Monday, December 01, 2014

Program Anak Angkat GAZA

Assalamualaikum....

Selamat hari Isnin. Sekadar hebahan maklumat yang aku terima daripada emel pejabat.
Permohonan bagi Program Anak Angkat GAZA telah dibuka. Buat yang berminat ingin menyertai program ini boleh layari laman web Al-I'tisam Relief Program. Tentang bagaimana program akan dijalankan pun ada diberitahu dilaman web berkenaan. 

Program Anak Angkat Gaza anjuran ARP adalah sebuah program di mana seorang individu atau sebuah keluarga Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menanggung sebahagian daripada kos sarahidup keatas seorang anak yatim para syuhada' Palestin yang tinggal di Gaza atas dasar persaudaraan dan ukhuwwah kasih sayang sesama Islam untuk tempoh tertentu. Anak-anak yatim syuhada' ini telah kehilangan bapa mereka yang terkorban didalam peperangan menentang zionis baru-baru ini. Sumber: SINI
Ini adalah senarai anak-anak GAZA yang terlibat dalam program ini dan ada beberapa orang telah pun diambil sebagai anak angkat. Alhamdulillah. Comel-comel anak kecil ini. Semoga dipermudahkan urusan kehidupan mereka.

Buat yang betul-betul berminat dan berkemampuan, boleh klik pautan yang berikut untuk ketahui lebih lanjut mengenai program ini, siapakah anak-anak ini dan profil mereka.
Terma & Syarat : SINI
Profil Anak Angkat Gaza : SINI

Diharap program seperti dapat meringankan beban penderitaan hidup anak kecil yang tidak berdosa ini. Dengan bantuan dan sumbangan ini dapatlah mereka serba sedikit membantu mereka menjalan kehidupan di bumi Gaza. Semoga usaha kalian dalam membantu anak-anak ini akan mendapat rahmat dan pahala daripada Allah SWT.

Wallahualam....

7 comments:

  1. thanks share Ainim!menarik gak ni..

    ReplyDelete
  2. harap2 semuanya ada keluarga angkat nnti,
    siapa lagi nk bantu kalau bukan negara kita sendiri.

    ReplyDelete
  3. harap2 org yg nak sgt anak tu, boleh la jadikan anak2 comey ni sbg anak angkat ;)


    Jemput join segmen CN yer ;)

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  4. bagus nya program macam ni..memang anak2 ni perlu kan jagaan ..Hanya Allah je yang mampu membalas kebaikan hati ibu dan ayah angkat mereka..

    ReplyDelete
  5. subhanallah..
    Moga murah lagi reski mereka yang mengambil anak2 angkat ini

    ReplyDelete
  6. Comell2 smuanya, moga di limpahkn rezki buat ibubapa angkat ni

    ReplyDelete
  7. ouh! I wish I can help them! seriously! :(

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads