Thursday, November 20, 2014

Kemas Kini Maklumat Peribadi Pemohon BR1M

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Dah makan? Hari ini aku nak share pasal BR1M. Sudah dapat surat daripada LHDN berkenaan dengan kemas kini maklumat peribadi bagi permohonan BR1M 3.0. Surat ini untuk penerima BR1M yang sedia ada tau. Kandungan surat memaklumkan bahawa penerima sedia ada disarankan untuk kemas kini maklumat akaun bank dan maklumat peribadi termasuk dengan tanggungan yang ada.
Menariknya, kerajaan turut memperkenalkan Skim Khairat Kematian bagi BR1M 3.0 tahun depan. Okay..yang ni aku pun tak berapa jelas sangat sebenarnya cuma skim ini akan diberi kepada penerima waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2015 - 31 Disember 2015. Senang cakap, ikut tahun yang valid je la.
Opps..bukan sekarang kemas kini tau. Proses kemas kini akan bermula pada 1 Disember 2015. So, ada masa lagi nak semak apa-apa yang patut. Senarai bank yang layak pun ada dalam surat tu. Kalau tak pasti boleh check dalam website BR1M tak silap aku. Apa pun, kepada yang bakal terima BR1M ni nanti, selamat berbelanja dengan berhemah. Bayaran 3 kali tahun depan. Haa..pandailah korang bajet perbelanjaan tu ya.

Info: Website BR1M
Okay...till we meet again

13 comments:

  1. betul...berbelanja biarlah berhemah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mama..harap BR1M dapat beri manfaat terutama buat yang betul2 susah

      Delete
  2. Lya dah tukar status, knala tukar mna yg patut ni

    ReplyDelete
  3. ok selamat mengemaskini semua...

    ReplyDelete
  4. Selamat mengemaskini. Takdak harapan nak merasa Brim.

    ReplyDelete
  5. belum pernah mohon lagi, hehehe.. dulu dapat vaucer buku.. :D

    ReplyDelete
  6. 1 dec kna tukar mklumat status..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads