Tuesday, December 23, 2014

Vendeur Festival 3.0 Boxing Day

Assalamualaikum...
Vendeur Festival Boxing Day
Add caption
Ini adalah kesinambungan daripada entri Vendeur Festival 3.0. Wah...dah ready ke tidak ni? Dah sedia dengan duit kepuk-kepuk dalam beg ke tidak ni? Hahaha..gaya abang kawasan sangat ayat tu kan. Back to the story....

Tinggal lagi berapa hari je lagi ni nak tiba ke festival jualan paling gah paling meletop kebabom dengan All Stars Vendors yang join pesta jualan ni? Kalau yang dah biasa dengan Vendeur Festival ni, confirm tahu yang VF ni akan diadakan pada 27 - 28 Disember 2014. Bertempat di MATRADE Exhibition and Convention Centre (MECC), Menara MATRADE, Kuala Lumpur. Elok sangat dah tu venue tu. 

Dengar katanya, ada diskaun sehingga 80% tau. Banyak butik-butik online famous seperti MMBasic, Tudung People, Aidijuma, Ashh&Annas, Al-Humaira Contemporary, Sugarscarf, ShawlbyVSnow, Zawara, Zalora, Bella Ammara dan banyak lagilah yang akan turut serta nanti. Alahai, banyaknya sampai tak larat nak mention dekat sini. Maklumlah, ada lebih kurang 400 vendors nanti.

Fuh...banyak tu kan? Kalau korang usha Instagram penganjur ni, dah ada senarai booth beserta nombor booth sekali. Haa..senanglah korang nak usha dan target booth korang kan. Takdelah pening nak mencari nanti. Sila catat nombor booth pilihan korang awal-awal ya. Hik hik hik...Aku sendiri dah ada booth pilihan aku. Weee

Tak silap aku, booth tu terbahagi kepada beberapa jenis booth. Ada Island, Premium dan Normal booth. Korang tengok je la nanti saiz booth tu. Menariknya, bukan setakat jual baju je tahu, tapi ada pelbagai produk yang akan dijual oleh peniaga-peniaga yang mengambil bahagian. Jadi abang-abang yang temankan anak bini nanti pun bolehlah turut join shopping. 

Kemudahan pengangkutan awam pun senang nak dapat. Kalau korang turun kat LRT Titiwangsa tu, naik bas U618. Bas tu memang direct masuk ke dalam kawasan Menara MATRADE tapi kalau bas U83 tu area mahkamah, bersebelahan dengan Menara MATRADE. Nanti kena jalan kaki sikitlah. Kalau yang drive sendiri macam aku ni, parking kat dalam kawasan menara ada disediakan tapi korang kena ready la ya dengan ribuan pengunjung lain.
transport
Oh ya, pastikan korang siap-siap dengan cash money sebab dalam menara ni cuma ada sebuah je ATM machine Maybank. Manalah tahu kalau ramai sangat yang withdraw money haritu, terus korang takleh nak keluar duit, tak pun kena beratur panjang.

Satu peringatan, silalah pastikan beg dan barangan berharga korang tu dijaga dengan rapi supaya takdelah kejadian kehilangan atau keciciran. Buat ibu bapa yang bawa anak kecil tu, pastikanlah pegang sentiasa tangan anak tu, kalau yang bawa stroller tu, sebolehnya elakkanlah daripada melanggar atau menghalang laluan pengunjung lain ya. Satu tips, elakkan daripada membazir dan membeli ikut hawa nafsu ya. Pastikan apa yang hendak dibeli itu benar-benar berbaloi dan berguna. Jangan beli pastu tak pakai sudah. Membazir itukan amalan syaitan.

Masa shopping panjang tau, 10am-10pm. Kalau tak sempat datang pagi, boleh datang petang. Rasanya lagi nak abis masa shopping, lagi banyaklah kot diskaun yang akan ditawarkan. #SaleKasiLcin...ewah. Baiklah...kalau aku pergi nanti, aku share la sikit-sikit gambar sekitar VF nanti ya. 

Okay...till we meet again

9 comments:

  1. Ingtkn boxing yg tu..shopping rupanye..huhu..bestnyee..nk p jauh.

    ReplyDelete
  2. serius, memang ingat Ainim nak promote pasal boxing...hihi ^_^

    ReplyDelete
  3. Kalau g ni mmg abesla duit 😭😭😭
    Ain & kak fiza kompem pegi ni

    ReplyDelete
  4. best nya...bawak duit banyak2..tapi hati2..tempat gini banyak pencopet nya..hehhe

    ReplyDelete
  5. Kalau sya pegi ni.. Sya tak kan beli apa²,yg excited nya mestilah my hubby.. Dia kalau bab shopping utk wife mmg nombor 1..sampai kita ni tak larat nk membeli..

    ReplyDelete
  6. tengok tajuk macam x caya je.. ainim berboxing..? hahaa.. rupanya bnda lain...

    ReplyDelete
  7. ni tunggu esok untuk VF di persada :)..hihi

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads