Monday, December 22, 2014

Bila Shawl Terlebih Daripada Baju

Assalamualaikum...

Ya Allah, lamanya tak blogging. Dah hampir seminggu kan? Minta maaf banyak-banyak ya. Hari ini Insha Allah, akan memulakan kembali rentak blogging.

So, my first story for today is about shawl. Ewah..alahai..orang perempuan, terutama yang bertudung, terutama jenis macam aku yang ada jenama tertentu yang menjadi kegemaran. Haa..begini ceritanya. Korang kan tahu, aku ni pemakai shawl tegar. Bukan setakat daripada ShawlbyVSnow je, malah daripada Al-Humaira Contemporary, Sugarscarf, Anggun Zara, Chenta Qaseh, Tudung People dan macam-macam lagi brand yang ada di dalam wardrobe aku dan cik kembar.

Berikut kat bawah ini adalah sebahagian daripada koleksi shawl yang aku ada. Ni cuma daripada ShawlbyVSnow je la ya..yang lain-lain aku tak amik gambar sebab tak sebanyak ini kuantitinya.






Mungkinlah nampak tak banyakkan? Tapi, bila lipat, setingkat wardrobe tak muat dah. Itu pun ada yang tak buka lagi...maknanya tak rasmikan lagi la tu. Haa..kat bawah ni pula koleksi yang baru 2 minggu lepas beli. Eh..hahaha..sebenarnya 4 helai tapi tiga je dalam gambar.
Tapi, bila dah banyak sangat shawl, mak aku dah mula bising sebab terlalu banyak. Korang bayangkan kitorang beli almari khas untuk simpan tudung je. Bukan setakat shawl, malahan tudung bawal pun sikit punya banyak dalam koleksi cik kembar. Err...aku tau mesti ada yang terdetik dalam hati, tamaknya, membazirnya.

YES...aku sendiri akui. Sedikit kegilaan terhadap shawl itu adalah tabiat yang tidak sihat. Tidak bagus untuk duit poket aku dan kembar (gaji la ya). Ada masalah juga sebabnya sekarang kuantiti shawl melebihi baju yang ada di dalam almari. Apa kes daa....

Sampai satu hari, mak aku tegur suruh stop beli shawl sebab melampau sangat banyaknya sampai ada yang dah tak pakai. Makanya, kena leterlah aku dengan mak. Tapi aku tak marah pun mak dengan leterannya itu sebab untuk kebaikan aku.

Jujur cakap, aku akui semua itu. Agak membazir duit juga bila beli lebih daripada keperluan sebenar. Sampaikan bila nak keluar jenjalan, barulah perasan baju baru tak berapa nak ada. Hihihi...i take it serious dengan teguran mak. Cumanya, shawl yang tak pakai tu bukan sebab beli saja-saja tetapi disebabkan baju yang nak dipadankan dengan shawl tu tak siap atau tak boleh pakai sebab reserve untuk event tertentu.

Terkesan juga sebenarnya dengan teguran mak dan kini aku dah slow sikit dalam membeli shawl ni. Dah niat 'puasa' beli shawl demi simpanan masa depan kekdahnya. Hihihih...kepada korang-korang yang ada perangai tak berapa nak bagus macam aku ni, aku nasihatkan kita sama-sama muhasabah diri. Selalu ingatkan diri beli untuk keperluan bukan untuk kehendak semata.

Maklumlah, zaman sekarang ni dalam keadaan ekonomi negara tak berapa nak bagus, menabung itu adalah wajib supaya bila tiba waktu memerlukan, kita masih ada back up (simpanan). Bila tetiba je keinginan nak membeli tu datang, kuatkan iman dan istighfar bebanyak ya. Ingat yang kita sedang berjihad lawan hawa nafsu. Haaa..gitu nasihat akak...

Sekadar berkongsi pengalaman dan ambillah sedikit pengajaran daripada entri simple ini ya.

Okay...till we meet again

8 comments:

  1. wah...penuh satu almari tu...tapi betul juga cakap mak ainim tu...pening agaknya dia tengok banyak sangat...Alhamdulillah...peringatan yang baik...^_^

    ReplyDelete
  2. Teringat sepupu tiba²..dia anak tunggal perempuan, sukalah mak dia belikan pakaian.. Penuh beralmari - almari.. Tudung tu siap bg pinjamkan kat kwn² lg.. Haha

    ReplyDelete
  3. banyaknya...ni mesti kawan-kawan selalu pau.hehe

    ReplyDelete
  4. pergghhh...sure penuh lemari anim ni..meh prelove kt akak meh..hehehe

    ReplyDelete
  5. dah boleh start bagi kat sally dah..hahahaha...

    p/s : kalau penyakit suka nak g konsert cnblue ni ada ubat tak? -_-

    ReplyDelete
  6. uih banyaknya. memang collection la nie kan? meh bagi kat BV satu. hehehe XD

    ReplyDelete
  7. banyaknye shawl..
    mcm2 jenis ade..
    nk pjam 2-3 helai!
    hihik

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads