Friday, November 21, 2014

Spoon Pizza

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Ewah...tajuk tu dah cukup buat korang faham yang aku nak cerita lagi pasal makanan. Sebenarnya ini entri dua minggu sudah yang aku olah balik. Maknanya aku pecahkan cerita asal kepada bahagian tertentu. Okay...jom mula cerita.

Korang pernah makan Spoon Pizza? Kalau belum pernah, aku nak suggest korang satu tempat makan best yang korang boleh try Spoon Pizza. Nama restoran BBQ Korea's  No.1 Chicken Restaurant. Merata dah sebenarnya branch restoran ni. Ada kat One South City, Berjaya Times Square dan juga di D Curve. 

First time aku pergi masa tu dekat One South City. Yakin nak makan sebab aku nampak sijil halal. Yeay...tapi yang aku makan ni dekat D Curve. Haaa...spoon pizza ni dibuat dengan cara yang unik kekdahnya. Sungguh unik dan sangat menarik. Bau pun wangi.

Kitorang makan Shrimp spoon pizza. Saja je nak cuba. Saiz pizza ni besar juga. Boleh makan dalam 3-4 orang jugalah. Kalau pizza biasa, roti dia korang rasa kenyal sikit kan tapi spoon pizza ni bahagian roti tu tak macam roti pun. Dia memang korang boleh korek je dengan sudu. Bila makan tu, memang ala-ala makan nasi pun ye gayanya. Ikut resipi juga. Kami makan ni cheese dia memang banyak. Nyum nyum...

Recommended makan masa masih panas sebab kalau makan time dah sejuk nanti dia keras sikit. Dah kurang sikit feel. Rasa roti ni pun creamy sikit pada aku. Memang best la....udang dia pun besar-besar belaka. Puas hati...nanti cubalah ya.

Okay...till we meet again

13 comments:

  1. ada cheese tak yg ni?? kalo tyme panas memang feel mantop lahhh... hihih , tak pernah g sana lagi

    ReplyDelete
  2. Alahai ainim sdpnya pulak byk cheese lgi tu

    ReplyDelete
  3. ni yang telan air liur banyak kali ni..huhu

    ReplyDelete
  4. Mcm nak try..tapi location nye tu..adeh suma tpt yg tak slalu pegi. Kalo kat alamanda ke kan sonangg..huhu

    ReplyDelete
  5. ingatkan dia uli pakai sudu..muahahaha

    ReplyDelete
  6. waaa, sedapnya.. unik nama dia, spoon pizza..

    ReplyDelete
  7. sedap betul dalam gambar ni... MY favourite always dominos la. tapi hat ni lain plak kan. So got to try this. nasib la dekat..

    ReplyDelete
  8. first time dengar pasal spoon pizza nie. ingatkan pizza tu saiznya sebesar sudu je..hihi

    ReplyDelete
  9. Macam pernah dgr... Tpi off cos x pernah rasa...

    ReplyDelete
  10. salam kenal ainim..follower nombor 665

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads