Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal 2014

Assalamualaikum...
Image: Google
2014 kini bakal melabuhkan tirai. Tahun yang penuh dengan cubaan, dugaan dan ujian. Bermula dari awal, hingga ke akhir 2014 kita diuji oleh Allah SWT. Daripada ianya berpunca daripada tangan manusia sehingga ke malapetaka alam. Daripada sekecil-kecil ujian, sehingga sebesar-besar ujian.

Kalau diimbas kembali, hampir setiap suku tahun itu kita diuji. Tak sanggup nak sebut setiap ujian yang telah diberi. Cukup sekadar diingatan untuk dijadikan pedoman dan panduan buat hari mendatang. Biarlah ia menjadi lipatan sejarah yang akan kekal dan terus diingati sebagai tanda kita masih dikasihi oleh Sang Pencipta.
Image: Google
2015....kami menanti dengan penuh harapan. Apa mungkin akan ada ujian yang lebih getir sebagaimana 2014 menguji kami? Atau mungkin ada sedikit harapan buat 2015? Wallahualam... Sesungguhnya manusia itu merancang tetapi perancangan Allah SWT jualah yang tetap terbaik untuk manusia. Kita berdoa dan bertawakal kepada Allah moga-moga 2015 ini dapat ditempuhi dengan lebih kuat dan tabah. 

Wallahualam....

13 comments:

  1. semestinya ujian dan dugaan adalah tanda kasih Allah pada hambaNya...selamat menempuh tahun 2015 ainim...^_^

    ReplyDelete
  2. banyak ujian untuk kita tahun ni. moga 2015 lebih baik buat kita :)

    ReplyDelete
  3. Doa yang terbaik untuk tahun 2015...

    ReplyDelete
  4. secara personalnya 2014 byk jugak cabaran dah kenangan manis...hope for 2015 lagi awesome!! tapi jgn lupa jugak..byk musibah berlaku tahun ini..mungkin Allah nk tegur..:)

    ReplyDelete
  5. macam2 yang terjadi pada kita di tahun 2014 ni..harap2 ianya menjadikan kita lebih kuat untuk menhadapi 2015..selamat tahun baru..

    ReplyDelete
  6. Bye 2014! Moga kita lebih berjaya di 2015 ni in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun baru.. semoga lebih baik dari 2014..

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru 2015!moga tahun ni lebih best dari tahun lepas!

    ReplyDelete

My friend say: