Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, May 27, 2014

Petua Sembuhkan Demam Selesema

Assalamualaikum...

Aku sedang alami selesema teruk ni. Aduh...esok rasanya kena juga pergi klinik ambil ubat.
image: Google
Tapi aku nak share dengan korang petua untuk hilangkan demam selesema yang aku jumpa dari sumber menggoogle
Halia
Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari
Ikan
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan
Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik
Sayuran Hijau
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema
Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah
Kunyit
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika  menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema
Madu
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak
Air Beras
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam
Sumber : SINI

Kena tido awal sikit malam ini..

Okay...till we meet again
Read more ...

Kerja Kahwin Part 3 - Baju Untuk Best Man

Assalamualaikum...

Entri untuk Kerja Kahwin kakak aku ada aku update kat entri-entri sebelum ini seperti INI.

Kali ini kisahnya pengapit lelaki. Memandangkan kenduri hanya akan diadakan dibelah kami sahaja, makanya kebanyakan persediaan tu kamilah yang buatkan. Bagi pengapit lelaki, bakal abang ipar dan kakak aku minta tolong aku carikan pengapit. Syaratnya orang tu mesti jenis smart dan tinggi sedang-sedang ala-ala macam bakal abang ipar aku juga.

Hmm..aku ni memang tak ramai kawan lelaki walaupun ofis aku tu ramai je lelaki. Maklumlah, aku ni jenis manusia terpencil. Jadi tak kenal sangat lelaki kat ofis tu. Setakat satu dua orang tu kenallah juga dan mereka adalah daripada division yang sama dengan aku.

So, aku asalnya minta tolong adik aku si Ridzuan tu. Tapi dia malu-malu kucing la pulak. Segan la katanya. Dia suruh aku cari back up. Maka, aku teringat seorang lagi member aku, Loqman. Terus minta no handphone Loqman sebab masa handphone aku rosak dulu, sume contact dah hilang dan aku ni jenis pemalas nak umumkan kat satu Malaya yang aku dah hilang contact number.

Jadi, bila tibe masa perlukan macam ni la baru terkial-kial nak cari nombor padahal ada je sametime ngan Loqman tu. Hahaha...itulah sengal namanya. Dah dapat no hp, terus cepat-cepat whatsapp Loqman. Tanya-tanya then dia pun setuju. Alhamdulillah. Senangnya la hai deal ngan Loqman ni. Bagus. Terus mak dan kakak aku nak tengok gambar Loqman. Cis...sempat lagi tu kan. Hahaha. Nasib lulus sebab Loqman ni orangnya memang smart pun.

Semalam kakak aku call untuk confirmkan saiz baju melayu Loqman. Haa..manalah aku tahu kan. Aku pun call balik Loqman tanya saiz baju dan call balik kakak aku. Beberapa jam selepas itu, time tu kakak aku dah balik rumah la. Dia bagi baju tu kat aku untuk Loqman cuba. Just in case tetibe tak muat ke apa kan. 

Hajatnya nak bagi hari ini tapi aku pulak yang lupa bawak. Hahaha..esok je la ya. Tapi aku tunjuk kat korang dululah rupa baju melayu tu. Warna sedondon dengan dress aku nanti tapi aku rasa aku punya warna kuat sikit kot. EHEM...untunglaa Best man dapat sponsor..gua sendiri sponsor. Hahaha...nasib badan.

Okay...till we meet again
Read more ...

Mini Oreo!!!

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Actually, tuan blog tak berapa nak sihat sebenarnya since daripada semalam lagi. Ada aku bebel tentang sakit tekak kat entri INI dan malam tadi dah demam dedar. Adeh...tapi bertahan lagi demi nak bekerja.

Cuma bagi nak ceriakan blog Ainimrashihah ini, jom cerita sikit soal makanan. Oh, Ainim dan makanan berpisah tiada. Eh? Hahaha...okay jom baca.

Aku tak ingat hari apa kembar aku beli Oreo Mini ni. Tau-tau bangun tido je dah ada depan mata. Maklumlah, tertido depan laptop di siang hari. Haa..bukan senang nak tengok aku tido siang. Berapa kali dalam setahun ikut nasib. Kalau tak sihat la ya.

SO, aku pun bangun-bangun cuci muka balik. Perut takde la lapar tapi gatal je nak mengunyah. Terus buka dan makan. Krup krup krup..okay, itu ilustrasi bunyi semata-mata ya.  Rasanya sama je la dengan Oreo yang biasa tu cuma ini bite size. Jadi, ko ngap sekali je masuk mulut. Tapi tetap ngap dua kali juga walaupun kecik. Dah pesen makan memang sikit-sikit masuk mulut.


Sebenarnya aku dah pernah terjumpa Oreo Mini Chocolate ni kat Bangi tapi takde la beli sebab ingatkan tak best. Rasanya kalau aku guna yang bite size ni untuk buat oreo cheese cake mesti lagi senangkan? Kan? Haa..dah ada plan nak buat tu..korang tunggu aku update entri kalau betul aku berjaya buat ye. Hihihi. Siapa nak oreo mini ni? Angkat tangan..hahaha


Okay...till we meet again
Read more ...

Salam Israk Mikraj 1435H

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.
Image: Google
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Salam Israk Mikraj 1435H kepada semua umat Islam. Daripada peristiwa Isral Mikraj inilah juga kewajipan kita untuk menunaikan solat telah disingkatkan kepada 5 waktu sehari semalam.
Peristiwa Israk dan Mikraj memang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad saw. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.
Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.
Kisah selanjutnya di SINI 

Sama-sama kita hayati sejarah agung ini dan ini juga merupakan tanda kebesaran ALLAH SWT.


Credit: Jie Hearty YT

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, May 26, 2014

Microsoft Office Online Assessment

Assalamualaikum...

Tadi terima emel untuk buat assessment untuk hadiri kursus Microsoft. Kiranya ini tapisan untuk ketahui level pengetahuan dalam Microsoft ni.

Huii..aku ni dah la tak pandai excel. Haruslah pening menjawab. Terpinga-pinga jap nak menjawab sebab selama ni dok buat je tapi tak pernah pun hadiri mana-mana kelas Microsoft. Segala skill aku try and error je. Hehehe

Microsoft Excel dah setel tapi Microsoft Word belum lagi sebab tadi sistem error. So, continue esok je la. Takmo pening kepala lagi.
Okay...till we meet again
Read more ...

Sakit Tekak

Assalamualaikum...
image : Google
Sakit tekak oi sakit tekak. Apa punca pun aku tak tahu. Rasanya since hari Sabtu dah rasa sakit tekak. Suara dah rock sampai hilang suara dah. Hari ni pula, suara okay tapi tekak rasa sakit sangat la pula. Nasib masih boleh bercakap dan makan macam biasa.

Apa ek cara nak hilangkan sakit tekak? Malas nak google petua sebab kang dia suruh minum air asam jawa la apa la. Sah-sah tekak skema ni tak nak terima. Dia kan ngengada sikit. Cerewet ya ampun. Sekarang ni aku dok teguk je air kosong banyak dengan harapan tekak ni sentiasa sejuk kena air kosong ni.

Batuk pun dah mula dah ni. Adakah ini semua disebabkan cuaca yang selalu hujan petang-petang? Hmm...

Okay...till we meet again

Read more ...

Santai Di Ko Hyang Restaurant

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Dah makan tengah hari? Ini kisah dua hari lepas.

Hari sabtu lepas, aku dan kembar keluar makan sebab kembar teringin nak makan makanan korea. Lepas ambil kembar dari hospital, kami terus menuju ke Cyberjaya. Niat asal nak ke Shaftsbury Square sebab nak ke Ko Hyang Restaurant. Dulu-dulu aku ada pernah cerita mengenai Ko Hyang kat entri INI.

Kali ini, kami makan Yuk Gae Jang , Kal Guk Su dan Kimchi Jeon. Aku makan yang Yuk Gae Jang dan kembar makan Kal Guk Su. Aku rindu nak makan Yuk Gae Jang kat Gomonae, Ampang Point tu. Hehehe. Sedap tau. Sambil menunggu menu sampai, kami layan lagu-lagu music video kpop yang dipasang tu. Layan je la kan walau takde Super Junior..ehehe

Dah sampai menu, apa lagi, baca Bismillah, doa makan....MAKAN. 

Apa yang aku boleh cakap, nasi untuk Yuk Gae Jang tu memang best tapi aku lagi suka Yuk Gae Jang yang kat Gomonae tu sebab bawang tak banyak. Hehehe. Aku kan tak suka nampak bawang-bawang dalam makanan aku. Ahahaha. Kal Guk Su tu sedap tapi plain je rasa dia. So, kembar aku dok letak kimchi dalam makanan tu dan juga letak sup Yuk Gae Jang aku tu. Sambil tu jamah sekali kimchi jeon sekali.

Sesekali makan okay la kan. Nak makan hari-hari takde la aku nak buatkan. Jemu. Nak pergi? Ni ada alamat kat bawah ni:
Shaftsbury Square, Cyberjaya
Lot P 1-20, Shaftsbury Square
Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Delivery service available: 03-8322 6168

Okay...till we meet again
Read more ...

Malaysia Boleh!!!

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat pagi Malaysia. Gitu kan. Oh, ada yang bersedih ke ni? Aku faham, mesti ramai yang bersedih di atas kekalahan pasukan badminton Malaysia kepada pasukan Jepun dalam perlawanan merebut Piala Thomas. Aku faham sesangat perasaan sedih tu.


Apa pun, pasukan Malaysia telah bermain dan berjuang sepenuhnya. Mereka dah buat yang terbaik, cumanya nasib memihak kepada Jepun untuk kali ini. Rezeki Jepun katanya. Tahniah buat Jepun dan TAHNIAH buat pemain badminton Malaysia yang telah bermain sebaik mungkin. Tahniah kerana anda tetap membuatkan kami bangga kerana berjuang untuk negara.


Kalah menang adat dalam pertandingan. Kalau kita yang menonton ni nak menang, apatah lagi mereka yang bermainkan? Mereka lagilah hendakkan kemenangan tu. Kalah pun bermaruah. Apa yang penting, sokongan kita kepada pasukan negara jangan pernah putus. Kita jangan terus mempersalahkan pemain. Jangan ditambah beban mereka.


Semoga kekalahan kali ini mampu membangkitkan semangat pasukan badminton kita untuk mengukir kemenangan di masa hadapan dan memberi pengajaran dan pengalaman terbaik buat mereka. Apa yang penting, bangkitlah daripada kekalahan ini dan teruslah berjuang demi negara. 

Semangat 'Malaysia Boleh' tetap akan utuh dalam diri ini walau aku sendiri jarang berbicara soal sukan. Ehem..aku lebih suka diam daripada berbicara dalam soal menunjukkan sokongan. Pada aku, itu lebih baik untuk diri ini.

MALAYSIA BOLEH!!!

Okay...till we meet again
Read more ...

Sunday, May 25, 2014

Projek Mengemas Tudung

Assalamualaikum...

Hi korang. Malam semalam aku dan kembar busy mengemas tudung. Maklumlah, tudung tu dah melambak sampai dah pening tengok. Bersepah dalam almari dan kotak. Ada yang dah pakai dan ada yang masih belum terusik lagi.

So, hari jumaat lepas, kembar belikan almari khas untuk letak tudung-tudung kami tu. Langkah untuk minimise ruang yang ada kekdahnya. Jadi mulalah kami kumpulkan semua tudung bawal, shawl yang ada. Lepas tu asingkan ikut jenis dan warna. Dah asing, maka proses melipat pun bermula.

Sejam jugalah kitorang ambil masa untuk lipat semua tudung yang. Haa...kat bawah ni keadaan tudung before kami melipat. Bersepahkan...

Malu nak tunjuk sebenarnya tapi redha je la. Dah memang bersepah pun kan. Tapi baik kemas sekarang daripada dah nak raya baru nak kemaskan? Hahaha. So, kat bawah ni la keadaan lepas lipat tak simpan lagi dalam almari.
Siap lipat. Kami pun mulakan menyimpan dan siap!! Haa..gambar tudung dalam almari terlupa amik. Sorry. Takpe..yang pasti dah setel satu hal. Sorry korang malam tadi tak sempat blogging. Kang aku blog walking ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Rancangan Hari Ini

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua. Selamat berhujung minggu. Hihi..malam tadi tak dapat nak blogging sebab ada sesuatu yang aku dan kembar lakukan. Nanti aku cite kat entri lain ya.

Hari ni plan nak buat apa? Alu ada juga cadang nak ke Festival Belia Negara tapi tengok keadaan dulu. Macam busy je hari ni. 

Plan asal nak siapkan mana yang sempat button badge tu. Dah last stage. Kenalah siapkan cepat sebab dah ada kerja lain menanti. Hari minggu ni time nak pulun buat kerja. 

Baik..stop kat sini dulu. Jumpa kat entri lai ya.

Okay...till wee
Read more ...

Saturday, May 24, 2014

CPUV Ketiga Bulan Mei

Assalamulaikum...

Senyum pepagi tadi bila tengok dalam Nuffnang ada CPUV baru untuk bulan Mei ini. Alhamdulillah. Awal bulan hari itu ada dapat 2 CPUV baru yang aku cerita dalam entri INI

Adalah tambahan kepada saki baki CPUV yang masih 'On going'. Adalah buat tambah-tambah earning Nuffnang yang tak seberapa tu. Okaylah tu kan. Ada pasive income. 
Harap Nuffnang sudilah bagi lagi CPUV bulan Jun nanti ya. By the way, thanks kepada Nuffnang dan juga pengiklan yang sudi pilih blog ini ya. Memang bersyukur sesangat.

Okay...till we meet again

Read more ...

Yang Ditunggu Dah Tiba

Assalamualaikum...

Hai korang. Hehe..ini adalah lanjutan daripada entri aku pagi semalam kat SINI. Aku ada menunggu sesuatu. Apa yang aku tunggu tu? Haa..ada juga yang jawab dengan tepat sekali. Ahaha..memang bijak.
Ehem ehem. Tengok gambar kat atas tu. Confirm korang tau kan apa yang aku maksudkan itu. Ini ialah kegemaran aku. Apa lagi, shawl la. Hehehe. Bukanlah nak menunjuk tetapi shawl ni adalah sebahagian daripada persediaan aku untuk majis perkahwinan kakak aku bulan depan. Hihihih...

Haa..itulah tujuan utama kenapa aku dok sibuk beli shawl bagai tu. Aku memang sengaja pilih daripada SHAWLBYVSNOW disebabkan aku dah tahu kualiti produk dari segi material dan kekemasan jahitannya. So, takdela nak fikir banyakkan. Alhamdulillah, part baju dah setel dah. Oh ya, nak tengok warna shawl? Ada kat bawah ni.


Okay...till we meet again
Read more ...

Selamat Pagi

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Sihat? Selamat berhujung minggu ya. Hari ni ada plan apa?
image: Google
Semalam tido awal sebab mengantuk sesangat lagi pun badan rasa tak selesa. So, tido awal je la. Pepagi ni blur kejap. Tak tau nak makan apa tapi yang pasti hari ni kena operasi kemas rumah sebab lepas kembar balik kerja, kitorang nak keluar kejap. Ada hal.

Oh ya, di Putrajaya sedang berlangsung Festival Belia Putrajaya sehingga esok. Korang dah datang ke? Aku ada juga plan nak pegi. Hehehe..tapi tengok keadaan macam mana dulu sebab takde geng nak pegi. Baiklah..nak pergi mencari makan jap. Kang jumpa lagi ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, May 23, 2014

Bukan Senang Nak Cari Idea

Assalamualaikum...

Hi korang. Buat apa tu? Tengah create entri baru ya? Samalah macam aku ni. Cuma kali ini nak cerita sikit soal blogging. Kita kan blogger part time, kenalah sesekali bercerita soal blog kekdahnya.

Korangkan, biasanyalah kalau nak update entri, time-time tengah blogging taip entri baru pastu terus publish ke atau simpan dulu pastu baru publish. Selalunya macam mana korang buat? Bila ek selalunya korang akan ada idea untuk tulis entri baru?
image : Google
Jujur cakaplah, aku sendiri pun kadang-kadang pening nak tulis entri baru. Ye la, kita ni kan part time blogger je. Dengan bekerja seharian di pejabat. Aktiviti harian pun takdelah hebat manakan. Nak kata hadiri mana-mana event atas kapasiti blogger pun jarang kan. Lagilah kadang tu pening nak create entri baru. Memanglah namanya blog personal tapi kalau hari-hari dok cerita kisah peribadi je, ada ke orang setia nak membaca? Huh?


Haa..itulah soalan yang selalu bermain dalam fikiran aku. Nak jadi blogger ni nampak je senang. Sign up Google, create satu blog, dah jadi blogger. Tapi nak maintain as a blogger tu, bukanlah kerja yang mudah. Kena sentiasa pastikan blog sentiasa ada entri baru. Kena pastikan blog ni tak menjadi punca terhasilnya gosip murahan. Lepas tu, kena jalankan sesi blog walking. Kena ada interaksi dengan rakan blogger yang lain. Haa..siapa kata senang?


Tapi yang aku nak sentuh cuma part entri tu je. Hehe. Aku ni kalau dah takde idea nak cerita, mulalah mencari info kat internet ni. Apa-apa info yang aku rasa boleh share dengan korang. Walaupun ada yang mungkin akan cakap ianya sebagai iklan percuma, tapi aku tak rasa itu salah. Kenapa? Sebab bila aku share, at least aku dapat juga trafik kalau ada carian di internetkan. Manalah tahu, keyword yang blog ni guna ternaik pulak. hehehehe

Lagipun, apa yang aku share tu, selalunya sebab aku sendiri pun akan terjah juga event tu. Ahaha. Kalau dah takde sangat idea, aku letak je la gambar yang best pada mata aku. Kalau tak best kat mata korang, mohon ampun ya. So, dengan ini aku dapat lagi creata satu entri dikala tengah buntu nak cari idea baru. Haa..dalam takde idea pun boleh juga tulis entri kan. Asal tak merapu kelaut sangat sudah ya. Hihihi

Okay...till we meet again
Read more ...

KL International Hijab Fair 2014

Assalamualaikum...
Khas buat peminat hijab diseluruh negara. Kuala Lumpur International Hijab Fair membawakan KL International Hijab Fair 2014 yang akan berlangsung pada 13 - 15 Jun 2014 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Dijangkakan akan mengumpulkan penjual hijab dan juga pembekal material hijab dari dalam dan luar negara. Haa..selain itu, ada juga slot-slot menarik seperti bengkel dan seminar, fashion show dan lain-lain lagi. Menariknya, ini adalah julung kali diadakan di Malaysia tau.

Aku sendiri pun baru tahu sebenarnya. Rasa macam best je. Dah cerita pada sahabat aku, Azima. Kami ada la juga plan nak visit KLIHF 2014 ini nanti. Harap plan menjadi.

Bagi korang yang ingin info lanjut, boleh layari laman web KLIHF 2014 di pautan http://www.klihf.com/ .

Okay...till we meet again
Read more ...

Away from Workstation

Assalamualaikum...
image: google
Selamat petang semua. Ala..patut nak update tengah hari tadi tapi sebab busy sangat sampai tak sempat. Ni pun nak blog walking pun tak dapat walaupun rehat panjang. Dari pagi tadi tak makan. Cuma sempat makan bila masuk waktu lunch je.

Fuhhh..hari ni status aku as away from workstation sebab seharian unit aku ada program. Pagi talk regarding KPI, sebelah petang, sikit lagi ni pulak knowledge sharing session. Haa..amik ko. Memang kejap je la ada kat tempat. Bila habis sesi petang kang, eh dah waktu balik. Ahahaha

Korang makan apa lunch tadi? Ni aku ada masa 20 minit je nak blog walking. Mana yang sempat aku terjah dulu. Malam kang sambung balik ek..


Okay...till we meet again
Read more ...

Menunggu Sesuatu

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat pagi semua. Buat korang yang bekerja sama macam aku, selamat bekerja aku ucapkan. Buat yang bercuti hari ini, selamat berhujung minggu. Hari ini hari Jumaat. Yeay!!! Esok cuti!!!

Sebenarnya hari ini aku menunggu sesuatu untuk sampai ke tangan. Tak sabar rasa hati ini. Sudah ku tunggu sejak semalam. Hari ini, Inshaa Allah akan bertemu. Ewah...

Agak-agak koranglah kan, apa ke benda yang aku dok tunggu tu ya? Siapa pandai teka? Aku bagi 10 markah. Ihiks..hehehe

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, May 22, 2014

Membelanjakan Duit Gaji

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Dah dinner? Hari ni adalah hari gaji bagi kakitangan awam di Malaysia. Tapi kakitangan swasta rasanya hujung bulan. Kalau TNB 25hb tak silap aku. 
image: Google
Apa yang aku nak kongsikan disini ialah, tentang cara kita spend duit gaji dengan sebaiknya. Katanya omputih, spend your salary wisely. Gitu katanya. Biasalah, sehari sebulan sekali. Seronok jugakan. Tima gaji ni la yang paling ditunggu-tunggu bagi rata-rata dikalangan kita ni. Tapi bagi yang memang banyak duit, hari gaji pun mungkin lupa kot. Hahaha

Nak tanya ni, biasanya korang kalau dapat gaji, apa perkara pertama yang akan korang lakukan dahulu? Ini cara aku. Sekadar share dengan korang je tau. 

Biasanya perkara pertama yang aku buat ialah, beberapa hari sebelum gaji aku dah list out jumlah tertentu duit gaji untuk diberi kepada emak, simpanan bulanan, duit rumah dan hutang (kalau ada). Bila je dapat gaji, jumlah tu la yang akan aku keluarkan cukup-cukup ataupun lebihkan sedikit sekiranya tetiba ada hal. Dah setel part yang satu tu, masa untuk bayar bil. Bagi rumah kami, aku tukang bayar segala bil utiliti yang ada termasuklah Unifi tu. So, diawal hari gaji atau sehari selepas gaji (sebab Maybank2U selalu slow time hari gaji) aku akan siap-siap kira total bila yang perlu dibayar untuk bulan tersebut dan bahagikan semula jumlah yang perlu dibayar oleh setiap daripada kami 2 beradik ni.
Image : Google
Selesai semuanya, barulah aku lihat kembali jumlah gaji berbaki yang masih ada dan kemudian aku siap-siap kira untuk kos minyak dan kad touch n go bagi sebulan perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Dah siap tolak, jumlah wang gaji berbaki itulah yang akan aku gunakan untuk perbelanjaan bulanan. Haa..itulah cara aku spend duit gaji bulanan. Aku ni gaji tak besar mana, jadi kena spend the money wisely. Kalau tak, mau pening aku nak cekau duit dari manakan.

Alhamdulillah, walaupun tak banyak, tapi cukup untuk setiap bulan. Walau tak banyak, tapi masih la mampu menyimpan sedikit mana yang mampu. At least, bila terdesak, ada la juga duit back up kan. Hehehe. Oh ya, macam aku cakap tadi. Sekadar share je dengan korang. Buat adik-adik yang baru bekerja tu, buatlah sedikit simpanan ya dik. Tak kiralah gaji besar ke kecik ke, janji kita ada simpanan. Kalau ada masa-masa memerlukan, ada la juga sedikit duit untuk digunakan.

Okay...till we meet again
Read more ...

Korea Food Fair @ ISETAN KLCC

Assalamualaikum...

Tahun lepas, aku ada cerita berkenaan dengan Korea Fair kat ISETAN, KLCC kat entri INI. Tahun ini nampaknya ISETAN sekali lagi menganjurkan program yang sama. Cuma kali ini Korea Food Fair @ ISETAN, KLCC.

Image : SINI 
Program ini akan bermula pada 23 Mei 2014 - 4 Jun 2014 bertempat di Concourse Floor, ISETAN KLCC. Kalau turun dari Putra LRT tu dah dekat sangat dah tu. Kalau drive better amik parking yang dekat dengan ISETAN tu. Senang sikit.

Pelbagai makanan korea yang akan dijual dan ada di antaranya juga halal ya kengkawan semua tapi kena tahu yang mana satu ya. Jangan main hentam je beli. Kalau tak sure, boleh tanya penjual tu nanti. So, kepada korang yang minat sangat-sangat dengan makanan korea ni, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Korea Food Fair @ ISETAN, KLCC ni nanti ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Festival Belia Putrajaya 2014

Assalamualaikum...

Entri untuk beberapa hari ini akan full with information tentang event-event yang bakal berlangsung di negara kita terutama di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sekadar nak share info je dengan korang.

Pada 23 - 25 Mei 2014 ini bakal berlangsung Festival Belia Putrajaya 2014. Kalau sebelum ini namanya Himpunan Belia la apa la...kali ini namanya Festival Belia Putrajaya 2014. Menarikkan. Festival bakal mengumpulkan belia-belia di seluruh negara dengan aktiviti yang padat dan sarat. Apa yang sarat? Apa yang padat? 

Festival ini akan dipenuhi dengan aktiviti untuk para belia sertai. Dengan tema "Dari Belia Untuk Belia", festival kali ini pada aku sangat sesuai untuk semua belia tak kira lapisan umur, bangsa dan agama. Semuanya lengkap. Korang cakap je nak program apa, semua ada. 
  • Malam Belia Berselawat
  • Asian Youth Fashion Week
  • Rantai Art
  • Bazar Youth Putrajaya
  • Karnival Sukan Tradisional
  • Grow A Garden
  • etc
Banyak sangat nak mention ni. Tak termention dah. Memang banyak. Korang yang berkelapangan tu, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Festival Belia Putrajaya 2014 ini. Kalau nak tengok map untuk program ini pun ada kat bawah ni 

Sumber: SINI

Buat korang yang hendakkan info lanjut atau ingin download jadual aktiviti Festival Belia Putrjaya 2014 ini, boleh ke pautan ini ya. http://festivalbeliaputrajaya.com/.

Aku dah excited ni tau. Manalah tau terserempak dengan korang nanti ke? Heheheh

Okay...till we meet again
Read more ...

Keinginan Yang Membuak

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Dah breakfast? Hee..belum lagi ni. Tengah fikir nak makan apa.

Rasanya kalau ada sesiapa yang perasan update terbaru kat Instagram aku, mesti faham aku nak cakap apa pagi ni. Korang kan tau, salah satu kegemaran aku ialah shawl. Aku ni memang penggila shawl terutama daripada SHAWLBYVSNOW. Aku selalu juga cerita pasal kegemaran aku ni macam kat entri INI.

Tapi semalam, SHAWLBYVSNOW ni buat aku lagi gila. Korang kan tau, kakak aku kan nak melangsungkan perkahwinan bulan depan. Tema pulak purple dan turqoise. Nak jadi cerita, baju dah ada..sekali VSNOW update pulak shawl baru dengan warna yang tepat ikut tema wedding kakak aku. Heh..macam tau-tau je ni. 


Apa lagi..cik Ainim ni dah mula tak keruan. Tak tentu hala aku dibuatnya. Nak beli terus malam tadi macam tak aci je sebab tak cakap dengan cik kembar lagi ni. Manalah tau dia pun nak juga kan. Nak tanya juga kengkawan ofis yang nak tumpang order sekali ke. Heh..mana boleh selfish kan. Jadi untuk hilangkan ketidak keruan itu, update je la kat Instagram. Pun bolehlah. Sekali Admin VSNOW cakap kat aku, "Tunggu gaji". Hahahaha...


Haa..hari ni kan hari gaji. Baik aku beli awal-awal sebelum orang lain grab shawl ni. hik hik hik..korang doakan aku berjaya beli ya. Gitu sangat..over la ko ni Nim. Tapi memang harap sangat dapat beli.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday #3 [21.05.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #3 untuk hari ini. Special sikit

Source : SINI
Sesuai untuk kanak-kanak ni

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #2 [21.05.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini

Terima kasih kepada semua :)

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [21.05.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.
Image: BK Website
Agak-agak korang, apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang ni?

Okay...till we meet again
Read more ...

Alexa Oh Alexa

Assalamualaikum...

Sekadar nak mencatat perkembangan terkini blog Ainimrashihah ini. Awal bulan haritu ada juga update mengenai ranking terkini Alexa melalui entri INI. Semalam check lagi sekali, sebab teringin nak tahu kan.

Terkejut kita tau. Naik. Alhamdulillah.
Gigih tau nak naik balik walaupun rasa tercungap-cungap selalunya. Sekali lagi diingatkan, ini ranking semalam. Hari ni tak tahu la macam mana ya. Kita tunggu je la petang-petang sikit. Sesekali update perihal Alexa di blog tak salah pun.

Kalau korang nak check boleh je klik link INI.

Okay...till we meet again
Read more ...