Wednesday, November 05, 2014

Kenal Pasti Penipuan Siber

Assalamualaikum...

Sekarang ini, penipuan dan jenayah internet semakin berleluasa. Tambahan lagi yang melibatkan online banking. Aku yakin ramai di antara korang yang pernah terima emel yang suruh korang update akaun bank korang sebab ada error la, ada upgrade la apa la. 

Malah, pernah menjadi gempar suatu ketika tahun lepas apabila ramai guru dikhabarkan kehilangan wang gaji akibat menerima emel yang mengarahkan mereka untuk update akaun gaji. Malah, ada dikalangan kenalan pun menjadi mangsa. Kesian bila dengar duit gaji licin dari akaun bank.

Begini, sebenarnya sebagai seorang pengguna internet, kita perlu bijak dalam mengenali dan mengenal pasti penipuan siber yang berlaku. Sebagai pengguna internet, kita perlu peka dengan isu semasa yang berlaku masa kini. Sebagai contoh, aku share dengan cara paling senang untuk korang check samada emel yang korang terima yang mengarahkan korang update akaun bank tu berupa emel palsu atau benar. 

Ini adalah image yang aku screencap pagi semalam. Emel yang aku terima yang mengarahkan aku untuk verify akaun kononnya sebab kenan block due to error. Haa...siap ada logo maybank lagi tu. Memang tak boleh blah kan. Awas dengan link yang disertakan itu. Pastikan korang tak klik pautan yang diberi ya.
Sebagai pengguna yang peka, korang lihat tu sender tersebut. Apa yang korang akan lihat adalah alamat emel yang totally takde kena mengena langsung bank tersebut. Kalau korang pengguna Lotus Note seperti aku, korang just double click emel tersebut dan ia akan bertukar kepada draft version. Haa..daripada sini korang boleh tengok alamat yang aku maksudkan tadi. Nampak tak emel tu sebagai daniel.akakpo@wu.nl. Mana ada Maybank ke, CIMB ke, RHB ke yang gunakan alamat emel sebegini. 
Kalau korang hendakkan lebih kepastian, korang semak dalam Google siapakah pemilik akaun emel tersebut. Lazimnya, kalau ia adalah palsu, korang hanya akan dapat hasil seperti yang aku jumpa ni. Daniel Akakpo yang tertera di dalam Google adalah seorang musician berkulit hitam. Haa..nampak tak penipuan identiti disitu? Nampakkan? Si pemalsu akaun ini menggunakan identiti orang lain untuk menipu pengguna siber. 

Dizaman serba canggih dan dunia tanpa sempadan ini, bermacam-macam cara mereka yang 'terlebih bijak' gunakan untuk melakukan penipuan. Namun kita sebagai pengguna siber perlu bijak dan ada inisiatif untuk melindungi diri daripada penipuan siber. Memang kita ada Cyber Security Malaysia, dan pihak berwajib yang lain namun untuk masalah ini tidak akan dapat di atasi andai kita sendiri menjerumuskan diri dalam penipuan ini dengan sikap kurang peka kita. Paling bagus kalau kita melaporkan kepada pihak berwajib akan penipuan yang berlaku ini. 


Baiklah, harap korang lebih peka selepas ini akan penipuan siber yang berlaku ya. 

Okay...till we meet again

13 comments:

  1. menakutkn sekarang ni. tak leh silap sikit pun.

    ReplyDelete
  2. Hish, menakutkan. Kalaulah terpedaya tadi, habis duit dingapnya.

    By Angel Love Soldier

    ReplyDelete
  3. betul..kena alert dengan sebarang `kepelikan`, tak boleh terus percaya.

    ReplyDelete
  4. takut betul la dengan hacker cam ni ek

    ReplyDelete
  5. Kita kena extra careful la...kan...nice sharing...

    ReplyDelete
  6. sekarang ni dah macam-macam cara orang menipu...
    semuanya nak dapatkan duit ngan mudah...
    minta jauh lah semua perkara macam ni...amin...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. owh..sy xpernah verify ape2 dr internet..bimbang jugak sb dah xselamat lg dah

    ReplyDelete
  8. Brmcm cara org nak menipu..lya x percya klau brkaitan dgn bnk ni

    ReplyDelete
  9. Selalu jugak dapat spam.. kita delete delete delete. betul tu thank you for the sharing dan mengingatkan manusia yang selalu jer lupa kan

    ReplyDelete
  10. Sy kalau dpt email cmni, sy abaikan je..

    ReplyDelete

My friend say: