Friday, November 14, 2014

Megi Ketam

Assalamualaikum...

Okay...hari ini aku nakal sikit. Maklumlah, kitakan menuju ke hujung minggu. Saja je la nak bagi korang idea jenjalan hujung minggu ni. Selalunya kalau weekend aku selalu keluar makan kalau tak dengan family mesti dengan kengkawan terdekat. 

Aku nak suggest dengan korang satu restoran kat Bangi. Alamak...tetiba je aku lupa nama restoran tu. Tapi dekat dengan petrol station petronas tu. Aku try makan megi ketam haritu. Sebenarnya dia jual mee ketam tapi aku tak suka makan mee jadi aku tukar kepada megi. Kuahnya takdelah kuah megi ya. Kuahnya macam kuah mee bandung ke mee hailam. Lebih kurang la.

Ketam yang digunakan ketam biasa ya bukan ketam nipah. Harga RM16 sepinggan sebab dah tukar megi. Kalau mee harga dia RM15 sepinggan. Sedap tau kuah dia. Cuma ketam je kurang fresh sikit. Kalau ketam nipah tu memang korang akan rasa fresh la. Tapi recommended la kalau korang nak try. 

Selain daripada megi ketam ni, macam-macam lagi menu yang ada. Sate, otak-otak dan burger pun turut dijual tau. Kiran banyak pilihan dan sesuai untuk semua lapisan usia. Haa..nak cuba? Pergi la try hujung minggu ni ya.

Okay...till we meet again

19 comments:

  1. Cik akak beria-ia makan ketam..lepas tu..habis kaki algerik..serik dah nak makan..hihi..tapi ketam sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ni kak kena hati2. kalau peniaga tak basuh ketam bersih2 nnt kita alergik

      Delete
  2. Replies
    1. hihihi...megi tu sedap lya cuma ketam kurang fresh la

      Delete
  3. penah makan dekat ngan unisel shah alam..ade masuk jalan2 cari makan kedai tu..xsedap langsung..last2 balik umah beli ketam masak megi sendiri..puas hati..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi memang pun ecah. tak semua dalam jjcm tu memang betul sedap. adik beradik saya pun dah kena

      Delete
  4. Ainim.. i tak datang blog ni 3 hari sekali u post gambar meggi ketam..
    tak adil ok.. nak jugakkkk yummyss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nak buat macam mana, entri makan je yang paling senang nak update

      Delete
  5. Salam singgah sini Ainim...suka juga makan ketam ni...tapi tak pernah lagi rasa megi ketam ni...hehe

    ReplyDelete
  6. penggemar ketam nih..kalau dapat ketam memang masak apa ,cemana gaya pun semua sedap je..hehehe

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak makan ketam. Jadi teringin pulak.

    ReplyDelete
  8. petronaaaas mana hahaha..
    bangi banyak petronas.

    ReplyDelete
  9. Waa.. Megi ketam.. Xpnh mkan..

    ReplyDelete

My friend say: