Friday, January 31, 2014

Rasional Kenaikan Kadar Surcaj RE Fund 1.6% Pada Bil Elektrik

Assalamualaikum…

Rasanya rata-rata dikalangan kalian mesti ada yang sudah maklum dengan kenaikan surcaj 1.6 % (KWTBB /RE Fund) pada bil elektrik yang bermula pada Januari 2014. Kenaikan ini telah diumumkan oleh Menteri bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili pada 2 Disember 2013. Ini bermakna jumlah surcaj sebelum ini pada kadar 1% akan menjadi 1.6% dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

1.6%? Kenapa naik? Mengapa perlukan kenaikan ini? Haa..disini aku ingin kongsikan dengan korang rasional kenaikan kadar surcaj ni. Seperti yang kita semua maklum dan aku pernah juga terangkan pada artikel sebelum ini, surcaj ini dikenakan kepada pengguna domestic dan juga Sabah dan  WP Labuan dimana penggunaan elektrik yang mencecah 300kW atau RM77 bil elektrik sebulan, Namun begitu , bagi industry mereka tetap akan dikenakan surcaj . Kemanakah perginya wang kita yang disurcaj itu? Sebenarnya wang surcaj itu bukan diambil kerajaan secara suka-suka tetapi ianya akan disumbangkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB/RE Fund). 

Apa pula yang KWTBB akan buat dengan wang tersebut? Haa..Setiap wang yang disalurkan ke KWTBB, dana tu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek berhubung inisiatif Tenaga Boleh Baharu (TBB). Ada tiga (3) sebab utama kenapa inisiatif TBB perlu dilaksanakan.

1) Mencapai Jaminan Tenaga
Malaysia kaya dengan sumber asli bahan api fosil dan bergantung kepada sumber-sumber tersebut. Walau bagaimanapun, sumber bahan api fosil di negara ini semakin berkurangan dari masa ke semasa.

2) Mencapai Autonomi Tenaga
Penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) tempatan secara optimum dalam jangka masa panjang adalah amat penting bagi negara. Peningkatan penggunaan sumber boleh baharu menyumbangkan kepada autonomi tenaga dan seterusnya mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan .

3) Mengurangkan perubahan iklim
Para saintis telah mengenal pasti kaitan antara pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) dan perubahan iklim.Perdana Menteri telah menyatakan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pembebasan GHG sebanyak 40% berbanding Indeks KDNK menjelang tahun 2020 di sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen pada bulan Disember 2009.

Sehingga akhir Oktober 2013 dijangka sebanyak 1.8% dari jumlah keseluruhan kapasiti tenaga yang sedang dijana jdaripada jumlah keseluruhan kapasiti TBB yang beroperasi (dibawah Tarif Galakan).

Sekadar makluman, penambahan kutipan surcaj 0.6% adalah bersamaan dengan RM300 juta setahun. 

Bercakap mengenai Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FiT), ia adalah satu mekanisme dimana 'Distribution Licensees (DLs)' seperti TNB/Nur Distribution membeli elektrik yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu daripada pengeluar tenaga boleh baharu dan menetapkan kadar FiT. DLs akan membayar kadar pengeluaran tenaga boleh baharu yang dibekalkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Dengan jaminan akses grid dan penetapan harga bagi setiap unit tenaga boleh baharu, mekanisme FiT akan memastikan tenaga boleh baharu mampu berdaya saing dan memberi pelaburan jangka panjang untuk syarikat industri dan juga individu. Program Feed-in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011 ini ditadbir dan diselaraskan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia. 

Diharap penulisan ini dapat menjelaskan mengenai rasional kenaikan surcaj ini. Kalau inginkan maklumat lebih jelas dan cara pelaksanaan FiT ini, kalian boleh layari laman web SEDA Malaysia di www.seda.gov.my

Okay…till meet again
Read more ...

Happy Chinese New Year

Assalamualaikum...
Haa...image tu amik kat Google je. Cakap awal-awal ni. Semalam tak dapat nak blog walking sangat sebab demam melanda diri. Cuma dapat balas komen je dulu. Hari ni masih rasa demam lagi. Harapnya akan cepat beransur reda.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina khas buat rakan-rakan yang berbangsa Cina diluar sana. Rindunya nak celebrate CNY macam zaman sekolah dulu. Seronok sebab dapat ronda-ronda dengan geng sekelas. Dari pagi sampai petang merayap dari satu rumah ke satu rumah. Zaman sekolah dulu, tak pernah kira bangsa apa, amalan 1Malaysia tu dah diterap sedari kecil lagi. Cumanya bila besar ni, ada je yang cuba main sentimen perkauman dan cuba nak pecah belahkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia ni.

Harapnya CNY ni boleh eratkan hubungan sesama kita di Malaysia ni. Kita hidup bermasyarakat dan berbilang kaum dan itulah yang menjadikan kita unik di mata masyarakat antarabangsa. Semoga perpaduan kita akan tetap kekal selamanya. 

Okay...till meet again
p/s: Dah banyak makan limau?
Read more ...

Thursday, January 30, 2014

Melaka World Solar Valley Tour Media & Blogger: Cooltek House

Assalamualaikum...
Pada 18 Januari 2014, SEDA Malaysia telah membawa blogger dan kumpulan media ke Melaka untuk satu lawatan yang diberi nama 'Melaka World Solar Valley Tour Media & Blogger'. Kami bertolak dari KL Sentral kira-kira pukul 9am dan destinasi pertama lawatan kami ialah Cooltek House yang terletak di Tiara Melaka Golf & Country Club, Ayer Keroh, Melaka. Cooltek ini dimiliki oleh Puan Stephanie Mary Bacon dan mendiang suaminya, Harry Boswell.

Cooltek House ini direka khusus untuk penggunaan penghawa dingin secara berterusan. Bangunan ini direka tertutup bagi mencegah pengaliran udara sejuk dari penghawa dingin keluar. Rumah ini dibina ringkas dengan dekorasi minima bagi memastikan ianya adalah sesuai dengan reka bentuk cekap tenaga.

Menariknya mengenai rumah Cooltek ini, ia dibina dengan bercirikan cekap tenaga di mana lima aspek utama amat dititik beratkan dalam reka bentuk rumah iaitu Protection, Orientation, Insulation, Ventilation dan Investigation. Ciri-ciri khusus juga dilengkapi dirumah ini seperti bumbung keluli putih yang dilapisi aluminium foil reflektif berkualiti tinggi, tingkap yang hanya menghala ke arah utara dan selatan bagi mengelakkan pancaran matahari secara terus, pengudaraan dari bawah tanah yang baik dan beberapa ciri lain lagi.
Selain itu, Puan Stephanie juga turut mengaplikasikan peralatan yang mempunyai ciri-ciri cekap tenaga seperti penghawa dingin inverter yang terbukti cekap tenaga selain  perkakas elektrik yang turut bercirikan cekap tenaga seperti ketuhar gelombang mikro, peti ais dan lampu fluorescent.
Pada bulan Oktober 2007, photovoltaic (PV) solar telah dipasang di Cooltek dimana setiap panel berukuran kira-kira satu (1) meter persegi dan nilai kecekapan yang tertinggi sebanyak 11.9% dan mampu menjana tenaga dengan kapasiti 4.8kW. Melalui pemasangan PV Solar ini, Cooltek memanfaatkan sumber tenaga boleh baharu iaitu cahaya matahari dan mampu menjana tenaga eletrik sendiri. Di bawah makenisme Feed-in Tariff (FiT) yang dikelola oleh SEDA Malaysia, 'Distribution Licensees (DLs)' iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi semenanjung Malaysia, NUR Distribution Sdn. Bhd. Bagai kawasan Kulim Hi-Tech park dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan membeli elektrik yang dijana daripada tenaga boleh baharu mengikut kadar FiT yang telah ditetapkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu.

Kabinet juga pada dasarnya bersetuju dengan surcaj 2% ke atas bil elektrik pengguna tetapi hanya 1% pertama yang digazetkan dan dipungut daripada pengguna. Surcaj 1% ini dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. Maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan kenaikan tariff ini juga boleh diperoleh melalui www.seda.gov.my .

Melalui pembelian elektrik daripada DLs ini, Puan Stephanie bukan sahaja dapat membekalkan tenaga elektrik buat kegunaan rumahnya malah turut mengurangkan kebergantungan kepada tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TNB selain dapat memanfaatkan sumber tenaga boleh baharu dalam kehidupan seharian.
Hasil usaha keras Pn Stephanie Bacon dan mendiang suaminya, Harry Boswell, mereka telah menerima anugerah 'ASEAN Renewable Energy Project Management Competition - On-Grid Category di ASEAN Energy Award Winner 2009 bersempena dengan 'The 27th ASEAN Ministers on Energy Meeting (AMEM)' yang telah berlangsung di Vientiane, Lao PDR pada 27-28 Mei 2009.
Sumber rujukan : SINI
Ternyatalah, jika kita tahu bagaimana memanfaatkan sumber tenaga boleh baharu, kita akan mendapat faedah jangka panjang bukan sahaja dari soal kehidupan harian malah kelangsungan alam juga dapat dikekalkan.

Lawatan kami tidak berakhir di Cooltek sahaja, tetapi ada dua buah tempat yang kami lawati dan akan aku ceritakan di entri seterusnya.

Okay...till meet again
Read more ...

Sekadar Renungan

Assalamualaikum...
Image: gambar.co
Apa yang aku ingin kongsikan buat kali ini hanyalah sekadar sebuah kata-kata buat renungan kita semua.

"Tidak semua yang kita hajati dalam hidup ini akan kita kecapi tetapi sebaiknya belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki. Hargailah setiap peluang yang diberi kerana peluang itu ialah ruang untuk kita memperbaiki diri. Hidup takkan indah andai diri tidak diuji. Andai tak mampu menggalasnya sekali pun, sekurang-kurang kita masih beruntung kerana terpilih untuk merasai warna warni kehidupan ini." 

Wallahualam.
Sekadar sebuah renungan untuk diri yang kerdil ini dan juga buat kalian semua. 
Read more ...

Malaysian E.L.F Gathering

Assalamualaikum...
Ada satu event khas buat peminat Super Junior di Malaysia. Gabungan fanbase Super Junior di Malaysia ni, (tak semualah ya) akan menganjurkan satu acara khas pada bulan Mac 2014 nanti. Event ni bakal mengumpulkan peminat Super Junior di Malaysia. Lokasi acara akan diberitahu dari semasa ke semasa tapi area lembah klang. Kepada yang berminat, boleh contact organiser yang tertera dalam gambar ni ya.

Aku share juga maklumat lengkap berkenaan acara ini.
A Special Occasion for Super Junior's Wives, Hyung and Noona to :

"The Royal Family Reconciliation
EVERLASTING FRIENDS ( E.L.F )"

Date : 22nd March 2014
Venue : Hall in Klang Valley Area (to be announced later )
Time : 12pm-5pm
Theme : Sapphire Blue World
Props : Please bring along your blue lightstick
Guest : LOCAL AND INTERNATIONAL ELF

Fees :
Category ELF
1. RM 50
-Food
-Goodie Bag
-Merchandise

Category Sapphire Blue
2. RM 60
-Food
-Goodie Bag
-Merchandise + Special Gifts

Category Super Junior
3. RM 70
-Food
-Goodie Bag
-Merchandise + 2 special gifts

Activities :
1. Lucky Draw
-Mahalo
-Aloha
-Blue World Album
-I Wanna Dance Album
-Merchandise
-Tony Moly Products

2. Karaoke ( show & competition )
**for competition
-First Place (Super Junior Bag)
-Second Place ( Super Junior Tumbler )
-Third Place ( Stainless Steel Super Junior Spoon Set )

3. Dance (show & competition)
**for competition - LIMITED TO 5 PERSON IN ONE GROUP
-1st (RM 100 + Merchandise)
-2nd ( RM70 + Merchandise )
-3rd ) RM 50 + Merchandise )

4. Guess Who
- 16 Merchandise for winners !

5. VIDEO MESSAGE
- Will record ELF's message to be featured in short film
*to be send to any one of Super Junior members at their shop in Korea*

6. MV SPECIAL :
THE JOURNEY OF SUPER JUNIOR & ELF

7. SAPPHIRE BLUE MEMORY
- Forming word using lightstick
( will be reveal later )
- Singing " SO I " song together *to be featured in the short film as well* and we will hold a handbanner each person written as
" Never Leave You My Husband " XD

** The Reason why we chose SO I is the lyrics all about promises . We promise to them that we will promise them , will pray for them , will always be by their side .

REGISTER !! HURRY UP !! THIS IS EXCLUSIVE EVENT FOR ELF FAMILY !! LIMITED TO 300 PERSON !!

Registration , Please PM the following name below:

Miss Farah Kyu (https://www.facebook.com/airaa.lee.7) - 017 660 2817
Miss Aini (https://www.facebook.com/tiniqurrat) - 0163229904
Miss Amy Eunhae (https://www.facebook.com/AmySuju94)- 017 278 9570
Miss Sarah - 019-2286149

NOTED : DEADLINE ON 10 FEBRUARY 2014! HURRY HURRY^^

Or you can directly send your message/mention to

1. Malaysian Elfs Crew ( https://www.facebook.com/MalaysiaElfCrew )
2. MalaysiaELF (https://twitter.com/MalaysiaELF)
3. Super Junior For All (https://www.facebook.com/SuperJunior.lovesELF)

Collaboration between :

- Malaysian Elfs Crew ( https://www.facebook.com/MalaysiaElfCrew )
-13SuperiorJ (https://twitter.com/13SuperiorJ)
-Super Junior For All (https://www.facebook.com/SuperJunior.lovesELF)
-Super Junior Malaysian Family ( https://www.facebook.com/MYELFFamily )
-MalaysiaELF (https://twitter.com/MalaysiaELF)

Q&A

1. What is the difference between the category ?
= The Differences is only on merchandise and special gifts . The expensive ( Rm70 ) more special .

2. What if we pay suddenly we can't go ?
= Make sure you let us know 2 weeks before the DAY .
** 2 weeks = Half Refund
** 1 week = No Refund

3. Will there be any special things during the event ?
= YES !

4. How to pay ?
= For Local Guest * Online Transfer or Cash Deposit
= For International Guest * PayPal
(Please PM the following name above to get the details)

Aku pun akan berada di acara ini nanti. Ada hadiah juga yang bakal aku sponsor.

Okay...till meet again
Read more ...

The International Sustainable Summit (ISES) 2014

Assalamualaikum...

Di sini aku ingin berkongsi satu maklumat dengan kalian semua.
SEDA Malaysia
The 2nd International Sustainable Energy Summit (ISES) 2014 akan dianjurkan buat kesekian kalinya pada tahun ini. Merupakan 'biennial event' atau setiap dua (2) tahun sekali, persidangan ini yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia akan diadakan pada 18 & 19 Mac 2014 bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya, Selangor.

Disokong sepenuhnya oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), penganjuran buat kali kedua ini mengambil tema 'Currency of Autonomy: Sustainable Energy' sejajar dengan visi SEDA Malaysia untuk menggalakkan penggunaan tenaga mampan sebagai sebahagian penyelesaian ke arah mencapai keselamatan tenaga dan autonomi.

ISES 2014 juga merupakan platform dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan perkembangan terkini dan pengetahuan mengenai 'renewable energy' (RE) dan 'energy efficieny' (EE) yang akan dikongsi oleh pakar-pakar industri dari dalam dan luar negara. SEDA Malaysia sendiri akan memberikan perkembangan terkini berkenaan rangka kerja undang-undang dan pelaksanaan pembangunan RE dan EE di Malaysia.

Penyertaan masih lagi terbuka kepada yang berminat terutama kepada pemain industri berkaitan. Yuran penyertaan adalah seperti berikut:

Sedikit perkongsian mengenai aturcara persidangan ini.
SEDA Malaysia
Siapakah tulang belakang disebalik penganjuran ISES 2014 ini? Siapa lagi kalau bukan Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia yang berperanan untuk mentadbir dan menyelaras pelaksanaan mekanisme Feed- in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011. Program Feed-in Tariff Malaysia mewajibkan 'Distribution Licensees (DLs)' seperti TNB, NUR Distribution Sdn. Bhd. dan SESB untuk membeli elektrik yang dihasilkan daripada sumber Ttenaga Boleh Baharu daripada pengeluar tenaga boleh baharu dan menetapkan kadar FiT. DLs akan membayar tenaga boleh baharu yang dibekalkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Dengan jaminan akses grid dan penetapan harga bagi setiap unit tenaga boleh baharu, mekanisme FiT akan memastikan tenaga boleh baharu mampu berdaya saing dan memberi pelaburan jangka panjang untuk syarikat industri dan juga individu.

Kabinet juga pada dasarnya bersetuju dengan surcaj 2% ke atas bil elektrik pengguna tetapi hanya 1% pertama yang digazetkan dan dipungut daripada pengguna. Surcaj 1% ini dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. Maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan kenaikan tariff ini juga boleh diperoleh melalui www.seda.gov.my .

Berbalik kepada ISES 2014 tadi, buat yang berminat untuk menyertai persidangan ini, masih boleh mendaftar sebagai peserta dan buat mereka yang ada syarikat berkaitan dengan RE dan EE ni, mungkin boleh sertai 'exhibition' yang akan turut diadakan sempena persidangan ini. Buat yang berminat dan ingin mendaftar sebagai peserta, boleh layari laman web ISES 2014 di www.ises.gov.my .

Diharap maklumat yang aku kongsikan ini dapatlah memberi penerangan dan sedikit maklumat berkenaan persidangan ini. Manalah tahu, mungkin ada dikalangan korang pun turut mencari informasi berkaitan ISES 2014 ni kan. Anyway, thank you for spending your time reading this entri.

Okay...till meet again

Read more ...

Zikir Hasbi Allah Wani'mal Wakeel

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat sejahtera buat kalian semua. Hari ni aku ingin berkongsi dengan korang zikir yang aku suka baca dan selalu amalkan. Zikir ni rasanya pernah aku share dalam blog ni tapi aku pun dah lupa bila. Rasanya dah lama kot. Hmm..tapi aku nak share juga dengan korang sekali lagi. 

Cukuplah Allah Bagiku
Sebaik-baik Pelindung
Sebaik-baik Penjaga
Sebaik-baik Penolong

Tiada Tuhan Melainkan Engkau
Maha Suci Engkau
Sesungguhnya Aku Telah Berlaku Zalim
Wahai Tuhan Yang Maha Lemah Lembut
Lindungilah Dari Apa Yang Kami Takuti
Jauhkanlah Kami Dari Golongan Yang Zalim

Credit: Youtube
*Sekadar perkongsian

Okay...till meet again
Read more ...

Wednesday, January 29, 2014

[Updated] Senarai Nama Peserta 1st Mini Giveaway By Ainim Rashihah

Assalamualaikum...
[Updated]

Terlebih dahulu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang sudi join dan juga support giveaway pertama ini. Walaupun baru dua hari berlangsung, sudah lebih 50 penyertaan diterima. Alhamdulillah, terharu sangat. 

Senarai hadiah ada aku sertakan di SINI. Memandangkan sambutan menggalakkan buat aku yang pertama kali buat segmen ni, In Shaa Allah, hadiah akan ditambah sedikit ya. 

Berikut adalah senarai nama peserta yang menyertai giveaway ini. Diharap, disamping kita bersegmen dapat juga berkenalan dan eratkan lagi hubungan sesama blogger.

10. Ida Yuni
11. Nao Mei
15. fuzamusa
18. Pha Is
19. Mia Liana
21. deno
24. Mas Zull
27. N.A.T
36. DIANA
38. are'na
43. ejulz
52. Ina Amani
54. N-fiq :D
55. Lylla Azhar
56. Syuhada Salleh
57. amrinanaziha
58. Lieya Von Jay
59. Izzati Shaidi
60. Nor Liana Kamaruzzaman
61. Iyqa Gani
62. Ain amalina
63. YaNg AyEsHa
64. Sya Nadia
65. Ana Diera
66. fara lulu ^^
67. Suhaila Zahari
68. Dzureen Darwis
69. nana kimie
70. Izah Afiqah
71. Diyana Wan
72. LyaNa DyaNa
73. Mime MF
74. MissEA
75. Yumida Huda
76. Sarah Kwon
77. Amalina Hasbullah
78. BeeHaa HaaHaa
79. Nur Aaisy
80. Amy J
81. Miss November
82. Trish Natasha
83. farah adila
84. Norhasniza Khalid
85. Wafa Cw
86. • d afa •
87. LyaNa DyaNa
88. tarmizi
89. miss fifi
90. Jue Azrin
91. ♥ iLyA_izZaTy ♥
92. Adriana Ana
93. acik idah
94. msredcheesecake
95. Jie Susanos
96. Nurul Faiz
97. emelda rosman
98. Maru Maru :3
99. Akeyla Azmi
100. Niesa
101. tenku butang
102. Aimifiqa
103. Shafyqah Azry
104. siti azura salamat
105. Miss Anonymous
106. Hariz Razak
107. Fatin Diana
108. Syaza Raihanah
109. Dahlia Daffodil
110. MUHD FAAIZ

Senarai peserta akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyertai Giveaway ni.
Oh ya, sebelum itu nak bagi tau, ada penambahan hadiah untuk giveaway ini. Nantikan ya

Okay...till meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #3 [29.01.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #3 for today.
Image: Google
I'm trying to be positive and think positive..In Shaa Allah

Okay...till meet again

Read more ...

Wordless Wednesday #2 [29.01.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 for today
Lately tertarik dengan photo booth design

Okay...till meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [29.01.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 for today
Rindu nak menjahit felt craft.

Okay...till meet again
Read more ...

Tuesday, January 28, 2014

[Announcement] 1st Mini Giveaway By Ainim Rashihah DITUTUP

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Disini aku ada pengumuman buat semua peserta 1st Mini Giveaway By Ainim Rashihah, giveaway ini akan ditutup bermula malam INI.

Alhamdulillah..seramai lebih 90 penyertaan yang aku terima. Ada juga yang cakap tak ada Twitter ke apa. Tidak mengapa, aku takde la strict sangat pun. Giveaway ini pun tujuannya untuk meraikan pengikut dan juga penyokong blog Ainim Rashihah ni. Syukur Alhamdulillah, selama lebih setahun berblog dengan personal blog ni, aku temui sahabat-sahabat blogger yang sangat baik dan ada antaranya yang aku dah jumpa depan mata pun seperti +Sally Samsaiman dan Kak +Mia Liana . Sejujurnya, aku rasa gembira dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari kalian semua yang join giveaway ini.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang dah join giveaway ini ya. Sengaja aku awalkan penutupan giveaway ini atas sebab-sebab tertentu. Oh ya, aku akan jelajah semua blog yang dah join nanti untuk umumkan pemberitahuan pemenang giveaway ni ya. In Shaa Allah, akan aku buat dalam masa terdekat ini. Sekadar makluman, pemenang dipilih berdasarkan random.org. Sekian dahulu ya.

Kalian masih boleh blog walking untuk eratkan jalinan ukhwah sesama blogger yang join giveaway ini. Senarai peserta ada di SINI.

Okay...till meet again
Read more ...

1st Mini Giveaway By Ainim Rashihah

Assalamualaikum...
Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini:

Terima kasih kepada Kak MiaLiana yang pernah share tutorial segmen copy paste ni.
Read more ...

Kiriman Dari Seoul Part 3

Assalamualaikum...

Pagi tadi aku dah ceritakan tentang kiriman dari Seoul Part 2 kan? Haa..sebenarnya banyak je yang kami pesan kat kawan kembar. Alhamdulillah, kawan kembar aku ni memang baik hati orangnya. Mereka berdua ni tak kisah pun walaupun kitorang kirim macam-macam. Syukur

Kali ni, yang kembar aku pesan ialah official merchandise Super Junior. Aku nak cerita lebih-lebih pun kang korang pun tak faham kan. Cuma yang pasti, kami puas hati sebab koleksi merchandise dan official goods Super Junior dah ada dalam simpanan. Paling best sebab ada DVD SS4 World Tour tu. Tak sabarnya nak tengok cuti nanti. Hihi..jom layan gambar sikit
Super Junior in Hawaii
Super Junior Photobook. Boys In City. Kali ni ke Hawaii gitu. Berbaloi beli buku ni dari Korea. Harga memang superb. Kalau kat Malaysia beratus. Adoii.. Ada dua edisi. Mahalo dan Aloha. Harga 23,000 won.

Haa..yang ni pulak khas buat mereka-mereka yang nak kenali negara Korea secara lebih lanjut katanya. Super Junior Experience Korea. Ada dua siri. Menariknya buku ini ialah Super Junior memperkenalkan tentang Korea dengan gaya mereka yang tersendiri. 

Super Show
Taraa!!! SUPERSHOW4 SUPER JUNIOR WORLD TOUR DVD. Inilah yang kami dok tunggu berbulan-bulan. Actually ada beli daripada seorang penjual di Malaysia tapi lambat dapat sebab tak lepas2 tapisan Kastam. So, dia refund duit dan cik kembar kirim je la kawan dia belikan kat Seoul.

Haa..ni la sume barang-barang rasmi Super Junior. Menurut cik kembar, gigih kawan dia bagi senarai kat uncle pemilik kedai tu untuk cari semua yang kembar kirim. Nasib semua masih ada stok. Kalau tak kempunan. Hihihi.. Sorry ya...sekadar sharing je ni. Manalah tahu kot-kot ada dikalangan fans Super Junior yang terbaca entri ni.

Okay...till meet again
Read more ...

Lepaking di Mamak Bestari, Publika

Assalamualaikum...
Sikit lagi nak tengah hari. Entri ni pun sebenarnya takde la fresh mana sebab ini kisah semalam. Al-kisah lepas habis waktu pejabat, aku, Ridzuan dan Syafreena sembang-sembang kat tempat kerja kitorang. Sambil sembang-sembang tetiba Syaf bagi idea untuk keluar makan. WOw...menarik sebab masing-masing pun lapar. Lagi pun hari dah lewat petangkan.


So, apa lagi, kitorang pun terus tutup PC dan gerak keluar menuju ke Publika. Haa..Publika je la kot sebab itulah tempat paling dekat nak pergi dan paling senang nak cari tempat makan. Lagi pun, kitorang ni kejar masa. Ye la..takkan nak balik lewat ye tak? Aku ni duduk jauh..hehehe


Sampai je di Publika, terus jalan cari tempat makan dan Ridzuan suggest restoran Mamak Bestari. Haa..aku dan Syaf pun okay je sebab kitorang takdelah cerewet mana pun bab makan. Janji perut kenyang. Hihihi. Duduk je elok terus mamak tu amik order. Apa lagi, teh ais dan roti banjir la pilihan aku. Sedap juga sebenarnya. Oh ya...first time makan kat situ sebenarnya. Selalu kalau pergi Publika tempat favorite aku macam Chawan ke, Nasi Ayam Hailam ke, Subway ke..tapi kali ni ke Mamak Bestari pulak.

Sambil makan sambil bersembang. Memang seronok juga sesekali begini. Jarang aku keluar makan ngan kengkawan lepas habis waktu kerja. Selalunya kalau balik lambat sekali pun memang sebab buat kerja je la. Kali ni sebab lepak-lepak dengan kengkawan. Release stress sambil imbau memori lama. Gitu kan. Penuh gelak ketawa je la jawabnya kan. Hahaha...
Budak-budak zaman sekarang. Teknologi buatkan mereka berbual melalui handphone..apakah? Okay..propa je ni. Masing-masing tengah set kamera handphone sebab nak bergambar kekdahnya.
Menu yang aku makan. Sedap wooo.. roti canai sama kari sama sambal..nyum nyum

Oppss...sorry, tuan blog nak menempek jap. Hahaha..Sila abaikan pipi tembam macam belon tu ya. Dah anugerah Tuhan katanya. 

Okay...till meet again
Read more ...

Ranking Alex Terkini [2]

Assalamualaikum...

Berita baik aku terima pagi ini instead of kesakitan kena hentam dengan pintu lif semasa hendak ke pejabat pagi tadi. Alhamdulillah...hasil didikan Kak Mia Liana dah membuahkan hasil seperti yang beliau inginkan. Syukur sangat..aku berjaya capai target yang Kak Mia inginkan.

Apa lagi yang boleh buat aku senyum kalau bukan kerana usaha menampakkan hasil yang memberansangkan. Terima kasih Kak Mia. Haa..rasanya baru je beberapa hari lepas aku update pasal ranking Alexa aku kan. Kedudukan sebelum ini kat SINI

Kedudukan sekarang seperti yang tertera.
Ranking Alexa terkini : SINI
Kak Mia pun ada update pasal ranking aku ni kat SINI.

Sekarang ni, kami dah berjaya laksanakan target Kak Mia. Alhamdulillah..Kak Farah pun dah semakin kecil ranking tu. Kat bawah ni ranking kami adik beradik protege Kak Mia Liana;

Alexa :SINI
Alexa :SINI

Alexa : SINI

Aku rasa korang pun mesti nak tahu ranking Kak Mia kan? Haruslah paling terbaik. Ranking Kak Mia kat SINI.

Oh ya..kalau korang pun nak check ranking Alexa korang, boleh je klik kat SINI

Okay...till meet again

Read more ...

Kiriman Dari Seoul Part 2

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Sihat ke? Alhamdulillah..
Kalau awal bulan hari tu aku ada bercerita tentang kiriman barangan kosmetik dari Korea yang aku kirim daripada En Rashid, ex-boss unit aku yang kini bertugas di Seoul, tapi kali ni nak share dengan korang kiriman dari Korea juga tapi melalui kawan cik kembar aku.

Kawan kembar telah pergi ke Korea 19hb Jan yang lepas dan baru je pulang kelmarin, 26hb Januari 2014. Actually, bila dah tau kawan kembar nak ke Korea, mak minta pesan belikan set sudu dan garfu korea. Haa..kenapa mak suruh kirim? Ini kerana mak aku lebih suka menggunakan sudu dan garfu korea yang berbentuk panjang dan lurus. 

Kami sekeluarga dah beberapa tahun mula menggunakan set sudu makan Korea kerana bentuknya yang unik. Ianya panjang dan berat. Takde risiko nak bengkok pun. Selain tu, sudu korea ni pun boleh buat untuk kacau masakan. Haa..mak aku sendiri yang suka tau bukan semata-mata kami yang hantu korea ni je. Hihihi..bila dah ada set baru ni, rasanya makin bersemangatlah nak makan guna sudu korea kan. 

Kembar pesan dua set untuk setiap sudu dan garfu. Mak pun puas hati sebab dah makin banyak koleksi sudu korea. Hari tu tak sempat nak pesan kat En Rashid sebab aku rasa dah banyak gila aku pesan barang kosmetik kat beliau. SO, bila kawan kembar nak ke korea, kitorang kirim je la. Dorang pun memang baik hati. Harga untuk setiap set sudu dan garfu ini ialah 10,000 won. Berbaloi la..

Okay...till meet again
p/s: ada lagi barangan yang kitorang pesan. nanti aku share ya
Read more ...

Monday, January 27, 2014

Santai Di Waktu Malam

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat malam semua. Apa khabar? Ke ada yang dah standby nak masuk tido? Aku belum lagi tapi sikit lagi lah. Saja je nak tulis entri sebelum masuk tidur. Sambil tu blog walking sekali mana yang sempat. Mana yang dah singgah blog ni, aku singgah dulu rumah mereka. Keutamaan perlu diberikan kepada mereka yang singgah blog ini. Itu antara cara aku blog walking. Banyak lagi caranya.

Malam ini agak santai sedikit if compared to last few nights. Kelam kabut nak masuk tido, kelam kabut nak blog walking. Malam ini agak rilek..tak tahu kenapa. Cuma yang pasti, aku rasa tenang je malam ni. Alhamdulillah. Disebabkan itu jugalah ter'update' entri ni. Hihihi.

Malam ni nak sebelum tido aku nak search sesuatu di internet. Ada projek nak buat dengan kengkawan geng terjah aku. Projek apa? Biarlah ianya menjadi rahsia dulu ya. Kalau dah siap plan projek, aku cerita kat korang semua ya. Baiklah, nak sambung blog walking ni..

Okay...till meet again
Read more ...

Lunch Di ISTAC

Assalamualaikum...
Image: ISTAC Website
Entri ni patut update tengah hari tadi tapi memandangkan busy ya amat, sekarang baru dapat up entri ni. Siang tadi, untuk lunch, aku dan rakan-rakan ofis ke ISTAC, Kuala Lumpur untuk makan tengah hari. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami makan di situ tetapi telah menjadi antara tempat kegemaran kami untuk makan tengah hari di luar pejabat kerana tempat makan yang selesa selain menu yang dimasak begitu sedap sekali.

Kalau pergi ke ISTAC, aku pasti akan order chicken chop. Belum pernah lagi aku order menu lain selain chicken chop. Hmm..memang sedap sangat. Sos black pepper tu ngam ngam sedapnya. Takde la pedas pun tapi memang sedap tau. Harga pun sangat berpatutan. Aku kenal Cafeteria ISTAC ni pun disebabkan manager unit, Kak Aida. Dia yang bawa kitorang makan kat sini. Disebabkan itulah ia menjadi tempat kegemaran kami sejak pertama kali ke sana. 

So, hari ni aku, Ridzuan, Epul dan Wana ke sana untuk makan tengah hari. Menu wajib kami order, chicken chop kecuali Wana makan nasi putih dan sup ayam. Kalau korang yang kerja area Jalan Duta atau yang berdekatan tu, bolehlah ke Cafe ISTAC ni. Kalau first time sampai mungkin macam tak berani nak masuk sebab ianya ialah sebuah institusi pendidikan tetapi jangan risau, cafe tu terbuka kat orang awam juga. 

Okay...till meet again
Read more ...

Hari Pertama Bersama Ephyra

Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Ooppss..dah petang baru sempat update blog. Busy tau pepagi ni. Maklumlah, Isnin katanya. Kalau tak busy memang tak SAH. Esok pulak akan ada interview pelajar praktikal. Hari ni kenalah setelkan semua dokumen yang diperlukan.

Kalau sesiapa yang ada tengok instagram aku, pagi tadi dah update dengan excitednya hari pertama minum Ephyra. Haa..orang sponsor katanya. Gitu kan. Gigih nak rasai perubahan seperti rakan-rakan lain rasai. Actually ini bukanlah kali pertama merasa minum Ephyra tapi kali ni baru dapat minum untuk tempoh yang lama. Orang bagi kan. Rezeki namanya.

Alhamdulillah...kesannya? Bertenaga tau. Takde rasa letih, ngantuk ke apa. Rasa segar dan semangat je buat kerja. *Kalau masih takde semangat, tu bukan sebab minum tapi sikaplah ye. Hihihi. Disini, aku kongsikan dengan korang muka hari pertama minum Ephyra. Ehem..memanglah takde perubahan lagikan. Dah namanya pun hari pertama. Aku akan sentiasa update dari semasa ke semasa untuk bagi korang lihat perubahannya.


Okay...till meet again
Read more ...

Tampil Berseri Dengan Ephyra

Assalamualaikum...
skin supplement
Semalam di entri INI, aku saja je buat korang berteka-teki akan apakah yang dalam bungkusan tu. Bagi teaser sikit kononnya. Hari ni meh aku nak reveal sikit apa sebenarnya yang ada dalam bungkusan tu.
 minuman kesihatan
Taraaa!!! Haa..ni la dia yang dalam bungkusan tu. Ephyra. Aku yakin ramai dikalangan korang yang berada dalam dunia blog ni dah tahu mengenai Ephyra ini. Aku? Mestilah tahu jugakan tapi tak pernah la consume Ephyra ni..Oppss...tapi aku pernah rasa sekali minum Ephyra ni sebab KaK Mia Liana pernah bagi cuba suatu ketika dahulu. First time rasa, wow..sedap betul. Macam minum air oren je. Sekali minum pun kesan dah terasa tau. 

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk mencuba produk keluaran Oceanlife2u ini selama sebulan. Meaning that, 30 sachets equal to one premium pack. Takkan nak tolak kalau dah diberi peluangkan?. Aku pun terima je lah dengan hati terbuka dan berbunga. Inilah dinamakan rezeki berblog. Ayat cliche tapi inilah realitinya.  

Haa..kepada korang-korang yang masih belum kenal atau hendak lebih mengenali Ephyra ni, apa kata kita berkenalan dulu dengan Ephyra ni. Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato) yang boleh merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Sebagai pengguna terutama kita yang beragama Islam ni, penting untuk memastikan sesuatu produk yang kita guna tu Halal dari segi syarak. Ye lah, takkan nak main hentam keromo je, jadi darah daging tu. Makanya, kalau consume Ephyra ni, tak perlu risau sebab ianya telah terbukti Halal oleh JAKIM dan selamat oleh KKM. 
Supplement halal
Sekarang ni dipasaran dah banyak produk kolagen tapi berbezanya dengan Ephyra kerana produk ini;
  • menggunakan kolagen ikan laut dari jenis "white fish" yang hidup di laut dalam di mana ikan di perairan laut dalam adalah bebas daripada pencemaran.
  • EPHYRA menggunakan kolagen yang terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis terdiri daripada pecahan asid amino yang kecil dan mudah diserap oleh badan. 
  • Kolagen dalam Ephyra mudah diserap. Inilah yang patut diketahui oleh pengguna. Ramai yang mengambil kolagen tetapi lambat kesannya kerana faktor berat molekul kolagen yang tinggi mengakibatkan sukar untuk diserap. Berat molekul kolagen sesuatu jenama produk diukur dalam unit DALTON (Da). Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesannya.
  • Saiz collagen EPHYRA = kurang dari 1500 Dalton, sangat mudah diserap oleh badan. Dengan minum EPHYRA kesannya boleh dilihat seawal 7 hari.
  • Kandungan kolagen EPHYRA adalah cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti kolagen yang banyak sekali tetapi dengan kuantiti yang sedikit dan berterusan. Perlu diingatkan, pengambilan kolagen yang berlebihan akan memudaratkan buah pinggang.

EPHYRA ialah skin supplement iaitu minuman tambahan untuk kecantikan kulit, malah ada banyak lagi manfaat lain selain kulit menjadi cerah dan anjal. Menariknya, antara kelebihan yang korang rasai bila mengamalkan meminum Ephyra ini; 
  • Energy booster ~ Ramai pengguna yang beritahu, selepas minum EPHYRA, rasa penat menjadi kurang. Mereka yang mudah lesu memang akan nampak kesannya dan apabila balik kerja masih boleh meneruskan kerja-kerja rumahtangga.
  • Rambut kurang gugur ~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Ini terbukti kerana kolagen boleh menyuburkan dan menguatkan pertumbuhan rambut. 
  • Sistem pembuangan menjadi lawas ~ membantu untuk mengawal berat badan. Ramai pengguna mengalami turun berat badan selepas minum EPHYRA
  • Kuku menjadi cantik dan bersinar ~ merawat masalah kuku yang mudah patah
  • Tumit merekah dan kering ~ masalah tumit dapat diatasi
  • Lingkaran hitam di bawah mata akan berkurangan ~ tona warna kulit akan lebih sekata
  • Mengurangkan sakit radang dan sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut apabila minum EPHYRA akan nampak kesannya dalam masa sebulan. Terutamanya kepada golongan warga tua, akan boleh berjalan laju dan menunaikan solat dengan mudah

Dah ramai sebenarnya yang consume Ephyra ni dan melalui testimoni mereka, ianya sangat memberi kesan yang positif dari pelbagai segi. Oh ya.. Ephyra ni sesuai bagi lelaki dan perempuan dan juga semua peringkat umur. Oleh sebab itu jugalah kenapa aku menyahut cabaran untuk mencuba produk Ephyra ini selama sebulan. Aku pun nak juga tampil berseri dengan Ephyra. Aku yakin ianya akan jadi kenyataan. Cumanya kesan penggunaan Ephyra ni berbeza mengikut individu dan dapat dilihat seawal hari ketujuh. Haa..akan aku share perkembangan aku semasa dalam tempoh percubaan ini. 

flawless
Aku ada berita baik buat semua rakan dan juga pembaca blog ini kerana korang boleh dapatkan produk Ephyra ini dengan harga yang istimewa. Kalau dah pernah consume atau baru first time nak cuba Ephyra ni, boleh hit SINI. Ephyra ni didatangkan di dalam dua package iaitu Trial pack (10 sachets) dan juga Premium pack (30 sachets).
KHAS BUAT PENGUNJUNG BLOG AINIM RASHIHAH,
DAPATKAN EPHYRA ANDA DENGAN HARGA YANG ISTIMEWA 
HANTARKAN PESANAN ANDA DENGAN MENGISI BORANG 
INI

Okay...till meet again
Read more ...

Selamat Bekerja

Assalamualaikum...
image: google
Selamat pagi semua. Ehem ehem..hari ni Isnin ya..bukan weekends. Dah breakfast? Kalau belum, silalah makan dulu..kang masuk angin perut tu satu hal pulak nak buat kerja.

Entri pepagi simple-simple je la ya..saja je nak ucap Selamat bekerja kat korang semua. Apa? Monday blues? Oh..jangan jangan. Mulakan hari ini dengan ceria okay? Kalau takde mood sekali pun, silalah cari sesuatu untuk naikkan mood kalian. Eh..dah macam cikgu motivasi pulak.

So, selamat bekerja ya. Minggu ni empat hari je bekerja sebab hari Jumaat cuti Tahun Baru Cina. Yeay!!! Hehehe. Baiklah..aku nak start buat kerja. Tengah hari ni aku sambung blog walking pulak ek. 
Image: google
Okay...till meet again
Read more ...

Sunday, January 26, 2014

Embun Beku Umpama Salji Di Ranau, Sabah

Assalamualaikum...

Sebentar tadi berbual dengan mak. Mak cerita tentang embun beku di Ranau, Sabah akibat cuaca sejuk. Keluar berita kat radio. Wow..tertarik betul aku. Teringat pulak nak search berita online. Sekali terjumpa artikel kat Berita Harian.
Air kolam di puncak Gunung Kinabalu membeku disebabkan fenomena cuaca sejuk. - Foto Lano Lan
Ranau: “Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung Kinabalu’, Nais Momin, 45.
Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu. 
“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin. 
“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.
Berita lanjut: SINI

Ni yang buat aku teringat percutian aku ke Sabah tahun lepas. Walau hanya sekadar ke Kundasang pun dah terasa sejuk, ini kan pulak Ranau. Bestnya kalau aku kat situ sekarang. Boleh feeling feeling macam kat oversea. Rasanya kalau kakak sulong aku ada kat situ, confirm beribu gambar dia amik. Bukan selalu ada keadaan macam ni kan. Menarik..

Okay...till meet again

Read more ...

Keywords Sepanjang Minggu Lepas

Assalamualaikum...

Selamat hujung minggu semua. Dah tengah hari ni. Dah makan?

Tadi aku sahaja melihat keywords yang orang search sepanjang minggu lepas diblog ini. Selalu juga aku buat macam ni tapi jarang share dalam blog ni. So, hari ni bila aku perhatikan balik keywords ni dari Blogger in Draft ni, ramai yang cari pasal Salji di Indonesia. Kiranya kecoh jugalah pasal salji ni tapi telah pun dinafikan oleh MET Malaysia tentang salji di Indonesia. Aku sendiri pun pernah cakap pasal isu ni kat SINI
Itu di Blogger in Draft. Mulanya aku ingat sekadar situ je tapi bila tengok kat Nuffnang pun, samalah. Ramai juga yang mencari info pasal isu salji ni. 

Selain isu salji ni, apa yang aku perhatikan, carian untuk Operasi 6P Bersepadu pun turut ada. Mungkin juga sebab aku ada buat entri pasal isu tu. Tapi yang aku tak faham, ada satu keyword, faizal haris matrade. Motif? Keyword ini pun boleh ada ek. Aku takde la rasa pelik dengan nama tu sebab Faizal Haris ni merupakan Pengarah MATRADE Cawangan Sabah. Aku kenal je dengan beliau ni. Dah namanya pun satu agensi kan, mana boleh tak kenal.

Apa pun, aku nak ucap terima kasih kepada semua visit dan komen diblog ini. Korang dah bantu untuk naikkan trafik blog ni. Harap tak jemulah untuk sentiasa singgah diblog ini ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Saturday, January 25, 2014

Akhirnya...Ia Selamat Sampai Juga

Assalamualaikum...
Tajuk macam suspen je kan? Memang suspen pun sebenarnya..tapi untuk aku je la. Hahahah. Aku tunggu ianya untuk sampai ke tangan aku dengan selamat. Dup dap dup dap jantung ni menunggu tau. Okay...tipu je tu. Takdelah over sangat sampai berdebar-debarkan. Saja je nak bagi suspen sikit.


Haa...kalau korang bijak, cuba teka apa ke benda dalam bungkusan ni? Aku tak nak cerita kat sini. Biarlah ia menjadi misteri..tunggu sehingga aku up entri baru ek....


Okay...till meet again
p/s: tengah makan chocolate chip muffin ni..heheh

Read more ...

BR1M 3.0 Diagih Pertengahan Februari

Assalamualaikum...
Image: Utusan Malaysia
Penghujung tahun lepas, aku ada share mengenai cara-cara nak kemas kini maklumat untuk BR1M 3.0 di SINI. Harap entri tu dapatlah membantu kalian ya.

Berita baik buat kepada pemohon dan juga penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada sebelum ni, Perdana Menteri mengumumkan agihan bantuan BR1M akan bermula pada pertengahan Februari nanti. Dijangkakan seramai 7.9 juta isi rumah dan individu bujang yang akan menerima bantuan siri ketiga ini. 
Berita lanjut: SINI

Pertengahan Februari tu dah tak lama dah sebenarnya. Hari ni dah pun dah 25hb Januari, tinggal beberapa minggu lagi je. Kepada yang telah memohon dan penerima sedia ada, tahniah la ya. Kita anggap itu sebagai rezeki ya. Lagi pun bagi tengah bulan, cantik juga tu. Hehe

Okay...till meet again
Read more ...

Nuff Ads