Thursday, November 13, 2014

Paip Patah?

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Dah lunch ke? Aku baru je selesai. Okay..kan semalam aku ada update dalam entri INI. Berikut adalah kesudahannya.

Begini ceritanya. Ini kisah ahad lepas. Masa tu aku sedang mengemas almari baju. Nak mengasingkan pakaian yang sudah tidak mahu dipakai lagi. Nak bagi kat orang. Tiba-tiba terdengar suara mak sayup je panggil nama aku dari dapur. Bila aku pergi je ke dapur, terkejut tengok paip sinki tu dah patah dan mak agak kebasahan sedikit. Alahai...

Konon nak cuba sambung balik tapi bila tengok keadaan badan paip itu sendiri memang patah, harus aku tak buat apa. Tapi sempatlah juga aku basah terkena pancutan air tu. Dah la masa tu mak sedang prepare untuk masak tomyam. Kesian mak. 

Aku terus capai handphone dan call maintenance, tapi hampa sebab pegawai bertugas tu bukan lagi jaga blok rumah aku. Dah tukar orang lain. Nasib pegawai yang lama ni message nombor pegawai baru dan sempatlah juga beliau advise aku supaya tutup meter air. Haa..nak jadi cerita aku ni tang mana meter pun aku tak tahu. Jenuhlah aku turun naik bangunan tu nak cari rumah meter air. Cari punya cari rupanya ada je dekat rumah aku rumah meter tu. Okay...pelajaran baru untuk aku ni.

Air tu berhenti mengalir deras tapi masih ada yang keluar tapi sedikit. Jadilah daripada tahap nak banjir rumah aku kan. Dalam pukul 5pm baru technician datang. Maklumlah hari ahad, orang semua ada urusan peribadi. Alhamdulillah, berganti baru paip sinki dapur. Saja je la tu, nak baju baru. Hahaha...apa pun, nasib aku tak panik masa tu. Kalau tak mesti aku tak tau apa nak buat.

Okay...till we meet again

20 comments:

  1. Lps kna peka bab meter air ni

    ReplyDelete
  2. Hoho..Saya pernah kena mcm ini..memang lenjun 1 badan..Nak pulak time tu tgh bilas pinggan mangkuk..huhu

    ReplyDelete
  3. nasib baek ambik tindakan cepat. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kalau tak, tak tau la apa jadi

      Delete
  4. Replies
    1. ni bukan ganas kak..dah kejadian. hahah

      Delete
  5. Macam kita paip mandi yang patah..laki kita bagi patah...dia mandi ke bergayut ker kita pun tak tau..sampai sekarang tak repair..sebabnya nak kena tebuk dinding umah ...paip tu palam dalam dinding...
    Jom lawati blog kita jugak yer...
    http://binimazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. hehhe..cemana boleh tak tahu meter air dok kat mana..mujur patah..kalau tak sampai bila2 la tak tahu meter air dok kat mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab selama ni tak pernah tau kat mana..hahaha

      Delete
  7. biasalah dear, dia pun dah letih berkhidmat.. hihi...
    Mama Niza

    ReplyDelete
  8. dia suruh tukaq baru tu.. :)

    ReplyDelete
  9. Kesiannya. Mesti basah renyah kena air dari paip tu. Huhu. Nasib baik dapat detect mana tempat meter tu.

    ReplyDelete
  10. Kat umah deno, bila tak dapat guna je, terus abah pi cari paip baru and pasang...

    ReplyDelete
  11. Nasib la kan ade rasa macam nak cool kan.. kot la aula confirm dah tunggang langgang.. MAna gambar barunya.. share nak tgk kepala paip baru hehehe

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads