Tuesday, November 04, 2014

Mula Bawa Bekal Ke Ofis

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat malam. Bermula pagi tadi, aku dah mula membawa bekal makanan ke pejabat. Dek kerana kos sara hidup makin tinggi sekarang ni, aku dah mula tanam azam hendak lebih berjimat cermat. Ya lah, kalau tak berjimat, mau ada yang makan pasir ni kang. Hahaha

Aku tak pernah terfikir nak bawa bekal tapi aku mula terfikir, betapa sahabat aku Wana dapat berjimat bila hari-hari bawa bekal ke pejabat. Bagusnya dia. Kagum sangat aku dengan Wana ni. Lagipun aku dah semakin jemu dengan menu harian kat ofis tu. Ye la, kadang tak ikut selera tekakkan. Cerewet punya pasal. 

So..pagi tadi aku bawa bekal nasi goreng dan telur mata. Sebagai permulaan, aku bawa bekal untuk sarapan pagi. Tengah hari hanya makan roti je. Cukuplah sebagai lapik perut. Lagipun dalam proses untuk menurunkan berat ni, kenalah kawal pemakanan. Bak kata Dr HM Tuah, makan pagi makan macam raja, makan tengah hari makan macam permaisuri, makan malam makan macam si fakir. Dalam maksud tu wooo...kena betul-betul faham tu. 

Alhamdulillah, misi hari pertama dah selesai. Hari esok tengah fikir apa nak bawa. Plan aku nak bawa untuk bekal tengah hari sekali. Dah beli dah roti, dan ada menu yang nak dibawa sebagai bekal esok. Insha Allah, bangun pukul 5am, siapkan semua bekalan. Semoga dapat kekalkan amalan membawa bekal ni dan berpanjangan hendaknya ya.

Okay...till we meet again

8 comments:

  1. Salam perkenalan.. Kann.. kadang2 benda tu senang jer tapi nak mula kan tu kan.
    Good start. Saya pun ade share tentang 3 TIPS menjadi JUTAWAN.

    All starts with small steps..

    ReplyDelete
  2. Zura pun dah mula bawa bekal sejak lepas cuti hari raya aidilfitri.masak yang simple2 je asalkan kita puas hati.jimat pun jimat.

    ReplyDelete
  3. saya suka bawak bekal...jarang beli...kadang-kadang lauk malam tadi tak abis, sayang pulak nak buang...panaskan dan bawak g opis...

    ReplyDelete
  4. sy plak dh start bawka bekal sejak 2 mnggu yg lalu dek nk berjimat n dah jemu lauk kat kantin.... tp mmg jimat....

    ReplyDelete
  5. Byk jimatnya bila bawak bekal kan ainim....tp akak skrg diet nasi ..so jrg bwk bekal dh...huhu

    ReplyDelete
  6. Lya mrmg biasa bawa bekal smpai member seumah pun trikut cma yla blh jimatkn

    ReplyDelete
  7. Sy msa kje dlu bwak juga bekal pg. Bwak lebih skit mkan tuk tghri. Jd la tuk lapik perut.

    ReplyDelete
  8. Diana hari2 dah bawa bekal pergi kerja...jimat sikit belanja....zaman harga barang banyak dah naik kita kena pandai berjimat cermat...

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads