Friday, February 28, 2014

Kenali Program Feed-in Tariff (FiT) Malaysia

Assalamualaikum…

Kalau dalam entri-entri sebelum ini, aku selalu mention pasal Feed-in Tariff (FiT) dan mekanismenya, tapi aku pun tak sure samada korang faham ke tak pasal FiT Malaysia ni. Aku rasa mesti ada dikalangan korang yang kurang jelas pasal FiT ini dan mesti ada yang pertikaikan kenapa program ini dijalankan di Malaysia dan apa faedah dan manfaat buat kita semua. Hmm..apa kata kalau hari ni, kita sembang-sembang pasal FiT ni nak?

Sebelum kita go through pasal FiT ni, aku just nak explain sikit tentang sumber yang digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik dinegara kita. Sekadar pengetahuan korang, negara kita melalui pembekal tenaga elektrik seperti TNB menggunakan bahan api fosil dan arang batu sebagai sumber utama dalam menjana tenaga elektrik. Selama berpuluh tahun kita nikmati bekalan elektrik di rumah, pejabat dan dimana-mana je, ianya adalah daripada sumber yang dikategorikan sebagai tenaga tidak boleh diperbaharui. 

Makanya, bila tidak boleh perbaharui, sudah tentu sumber ini semakin hari semakin berkurangan dan apabila permintaan melebihi penawaran, maka akan berlakulah kenaikan kos untuk membekal permintaan ni. Hmm..kalau korang pernah belajar ekonomi, aku rasa korang pun tahu kan. Disebabkan kita dah terlalu bergantung pada sumber ini sebagai asas kepada bekalan tenaga elektrik, sudah tentu bila ianya semakin berkurangan, kita akan jadi sukar untuk mendapatkannya malah, kos yang meningkat juga akan menyebabkan peningkatan pada kadar tariff elektrik kita. Betul tak? Seperti yang kita tahu, kadar tariff elektrik sekarang ni pun dah naik berikutan langkah kerajaan dalam rasionalisasi subsidi.

Hmm..bila tariff elektrik dah naik ni, pastinya kita perlu mengamalkan amalan cekap tenaga. Akan tetapi, kesan buruknya terhadap alam sekitar tetap takkan dapat kita elak. Oleh kerana itu, dalam usaha kerajaan untuk menuju kepada memanfaatkan tenaga lestari ni, dua akta telah diperkenalkan yang membawa kepada penubuhan SEDA Malaysia dan juga pengenalan program Feed-in Tariff (FiT) di Malaysia. Dua akta ini ialah Renewable Energy Act 2011 dan juga Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Act 2011. 
Image: www.seda.gov.my
Aku pernah terangkan kepada kalian fungsi Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia sebagai pentadbir dan penyelaras kepada pelaksanaan program Feed-in Tariff (FiT) di Malaysia. Kiranya kalau sebut je SEDA Malaysia, satu perkara yang korang senang nak ingat ialah FiT ni. 

Feed-in Tariff (FiT) Malaysia ialah suatu mekanisme dimana 'Distribution Licensees (DLs)' iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi semenanjung Malaysia, NUR Distribution Sdn. Bhd. Bagai kawasan Kulim Hi-Tech Park dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan membeli elektrik yang dijana daripada tenaga boleh baharu iaitu Solar PV mengikut kadar FiT yang telah ditetapkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Berkuatkuasa pada 1 September 2011, FiT ini juga bertujuan untuk mempromosi pembangunan Tenaga Boleh Baharu (RE) di Malaysia.

Sebelum ini Surcaj 1% dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj bersamaan dgn bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula 1 Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. 
Image: Google
Feed-in Tariff (FiT) Malaysia berpandukan kepada model yang diamalkan oleh negara German tetapi banyaklah perbezaannya sesuai dengan keadaan dan situasi negara kita. Sistem quota diperkenalkan yang mana akan pengeluar tenaga yang berminat perlu memohon untuk mendapat had megawatt tahunan. Menariknya, setelah quota diberi kepada mana-mana pemohon samada syarikat industry atau individu, mereka akan mampu untuk menjana pendapatan selama tempoh 21 tahun. Macam yang aku ceritakan kat atas tadi tu.

Oh ya..kalau korang guna elektrik komersial yang sekarang ni takdelah dapat merasa kemudahan ini melainkan korang memohon Program FIT macam yang Puan Stephanie lakukan untuk rumah beliau di Melaka. Ada aku ceritakan di SINI. Memang bajet untuk install solar panel ni tinggi, tak dinafikan pun, cumanya untuk pelaburan jangka panjang, memang berbaloi. Sambil menyelamatkan alam sekitar, dapat juga jana pendapatan kan? Kalau aku, nak jugalah tapi belum ada rumah sendiri. Hehehe.

Hmm…rasanya panjang lebar aku cerita pasal FiT ni kan. Harapnya korang dapatlah faham secara ringkas tentang Feed-in Tariff ni. Takdelah blur kalau korang baca entri-entri aku berkait dengan topic ni ya. Kalau korang berminat dan hendak maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan cara untuk apply quota ni, korang boleh layari dipautan ini, www.seda.gov.my.

Okay…till meet again.

Read more ...

Thursday, February 27, 2014

Melaka World Solar Valley Tour Media & Blogger: Kump. Melaka Berhad

Assalamualaikum...
Hi korang...kalau sebelum ni, aku ada kongsikan tentang lawatan blogger dan media ke Melaka yang dianjurkan oleh pihak SEDA Malaysia ke Cooltek House, kali ini aku nak share mengenai lawatan kami ke Kumpulan Melaka Berhad (KMB). Dengar nama macam trading company je kan? Tapi skop Kumpulan Melaka Berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka ini sebenarnya luas tau. Dah namanya pun anak syarikat kan, maka banyaklah fungsinya. Hmm..apa kait pulak KMB ni dengan lawatan kitorang ni? Meh sini aku story sikit.
Kumpulan Melaka Berhad ni berfungsi sebagai investment  arm  kepada Kerajaan Negeri,  khususnya dalam sektor pembinaan,  pembangunan  hartanah, pelaburan dan pelancongan. Dengan visi; Bersama-sama untuk membangunkan ekonomi negeri Melaka serta memenuhi tanggungjawab sosial untuk memacu status negeri maju dan misi; Memberi pulangan balik kepada Kerajaan Negeri (pemegang saham), KMB mempunyai pelbagai cabang produk dan projek. 

Apa yang aku nak kongsikan dengan korang ialah salah satu projek yang diterajui oleh KMB iaitu, KMB 5 MWp Solar Farm yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Sebenarnya Solar Farm adalah venue ketiga selepas Cooltek House dan AUO Sunpower (ni entri lain ek). Kami tiba di Solar Farm milik KMB ni lebih kurang pukul 4pm dan ketibaan kami disambut oleh pegawai dan kakitangan KMB yang bertugas.

First impression masuk ke solar farm ni, WOW..besarnya. Okay..ni first time aku tengok solar farm sebenarnya. Selalu tengok kat tv je. Berkeluasan 17.29 ekar dengan kos pembangunan berjumlah RM46 juta, memang kagum mata memandang. Projek Solar Farm ini dibina dalam 3 fasa dimana Fasa 1 (1.30MWp), Fasa 2 (1.22MWp) dan Fasa 3 (2.48MWp) dimana ketiga-tiga inilah yang melengkapkan kapasiti 5KWp bagi Projek Solar Farm ni. Dana bagi pembangunan projek ini dibiayai melalui pinjaman daripada Malaysia Debt Ventures (MDV).
Explain bagai nak rak, tapi korang boleh bayangkan ke apa yang aku ceritakan ni? Ehem..maksud aku, rupa solar farm ni. Projek yang bermula pada 1 Februari 2011 ini menggunakan photovoltaic(PV) solar panel sebagai antara komponen utama dalam pembangunan Solar Farm dimana sebanyak 20,850 unit PV solar panel dipasang oleh syarikat kontraktor yang dilantik iaitu PV Hi Tech Solar Sdn Bhd. Macam yang korang tengok dalam gambar kat bawah ni la.

Apa yang menariknya mengenai solar farm ni, tenaga elektrik mampu dijana. Kiranya mengguna sumber tenaga boleh baharu, iaitu tenagar solar atau matahari. Kita kat Malaysia ni bertuah kerana menerima pancaran matahari sepanjang tahun dan tenaga solar juga merupakan salah satu tenaga boleh baharu yang senang didapati di negara kita dan paling penting lagi jimat kos..err..Cuma kos pemasangan tu adalah tinggi sikit tapi untuk jangka masa panjang, ianya adalah berbaloi-baloi.
Pernah tak korang terfikir macam mana pv solar panel yang dah pasang sebegini rupa boleh jana tenaga elektrik? Begini, pv solar sel ini akan bertindak dengan menukarkan secara terus cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Setiap pv solar sel akan disusun menjadi pv solar panel yang bertindak menyerap cahaya matahari. Di Solar Farm milik KMB ni, ada 8 buah inverter yang bertindak untuk menukarkan cahaya matahari yang telah diserap kepada tenaga elektrik. 
Melalui mekanisme Feed-in Tariff (FiT), tenaga elektrik yang dihasilkan oleh KMB ini kemudiannya akan dijual kepada TNB pada kadar RM 0.9016 per kwh melalui quota yang diberi oleh SEDA Malaysia. Apa yang menariknya, melalui penjualan tenaga elektrik kepada TNB ini, KMB dijangka mampu menjana pendapatan yang lumayan dalam tempoh 21 tahun projek FiT ini. Menarikkan. KMB juga turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajari dan memahami projek solar farm ini. Korang boleh hubungi mereka di info@kmb.com.my . Oh ya, untuk maklumat lanjut mengenai program FiT dan pelaksanannya, korang boleh layari laman web SEDA Malaysia di pautan www.seda.gov.my
Okay...till meet again
Read more ...

Wednesday, February 26, 2014

Melaka World Solar Valley Tour Media & Blogger: AUO Sunpower Sdn Bhd

Assalamualaikum...

Entri kali ini adalah lanjutan dan pengakhiran kepada sesi lawatan kami para blogger dan media ke Melaka bulan lepas. Eh, dah masuk bulan Februari baru nak publish? Haa..takde masalah, yang penting aku share info kan? Okay..venue lawatan kami selepas ke Cooltek House ialah AUO Sunpower Sdn Bhd iaitu destinasi kedua sebelum ke Kump. Melaka Berhad, yang aku ceritakan dalam entri sebelum ni. 

Selepas menikmati jamuan makan tengah hari di restoran dalam Tiara Golf and Country Club tu, kami bertolak ke AUO Sunpower yang terletak tak jauh dari venue pertama lawatan kami. Area Alor Gajah, jauh tak? Aku tak rasa jauh pun. Ketibaan kami disambut oleh Pn Roslawanis Husani, wakil pihak AUO Sunpower dan seorang lagi staff mereka. Wahh..masuk je dalam bangunan yang besar ni, terpegun kejap sebab tengok objek-objek yang aku pun tak tau apa fungsinya. 

Semasa lawatan ke AUO Sunpower, kami diberi penerangan mengenai Renewable Energy (RE), tenaga solar, produk yang AUO hasilkan dan juga serba sedikit maklumat syarikat. Persoalan pertama yang aku nak ajukan kat korang, kenapa kita perlu memanfaatkan tenaga boleh baharu ni? Siapa boleh jawab? Aku bagi 10 markah. Heheh. 

Macam ni, seperti yang pernah aku terangkan dalam artikel-artikel sebelum ini, negara kita menggunakan bahan api fosil dan arang batu sebagai sumber utama dalam menjana tenaga elektrik tetapi sumber ini adalah di dalam kategori sumber yang tidak boleh diperbaharui. Jadi, bila peningkatan permintaan melebihi penawaran, haruslah sumber ini semakin berkurangan, betul tak? Makanya kos untuk mendapatkan sumber ini menjadi semakin meningkat selain ianya memberi kesan yang buruk kepada alam dan juga kita sendiri.

Makanya, bila kita memanfaatkan sumber alam seperti tenaga solar ini, setidak-tidaknya kita mampu mengurangkan kesan buruk ini kepada alam sekitar dan diri kita sekaligus juga dapat mengurangkan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan sumber yang semakin meninggi kosnya itu. Paling penting, ianya merupakan sumber tenaga boleh baharu. Kita di Malaysia sebenarnya beruntung kerana kita menerima cahaya matahari sepanjang tahun dan kalau mendung sekali pun, kita tetap akan dapat merasa bahang matahari tu. Betul tak?

Jadi, apa pula kaitan AUO Sunpower ni dengan RE ni? Haa..kalau aku dah membebel pasal RE ni, mestilah ada kena mengenakan. Begini, AUO Sunpower Sdn Bhd merupakan pengeluar panel solar yang di export keseluruhan ke negara luar. AUO Sunpower mengeluarkan panel solar photovoltaic (PV) yang terbukti bukan sahaja mampu menjana tenaga elektrik tetapi juga lebih selamat dan mesra alam. Photovoltaic ini adalah proses menukarkan cahaya matahari secara terus kepada tenaga elektrik dengan menggunakan sel solar.

Seperti yang korang lihat dalam gambar rajah di bawah ini, beginilah solar sel berfungsi. 
Image: www.auosunpower.com
Gambar dibawah pula menerangkan bagaimana solar sel ini dihasilkan sehingga menjadi PV module. Menarikkan?
Image: www.auosunpower.com
Menariknya mengenai solar panel yang dihasilkan oleh AUO Sunpower ini ialah, ianya sangat efisien dan mempunyai kecekapan yang tinggi selain design yang telah dipaten. Ini bermakna, ianya sukar untuk ditiru.
Image: www.auosunpower.com
Seperti yang aku terangkan kat atas tadi, AUSP ni merupakan pembekal solar sel yang diexport ke luar negara. Banyak projek-projek yang telah dijayakan oleh AUSP ini dan mereka membekal solar panel ini ke negara seperti Amerika Syarikat, Mexico, Poland, dan banyak lagi. Hebatkan, dengan kepakaran tenaga tempatan kita mampu mengeluarkan produk berkualiti tinggi.

Oh ya..apa yang lagi menarik ialah, di AUO Sunpower ini, bangunan mereka juga turut mengaplikasi panel solar ini dalam membekalkan tenaga elektrik ke bangunan syarikat. 

Dengan ini, AUSP hanya melepaskan 27,000kg gas karbon dioksida (CO2) pada suku tahun ketiga 2013 selain dapat penjimatan sehingga lebih kurang RM18,972 seminggu. WOW! Bagaimana boleh berjimat sebegini? Di bawah makenismea Feed-in Tariff (FiT) yang dikelola oleh SEDA Malaysia, 'Distribution Licensees (DLs)' iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi semenanjung Malaysia, NUR Distribution Sdn. Bhd. bagi kawasan Kulim Hi-Tech Park dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan membeli elektrik yang dijana daripada tenaga boleh baharu mengikut kadar FiT yang telah ditetapkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu.

Kabinet juga pada dasarnya bersetuju dengan surcaj 2% ke atas bil elektrik pengguna tetapi hanya 1% pertama yang digazetkan dan dipungut daripada pengguna. Surcaj 1% ini dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. Maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan kenaikan tariff ini juga boleh diperoleh melalui www.seda.gov.my .

Fuh...panjang lebar aku berceritakan. Diharapkan info yang aku share ini akan memberi manfaat buat korang semua. Manalah tahu, kalau-kalau ada dikalangan korang yang memang berminat nak install solar PV ni kat rumah korang. Haa..bolehlah berjimat disamping menambah pendapatan kan. Terima kasih kepada pihak SEDA Malaysia yang menganjurkan lawatan berilmu ni. Banyak yang aku belajar daripada lawatan ni. Maklumlah, selama tak pernah tahu pun hal-hal RE semua ni. Terima kasih juga sebab sudi baca entri ini kita jumpa lagi dientri yang lain pula ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Tuesday, February 25, 2014

Andai Itu TakdirNYA

Assalamualaikum...
Image: Google
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan untuk ujian yang Allah beri buat diri ini. Mungkin besar dan berat buat aku tapi andai itu ketentuannya dan takdir buat diri ini, aku redha. Tiada daya aku menghalang kehendakNYA. 

Ya Allah, aku terima segala ketentuan itu. Berikanlah aku sedikit kekuatan untuk menghadapinya. Berikan aku peluang untuk mencari penyelesaiannya. Kuatkan aku, kuatkan aku, kuatkan aku Ya Allah. Jangan biarkan setitis pun air mata gugur dari pipi ini. Hanya kepada Mu aku sandarkan segalaNYA. Jadikan ujian jalan untuk aku kembali kepadaMU.

Kepada kalian semua, andai aku ada lakukan salah dan silap selama aku mengenali kalian semua, ampun dan maaf aku pohonkan. Sesungguhnya aku hanya seorang manusia biasa yang takkan pernah lepas dari melakukan kesilapan.

Wallahualam...
Read more ...

Jenis Sumber Tenaga Boleh Baharui (TBB)

Assalamualaikum…

Masa sekolah dulu, kalau belajar subjek sains, mesti dalam buku teks tu ada sebut pasal sumber tenaga boleh baharu kan? Tak ingat pulak tingkatan berapa tapi memang ada. Lamanya tinggalkan sekolah..tapi jom kita refresh sikit ilmu sains tu. Rasanya korang pun mungkin ada idea pasal jenis sumber tenaga boleh baharu tu. Tapi kalau tak berapa nak ingat, jom kita semak balik jenis sumber tenaga boleh baharu yang ada.

Tenaga boleh baharudiperbaharui ini ialah sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga ini akan kekal walaupun kita berterusan menggunakannya. Terdapat banyak sumber tenaga boleh baharu tapi kali ini kita bincangkan 4 jenis tenaga boleh baharu  iaitu, tenaga suria atau solar, tenaga angin, tenaga air atau kuasa hidro dan bahan bakar biojisim. 

Tenaga suria / solar: 
Tenaga suria adalah sinaran matahari (radiasi suria) yang sampai ke bumi dimana tenaga boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga lain seperti tenaga haba dan elektrik. Di Malaysia, kita beruntung kerana menerima cahaya matahari hampir sepanjang tahun. Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam dua cara iaitu Solar Photovoltaic (PV) atau sel-sel suria dan loji kuasa suria (concentrating solar power plants) Sumber SINI
Image: http://c-tenaga.blogspot.com
Tenaga Angin:
Angin adalah udara yang bergerak. Ini terjadi oleh pemanasan permukaan Bumi yang tidak sama oleh Matahari. Disebabkan permukaan Bumi terdiri daripada pelbagai jenis bentuk muka bumi dan air, ia menyerap haba cahaya Matahari pada kadar yang berbeza – beza. Satu contoh menunjukkan berlakunya pemanasan tidak sekata ini ialah kitaran angin semula jadi. Sumber SINI. Tenaga angin ni kurang sesuai dengan factor cuaca dan muka bumi negara kita.
Image: http://c-tenaga.blogspot.com
Kuasa hidro:
Kuasa hidro termasuk kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa ombak dan tenaga haba laut. Tenaga kuasa hidro bergantung kepada kitaran air. Penjanaan kuasa hidro menghasilkan tenaga elektrik yang bersih, tidak mempunyai kesan langsung pengeluaran pencemaran udara, tetapi empangan kuasa hidro, takungan, dan operasi penjana boleh menyebabkan kesan alam sekitar. Sumber SINI
Image: http://c-tenaga.blogspot.com
Bahan Bakar Biojisim:
Biojisim ialah bahan organic yang diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan. Biojisim mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari. Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya. Beberapa contoh bahan bakar biojisim ialah kayu, tanaman, baja dan bahan buangan pepejal sampah. Sumber SINI
Image: http://c-tenaga.blogspot.com
Selaras dengan tema belanjawan 2014 dalam mencapai ekonomi berdaya tahan dan pengurangan kebergantungan terhadap bahan api yang diimport dan ketidaktentuan harga tenaga dunia, kerajaan menggalakan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) tempatan secara optimum dalam jangka masa panjang dimana peningkatan pengunaan sumber boleh baharu ini boleh menyumbang kepada autonomi tenaga dan juga mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan.

Disebabkan itulah mekanisme Feed-in Tariff (FiT) diperkenalkan pada 1 September 2011 dimana ia menggalakkan syarikat-syarikat atau industry dan juga individu untuk menggunakan tenaga boleh baharu ni sebagai alternative kepada sumber tenaga di negara kita. 

Kriteria sumber tenaga boleh baharu yang boleh digunakan adalah seperti biogas, biomass, small hydro dan juga solar PV dimana sumber ini mudah untuk diperolehi di negara kita. Melalui mekanisme FiT ini, 'Distribution Licensees (DLs)' seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), NUR Distribution Sdn. Bhd. dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan membeli elektrik yang dihasilkan daripada sumber Tenaga Boleh Baharu daripada pengeluar tenaga boleh baharu dan menetapkan kadar FiT. DLs akan membayar tenaga boleh baharu yang dibekalkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Dengan jaminan akses grid dan penetapan harga bagi setiap unit tenaga boleh baharu, mekanisme FiT akan memastikan tenaga boleh baharu mampu berdaya saing dan memberi pelaburan jangka panjang untuk syarikat industri dan juga individu. 

Dibawah Seksyen 3 (1), Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011, tertubuhlah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) yang berfungsi sebagai pentadbir dan penyelaras program Feed-in Tariff di Malaysia. Kiranya, kalau korang nak apply untuk jadi Feed-in Approval Holder (FiAH) seterusnya menjana tenaga elektrik sendiri, korang perlu berhubung dengan SEDA Malaysia.

Sebenarnya banyak manfaat yang kita terima apabila memanfaatkan sumber tenaga boleh baharu ni. Bukan sahaja dapat menyimbangkan semula eko-sistem alam sekitar, kita juga sebenarnya mampu menjana sumber ekonomi dimana peluang pekerjaan dapat diwujudkan selain menggalakkan budaya inovatif.

Oh ya, sekadar info untuk korang, melalui mekanisme FiT ini juga, kutipan surcaj sebanyak1.6% dikenakan melalui bil elektrik yang melebihi RM77  iaitu bersamaan dengan penggunaan elektrik yang melebihi 300kWj sebulan Manakala bagi pengguna di Sabah, bil elektrik yg melebihi RM69 sebulan. Surcaj ini dikenakan kepada pengguna domestic dimana hasil wang surcaj ini akan disumbangkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB). Jumlah kutipan surcaj 1.6 % ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014. Sebelum ini, surcaj yg dikenakan adalah 1% je. Kenapa naik? Hmm..korang boleh rujuk entri aku sebelum ni kat SINI

Seperti yang aku mention kat atas tadi, kalau korang nak info lanjut mengenai mekanisme Feed-in Tariff ni dan kalau korang ada bajet lebih atau berminat nak tahu lebih lanjut, bolehlah layari laman web SEDA Malaysia dipautan www.seda.gov.my
Sekian, perkongsian untuk kali ni.

Okay…till we meet again
Read more ...

Monday, February 24, 2014

Hasbi Allah Wani'mal wakeel

Assalamualaikum...
Image:Google
Allah...berat betul dugaan buatku untuk hari ni. Tiada daya aku untuk menidakkan ketentuanMu buat aku. Aku pasrah dan redha. Aku terima segalanya dengan hati yang terbuka.

Maka itu ya Allah, kuatkanlah aku dan tabahkanlah aku dalam menghadapinya. Hasbi Allah wani'mal wakeel. Cukuplah Allah bagiku.. Sesungguhnya ya Allah... Kaulah sebaik2 pelindung,  sebaik2 penjaga, sebaik2 penolong.

Wallahualam...
Read more ...

Sunday, February 23, 2014

Photo Booth Project Final Part

Entri projek Part 1 dan Part 2 ada di SINI dan SINI.

Assalamualaikum...

Setelah selesai kerja-kerja menyiapkan photo booth tu, maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari untuk melaksanakan photo booth tu. Actually kami buat projek photo booth ni khas untuk majlis perkahwinan pengurus unit kami, Kak Aida Zureen. Kak Aida beri RM200 bajet untuk aku dan kawan-kawan buat photo booth ni. Bukan apa, kalau sewa mahal, jadi kalau boleh buat sendiri, apa salahnya kan? Lagi pun memang teringin nak buat pun.

Hari Sabtu 22.02.2014 tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Aku sampai di Dewa Sri Sarjana, UNITEN seawal pukul 1050 am untuk memasang backdrop ni. Adik Kak Aida dan maknya membantu aku. Syafreena dan Diyana pun ada sekali untuk membantu.
Wedding
Inilah backdrop photo booth kami. Kami guna konsep story telling. Itu yang ada jam, frame bagai tu. Konsep ni kami dapat inspirasi setelah search kat google. 
wedding
So basically, yang kat atas meja inilah props photo booth kami. Ada bubble talk dan juga props seperti mustache, crown, lips, tie bow, dan cermin mata. Kami buat mana yang sempat je. 

Gambar-gambar kat bawah ini adalah hasil props kami dengan lebih jelas. Saja je aku attach gambar orang pegang props. Nak bagi lagi jelas kekdahnya. 
props
Begitulah ceritanya tentang photo booth projek yang aku dan rakan-rakan buat. Kami banyak menggunakan material craft foam dan juga glitter paper. Senang dan jimat masa. Kalau korang nak buat pun takde masalah. Banyak contoh kat internet tu. Aku pun dah mula jatuh cinta dengan benda-benda craft ni. Hehehe..

Okay...till meet again
Read more ...

Photo Booth Project Part 2

Assalamualaikum...

Dalam entri Part 1 Photo Booth Project yang aku ceritakan sebelum ini, aku buat jam sebagai salah satu props untuk backdrop.


Memandangkan kami kesuntukan masa dan perlu siapkan segalanya pada hari Khamis, kami kerja bertungkus lumus bagi menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan. So, malas nak cerita panjang-panjang, korang layanlah gambar-gambar ni ya.
Masa ni proses menggunting bubble talk sedang berjalan. Kami pilih hampir 15 wordings untuk dijadikan bubble talk. 
Take 5 kejap dorang ni. Sebenarnya yang Ridzuan dan Syaf pegang ni wording untuk backdrop. Kami buat konsep story telling gitu.
Masa ni aku pulak busy mencari contoh jam untuk backdrop. Pening juga sebab nak cari yang ala-ala klasik tapi tak payah.
Time ni busy sangat-sangat menyiapkan backdrop kami. Kami dah set bagaimana nak buat set ni. Macam yang aku cakap kat atas tadi, konsep ialah story telling. So, ada wordings dan juga gambar. Haa..simple je yang kami buat tapi perlukan konsentrasi. Cewah
Ni la rupa kepenatan adik-adik yang sama-sama buat projek ni dengan aku. Serious, memang penat buat benda tapi menyeronokkan. 
Backdrop dah hampir siap masa ni. Bubble talk dan juga props lain pun dah hampir siap. Hasilnya nanti aku share kate entri lain ya.

Okay...till meet again

Read more ...

Bila CPC Menari Di Blog

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua. Lamanya tak bersiaran di blog tercinta ni. Hmm...kesihatan tak mengizinkan tapi sekarang ni In Shaa Allah, aku cuba juga untuk update mana yang mampu. Kita lupakan soal sakit semua tu. Kang stress pulak kalau banyak fikir. Okay..jom mulakan cerita.

Malam tadi sempatlah godek-godek blog ni. Sekali tengok ada tiga iklan sedang menari-nari dalam blog. Hmm...menarik tapi takde keyakinan pun semua tu adalah CPUV. Kenapa cakap macam tu? Hmm..selalunya yang aku perhatikan, CPUV masuk dalam hari Isnin..tapi ni hari sabtu kan. 

Demi menguatkan sangkaan itu, makanya terus login akaun Nuffnang dan check. Hmm..betul sangkaan aku. Tu cuma CPC je. So, kalau korang nampak iklan tu, sudi-sudikanlah klik iklan tu ya. Hehehe

Okay...till meet again
Read more ...

Friday, February 21, 2014

Batery Doctor

Assalamualaikum...
Sejak beli handphone baru ni, aku sangat berhati-hati dalam penggunaan dan jadi sangat cermat. Perkara pertama yang paling aku ambil berat ialah perihal penjagaan bateri handphone.  

Ye la..mana taknya, aku ni kuat online guna handphone.  Ikut mana sempat je. Hihi. So teringat yang Kak Mia Liana pernah kongsikan satu entri berkaitan dengan satu aplikasi di android iaitu Batery Doctor.

Apa lagi, terus je install apps tu kat handphone dan aku tidak dapat nafikan yang Batery Doctor ni merupakan apps yang sangat bagus. Sebelum ni, aku guna juice defender but seriously nothing changed.  Bateri tetap cepat sangat.

Dengan Batery Doctor ni, jimat sangat. Walaupun selalu online guna handphone tapi lama bateri tu kekal. Kalau pagi ni cas keesokan harimya baru jspf.

Thank you kak mia sebab kenalkan alu dengan battery doctor.  Korang guna apps apa utk jaga  battery handphone?

Okay...till meet again
Read more ...

Thursday, February 20, 2014

Photo Booth Project Part 1

Assalamualaikum...
Despite of the illness, I managed to make this DIY watch on Tuesday for our photo booth project . Hopefully Kak Aida will like it. 
Eh..tetibe speaking.  Bahan yang aku gunakan untuk buat diy watch ini ialah pinggan dan piring plastic yang dibeli di Japan Home centre.  Other materials yang aku guna ialah numbering stickers dan double sided tape.  

Simple tapi nampak comel jugalah. Diy watch ni untuk kegunaan backdrop photo booth kami nanti. 

Okay...till meet again. 
Read more ...

Thank You

Assalamualaikum...
Image: Google

Selamat pagi semua. Terima kasih banyak2 di atas doa dan sokongan kalian semua untuk aku dalam beberapa hari ni. Walaupun sangat terbatas masa untuk bersama kalian dalam dunia blog ni tapi aku sangat hargai budi baik kalian yang sudi singgah diblog ini walaupun hanya sekadar membaca entri sakit aku ni.

Walaupun masih belum pulih, tapi aku cuba untuk pastikan blog ni sentiasa ada cerita baru. Mungkin akan set autopublish disebabkan keadaan kesihatan sekarang ini membataskan diri ini untuk aktif seketika. Nak tak nak terpaksa buat...

In Shaa Allah aku akan cuba singgah ke blog korang mana yang terdaya. Perlahanlah sikit rentaknya tapi jangan bimbang...tetap akan cuba singgah. Sekian dahulu.

Okay...till meet again. 
P/s: bermula hari ni akan share progress photo booth projek
Read more ...

Wednesday, February 19, 2014

Wordless Wednesday #1 [19.02.2014]

Assalamualaikum...
Hanya berdoa agar kesihatan akan pulih seperti biasa. In Shaa All
Read more ...

Masih Belum Sembuh Sepenuhnya

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua. Terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan aku di dalam entri pagi semalam. Maaf seharian langsung tak aktif kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Thanks so much to my beloved friend, Azima yang banyak bagi support through whatsapp. 

Tengah hari semalam aku ke klinik disebabkan sakit kepala tu makin meruncing. As expected, migraine. Memang dah agak dah sebab aku ni memang ada migraine. Cumanya samada kuat atau tidak bila kena serangan migraine tu.  Agak malang sikit kali ni sebab teruk. Tambahan pula takde bekalan ubatkan. Lagilah payah.

Doktor bagi time slip untuk aku. So, samada aku nak berehat di ofis atau balik, terpulang pada aku dan aku pilih untuk balik rumah. Sampai rumah mak dah risau. Lepas makan ubat, aku baring dan agak2 okay sikit aku gagahkan badan untuk mandi. 

Malam tadi tetibe je aku rasa berpusing dunia ni. Memang rasa tak stabil langsung. Siap rasa nak muntah. Alu baring dan pejamkan mata hampir dua jam. Mak ingat aku tidur padahal tak tidur pun. Serious, memang rasa berpusing-pusing sebab tu aku pejamkan mata. 

Disebabkan kaki lenguh, aku bangun dan makan sedikit sebab nak makan ubat. Hmm...terus je berehat.

Pagi ni rasanya movement aku agak slow lagi. Aku ni kalau kena migraine yang teruk, boleh efek kat diri sampai dua tiga hari. Nak menghadap cahaya paling azab untuk aku. 

Aku nak minta maaf kalau aku kurang aktif dan lambat singgah blog korang ya. Harap janganlah terasa aku ni tak nak datang blog korang ya.

Okay...till meet again
P/s: cuba gagahkan diri untuk siapkan kerja2 tertangguh
Read more ...

Tuesday, February 18, 2014

Malam Yang Menyakitkan

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat pagi semua. Semalaman semalam tak selesa dibuatnya sebab sakit kepala yang amat sangat. Semua rasa cukup. Sakit kepala sampai ke mata, sampai rasa nak muntah tapi tak muntah je lagi. Memang sakit sangat sampai langsung tak buka blog.

Pagi ni pula rasa sakit tu masih terbawa-bawa. Masih lagi rasa goyang-goyang dan tak berapa nak stabil sangat. Sehingga aku menaip entri ni pun masih tak berapa okay lagi. Apa yang aku harapkan cuma janganlah sampai aku jatuh pitam kat mana-mana. Itu je..

Okay...till meet again
p/s: mungkin akan kurang aktif sedikit hari ni.
Read more ...

Monday, February 17, 2014

Bermula Projek Photo Booth

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat hari isnin semua. Eh? Lain macam je ucapan tu kan. Hahaha..bolehlah. Sebenarnya hari ni aku dan beberapa orang rakan akan mulakan projek Photo booth kami. Ala...sebelum ni aku ada cerita yang aku ada projek nak buat. Haa..projek photo booth la. 

Sebenarnya kami akan menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat kami hujung minggu ni dan kebetulan kami diberi tugasan untuk membantunya membuat photo booth. Hmm..ini first time nak buat sendiri ni. Bukan apa, kalau buat sendiri, jimat sikit bajet kan. Kalau sewa mahal juga rasanya. Aku pun teringin juga nak buat sendiri. Ambil experience katanya.

So, petang nanti after office hour baru kami akan mulakan projek ni. Macam mana hasilnya, nanti aku share ya progress dan hasil kerja kami ya. 

Okay...till meet again
Read more ...

Happy Monday Peeps

Assalamualaikum...
image: Google
Happy monday everyone!!! Heheh..sila senyum ya. Jangan buat muka monyok. Tak mau tak mau. Hari isnin mula bekerja, kenalah happy mood. Kalau bad mood nanti kerja apa pun tak jadi. Kan? Kan?

Sekadar nak ucap all the best untuk korang semua dan semoga Allah permudahkan segala urusan korang untuk hari ini dan hari-hari seterusnya ya. Jangan lupa untuk sentiasa berfikir positif. Bila kita mulakan dengan sesuatu yang positif, maka segalanya akan jadi positif. Baiklah, sekian pesanan penaja. Cewah...
Image: Google

Selamat bekerja korang

Okay....till meet again
Read more ...

Sunday, February 16, 2014

CPUV Yang Tak Disedari?

Assalamualaikum...

Nak mulakan macam mana ek? Kan sebelum ni aku ada cerita yang dah lama blog ni takde CPUV baru. Entri tu kat SINI. Tadikan, aku saja je la buka Nuffnang akaun aku. Macam biasa, itu antara rutin wajib aku bila blogging ni. Entah kenapa suka sangat aku buka Nuffnang tu walaupun takde CPUV baru lately ni. 

TAPI...hendak dijadikan cerita, aku ni gatal tangan klik tang CPUV tu dan ternampak ini.

Korang tengok tu. Punyalah banyak CPUV pelik yang tak disedari. Tetibe je ada. Padahal selama aku buka takde pun. Walaupun sekadar dua tiga sen je, tapi kalau dah banyak macam tu, kalau tambah dah berapa puluh sen kan? Hmmm....apakah ini semua? Mengapa ia terjadi? Ceh..ayat novel sangat.

Walau apa pun, thank you Nuffnang bagi earning pelik-pelik ni. Malas nak hantar tiket tanya apa sebab ni. Tapikan, kalau Nuffnang nak bagi CPUV baru yang betul2 lagi bagus. Besar tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Korang ada CPUV pelik ni?

Okay...till meet again
Read more ...

Duduk Rumah Je La


Assalamualaikum...

Terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih kepada korang yang komen kat entri aku pagi tadi. Terima kasih juga pada Kak Aida Zureen yang bagi pesanan kat whatsapp. 
image: Google
Aku ambil keputusan untuk duduk rumah je jaga mak. Kalau aku keluar tapi hati tak senang tak best juga kan. Memanglah kalau ikutkan takde la nak buat apa-apa selain buat kerja-kerja rumah. Mak pun berehat je sebab kaki sakitkan. Tapi, at least kalau ada apa-apa hal, ada la orang kat rumah. Betul tak?

Bengkak kaki mak surut sikit tapi masih lagi tak boleh nak jalan sangat. Mak pun lemah je aku tengok. Itu pun mak bawa-bawa juga duduk kat sofa. Ambil angin dari balkoni rumah. Alhamdulillah..angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa. Nyaman je rasa.

Aku sebenarnya plan nak keluar mencari baju untuk kenduri kahwin Kak Aida Zureen minggu depan dan cari material untuk projek yang aku sedang buat. Hmm..tengok dululah keadaan mak macam mana. Kalau tak okay sangat lagi, aku cari hari jumaat ni la. 

Okay...till meet again
Read more ...

Dalam Dilema

Assalamualaikum...
leimage: googe
Selamat berhujung minggu kengkawan semua. Hmm..serba salah dibuatnya aku hari ini. Sebenarnya hari ini ada kenduri kahwin kawan baik aku di Ampang. Sepatutnya aku pergilah. Ya la..majlis kahwinkan, bukannya birthday party. Memang teringin nak pergi pun sebenarnya tapi....hmm. Mak aku sebenarnya tak sihat. Dari hari khamis lagi mak ngadu kaki sakit. Mulanya ingatkan cekam je tapi lepas cik kembar check, takde cekam pun.

So, hari jumaat dengan sabtu semalam memang mak jalan terdempak-dempak. Kesian tau tengok mak. Kaki sakit yang tu dah bengkak la pulak. Nak bawa pergi hospital tapi mak macam tak nak je. Aku bukan jenis paksa-paksa kalau mak tak nak. Aku faham, mak nak jalan pun sakitkan. Lagilah mak malas nak pergi.

Haih...serba salah aku dibuatnya. Nak pergi majlis kawan tapi mak tu penting. Kang kalau aku keluar sapa nak teman mak kat rumah? Sapa nak tolong kemakan rumah lagi. Hmm...memang serba salah dibuatnya.
Read more ...

Saturday, February 15, 2014

Teringin Nak Makan Ni...

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Sekarang ni aku masih dipejabat lagi. Hmm..tengah siapkan kerja tapi take 5 jap. Penat woo...
Image: Google
Sebenarnya perut ni lapar sangat. Lepas minum ephyra pagi tadi, cuma breakfast dengan mee sikit je. Itu pun buat alas perut. So, sampai sekarang tak makan lagi. Huhu..bila perut lapar ni, mulalah teringin nak makan itu nak makan ini. Semua makanan ada dalam kepala. TAPI.....bila nak makannya entah la. Aku pun tak sure pukul berapa aku balik ni. Target nak siapkan kerja sampai siap sebab Isnin ni aku nak buat benda lain pulak.

Tengah perut lapar ni, bestnya la kalau dapat makan korean food macam jjampong yang aku makan dengan Sally haritu kat restoran Gomone. Hmm..tak pun, makan KFC ke..hmm, tak pun kalau dapat pemanis mulut kat Ice Room, sedapnya tekak ni. Cuaca pun panas kan. Lagilah seronok je rasa. 

Berangan je la. Kerja tak siap jangan harap nak dapat ke mana-mana. Baiklah...nak sambung buat kerja. Korang makan apa lunch tadi?

Okay...till meet again
p/s: aku blog walking malam karang ya
Read more ...

Good Morning

Assalamualaikum....
image: Google
Good morning everyone. Dah breakfast? Semalam sangat meletihkan sebab sampai rumah pun dah pukul 10pm. Nak blogging pun dah tak larat. Maaf ya kalau tak singgah blog korang semalam. Hari ni pun aku bekerja kerana ada beberapa perkara yang nak disetelkan secepat mungkin. 

Korang buat apa je hari minggu ni?

Okay...till meet again
Read more ...

Friday, February 14, 2014

Menulis....

Assalamualaikum...
image: google
Korang buat apa time rehat panjang di hari jumaat ni? Aku duduk je kat tempat ni. Malas nak keluar, lagipun masih kenyang lagi sebab makan nasi masa jamuan unit tadi. So, sementara menunggu waktu rehat habis dan program unit petang ni bermula, aku spend masa yang dengan menulis.

Menulis apa? Itu biar rahsia ya. Sekarang ni masih dalam mood menulis. So, aku rasa sesuailah aku menghadap pc ni sampai habis rehat. Nak blog walking tapi kena habiskan menulis dulu, baru dapat blog walking. Banyak nak setel sebenarnya hari ni.

Sorry update merapu sikit tengah hari ni. 

Okay...till meet again
Read more ...

Nuff Ads