Tuesday, November 04, 2014

Hutang

Assalamualaikum...
image: Google

Pernah tak korang berhutang? Tipulah kalau di dalam hidup ni kita langsung tak berhutangkan? Aku sendiri pun berhutang. Hutang kereta...hihihi. Tapi, takpe sebab tolak gaji, sah-sah berbayar setiap bulan. Tapi bagaimana kalau kita berhutang dengan orang? Erk...
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari. Riwayat Al -Baihaqi. Sumber : SINI
Baca hadis ni pun dah cukup buat aku takut. Sebagai seorang manusia, kita memang takkan terlepas daripada sikap untuk memenuhi kehendak yang kadangkala melebihi keperluan hidup. Sedangkan kita mungkin tidak mampu untuk memenuhi kehendak sehingga menyebabkan kita sanggup berhutang. Dek kerana tidak mampu mengawal nafsu, kita sanggup berhutang asalkan apa yang kita inginkan, kita peroleh. 

Akan tetapi, bila sudah berhutang, adakah ingat untuk membayar hutang tersebut? Tidak kiralah samada berhutang dengan bank ataupun dengan kenalan, sudahkah kita langsaikan hutang tersebut?  Atau adakah kita jenis manusia yang leka dalam berhutang dan mengambil kesempatan untuk mengelak membayar hutang atas kebaikan orang lain?

Sefaham aku, punca berhutang ni lebih banyak kepada pengurusan kewangan yang lemah. Bila kita tak pandai menguruskan perbelanjaan bulanan, boleh menyebabkan kita berhutang. Ala..hutang rumah, hutang kereta tu dah kira lain sebab itu memang takkan kita mampu untuk membeli secara tunai. Hutang yang aku maksudkan disini ialah bila kita tahu kita tidak mampu, tetapi demi memenuhi keinginan sendiri, kita pinjam wang daripada kenalan kita, tak pun buat personal loan. Haa..itu hutang yang paling kerap kita dengar.

Disebabkan itulah Islam menganjurkan kita untuk sentiasa mempunyai rasa bersyukur dan redha dengan ada apa yang kita miliki. Berjimat cermat dalam perbelanjaan harian dan juga membuat tabungan itu sangat perlu. Bukan apa, kalau ada tabungan, kita boleh gunakan disaat kecemasan. Simpan sedikit pun tak mengapa asalkan ada yang boleh kita gunakan untuk kemudahan hari kelak.

Ingat, hutang perlu dibayar. WAJIB. Bila dah janji pada waktu atau tarikh tertentu, lunaskanlah hutang tersebut. Jangan tunggu sehingga pemiutang meminta daripada kita. Biar kita sendiri yang ingat untuk membayar hutang tersebut. Kalau tak mampu untuk bayar sekaligus, bayarlah dalam jumlah tertentu secara ansuran setelah dipersetujui oleh pemiutang. Biarlah kita bayar sedikit demi sedikit, apa yang pasti hutang itu berbayar dan akhirnya akan langsai juga. 

Janganlah kita mengelak untuk membayar hutang secara sengaja hanya kerana si pemiutang itu lemah daripada kita. Janganlah bertangguh-tangguh untuk membayar hutang, khuatir lama kelamaan kita akan lupa dengan hutang tersebut. Mati tidak mengenal usia dan tika. Janganlah sehingga apabila nyawa kita ditarik, amal kita tersangkut disebabkan hutang di dunia yang kita lupa untuk langsaikan. Nauzubillahhiminzalik...

Oleh itu, sekiranya kita ada hutang, langsaikanlah dengan segera. Demi mengelakkan pertelingkahan, demi mengelakkan salah faham, demi mengelakkan sesuatu hubungan itu terganggu dek kerana hutang tersebut. Apa yang penting,kita tidak dihambat rasa bersalah dan tidak juga bersalah kelak.

Wallahualam...

17 comments:

  1. Biasannya saya berhutang bila desperate sangat2. Tu pun dengan orang yang paling saya rapat jak. Lepas hutang, tulis dalam buku. Takut lupa sebab saya nie jenis yang pelupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terpaksa dibolehkan dan yg berkemampuan wajib tolong. Kalau kita sendiri ingat nak bayar lagi bagus

      Delete
  2. Hutang....hi hi...akak hutang barang je lagi tinggl dik..tu pun utk umah kampung..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..hutang dengan keluarga tu kira okay akak sebab ada mutual understanding

      Delete
  3. asal dpat gaji ja mesti pokai sebab bayar hutang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe lieya, janji hutang kita langsaikan dulu. baru hati lega

      Delete
  4. Hutang....Ade mcm2 jenis hutang..Depend pada diri sendiri nk pilih hutang yg jenis mana. But make sure mampu utk byr semula even secara ansuran...kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau tak mampu, kita bayar je secara ansuran. at least bayar jugakan

      Delete
  5. Ada orang yang berhutang dengan kita,tunggu kita lak minta kat dia..bukan dia nak datang sendiri bayar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu kita kena doa supaya ingatan dia kuat untuk ingat hutang dan langsaikan hutang dia... :)

      Delete
  6. Okay...sentap...bulan ni x byr loan lagi..blk nnt laaa..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bayar loan dgn ain bulanan...sikit2 tp tetap bayar..nak bayar sekali harung mmg tak mampu

      Delete
  7. Setuju sangat. Memang di niatkan semoga diri ni di jauhkan dari Hutang. Hutang kereta dan rumah tu antaranya.
    Dalam proses nak settlekan loan loan ni semua. On going Tak sabar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Aula..entri ni lebih kepada reminder utk diri saya sendiri yg banyak kelemahan

      Delete
  8. Akak ada hutang ngan ainim x? Hihihi...kadang kita terpaksa berhutang bukan kehendak kita...kita x tau bila kita ditimpa musibah atau dugaan...tp kena ingat hutang la...bila berhutang kita terikat dgn janji...iaitu janji utk byr tetapi yg bg hutang pun kena la sabar menanti hutang tu di langsaikan...mcm kat opis ni la...ada si polan tu kesian kat si polan ni sbb terdesak sgt...dengan rela hati bg pinjam...pas tu bila lambat sikit...di canang satu opis...kesian yg peminjam...mcm2 hal....ni dh bermasam muka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg jd wajib tolong kalau berkeperluan kak cuma kalau dh janji kenalah tepati janji. Kalau terpaksa bayar lewat seeloknya maklumkan pd yg bg hutang. Bila dh saling setuju dgn cara bayaran seeloknya tidak dihebohkan. Itukan dh mengaibkan. Mcm saya mention dlm entri, kalau tak boleh byr sekaligus minta bayar secara ansuran. Yg penting dilunaskan pd waktu yg dijanjikan sebolehnya la.
      Akak mana ada hutang dgn saya..Hihihi. entri ni pun lebih kpd pengalaman saya sendiri kak... :)

      Delete
  9. Berhutang mmng ada. Tp kna niat selesaikn cpat..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads